Salam awal Muharam semua,
Alhamdulillah, Allah beri kita nikmat dan kesempatan untuk melangkah ke tahun baru 1433 Hijrah. Sudah 1433 tahun peristiwa hijrah itu berlalu. Namun, setiap kali diberi tugasan untuk menyampaikan ISK (Ini sejarah kita - sejarah dunia Islam) kepada adik-adik, setiap kali itu diri merasakan semangat juang dakwah Baginda dan terngiang-ngiang nyayian Tolaal Badru A'laina yang dinyanyikan oleh penduduk Mekah meyambut kedatangan nabi yang tercinta.
Sinonim dengan permulaan tahun baru, pasti masing-masing memasang azam baru. Aku doakan semoga kalian dapat istiqamah dalam mencapai azam tersebut. Azamku tahun ini adalah untuk mempergiatkan usaha dakwah di bumi yang baru aku duduki selama sebulan ini. Aku juga mahu membuktikan bahawa, tugas sebagai pensyarah dan daie adalah seiring. Aku perlu berusaha keras memenuhi kriteria untuk mendapat 'confirmation' yang syarat-syaratnya sangat ketat disamping tidak melupakan kerja-kerja dakwah ini. InsyaAllah, rumah sewa yang baru ku namakan Raudhah supaya ia menjadi taman syurga dunia.Aku juga berazam untuk menulis dengan lebih serius (update entri selalu), insyaAllah.
InsyaAllah, selepas ini akan menyusul entri baru yang aku ingin semua mendapat manfaat drpdnya. Till then..illalliqa'..salam maal hijrah
Comments