Tuesday, December 20, 2011

Kuasa doa

Aku masih lagi di awangan.. :)
Masih mood meraikan walaupun terpaksa berhempas pulas menyiapkan pembetulan untuk tesis.
Masih lagi tidak percaya.
Perjalanan ini sudah di penghujung.
Dan bermula perjalanan baru
yang memerlukan perjuangan berterusan.

Allah benar-benar menunjukkan kekuasaan,
Kekuatan doa yang sebenar-benarnya membawa kita kepada sifat hamba.
Doa itulah senjata yang dibawa semasa dalam perjuangan.
Dan dengan kekuasaanNya, yang mustahil pasti boleh.
dan pada kita, hanya kepercayaan dan kebergantungan 100% padaNya.

Sepertimana keyakinan Nabi Zakaria A.S terhadap kekuasaan Allah apabila melihat hidangan dari langit setiap kali mengunjungi mihrab anak saudaranya Maryam, lantas doanya dipanjatkan untuk meminta keturunan dengan bersungguh-sungguh dan doanya dimakbulkan Allah.Seperti itu juga kita harus berdoa.

Bersungguh-sungguhlah berdoa. Doa dengan keyakinan yang doa itu akan dimakbulkan.
Bersungguh-sungguhlah berdoa. Doa dengan rasa penuh kehambaan.
Bersunguh-sungguhlah berdoa. Semoga doa itu menjadikan kita lebih dekat pada Allah...

Tips untuk mereka yang masih berjuang...jangan putus berdoa! Doakan untuk diri dan juga untuk rakan-rakan yang lain. Tahukah setiap kali kita berdoa utk org lain, maka malaikat berdoa agar kebaikan yg kita doakan pada org lain itu diberikan juga pada kita...jadinya...kita dapat double! (SubhanaAllah..Allah sgt sweet dan pemurah)

Jom selalu berdoa!

p/s: bila kita selalu berdoa, tand kita selalu ingat pada Allah... :)

Thursday, December 15, 2011

Alhamdulillah

Alhamdulillah...


Akhirnya, perjuangan 4 tahun telah berakhir..
Selamat menjalani viva..
Perlu buat minor correction..

Terima kasih atas doa kalian!

Wednesday, December 14, 2011

Projek 2012

Salam,


Esok viva! nervousnya...

Tapi sempat lagi fikir projek 2012. 


Ada satu projek khas yang memerlukan partisipasi graduan pendidikan awal kanak-kanak. Sesiapa yang dah grad, dan berminat untuk buka tadika tapi budget tak cukup, anda di pelawa untuk masuk ke dalam team brainstorming kami. Ini adalah projek jangka masa panjang bersama cikPuan Sarah. Jika ada passion dgn pendidikan awal kanak-kanak dan mahukan sesuatu yang lain..serta yang paling penting mahukan tarbiyah diri dan menjadi individu muslim yang baik , boleh contact saya di ixmim @yahoo.com.

Sekian...

sila doakan saya! doa sungguh2 yer.. ;)

Thursday, December 08, 2011

Umrah jom!

Salam, ada sesapa bercadang nak pergi umrah bulan 5 tahun depan (cuti sekolah)?

Saya tengah kumpulkan org untuk masuk dalam satu group (dalam 10 org)

Tarikh: 25/5 - 3/6 (10 hari).
 Klia-Dubai (stop 1 hari) then Dubai-Jeddah (4 hari di Makkah) dan selebihnya di Madinah. Balik dari Madinah-KLIA.

Harga sekarang : RM 5450 (bilik 4 org) Kalau dapat kumpulkan satu group, itenari boleh ditukar insyaAllah.

Boleh msg or comment kat sini sesapa berminat.

Tuesday, December 06, 2011

Mungkin

Salam,

Alhamdulillah..sudah sampai di bumi Glasgow. Disambut dengan kesejukan dan litupan salji yang putih. Tahun lalu, aku berkata pada diriku "Tahun ini adalah musim sejuk yang terakhirku. Entah bila akan sampai lagi ke UK". Dan ditakdirkan Allah, tahun ini aku kembali ke sini melihat salji yang turun. Tapi mungkin kali ini sebenar-benarnya musim salji terakhirku.

Ketika melangkah keluar dari kapal terban,g hati sudah berdebar-debar. Aku sangat yakin yang aku akan menghadapi masalah untuk masuk ke UK. Peristiwa ditahan imigresen di lapangan terbang Heathrow semasa hendak pulang ke Malaysia dua bulan lalu atas sebab terlebih masa duduk di UK selama 6 hari, pasti mengundang masalah untuk aku kembali. Dalam hati, aku banyakkan berzikir dan berdoa. Semoga Allah lembutkan hati pegawai imigresen di kaunter.

Tiba giliran, aku diarah ke kaunter yang di duduki seorang pegawai wanita.

"Do you know what have you done before this?" dia bertanya
"Yes, I'm aware. I have overstayed for 6 days" aku membalas.
"If I were you, I will not come again to this country. You may deported to your home country."
"I have no choice. I will sit for my exam next week."
"Can you please wait there, I need to check your condition with UK borders"

Dan aku pun menunggu di situ sehingga semua penumpang habis melalui imigresen. Dalam hati terus berdoa meminta pertolongan Allah supaya aku dibenarkan masuk. Viva ini penting dalam hidupku.
Setelah hampir setengah jam duduk di tempat menunggu itu, aku dipanggil semula ke kaunter.

"You shouldn't do this stupid thing. We have a lot of facilities for you to extend your visa. "

Aku hanya mengangguk. Malas untuk memberi penjelasan kenapa aku boleh terlewat keluar dari UK. Sebanyak mana pun alasan yang diberikan, aku tetap telah melanggar peraturan. Peraturan manusia, maka ikut budi bicara manusia.

Pegawai itu terus membebel panjang dan kadang-kadang kata-katanya sangat melukakan. Aku tebalkan telinga. Yang penting adalah untuk masuk semula dan menduduki peperiksaan. Tak kesahlah apa pegawai itu hendak katakan.

"You will be facing the same thing, need to answer lots of question everytime you want to enter UK after this."

Itu kata-katanya yang terakhir. Dia akhirnya memberikan cop dan aku berjaya juga melepasi imigresen.

Terima Kasih Allah kerana memberi aku peluang.

Jadi, mungkin kali ini adalah kali terakhir aku datang ke UK. Konvo? mungkin tidak untuk keselamatan diri dan keluarga yang dibawa. Silap-silap, jika mahu masuk juga satu keluarga akan dihantar pulang. Tak mengapa, ada banyak lagi negara lain yang boleh aku pergi. Dan mungkin ini adalah yang terbaik Allah tentukan. Dalam hati, tidak ada rasa terkilan dan sedih.

Doakan vivaku minggu hadapan. Banyak ujian dan halangan untuk menghadapi viva ini. Semoga ujian-ujian ini mendekatkan diri lagi pada Allah. Siapa lagi tempat kita bergantung, jika bukan Allah. Teruskan berdoa...

Seorang hamba akan selalu dikabulkan doanya oleh Allah selagi dia tidak berdoa dengan sesuatu yang berdosa, memutuskan silaturahim dan tergesa-gesa. Orang yang tergesa-gesa ialah orang yang mengatakan : " Saya berdoa kepada Tuhan tetapi tidak dikabulkan. Kemudian dia mengeluh dan terus berhenti berdoa (H.R Muslim)


Monday, November 28, 2011

Halaqah online

Salam,

InsyaAllah saya akan menjalankan halaqah secara online bermula Januari 2012. Alhamdulillah sekarang ada beberapa orang yang berminat untuk ikut serta. Saya masih bukak halaqah ini untuk beberapa orang lagi. Saya tak bercadang untuk kumpul ramai-ramai dalam satu halaqah. InsyaAllah paling banyak dalam 6-7 orang. Halaqah ini khusus untuk mereka yang tak pernah ikut mana-mana halaqah/usrah sebelum ini. Insyaallah kalau diizinkan akan buat secara 'offline' sekali sekala. Sesiapa yang berminat boleh email saya :

ixmim@yahoo.com

Semoga usaha ini mendapat keredhaan Allah.

p/s: Kepada adik-adikku yang dah pernah usrah di UK atau German, sila teruskan usrah dengan kawasan masing-masing. Kalau masih belum dapat usrah, insyaAllah akan diusahakan mencari kumpulan usrah dan kalau masih tak dapat then kita akan bentuk kumpulan yang lain. Untuk family...kita adalah halaqah family 4hb ni insyaallah...

Saturday, November 26, 2011

Selamat Tahun Baru Hijrah

Salam awal Muharam semua,

Alhamdulillah, Allah beri kita nikmat dan kesempatan untuk melangkah ke tahun baru 1433 Hijrah. Sudah 1433 tahun peristiwa hijrah itu berlalu. Namun, setiap kali diberi tugasan untuk menyampaikan ISK (Ini sejarah kita - sejarah dunia Islam) kepada adik-adik, setiap kali itu diri merasakan semangat juang dakwah Baginda dan terngiang-ngiang nyayian Tolaal Badru A'laina yang dinyanyikan oleh penduduk Mekah meyambut kedatangan nabi yang tercinta.

Sinonim dengan permulaan tahun baru, pasti masing-masing memasang azam baru. Aku doakan semoga kalian dapat istiqamah dalam mencapai azam tersebut. Azamku tahun ini adalah untuk mempergiatkan usaha dakwah di bumi yang baru aku duduki selama sebulan ini. Aku juga mahu membuktikan bahawa, tugas sebagai pensyarah dan daie adalah seiring. Aku perlu berusaha keras memenuhi kriteria untuk mendapat 'confirmation' yang syarat-syaratnya sangat ketat disamping tidak melupakan kerja-kerja dakwah ini. InsyaAllah, rumah sewa yang baru ku namakan Raudhah supaya ia menjadi taman syurga dunia.Aku juga berazam untuk menulis dengan lebih serius (update entri selalu), insyaAllah.

InsyaAllah, selepas ini akan menyusul entri baru yang aku ingin semua mendapat manfaat drpdnya. Till then..illalliqa'..salam maal hijrah

Thursday, November 10, 2011

Viva

Alhamdulillah, tarikh viva sudah diberikan. 15 Dec 2011. Kebetulan, jatuh pada tarikh lahir bonda tercinta. Hati dah mula berdebar. Kena mula buka buku, dah puas bercuti selama sebulan. Tiba-tiba, bila fikir pasal viva, rasa nak nangis pun ada. Inilah penentu setelah 4 tahun berhempas pulas. Suka duka buat PhD ni hanya orang yang mengalaminya yang tahu. Setiap pelajar PhD punya masalah yang berbeza. Semoga Allah mudahkan perjalanan viva ini.

Selama 3 minggu ni taman ilmu dan budi ini, pelbagai perkara yang dipelajari. Kesimpulannya, bukan mudah menjadi seorang pendidik disamping aktif sebagai 'reseacher'. Dalam kepala, ada banyak perkara yang dirancang. Dari tajuk kajian sehinggalah penulisan buku. Itu belum dicampur dengan plan dakwah dan tarbiyah. Insyaallah perlu jadi superwoman supaya diri ini dapat dimanfaatkan utk orang lain. Apakah erti kehidupan sekiranya kita langsung tidak bermanfaat pada orang lain?

Alhamdulillah, hari ini insyaallah akan mengendali satu usrah setelah berbulan-bulan tidak berusrah. Pagi tadi, seorang rakan melontarkan pandangan terhadap org2 usrah ni. Katanya, orang usrah ni kadang-kadang pandai bercakap sahaja. Tapi bila kena batang hidung sendiri, apa yang dicakap sendiri pun tak buat. Bagi diri ini, orang usrah ke, orang tak usrah ke, kita semua manusia biasa. Memang pasti akan buat kesalahan. Cumanya, bila kes org usrah, ia nampak lebih menonjol. Sedangkan mereka yang tidak ikut usrah pun kadang-kadang memberi nasihat pada org lain tapi diri sendiri melakukan perkara yang dinasihatkan. Jadi, tidak kira siapa diri kita, berpeganglah pada ayat 2-3 surah As saff :

Wahai orang-orang beriman! Mengapa kamu mengatakan sesuatu yang tidak kamu kerjakan? Amat besar kebenciannya di sisi Allah jika kamu mengatakan apa-apa yang tidak kamu kerjakan.

Ayat ini peringatan untuk diri sendiri juga. Semoga apa yang lahir dari bibir, selari dengan perbuatan kita. Doakan untuk ujian viva saya!

Tuesday, October 18, 2011

Kehidupan baru

Alhamdulillah, semalam bermulanya fasa baru dalam kehidupan. Selamat melaporkan diri di USM. Bila kembali ke USM, sudah tentulah kenangan-kenangan zaman belajar dulu akan muncul satu persatu. Lebih-lebih lagi bila jumpa semula dengan pensyarah dan staf sokongan yang sama ketika waktu belajar dahulu.

"Eh...Norilmi.Awak dah balik" Kak gee, kerani yg masih setia di pejabat aeroangkasa sejak dari zaman belajar hingga ke hari ini dari jauh dah tersenyum ketika aku menolak pintu masuk ke pejabat am.

"Awak ni tak berubah, sama jer...kecik jugak. Eh, sekarang nak kena panggil Dr la yer"

Soalan yang sama ditanya oleh kak ayu, kak eena..mereka semua staff ketika aku belajar dahulu.Seronok dapat jumpa semula.

"Ala, saya tak Dr lagi. belum viva. :) "

"sekejap jer kan, dulu kecik lagi...belajar..sekarang dah mengajar." sambung kak Gee.

Memang sekejap sangat masa berlalu. Padahal, tahun terakhirku di USM adalam 7 tahun yang lalu. Sarah pun dah beranak 4 dah...huuuuuu

Alhamdulillah, kumpulan pensyarah di School Aero semua muda belia lingkungan 20 ke 30an. Tinggal En Halim...opss Dr. Halim (masa dia mengajar dulu panggil en...terbawak2 sampai sekarang) yang masih tinggal dan tenaga pensyarah dari Rusia akan tamat kontrak hujung semester ni. Bila tenaga muda bergabung, InsyaAllah ini adalah sinergy yang bagus untuk menaikkan school Aero. Memang agak sukar jika ada generation gap dalam satu kumpulan. Yang tua pasti mahu didengar dan sukar mendngar. Yang muda pasti sangat oppurtunist dan sgt bnyk benda baru yang mahu diteroka.Bukan mudah untuk bergabung dan bekerja jika tiada kesabaran dan toleransi.

Ketua rancangan sudah memberikan taklimat ringkasnya kepadaku. Apa yang boleh disimpulkan, semester ni tiada beban kerja, hanya fokus untuk lulus viva dan juga menulis paper disamping perlu untuk mulakan research. Apapun di sini, yang paling penting adalah research.I'm looking forward to challenge myself in juggling my life between career and dakwah. InsyaAllah, semoga Allah mudahkan.


Saturday, October 08, 2011

Tok

Balik kelam kabut untuk memastikan diri ini ada di majlis bersejarah untuk adik perempuanku. Alhamdulillah, hari pertama berlangsung dgn lancar walaupun ayahanda yang terpaksa ulang lafaz bukannya pengantin lelaki, Alhamdulillah, Kak cik sekarang dah bergelar isteri.

Tok : Ha, mai sini aku nak tanya hang. Hang bila lagi?
Me: Cek nak cari ustaz la tok. tapi cek tak jumpa lagi
Tok: Owh, Kat Insaniah tu ramai ustaz. Hari tu ada sorang ustaz ni baca doa, sedapppp sangat

Perbualan terhenti kerana tetamu datng. Huuuu...tok...tok...

Thursday, October 06, 2011

Akhirnya

Alhamdullillah..
Akhirnya siap jugak tesis
Dan
Alhamdulillah...
Tahun ni sambut hari kelahiran di Malaysia...

Can' t wait ti be there.

P/s : sedang tunggu gate buka di Heathrow


Friday, September 23, 2011

Lost

Lost 1.5 kilos in two weeks..

To Cik Nina...jgn jeles :)

Rahsianya:

1. Susah hati kerja tak siap
2. Pusing-pusing dalam lab computer untuk run simulations berjam-jam
3. Makan pun ikut dan je
4. Tidur tak cukup

Menghitung hari untuk hantar tesis.Akhirnya, semalam dah run for the last batch untuk simulations. Hopefully pagi ni dapat result dan boleh habiskan tesis. Patut hantar hari ni pada supervisor. Tapi, tak siap-siap juga. Tangguh hari Isnin. Semoga semuanya berjalan lancar. Idea dalam kepala di saat-saat terakhir ni macam mencurah-curah je.

Rabbi yassir wala tuassir..

p/s: cik nina...kaunter tenpahan brg utk dibawa balik tutup next week.

Wednesday, September 14, 2011

Hebatnya!




Ini adalah kisah antara aku, PhD dan Dia. Biar aku ambil masa emasku sebentar, untuk bercerita tentang kehebatan Dia.


Cuba lihat gambar di atas. Cantik bukan? Setiap titik dalam gambar tersebut dihasilkan dengan penat jerih peluh masa tangis dan sebagainya. Bukan sehari dua. Tapi beratus-ratus jam lamanya. Dicampur tolak, makan berbulan lamanya hanya untuk menghasilkan sebuah gambar yang penuh makna. Ya, picture tells a thousand words!


Dengan bahasa mudah, ini adalah gambaran bagaimana 'spacecraft' ku bergerak dia atas sana. Tujuan utama adalah untuk melihat kesan eccentricity atau dikenali dengan 'e' ke atas dinamik kapal angkasa ini. e adalah parameter untuk sebuah orbit.(kapal angkasa akan bergerak dalam orbitnya) jika e=0 maka, orbitku adalah sfera (ke bulat? huhuhu) jika e>0 dan lebih kecil dari 1, maka orbitnya adalah berbentuk ellips. Jadi, aku mengambil orbit ellips dalam analisis ini. Jika melihat gambar di atas, antara e=0 sehingga 0.28, kapal angkasa itu akan berada dalam keadaan stabil. Setiap pergerakannya terkawal dan ada batasannya. Tetapi bila 'e' mencecah lebih 0.28 titik-titik mula kelihatan berselerak menandakan pergerakan kapal angkasa sudah tidak stabil. Ini sebenarnya, menunjukkan kapal angkasa sudah mula berputar. Dan sekiranya putaran ini tidak dikawal, mungkin akan membawa kepada ketidakstabilan dan menyebabkan kapal angkasa akan sesuka hati bergerak tanpa mengikut laluan sepatutnya.


Dari gambar tersebut, aku juga boleh mengetahui bahawa kapala angkasa ini bergerak dalam tiga frekuensi pada e=0.16 dan 5 frekuensi pada e=0.26 dan  bergerak dalam bnyk frekuensi pada eccentricity yang berbeza. Dan gambar ini menunjukkan kapal angkasa bergerak dengan keadaan yang hampir sama sebanyak 30 kali pusingan orbit.


Ok, itu cerita PhD.


Sebenarnya, gambar itu membuat aku teruja dengan kehebatan Allah. Masih ingat ayat ini?

“Sesungguhnya Kami menciptakan segala sesuatu menurut ukuran”. (Al-Qamar : 49) 
Sesungguhnya, dengan adanya ukuran yang Allah tetapkan maka manusia dapat mengkaji pelbagai cabang ilmu. Dengan adanya ukuran yang telah ditetapkan, maka setiap benda bergerak mengikut sunnatullah. Jika kapal angkasa ini hanya mampu untuk bergerak dalam eccentricity kurang dari 0.28 untuk berada dalam keadaan stabil, maka itu adalah ukuran yang Allah dah tetapkan. Hasil analisis inilah yang membuktikan ayat 49 surah Al Qamar ini.

Refleks kepada diri sendiri. Setiap yang kita lakukan juga pasti ada ukurannya.Sebab itu, mana-mana yang kita langgar ukurannya, pasti akan membawa bencana. Ukuran pada tahap kita makan, kalau lebih pasti membawa penyakit. Ukuran kepada keseimbangan alam, kalau kita tebang pokok banyak2 pasti menyebabkan peningkatan suhu dunia. Dan banyak lagi.....

Hebat sungguh Allah!

" Ya Allah, semoga engkau kurniakan ilmu yang mendekatkan diriku padaMu. Semoga ilmu yang ku peroleh sepanjang PhD ini tidak lain dan tidak bukan hanya untuk aku lebih mengenaliMu. Jauhkan sifat riak dari diriku kerana ilmu ini semua adalah milikMu"

Kita buat PhD bukan untuk jadi hebat. Tapi untuk melihat kekuasaan Yang Maha Hebat. Jadi, jangan fikir kalau dah dapat PhD tu diri hebat sangat :)

p/s: sambung menulis..next week nak hantar!!!!!!! doakan....

Monday, September 12, 2011

La Taksal!


Semoga jadi motivasi untuk tidak malas.

Aku, menghitung hari..

Pasti keajaiban itu berlaku.
Kerana ku letak kepercayaan 100% padaNya.

Bismillah..Biiznillah..InsyaAllah

Monday, September 05, 2011

Raya without cik mimi



Untuk kali yang kedua...cik mimi terlepas family gathering.
InsyaAllah gathering lagi besar in October nanti... :)

p/s: Seronok berkeluarga besar..and somehow kalau dapat suami berkeluarga besar..tu big bonus for me...ngeee :P (x jumpa lagi)

Thursday, September 01, 2011

Eid Mubarak!

May Allah accept our Ibadah.

Eid Mubarak!



p/s: Dalam masa sebulan..I'll be home. :)



Wednesday, August 24, 2011

Sisters

I

Z: No, don't you eat that food
A: Sister, if Allah said I'm going to die, I will die.But if not, I'm not.
Z: Yeah..eat..eat
A: That is the true Tauhid sister!

Sambil memegang makanan yang dah setahun lebih dalam peti sejuk. Makanan tersebut dihadiahkan oleh seseorang kepada A. Tapi, orang yang dipesankan untuk beritahu A lupa.A insist nak makan sebab org hadiahkan pada dia.

II

A: Hopefully, police do not see us.
Z: Say Bismillah. Say Bismillah

Kami memenuhkan kereta lebih dari muatan yang sepatutnya. Di pertengahan jalan..

Z: Is that accident there? (Kaka Ethiopia dengan broken englishnya)
A: Yes, owh must be drunken ladies.Owh..see the car behind that is Muslim's car. They must be just back from masjid.
Z: See..the wife taking her child. Say bismillah..say bismillah..May Allah help them.

III

U.A : Owh, this is for you. I always forget to bring it. But now.. I remember..at last..at last.. (dengan bunyi pelat arab)
Me : Owh! jazakillah!

Sambil peluk U.A dengan mata bersinar-sianr sebab dapat hadiah tudung dan jubah.

IV

U.Y : erk.. la'! la'!
Sambil menunding ke arah seluar yang di pakai LC.
LC : yes, I know..I will wear the abaya during solat.

Makcik Mesir yang terlebih concern menegur sister pakai seluar dalam masjid. LC adalah seorang mualaf.

V

U.H : Ya Allah, .... (sambil tadah tangan dan berdoa)
Ketika itu kami di hadapan makanan.
Kami: Amin...
Ketika di ruang solat..
UH: Nabila, zauj soleh..khadhijah..baby...
(dia mendoakan setiap seorang dari kami)

UH: zauj soleh (sambil menepuk bahuku)
Me: Amin!!!!

Makcik Iraq geng tahajud yang rajin berdoa...

VI

AH: Salam sister..MasyaAllah..tabarakallah..
sambil salam sister2 yang ada di masjid.

AH: MasyaAllah..MasyaAllah..Tabarakallah..
sambil ambil makanan yang di bawa oleh sisters yang datang.

AH: InsyaAllah..MasyaAllah..tabarakallah..
(Ayat favourite makcik Somalia ni sebenarnya :) )

VII

A: come come sister. We will do the same prayer as we did last year.

A memanggil kami semua ke ruang solat. Kami semua duduk dalam bulatan. E will lead the prayer (doa)

A: Please pray for good husband and 'good department'. and please pray also to the persons who makes this mosque beautiful .

N: I will amin only for good husband but not good department.

Semua org ketawa. Ada cerita disebalik good department tu.huuu...
Dan kami semua mengaminkan doa yang dibaca.


I'm going to miss my Ramadhan and sisters at SUMSA... :(

Thursday, August 18, 2011

Pressure is up

I've found that my derived equations were wrong while writing my chapter 6.


The new derived equations seems not really working. Most probably must be something wrong with my assumptions. So i leave that chapter for a while and concentrate on my literature review. Now I am in page 15 of my literature review and maybe 5 pages more to finish it up.My proof reader keep on bugging me asking when will be her next job. 

I still have simulation running (for ages!) for my chapter 7. 

I should not submit my thesis later than 3rd week of September, but then I still have 4 chapters to go

I am facing a big problem with somebody in Malaysia. That person makes my life difficult. and I have to drag all family members to this matter...argh!!

I do not have 'usrah' for more than 2 weeks and don't even have time to have usrah with my 'anak2' usrah here in glasgow.

Can you imagine, how stress I am?

In spite of all these trials... I am thankful to Allah, that He still give me space to breath and laugh with SUMSA's sister (sumsa is a mosque). Eventhough, my plan to Jordan was cancelled, I still feel I am in Arab country when Im in this mosque.

and Alhamdulillah, He still give me a chance to pray my terawih everyday at this mosque, never miss my iftar, and family that helping me a lot!

Even the pressure level is high...alhamdulillah...I am still able to smile. Hope that Allah make ease for me facing this challenged life.

I wish for miracle. And I believe that miracle can happens with the permissible of Allah. Biiznillah!

Subhanallah, walhamdulillah, wallahuakbar.

p/s: I am most appreciated if people not asking me when will I submit my thesis. I'm trying my best, and please...we are not facing the same problem so please do not compare me with other PhD student or even yourself.

Wednesday, August 10, 2011

Iftar

Salam..

Bagaimana puasa yang masuk hari ke 10 dah ni?
Kat sini, setiap hari buka di masjid. Dan setiap hari juga la makan nasi dan kari.
I have nothing to complain.
Dapat makan free pun dah bersyukur. Dapat berjimat.
Nikmat berbuka itu, ditambah dengan ukhuwah rakan-rakan di masjid yang sangat happening. Ada orang Rusia, Morroco, Brunei, Scottish, Pakistani, Iran, dan banyak lagi yang menjadi ahli tetap beriftar di masjid ni. Seronok sangat! Walau kulit berlainan warna, tapi disatukan dengan akidah yang satu. I'm going to miss this moment...

Dah masuk hari ke sepuluh bulan Ogos. Maknanya, semakin dekat tarikh nak hantar thesis. Supervisor pun dah start tanya-tanya bila dah 2 minggu tak hantar apa-apa untuk disemak kepadanya. ada 4 chapters dari 9 chapter lagi. 2 chapter utama masih tengah run analysis. Cuakkkk!!!! Duk pulun tulis literature review sekarang. Supervisor takde pulak minggu terkahir ogos ni. Double cuakkk!!!..Plan untuk hantar bulan 8 nampaknya seperti tidak akan berlaku.

Takperla...slowly but surely.

Take it easy and just do it.

Takmo stress2.

InsyaAllah, Allah akan permudahkan.

p/s: Triple cuak, takut tarikh viva bulan 10. Owh..kakcik nak kahwin time tu!!!! kena pulang ke Malaya...

Monday, August 08, 2011

lalala

starting to cancel all contracts..n counting the days..lalalala

n thesis is still in progress...lalalala

Thursday, August 04, 2011

Do we really know?



Do we really know the book of Allah?

This Ramadhan...lets start it now!!!..knows and loves Al Quran

p/s: Kalau tadarus tu, adalah lebih baik faham maknanya.... :)

Sunday, July 31, 2011

Checklist Ramadhan

Ahlan wa sahlan Ramadhan!

Allah takdirkan untuk berRamadhan diperantauan sekali lagi. Memang sepanjang berpuasa di luar negara akan rasa lebih fokus dengan ibadah. So, I should take this opportunity untuk beribadah sebaik dan sebanyak mungkin.

So, here goes my checklist for this Ramadhan :

1) Tahajjud - everyday
2) Khatam and learn quran
3) Hafal juz amma (yeah..dah lama dok mengafal tapi tak habis2 hapal lagi)
4) Finish writing and submit thesis!!! (this is a must!!! please pray for me)
5) Sedekah at least £1 a day
6) Read more dakwah books. (My naqibah will be away..usrah takde..need to read more books untuk bekalan jalan dakwah)
7) Tak miss tarawih. (Jom terawih kat sumsa..sebab imam kat situ best)
8) Buat solat sunat (yang 12 tu - rawatib, dhuha and witir)
9) Jamu orang berpuasa makan (teringat kat mesir org agih2 kurma di jalan raya dikala waktu berbuka puasa hampir masuk.Org yang terstuck di traffic jam at least ada something utk berbuka.Bnykkan pahala yg diorang dapat?Kat malaysia pun boleh buat. Bring extra kurma kat n letak dalamkereta. Kalau tiba2 jem pulak on the way balik n waktu dah masuk, u can pass some of kurma to org kat kereta sebelah.)
10)makes more doa...

Ok, checklist ni bukan tujuan utk nak tunjuk amal ibadah. Tapi unttuk bagi idea kat semua apa yg boleh dibuat pada Ramdahan ni. Kalau you all nak share checklist pun best jugak...tulis kat komen yer:)

Selamat menjalani ibadah puasa, Semoga Allah menerima puasa dan amalan kita yang lain...


p/s: lagu ni comey!

Tuesday, July 19, 2011

Pulang




Barang-brang pulang dahulu..tuannya akan menyusul kemudian..soon...

Sunday, July 10, 2011

A picture tells a thousand words!

My motivation!

Tuesday, June 28, 2011

July is coming..


Wednesday, June 22, 2011

soalan


Tadi kak fidah bagi soalan2 yang Imam ghazali beri pada muridnya. Dapat jawab 3 betul.


****


Suatu hari, Imam Al-Ghazali berkumpul dengan murid-muridnya. Lalu Imam Al-Ghazali bertanya...
Pertama, "Apa yang paling dekat dengan diri kita di dunia ini?".


Murid-muridnya ada yang menjawab orang tua, guru, teman dan kerabatnya.


Imam Al-Ghazali menjelaskan semua jawapan itu benar. Tetapi yang paling dekat dengan kita adalah "mati". Sebab itu sudah janji Allah SWT bahawa setiap yang bernyawa pasti akan mati.


"Tiap-tiap yang bernyawa akan merasai mati, dan bahawasanya pada hari kiamat sahajalah akan disempurnakan balasan kamu. Ketika itu sesiapa yang dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke syurga maka sesungguhnya ia telah berjaya. Dan (ingatlah bahawa) kehidupan di dunia ini (meliputi segala kemewahannya dan pangkat kebesarannya) tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang-orang yang terpedaya." ( Surah Ali Imran 185 )


Kedua : Lalu Imam Ghazali meneruskan pertanyaan yang kedua. " Apa yang paling jauh dari diri kita di dunia ini?"


Murid-muridnya ada yang menjawab negara China, bulan, matahari dan bintang-bintang. Lalu


Imam Al-Ghazali menjelaskan bahawa semua jawapan yang mereka berikan adalah benar. Tapi yang paling benar adalah "masa lalu". Bagaimanapun kita, apapun kenderaan kita, tetap kita tidak bisa kembali ke masa lalu. Oleh sebab itu kita harus menjaga hari ini dan hari-hari yang akan datang dengan perbuatan yang sesuai dengan ajaran Agama.


Ketiga : Lalu Imam Al-Ghazali meneruskan dengan pertanyaan yang ketiga. "Apa yang paling besar di dunia ini?"


Murid-muridnya ada yang menjawab gunung, bumi dan matahari. Semua jawapan itu benar kata Imam Ghazali. Tapi yang paling besar dari yang ada di dunia ini adalah "nafsu".


Justeru nafsu yang menguasai diri , menyebabkan manusia gagal menggunakan aqal , mata , telinga dan hati yang dikurniakan oleh Allah S.W.T. untuk hidup berlandaskan kebenaran . Fenomena ini menyebabkan mereka terjerumus ke dalam Api neraka Jahanam .


"Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk neraka jahanam banyak dari jin dan manusia yang mempunyai hati (tetapi) tidak mahu memahami dengannya (ayat-ayat Allah), dan yang mempunyai mata (tetapi) tidak mahu melihat dengannya (bukti keesaan Allah) dan yang mempunyai telinga (tetapi) tidak mahu mendengar dengannya (ajaran dan nasihat); mereka itu seperti binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi; mereka itulah orang-orang yang lalai." ( Surah Al A'araaf 179 )


Maka kita harus hati-hati dengan nafsu kita, jangan sampai nafsu membawa kita ke neraka .


Keempat : Pertanyaan keempat adalah, " Apa yang paling berat di dunia ini?" 


Ada yang menjawab baja, besi dan gajah. Semua jawapan hampir benar, kata Imam Al-Ghazali, tapi yang paling berat adalah "memegang amanah".


"Sesungguhnya Kami telah kemukakan tanggungjawab amanah (Kami) kepada langit dan bumi serta gunung-ganang (untuk memikulnya), maka mereka enggan memikulnya dan bimbang tidak dapat menyempurnakannya (kerana tidak ada pada mereka persediaan untuk memikulnya); dan (pada ketika itu) manusia (dengan persediaan yang ada padanya) sanggup memikulnya. (Ingatlah) sesungguhnya tabiat kebanyakan manusia adalah suka melakukan kezaliman dan suka pula membuat perkara-perkara yang tidak patut dikerjakan." ( Surah Al Ahzaab 72 )


Tumbuh-tumbuhan, binatang, gunung dan malaikat semua tidak mampu ketika Allah SWT meminta mereka untuk menjadi khalifah (pemimpin) di dunia ini. Tetapi manusia dengan sombongnya menyanggupi permintaan Allah SWT, sehingga banyak dari manusia masuk ke neraka kerana ia tidak boleh memegang amanahnya.


Kelima : Pertanyaan yang kelima adalah, " Apa yang paling ringan di dunia ini?".


Ada yang menjawab kapas, angin, debu dan daun-daunan. Semua itu benar kata Imam Al-Ghazali, tapi yang paling ringan di dunia ini adalah "meninggalkan solat". Gara-gara pekerjaan, kita tinggalkan solat, gara-gara meeting kita tinggalkan solat.


Keenam : Lantas pertanyaan ke enam adalah, " Apakah yang paling tajam di dunia ini?".


Murid-muridnya menjawab dengan serentak, pedang... Benar kata Imam Al-Ghazali, tapi yang paling tajam adalah "lidah manusia". Kerana melalui lidah, manusia dengan begitu mudah menyakiti hati dan melukai perasaan saudaranya sendiri.

Tuesday, June 21, 2011

Perjuangan belum selesai

Garis penamat itu semakin hampir,
Semakin dekat,
Semakin lelah!

Tapi,
Takkan ku menyerah...



Kepada mama : bukti sedang berusaha menyiapkan PhD...ehehehe

Monday, June 13, 2011

sang pencerah



selamat menonton..

Tuesday, June 07, 2011

wanita

Tiga dari kebahagiaan: “Wanita yang apabila engkau melihatnya, ia mengkagumkan engkau, apabila engkau tiada bersamanya dia menjaga dirinya dan harta engkau” (Riwayat al-Hakim dalam al-Mustadrak, dinilai hasan oleh al-Albani)
Tidak perlu jadi pelacur 1st class. Memang la seks tu penting, sebab itu fitrah manusia. Tapi kebahagian bukan hanya sekadar seks sahaja. Tak faham dengan lelaki yang sibuk cari 'makan kat luar' atau tak cukup dengan satu. Kalau isteri tu tak memuaskan, beritahulah dan bimbinglah apa yang patut. Takdela menentang poligami. Tapi rasulullah pun tak suka jika Ali menduakan anaknya Fatimah sebab Baginda tahu ia akan mengundangkan kesedihan puterinya.

Makin skeptikal dengan lelaki....

After all things happened to me and people around me, seriously cam takut nak kahwin. huhu.

Semoga Allah kurniakan jodoh yang terbaik dan soleh! sangat membutuhkannya! (yg soleh tu)

dan mari kita mempersiapkan diri menjadi yang solehah...

ok..stop mengarut di tgh malam buta (kes menunggu simulation yang sangat lembap di komputer ini)

daaa...

p/s:

Doa Almarhum Ustazah Yoyoh Yusra (Pendakwah dan ahli politik PKS Indonesia) :

“Ya rabb, aku sedang memikirkan posisiku kelak diakhirat. Mungkinkah aku berdampingan dengan penghulu para wanita Khadijah Al-Kubra yang berjuang dengan harta dan jiwanya? Atau dengan Hafshah binti Umar yang dibela oleh Allah saat akan dicerai karena shawwamah (rajin puasa) dan qawwamahnyaI (rajin tahajud)? Atau dengan Aisyah yang telah hafal 3500 an hadits, sedang aku…. ehm 500 juga belum… atau dengan Ummu Sulaim yang shabiroh (penyabar) atau dengan Asma yang mengurus kendaraan suaminya dan mencela putranya saat istirahat dari jihad… atau dengan siapa ya. Ya Allah, tolong beri kekuatan untuk mengejar amaliah mereka… sehingga aku layak bertemu mereka bahkan bisa berbincang dengan mereka di taman firdaus-Mu."- Almarhum Ustazah Yoyoh Yusrah

(mode muhasabah)

Sunday, May 22, 2011

Sabar sikit lagi please...

Sangat cemburu. Cemburu kepada mereka yang berlari dalam dakwah ini. Cemburunya sebab tak boleh nak lari bersama-sama buat masa ini. Terpaksa pass baton. Ni germany sana, tengah rancak. Di sini pun apa kurangnya. Melihat adik Naqibah yang bersemangat dengan website barunya, alahai...kakakmu ini terpaksa mengadap komputer sampai sakit-sakit mata. Sisters...rindunya kat semua! rindunya nak berprogram.

Kena sabar, sabar dan sabar. Sebulan lebih lagi. Kerja masih banyak. Mama kata "Tula buat last minute..." Tapi untuk diri yang terover confident ni memang tatau la kenapa yakin sangat boleh habiskan juga dlm sebulan lebih ni.InsyaAllah..sangat yakin Allah akan tolong. Yang penting usaha, dan jangan tidur malam..(ehehehe tipu jer :P )

Berat dah turun, mata pun dok sakit jer (penat mengadap komputer). Will fight till the end! sket jer lagi. sabar.

Thursday, May 12, 2011

Multitasking

While doing corrections..

From Drop Box


I was listening to this..


SubhanaAllah...an awesome talk! 

owh and i've prepared this for my iftar ..presenting Kuih Qasidah..


From Drop Box


p/s: buat pembetulan takyah guna otak sangat so boleh multitasking... Tapi tak suka study Dynamical analysis..tolong! tolong! :(

Wednesday, May 11, 2011

Tolong sampaikan

Maksud adil kepada isteri..



Sampaikan kepada yang berkenaan.

Yang duk dalam gua (siapkan tesis),
Mimiamilia

Friday, May 06, 2011

Pintu harapan

Selagi pintu itu terbuka..
pergilah..

Walau selautan dosa pernah kau lakukan,
Walau pernah kau hidup di lembah yang hina,
Walau dulunya kau melupakan Dia.

pergilah..
kejar cintanya.
Kerana pasti Dia tidak berpaling..
kerana Dia..

"Dialah yang memberi rahmat kepadamu dan para malaikatNya(memohon keampunan untukmu),
agar Dia mengeluarkan kamu dari kegelapan kepada cahaya. Dan Dia Maha Penyayang kepada orang-orang beriman" (33:43)

kerana Dia
pemilik pintu itu..
sebuah pintu
pintu harapan.

p/s: Selesai menonton dalam mihrab cinta (sambil2 menulis tesis). Cerita yang sarat dengan pengajaran..

Wednesday, April 27, 2011

Tukar fikiran

Salam

I may change my mind...
I may change my plan...

maybe not July
maybe in September...

Kena istikharah..
semoga Allah tunjuk yang terbaik.

Kita merancang,
Tapi Allah lah sebaik-baik perancang.

Doakan yang terbaik!

p/s: bukan plan kahwin.

Monday, April 25, 2011

Palestine, Kami bersamamu..


Credit to Farah yang ambil gambar ni (tak perasan pun bila masa diorang ni candid gambar ni masa tadabbur tu. Lokasinya adalah di Gibraltar) dan Izfa yang bersama-sama farah edit untuk masuk contest Fotografi aqsa Syarif 2011 di Hannover kelmarin. Tahniah untuk izfa yang menang tempat kedua untuk gambar yg ini :


Memang cun gambar ni! Keputusan penuh klik sahaja link warna biru tu.

Friday, April 22, 2011

Tsur

Bismillah,

Malam ini, nun jauh di Hannover, adik-adikku berkumpul bersama. Mereka akan bertungkus lumus untuk menjayakan program Aqsa Syarif esok hari. Ini merupakan program pertama mereka. Membaca email-email mereka (yang tersangat banyak) membincangkan tugasan-tugasan yang perlu dilaksanakan untuk memastikan program ini berjalan lancar, membuat aku mampu menarik nafas lega. Mereka sudah sampai ke tahap yang telah ku target selama ini. Biar pun lambat, namun sampai jua. 'Buah' yang ku jaga dan peram, kita boleh di petik. Semoga ia manis dan bermanfaat kepada semua.Terima kasih Ya Allah atas kurniaan ini.

Walaupun tidak bersama mereka, aku merasakan hati ini duduk sama-sama dalam bulatan kecil mereka malam ini. Mereka adalah mutarabbi pertamaku. Boleh dikatakan juga bahan ujikaji ku. Ataupun mereka adalah anak2 sulung ku. (anak sulung yg ramai :)) Ada yang nakal, ada yang ceria, ada yang sensitif, ada yang macam takde perasaan. Semuanya lengkap. Lengkap untuk benar-benar mentarbiyahkan diri ini. Mengendalikan mereka dari jarak beribu batu adalah satu cabaran yang sangat besar. Tapi, benarlah...Allah yang memegang hati-hati manusia ini. Alhamdulillah, doaku dimakbulkan. Hati-hati itu kini sudah bersedia untuk menggalas tanggujawab yang selama ini aku galas. Moga dakwah di bumi itu nanti akan subur dan mekar.

Nun jauh di Birmingham pula, murabbiku dan akhawat seangkatan denganku akan bersama-sama berkumpul. Seronok bertemu akhawat! Aku memang nak sangat pergi. Tapi nanti siapa pula nak siapkan report ni? Semoga pengorbanan ini Allah balas dengan yang lebih baik. Tak lama...aku harus menggunakan masa yang tidak lama ini untuk membuat yang terbaik.Yang pasti, aku menunggu penanda buku, dan donut krispy kreme dari mereka :)

Maka, tinggallah aku dan Cik Fidah di 'Tsur'. Owh...itu nama rumah kami yang baru. Signifikan dengan Gua Tsur. Di mana Rasulullah s.a.w dan Abu Bakar tinggal sebentar sebelum meneruskan penghijrahan ke Madinah. Bukit Tsur yang tinggi, signifikan dengan rumah kami yang tinggi (Tingkat 11). Hanya Rasulullah dan  Abu bakar di gua tsur itu, begitu juga hanya aku dan cik Fidah di rumah ini. Rumah ini tak boleh bising-bising nanti jiran bawah rumah marah. Rasulullah dan Abu Bakar, duduk diam-diam berlindung dalam gua dari kaum Musyrikin Mekah yang mencari mereka. Jadi, sangat sesuai lah nama ini. Semoga kami dapat semangat Hijrah Rasulullah itu dalam menempuh cabaran-cabaran untuk menghabiskan PhD ini.Doakan kami!

Tsur bakal dapat dicantikkan di dapur dan toilet. Alhamdulillah, council nak bagi kitchen cabinet dan lantai baru, serta toilet yang baru kat semua penghuni di flat. Sempat la merasa sebelum balik Malaysia. InsyaaAllah kalau ikut perancangan akan pulang awal Julai. Viva ku terpaksa dijalankan pada bulan September atas permintaan external examiner. Jadi aku akan pulang awal untuk lapor diri dan kembali semula ke Glasgow September nanti untuk viva.Doakan dimudahkan semua urusan.

Wednesday, April 20, 2011

Dakwah adalah satu cinta

Tika 'cinta' itu hilang, aku digantikan dengan cinta yang tiada tandingnya.

Dan aku terus mabuk dalam cinta itu...

Ya, Dakwah ini satu cinta...


dan......

..
..
..
..
..
cinta itu tetap dalam hati...walaupun terpaksa melayan cinta PhD buat sementara ini...
moga saat indah cinta akan kembali.
itu adalah janji.
sabarlah wahai hati.

63 hari lagiiii........
*gulp*

Sunday, April 17, 2011

Bulan


Subhanallah! 7.45 pm, Glasgow.....

Thursday, April 14, 2011

Masalah

Kisah lama kembali menghantui.

Cebisan masa silam masih ada dalam kehidupan sekarang. Dan minggu ini kembali menghantui. Masalah demi masalah yang datang. Alhamdulillah. Ada keluarga di sisi yang membantu. Memang di kala kita dalam masalah, keluargalah tempat kita bergantung harap. Kadang-kadang kawan pun tak dapat nak bantu. Alhamdulillah dikurniakan keluarga yang memahami. 

Ketika berbual dengan Mama di telefon membincangkan masalah ini, terbit timbul rasa syukur dalam hati. Syukur kerana di selamatkan dari kisah silam itu, dan syukur kerana mama sentiasa ada untuk membantu dan support diri ini. Mama..i love u :)

Semoga Allah mudahkan diri ini menghadapi masalah yang datang. Begitu juga aku doakan untuk adikku yang seorang itu. Aku tahu beratnya masalah yang dihadapi tapi langsung dia tidak menampakkan di hadapan adik-adikku yang lain. Dia cukup tabah. Semoga Allah berikan kesabaran yang tinggi untuknya. Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Aku hanya mampu menjadi tempatnya mencurah segala isi hati. Namun, tiada apa yang dapat ku lakukan daripada berdoa dan terus berdoa untuknya. 

InsyaAllah, dugaan itu untuknya lebih dekat kepada Allah. Lebih lagi mengharap pertolongan Allah. Sebagai tarbiyah untuk belajar erti kesabaran yang sebenar. Kita memang sukar menukar hati manusia. Tapi ingatlah yang memegang hati-hati manusia itu adalah Ar Rabb. Pohonlah padaNya.Pohonlah...

Aku juga pernah berdoa supaya hati-hati beberapa adikku yang lain supaya dilembut untuk terima tarbiyah ini dan Alhamdulillah,ternyata Allah memperkenankannya. Jadi, aku yakin...berubahnya adik-adikku adalah kerana hati-hati itu Allah telah palingkan ke jalan kebaikan ini. Semuanya adalah kerana Dia.Ya, hanya Dia.

Letakkanlah seluruh pengharapanmu padaNya. InsyaAllah...Dia tidak pernah sia-siakannya...

dan ingatlah...La yukallifullah hu nafsan ila wusa'ha...

Wallahua'lam 

Tuesday, April 12, 2011

Catatan rindu Wihdah

Salam,

Allhamdulillah..thumma alhamdulillah.

Dec 2009 yang lalu, merupakan kali pertama aku bersama-sama mereka. Daripada sekadar menjadi pendengar hinggalah tiga minggu selepas itu tiba-tiba aku menawarkan diri untuk membawa mereka selepas naqibah mereka pulang ke Malaysia. Aku pun tak tahu, apa yang menyebabkan diri teruja untuk membawa usrah tersebut. 

Kini, April 2011. Sudah setahun lebih aku bersama mereka. Perubahan demi perubahan berlaku di hadapan mata. (eh! di dalam email atau sebagainya sebab jarak yang jauh..hehehe.), Masih ingat lagi, wajah-wajah yang tidak berpuas hati bila aku memisahkan mereka(senior dan junior) demi kepentingan tarbiyah. Tidak boleh aku satukan mereka yang sudah lama ikut usrah dengan yang sangat baru hendak ditarbiyah. Akan berlaku ketidakadilan di situ. Aku hanya akan melambatkan proses tarbiyah kakak-kakak. Makanya aku lakukan juga dengan bergantung sepenuhnya pada Allah supaya memudahkan urusan tersebut dan menghadapi muka kelat mereka.

Hari perpisahan dengan mereka sudah semakin hampir.Sedih. Inilah perasaan Murabbi bila mana terpaksa melepaskan anak-anak binaannya. Kini aku dapat memahami perasaan Huda ketika melepaskan Widad Mu'nisah kepadaku dan Aisyah. Ya, perasaan seorang ibu yang hendak melepaskan anak-anaknya...
itulah perasaannya.

Tapi di situlah tarbiyah yang boleh dicedok. Perasaan sedih itu akan berlaku apabila kita berpisah dengan sesuatu yang kita 'attach' selain Allah. Manusia, harta benda, mahupun kawasan...apabila sudah terlekat di hati, sangat sukar untuk kita lepaskan.Bila dilepaskan, hati akan jadi sedih. Oleh itu, perlu kita luruskan semula pandangan kita kepada perkara-perkara selain Allah. Bahawasanya semua ini adalah satu pinjaman yang Allah berikan. Pinjaman untuk kita pelajari sesuatu, dan mungkin juga untuk menguji diri kita.Ingatlah, tidak akan ada yang kekal selain Dia.

Pertemuan dan perpisahan itu adalah lumrah kehidupan dunia. Jangan jadikan ia sebagai alasan untuk tidak meneruskan hidup ini. Jangan jadikannya alasan untuk kita terus bersedih.Ataupun lebih teruk lagi, sebagai alasan untuk keluar dari jalan dakwah dan tarbiyah ini. Pasti ada jalannya bagaimana kita untuk terus berhubung. Lihatlah dari sudut yang positif adik-adikku. 

Banyak kenangan manis bersama Wihdah yang tidak akan aku lupa. Merekalah sebenarnya yang telah menjadikan diriku seperti sekarang. Merekalah tarbiyah paling besar yang aku peroleh. Masakan boleh ku lupa, bila mana passport dibuka, kebanyakkannya cop adalah dari bumi Germany.

InsyaAllah, kalianlah pilihan Allah untuk meneruskan dakwah di sana. Dari jauh, aku akan sentiasa doakan kalian....

catatan rindu,
kak mimi

p/s: Wihdah adalah nama kumpulan usrah.

Amalan

Bismillah,

Alhamdulillah, usai sudah tugasan hari ini. Lebih produktif. Ya, lebih produktif setelah 'deactivate' facebook. Aku memang mudah distract dengan FB. Salah satu sebabnya, masa untuk simulate programmingku, ia terlalu lama hingga rasa bosan lantas menyebabkan aku membuka FB. Hehehe..alasan yang tak kukuh.Tapi itulah hakikatnya.

Tetapi, Allah telah menegur diriku. Ketika membaca sebuah buku (untuk memenuhi mutabaah amalku) aku sampai ke baris ayat berikut:

"Masakan mahu masuk syurga jika hanya tidur? Masakan kamu kata kamu takut neraka jika hanya tidur?"

Opss..Zappss.. terkena diri sendiri. Bukanlah bermakna aku kuat tidur. Tapi lebih kepada buat perkara-perkara yang buang masa dan tak bersungguh-sungguh beramal. Ya, ramai anatar kita nak masuk syurga. Tapi soalannya..adakah kamu beramal seperti amalan ahli syurga? Yakin sangat ke dengan amalan yang dah buat sekarang tu membolehkan kita masuk syurga.

Aku kira-kira semula amalannku. Hafalan memang entah ke mana. Quran alhamdulillah memangbaca setiap hari tapi rasa masih tak cukup. Dan yang lain-lain. Kalau dibuat research berapa lama masa dihabiskan untuk membuat amalan ahli syurga...mungkin dapat 20% jer kot :(

Oleh itu sahabat, mari kita muasabah diri kita. Sejauh mana kita bersunguh-sungguh mengejar syurga. Jika masih disibukkan dunia, maka sebenarnya takut mu pada azab Allah itu dan keinginan untuk syurgaNya, hanya mainan di bibir dan kau tidak menzahirkan melalui amalanmu.

InsyaAllah, masih ada masa untuk kita sama-sama berubah...Ayuh!!! jangan tungu lagi. Kerana kita sendiri tidak tahu bila akan selesai urusan kita di dunia ini...

p/s: masa untuk berfacebook sudah digantikan dengan sesuatu yang lebih baik..alhamdulillah...

Wednesday, April 06, 2011

Cinta

Sesiapa pun suka berbicara tentang CINTA. Kerana CINTA itu fitrah. Ada yang bahagia dengan CINTA dan ada yang merana kerana CINTA.

Alhamdulillah, Allah telah memberikanku banyak episod cinta. Yang baik dan yang buruk. ALhamdulillah, kerana cinta Allah, aku sentiasa diselamatkan dari terus hanyut dan kufur pada nikmatnya.

PhDku hanya tinggal beberapa bulan sahaja untuk tamat tempohnya. Owh! Jangan ditanya di tahap manakah aku sekarang. Soalan tu sangat sensitif dan sangat memberikan stress pada kami yang patut habis tapi tak habis-habis lagi. Bukan soalan yang kami nak dengar. Tapi doakanlah semoga dimudahkan urusan PhD ini. Soalan mama pun setiap kali menelefonnya, pasti akan keluar pertanyaan "Belajar macam mana?" dan jawapan biasaku "Tengah buat..insyaAllah". Soalan seterusnya, "ada siapa2 tak lagi?" (Adakah anda semua faham soalan itu? :))

Aku sejujurnya menjawab, biar habis dulu PhD ni. Dalam hati...biar Allah yang tentukan. Kerana urusanku sudah ku letak sepenuhnya pada Allah. Usaha sudah dilakukan. Hanya jodoh dan masa yang belum sampai lagi. 

Selepas Allah sedarkan diri dengan episod2 cintaku yang lalu, memang hati ini aku tutup serapatnya hanya pada yang Halal. Ingin bukanya, pergila dengan cara yang sepatutnya. Kerana memang tiada istilah bercinta sebelum kahwin. Aku sudah merasakan. Dan aku tidak mahu mengulangi kesalahan itu. Tiada nikmatnya cinta itu. Sentiasa dipenuhi dengan nafsu dan angan-angan panjang yang entah jadi atau tidak. Hati terus jadi rosak. Hilang cinta pada tuhan.

Masakan kita boleh kata kita cinta pada tuhan, di masa yang sama kita mencintai makhluknya sepenuh hati. Dalam hati itu sahabatku, hanya ada satu rongga. 
"Allah tidak sekali-kali menjadikan seseorang mempunyai dua hati dalam rongga dadanya..." (Al Ahzab:4)
Jika kau penuhkan hatimu dengan cinta makhluk, di mana kau mahu letak cinta Allah yang Maha besar itu? Aku sudah merasakan... konon mahu mencintainya kerana Allah. Cinta apa kerana Allah jika hati bermaksiat, jika apa yang dilarang Allah kau lakukan. Apa nilai cintamu itu pada Allah? Memang cinta tidak halal itu, angaumu itu hanya merosakkan hati.

Biarlah aku dikatakan anak dara tua mahupun andalusia biar apapun istilah yang kalian beri. Biarlah... biarlah Allah tentukan diriku ini dengan yang selayaknya. Biarlah..biarlah aku bercinta dengan Allah sampai hujung nyawa. Tak pernah ada kekesalan jalan yang dipilih ini. kerana ku tahu, nikmat cinta dunia itu hanya sementara...

Seusai melawat adikku semalam, Allah..aku merasakan ada sesuatu yang Dia mahu aku pelajari. Bagaimana adikku itu berusaha untuk tidak terjebak cinta larangan ini. Sanggup memutuskan, sanggup terima risiko demi kefahaman yang diperoleh.Allah memang mencintainya dan ingin selamatkannya.Terima kasih Allah kerana memberi pelajaran itu. 

kepada yang sedang bercinta sebelum kahwin, mungkin kau dapat syurga sebelum kahwin, tapi jika kau terus hanyut dan lalai syurgamu itu mungkin Allah tarik selepas berkahwin. 

kepada pencari cinta, mari kita berdoa semoga Allah terus beri kekuatan kepada kita agar terus berpegang pada taliNya dan tetapkan hati kita menghadapi dugaan nafsu dunia ini. Semoga Allah kurniakan syurga di hati kita...

Ingin aku kongsikan pesanan indah dari ustazah fatimah mengenai cinta kerana Allah..aku menangis mendengarnya...



Pesanan ustazah untuk cinta kerana Allah :


1) Muhasabah selalu - bertaubat jika kita telah melakukan sesuatu yang dilarang Allah (teringat, termemuja, terangau dan sebagainya.)Kembalikan cinta kita kepada Allah


2)Jaga keikhlasan hati kita. Ikhlas cinta kepada Allah...


3)Tutup pintu-pintu fitnah - menjaga ikhtilat,menjaga aurat, menjaga pandangan.etc.


4)Siapkan diri untuk menjadi pasangan yang ideal - sibukkan diri dengan memahami agama dan sebagainya.


Semoga dapat manfaatnya,


salam cinta,
Mimiamilia

Tuesday, March 29, 2011

Luasnya

"Rasulullah S.A.W bersabda :
Allah berfirman "Wahai anak Adam, selama kamu berdoa dan berharap kepadaKu nescaya AKu ampuni segala dosamu yang telah lalu dan Aku tidak akan pedulikan lagi. Wahai anak Adam jika dosa-dosamu membumbung setinggi langit lalu kamu minta ampun kepadaKu pasti Aku ampuni.

Wahai anak Adam seandainya kamu datang kepadaKu dengan dosa sepenuh bumi, sedangkan ketika menjumpaiKu (mati) kamu tidak menyekutukan Aku dengan sesuatu pun, nescaya Aku berikan kepadamu ampuanan seluas bumi itu""
(Hadis riwayat At-Tirmidzi)

Allahu Akbar! luasnya pengampunan Allah!
Luasnya harapan yang diberikan...

Seburuk mana pun keadaan yang sedang kita hadapi, Allah masih menyediakan jalan keluarnya. 
Sejahat manapun diri kita, pasti ada jalan kembali kepadaNya.

Jom berlari kepada Allah....♥♥♥

Sunday, March 27, 2011

Sesat

"Kenapa Iqra yang pertama sekali diturunkan ye?" Dia bertanya lagi selepas pelbagai soalan telah diajukan.
"Eh you ni banyak sangat tanya, you ni dah sesat la! " kawannya fed up dan berlalu.

"Last week Along pergi program dengan kakak-kakak. Program Baitul Muslim. Nak kata kursus kahwin pun bukan la kursus kahwin.Tapi best la dan banyak manfaat. Last two week pun along ada pergi program juga" katanya di corong telefon.
"Eh..along ni dah ikut syiah ker?" suara di corong yang satu lagi bertanya..

Apakah?huhuhuhu....

Dua situasi itu adalah situasi sebenar (tapi mungkin dialog dah agak berubah sedikit tapi masih mengekal intipati perbualan).Adik-adikku telah bersama share pengalaman mereka di dalam usrah semalam. Aku hanya mampu tersenyum kerana ini mengingatkan kepada mama di rumah sana. 

" Bawa usrah tu elok-elok. Jangan sampai sesat pula" pesan mama. 

Sebenarnya, reaksi yang diterima adik-adikku itu adalah reaksi normal lebih-lebih lagi mereka yang tidak terdedah dengan usrah dan halaqah ini. Mungkin apa yang diketahui mereka (mungkin tertanam di fikiran mereka) bahawa usrah ni adalah satu aktiviti underground berkumpul dan berbincang untuk menjatuhkan kerajaan. Maka, ada yang mark orang usrah adalah org PAS (orang pas jangan marah..ini adalah realiti apa yang orang fikirkan). Ada juga yang merasakan, bila duduk berkumpul, berbincang, tak buka kitab kuning...maka ini adalah agenda ajaran songsang yang dibawa oleh individu-individu tertentu. Sesuatu yang tidak biasa dilakukan. Dirasakan 'alien' lebih-lebih lagi membincang sesuatu di luar 'mazhab yang dianuti' dan terus bertindak melulu menuduh kita sesat!

Aku tak menyalahkan ibu bapa mahupun individu yang melemparkan tuduhan palsu, atau menyangka bukan-bukan mengenai usrah. Situasi ini berlaku adalah kerana di Malaysia sendiri banyak sangat ajaran sesat. Ibu bapa mana yang tak takut dengan perkara ini terjadi pada anak mereka. Maka mereka akan lebih berhati-hati. 

Ada juga individu yang tak suka bila kita cuba mencari kebenaran. Katanya Islam itu memang benar tak perlu di question banyak-banyak lagi. Nanti kita boleh sesat! 

Ya, kita tahu Islam itu benar tapi adakah salah untuk bertanya supaya kita boleh yakinkan hati kita dengan kebenaran. Teringat kisah Nabi Ibrahim yang meminta Allah membuktikan kekuasaanNya. Bukan Nabi Ibrahim A.s tidak mempercayai Allah, tapi untuk meyakinkannya lagi.
Dan (ingatlah) ketika Nabi Ibrahim (merayu dengan) berkata: "Wahai Tuhanku! Perlihatkanlah kepadaku bagaimana Engkau menghidupkan makhluk-makhluk yang mati?" Allah berfirman: "Adakah engkau belum percaya (kepada kekuasaanku)?" Nabi Ibrahim menjawab: "Bahkan (aku percaya dan yakin), akan tetapi (aku memohon yang demikian ialah) supaya tenteram hatiku (yang amat ingin menyaksikannya).......(ila akhir ayah)" (2:260)
Kita bertanya buka untuk menyesatkan diri. Bertanya untuk memahami dan mempelajari dan tidak mengambil sesuatu membuta tuli. Bila kita faham kenapa kita kena buat sesuatu...InsyaAllah jawapan nya memang semua dah ada. Tinggal untuk kita mencari. Dan kita akan lebih cenderung untuk berbuat sesuatu atas sebab keinginan kita sendiri menurut kefahaman yang kita perolehi. Bukan sekadar mengikut.Natijahnya, kita akan lebih ikhlas dan perubahan kita adalah atas pilihan sendiri.

Dan sepanjang pencarian ini kita kena sentiasa berdoa agar kita dilorongkan kepada kebenaran kerana kita tahu syaitan sentiasa ingin mengmabil peluang untuk menyesatkan kita. 

Kita juga tidak mahu bertaqlid atau mengikut sesuatu membuta tuli hanya kerana ayah emak nenek moyang kita dahulu lakukan. 

"Saya buat macam ni, sebab ayah saya pun buat macam ni"
"Saya buat macam ni sebab dulu ustazah ajar macam ni. Yang awak buat tu tak betul la"..

Dan apabila dikatakan kepada mereka" Turutlah akan apa yang telah diturunkan oleh Allah" mereka menjawab: "(Tidak), bahkan kami (hanya) menurut apa yang kami dapati datuk nenek kami melakukannya". Patutkah (mereka menurutnya) sekalipun datuk neneknya itu tidak faham sesuatu (apa pun tentang perkara-perkara ugama), dan tidak pula mendapat petunjuk hidayah (dari Allah)?(2:170)
Janganlah kita berfikiran seperti fikiran jahiliyah. Yang mengikut sesuatu dengan membuta tuli tanpa tahu hujung pangkal. Biarlah apa yang kita lakukan, kita tahu daripada mana sumbernya. Dan sumber itu haruslah yang asli iaitu Quran dan sunnah.

Kita beribadah bukan sekadar ikut-ikutan. Kerana itulah ayat pertama yang diturunkan adalah Iqra' yang sinonim dengan menyuruh kita untuk mencari pengetahuan dan pengetahuan itulah yang menjadi penyuluh kepada kebenaran.


Tapi, ramai umat Islam malas untuk berfikir, malas untuk untuk cari kebenaran. Ayuh! keluarlah dari kepompong kemalasan untuk berfikir itu. Kita harus berfikir. Kita harus kenal Islam. Lets start with the question ...

Kenapa kita dijadikan?

Selamat berfikir! 

Monday, March 21, 2011

Bila kau rasa getarnya..

Jika kau selam hati ini, 
pastinya engkau kan mengerti, 
betapa tulusnya cintaku pada diriMu..

dan bila ku rasa getarnya......

(lirik lagu yang dah diubah...peace!)

Dan bila aku merasakan getarnya hati ini, terus bersemangat!..(rasa macam nak melompat boleh?) Getar hati bila merasakan cinta pada Allah yang sangat-sangat tu. Atau bak kata adik manisku zaza..yang 'horror' tu...

Kalau hendak diukur tahap iman sekarang, mungkin boleh dikatakan berada di tahap yang tinggi setelah diboostkan dengan pelbagai program sepanjang seminggu dua ini. Ada program jaulah (jalan2) Andalusia, program Mabit (qiyam), dan beberapa daurah. Dan program-program ini berterusan hingga ke bulan hadapan sebelum masing-masing busy untuk exam (dan diri sendiri busy menulis thesis)

Ditambah lagi melihat mutarabbi-mutarabbiku yang juga sedang bersemangat untuk memulakan langkah sebagai seorang daie. Alhamdulillah...thumma Allahmdulillah. Allah yang telah mencampakkan hidayah ke dalam hati-hati mereka. Nikmat apa yang lebih asyik dan sangat best dari Allah jika bukan melihat hidayah itu telah menjadi agen yang merubah mereka menjadi hamba yang lebih baik. 

Melihat semangat mereka di Germany yang menjadi perintis dakwah di sana, melihat adik-adikku di sini semakin commit dengan usrah, dan semakin bersemangat untuk berubah. Sangat best okay! 

Iman yang menggerakkan

Terkadang, kita malas dan rasa lemah dalam melakukan kerja-kerja dakwah. Malas kita antara sebabnya adalah lemahnya hubungan dengan Allah.

Lemah hubungan dengan Allah = Lemah iman 

Iman yang lemah, ibarat ais yang menyejukkan... membekukan hati. Tiada gelojak. Tiada semangat. Kerana... iman itu yang menggerakkan! Iman itu sepatutnya menjadi seperti haba, yang memanaskan atom-atom, memberikannya tenaga,seterusnya atom-atom akan bergetar dan bergerak malah boleh menyebabkan perubahan pada satu keadaan kepada keadaan yang lain. Maknanya, iman juga adalah agen pengubah!

Maka apabila kita menyebut tentang perubahan atau penambahbaikan, iman yang patut menggerakkan! dan iman patut Diboostkan! 

Mari boost Iman!

Untuk boost iman adalah sama seperti nak mengubatkan hati. ala...yang 5 perkara tu..

1)Baca quran : Bukan setakat baca, malahan cubalah tadabbur dan menjiwa setiap Ayat-ayat cinta Allah yang dibaca itu.Kalau ada waktu lapang bacalah...tak kira di mana pun.

2)Solat malam : Cubalah bangun solat malam. Memang sukar.. tapi Insyaallah kalau kita latihkan diri dan ada keinginan yang kuat pasti Allah akan bantu kita. Bangun atau tidak kita di malam hari itu bergantung juga kepada aktiviti kita seharian di waktu siang. Jadi, di siang hari buatlah kebaikan sebanyak mungkin...jangan asyik buat perkara lagha jer.

3)berkumpul dengan orang-orang soleh: Ini memang sangat-sangat membantu. Jangan miss usrah! kalau ada program, cubalah untuk hadiri kerana di dalam program la kita nak jumpa orang-orang yang soleh ni. 

4)Banyak berpuasa : Bila berpuasa, kita akan rasa banyak masa, rasa lebih mudah dan lebih cergas nak beribadah dan kita akan menjaga diri kita dari melakukan maksiat.

5) Sentiasa berzikir : Ingat allah di mana sahaja. Bukankah mengingati Allah itu hati akan jadi tenang ? :)

Selain daripada itu, perkara yang sangat membantu diri ini untuk menaikkan iman adalah dengan meninggalkan jahiliyah-jahiliyah yang ada. Kalau ada couple...mesti hati rasa tak tenteram, Asyik teringat pasangan...so mcm mana nak buat yang no 5 kat atas tu kan? Tak pun kalau suka tengok cerita korea, main game.. atau yang sewaktu dengannya, macam mana nak habiskan masa dengan buat yang no 1 tu kan? (kalau tgk korea kan mcm susah nak stop sampailah ending yang of course bersiri2 ceritanya). Kalau sibuk mengumpat, maknanya kita ni duk berkumpul dengan orang2 yang opposite no 3 tu kan?

dan banyak lagi jahiliyah yang lain.....

Getaran Iman

Cinta...menggetarkan jiwa. Cinta pada Allah akan menggetarkan iman. Tumpahkanlah seluruh cinta kepada Allah.Ikutilah apa yang diajar oleh junjungan tercinta kita...
"Katakanlah "Jika kamu mencintai Allah, ikutilah aku, nescaya Allah mencintaimu dan mengampuni dosa-dosamu" allah Maha Pengampun,Maha Penyayang" (3:31)
Kita selalu sibuk nak baiki hubungan kita dengan orang yang kita cintai. Tapi selalu lupa nak baiki hubungan dengan Allah....

Mari berlari mengejar Allah..nanti Allah datang lebih laju dari itu. :)

Semoga kita bersama-sama dapat meraih cinta Allah, meningkatkan keimanan dalam diri, dan menggerakkan diri untuk bersama-sama menegakkan din ini.

Wahai orang-orang beriman! Jika kamu menolong (agama) Allah, nescaya Dia akan menolongmu dan mengukuhkan kedudukanmu (47:7)
Tak terngiurkan dengan janji Allah ini?

Thursday, March 17, 2011

bidadari

salam..

idea tak datang untuk menulis...so layan dulu lagu yg naqibah i dedicatekan..


Bila yakin tlah tiba,
Teguh didalam jiwa
Kesabaran menjadi bunga

Sementara waktu berlalu
Penantian tak berarti sia sia 
Saat perjalanan adalah pencarian diri

Laksana Zulaikha jalani hari
Sabar menanti Yusuf sang tambatan hati
Dipenantian mencari diri
Memohonkan ampunan dipertemukan

Reff
Segera kan kujemput engkau bidadari
Bila tiba waktu kutemukan aku
Ya Ilahi Robbi keras ku mencari diri sepenuh hati
Teguhkanlahku dilangkah ini
Dipenantian hakikat diri
Dan izinkan kujemput bidadari
Tuk bersama menuju Mu sepenuh hati...

Kini yakin tlah tiba
Teguh didalam jiwa
Kesabaran adalah permata

Dan waktu terus berlalu
Penantian tak berarti sia sia
Saat perjalanan adalah pencarian diri

Laksana Adam dan Hawa
Turun kebumi terpisah jarak waktu
Dipenantian mencari diri
Memohonkan ampunan dipertemukan

Bidadari tlah menyentuh hati
Teguhkan nurani
Bidadari tlah menyapa jiwa 
Memberikan makna


Thursday, March 03, 2011

to love and to be loved

Bismillah..

Hidup ini penuh ujian bukan?

Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: "Kami beriman", sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)? (29:2)
Setiap manusia itu ada ujiannya yang tersendiri. Yang buat PhD ni pun ujian berbeza-beza. Yang single ujiannya lain. Yang dah kahwin pun ujian nya berbeza. Jika sebelum kahwin, mungkin kita fikirkan kalau kahwin banyak selesaikan masalah. Tapi bila dah kahwin macam-macam lagi masalah yang timbul.

Sebut mengenai masalah perkahwinan ni, kadang-kadang sendiri pun jadi gerun. Lagi-lagi bila menjadi pendengar setia masalah a.k.a kaunselor tidak bergaji. Bukan seorang dua...ramai! gerun tau!!!Lepas satu, satu masalah yang timbul. Tapi kebanyakannya masalah timbul sebab sikap tidak bertanggungjawab pihak lelaki. (of course la kan sebab yang mengadu tu kawan perempuan. Belum terima lagi masalah dari pihak lelaki..hopefully takde la). Sampai terfikir...teruk sangat kah lelaki sekarang?

Tapi, disebalik banyak masalah yang didengari, banyak pengajaran yang boleh diambil. Mungkin itu hikmah Allah tidak datangkan lagi jodoh ini. Supaya diri ini belajar, dan terus belajar dari orang lain. Dan mungkin juga diri ni masih belum mantap (bersedia) 100% untuk masuk ke alam perkahwinan. Allah knows the best. Dia akan berikan sesuatu pada waktu yang memang sesuai untuk kita.Husnuzon dengan Allah :)

Memang kasihan dekat yang bermasalah itu. Kalau ikut kita yang single ni memang kita pikir baik tinggalkan jer lelaki yang tak bertanggungjawab tu. Tapi tu laaa, bila baca balik apa yang kak nina cakap dalam blog dia..memang betul.Orang yang dah kawin jer tau mcm mana perasaannya...to love and to be loved...

Aku doakan semoga Allah kurniakan mawaddah dan sakinah dalam rumahtangga kalian....

Untuk kak nina...nah, lagu yang boleh dedicate dekat abg fairuz... :) Mesti dia suka....

 

Monday, February 28, 2011

How do I love You....

Dah masuk Mac!!!!!!!!!!!!!!!!
Tinggal beberapa bulan lagiiiiiiii..........
Chaiyok!!!!!!!
InsyaAllah!

Sunday, February 27, 2011

Usrah isi masa lapang

Tarbiyah ini benar-benar mengubah kita bukan?

Ini komen adik adik ku waktu usrah petang tadi. 

"Dulu Kak Mimi, kalau usrah jer mesti kena on time habis. Tak boleh usrah sampai lewat malam"

"Aah..lepas tu muka kak mimi....huhuhuhu....muka selalu macam tak puas hati. Muka ketat..."

Aku hanya tergelak. Apa yang mereka kata tidak satu pun salah. 

"Tapi sekarang dah lain. Lain sangat la..."

Tambah mereka lagi.

Aku bukan nak cakap sekarang diri ni baik ke apa. Cuma berkongsi pengalaman dan kemanisan tarbiyah yang berjaya mencairkan hati yang keras ini dahulu.Muka yang dulu ketat pun dah bertambah manis (huhuhuhu! itu kata adik2 ku yer...)

Sebahagian adik-adik ku yang ku bawa ini dahulu sebenarnya seangkatan denganku atau maknanya seusrah denganku. Waktu awal-awal dakwah di Glasgow dulu, hanya berapa kerat sahaja yang berada dalam usrah ini. Jadi, kami diletakkan dalam kumpulan usrah yang sama kerana hanya ada tenaga naqibah kami seorang sahaja yang menggerakkan dakwah di Glasgow.

Bila diingat-ingat semula, muka ku selalu ketat, selalu macam tak puas hati, kerana aku hanya menjadikan usrah itu aktiviti masa lapang, nak tambah sikit-sikit ilmu tapi takdelah sampai tahap nak pergi berdakwah. Jadi baik sendiri-sendiri pun ok la kan.Lagi satu, aku tak suka sangat kena tanya dalam usrah waktu tu. Tu yang muka jadi tambah ketat.

"Akak rasa awak dah lain laaa.Tak macam dulu. Dulu macam susah nak pergi usrah. Kalau ina(bukan nama sebenar) tak pergi, awak pun tak pergi. tapi sekarang tak lagi." Aku perasan perubahan pada seorang adik dlm usrahku kini.

"Aah..tu la kak mimi, sebab saya rasa dulu usrah ni hanya untuk isi masa lapang. Tapi sekarang saya dah sedar kenapa saya perlu pergi usrah" Jawab adik itu. Jawapannya sama bukan dengan diriku dahulu? usrah hanya untuk isi masa lapang. :)

Tujuan usrah tidaklah sesempit itu. Usrah ini untuk membina diri menjadi muslim sejati. Mengubah paradigma (cara fikir) kita terhadap kehidupan dunia yang menjadikan kita lebih matang dan realistik. Usrah ini bukan tempat menghentam parti politik sebagaimana orang sangkakan. Usrah ini untuk menanam aqidah yang sebenarnya pada setiap individu yang berada di dalamnya. Agar aqidah yang tertunjang kuat itu, dapat menumbuhkan pohon kehambaan pada Allah, dan menghasilkan buah akhlak yang manis untuk dirasai oleh semua.Usrah ini juga untuk menanamkan kefahaman kenapa kita berada di dunia ini. Mana mungkin pembinaan diri itu adalah satu aktiviti sampingan dalam hidup kan?

InsyaAllah nanti sambung lagi cerita-cerita best dalam usrah...

nak tidur, penat seharian beraktiviti. Pagi ke tengahari berjualan di program maulidur rasul. Petang berusrah hingga ke malam. Alhamdulillah jualan mendapat sambutan...

wsalam.

Saturday, February 26, 2011

Rindu

Salam,

Rindu...

Rindu nak tidur dalam sleeping bag kat dalam masjid. 
Apakah? (Hehe..mesti ada orang pelik. bukan..saya bukan orang tabligh) 

Saya budak usrah yang rindu nak pergi program, yang bermalam di masjid. Dan weekend ni mereka berkumpul di Birmingham untuk daurah.(tapi saya duk umah mengadap komputer ni) Bestnya!!!! rindunya!!!! faham tak rindu tu? rindu yang lebih best dari rindukan pakwe (owh pardon me...its sound not right, nope I don't have any! forbidden okay!)

Erk! ok..switch to serious mode. :)

Setiap minggu, ada 3 usrah yang aku perlu hadiri. Kalau ikut logiknya, sepatutnya hati tu memang boleh terbasuh. 3 kali seminggu basuh. Ada orang nak dapat sebulan sekali pun susah. Tapi, kuantiti bukanlah mencerminkan kualiti bukan? Mungkin kita ada 10 usrah seminggu, tapi jika usrah itu dihadiri tanpa meletakkan hati seikhlasnya, mana mungkin karat-karat jahiliyah itu dapat dibasuh. 

Cuba tanya pada diri, setiap kali nak hadir usrah apakah perasaan.? bagi yang berada di awal-awal tarbiyah, baru mengenal jalan hidayah, mungkin sangat bersemangat. Tapi bagi orang yang dah lama duduk dalam tarbiyah ini kadang-kadang datang rasa jemu. Lagi-lagi, jika naqibah kita tu agak membosankan (pada pandangan kita) ataupun anak-anak usrah kita tu yang membosankan. (Owh..anak2 usrahku sangat tak membosankan...:)))



Tapi, walau apapun perasaan kita, tolaklah ketepi. Sebabnya, kita memang membutuhkan usrah itu. Jika saat mula melangkah ke venue usrah, ada perasaan yang tak best....beristigfarlah. Syaitan tu memang nak bisik benda-benda tak best kan? 

Nanti dia bisik...

"ala..homework tak siap lagi, boleh jer dengar ceramah2 kat youtube. Naqibah pun asyik bagi benda yang sama jer, boring!"

dan macam-macam lagi.kan?Nahhh!!! jangan kalah dengan syaitan..teruskan sahaja ke usrah. eventhough naqibah dok ulang benda sama, kan kita ni insan yang mudah lupa. Yang selalu kena diingatkan. benda yang sama pun kita boleh lupa.kan? kan?

Dan kadang-kadang tu, kita lebih pentingkan usrah yang kita jalankan dari usrah untuk kita sendiri. Seronokkan jadi naqibah? jadi murabbi?(baru lepas baca buku "Menjadi Murabbi Itu Mudah" best bangat!) Tapi jangan sampai keseronokan itu menyebabkan kita meninggalkan hak tarbiyah untuk diri sendiri. Sibuk menata perjalanan tarbiyah mutarabbi, hingga tarbiyah diri terabai. Kita berada di jalan dakwah ini bukan hanya menyelamatkan orang lain, tapi yang lebih penting menyelamatkan diri sendiri. Bagaimana mahu menghasilkan pewaris dakwah yang mantap, jika yang membawanya pun tarbiyah tunggang langgang.

Owh, entri ni bukan ditujukan kepada sesiapa. Ingatan untuk diri sendiri juga..

Apapun, tengah sangat happy sebab esok nak duduk beriman sejenak bersama widad-rawahil yang dah berminggu-minggu tak bersua muka (sebab balik malaysia hari tu). Happy juga sebab esok nak buka gerai di Majlis Maulidur Rasul di sini, jual quran n mathurat sambil-sambil tu jual keropok lekor cik zaa :)

Yang paling penting, sangat happy dapat menghadapi kenyataan dan fasa-fasa mood tak stabil and moves on. Bersangka baik dengan Allah itu sungguh menenangkan hati. Love u Allah!

  © Blogger template 'Isolation' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP