Monday, February 27, 2012

Obsesi akhirat

Bila obsesi kita kepada akhirat, setiap apa yang kita buat pasti motivasi kita adalah ganjaran di akhirat dan redha Allah. Hidup ini sebenarnya lebih tenang dan gembira bila nak melakukan sesuatu, terbayang nikmat syurga lantas terus terdorong melakukannya. Dorongan syurga utk suatu amalan, sudah tentu amalan yang baik kan?


Semoga Allah beri kekuatan kepada kita untuk menghadapi kehidupan yang semakin kuat tarikan jahiliyahnya. Semoga Allah memudahkan kita dalam melakukan kebaikan kerana mungkin hanya kita yang faham apa yang kita lakukan tapi bukan orang lain. Kita mungkin dirasa ganjil, tapi sedarlah jika kita ni lain dr org lain, kita adalah org yg dimaksudkan dlm hadis nabi tu.. osem kan?


Memang perlu seimbang dunia dan akhirat. Tapi motivasi amalan dunia adalah akhirat juga. Barulah dapat kebaikan untuk kedua-duanya!


Yang penting, letakkan urusan kehidupan ini di tangan Allah disamping berusaha sebaik mungkin. Tawakal pada Allah itulah yang memberi kegembiraan pada kita sebagai hamba. percayalah!



Sunday, February 26, 2012

Mengejar Sempurna

Mengejar Sempurna *(klik untuk dengar lagu)


Alam kaku bagai diwarnakan
Putih hitam kelabu
Hingga tiba terbitnya mentari
Yang dihias pelangi
Melengkapi sebuah perjalanan
Kau dan aku bersamanya, seiringan
(chorus)
Berlari ke impian
Terbang ke puncak awan
Andai jatuh tersimpuh
Lantas kau hulur tangan
Bersama kita bangun
Teruskan kehidupan
Mengejarkan sempurna
Hingga capai angkasa
Namun kan hilang makna
Andainya kau tiada
Walau derasnya masa
Segalanya takkan berubah
(bridge)
Zahirnya ketetapan
Pasti akan ada pasang, pasti akan ada surutnya
Kala kita teruji, disitulah letak nya erti
Erti sebuah kesetiaan

Kita semua mengejar sempurna. Tapi mungkin berbeza kesempurnaan yang kita cari. Bagi diri sendiri, aku mencari kesempurnaan sebagai seorang hamba Allah yang sudah pasti tidak akan dapat dicapai kesempurnaan itu. Jadi, usaha untuk menjadi sempurna itu sepatutnya tidak akan terhenti sehinggalah nyawa berpisah dari badan. Kita memang tidak sempurna... tapi kejarlah kesempurnaan. 
Syurga Allah itu sangat mengiurkan!

Friday, February 17, 2012

cintaku kerana Allah


Allah memberikan kasih sayangNya yang melimpah ruah.

Kehidupan kini lebih baik dari dahulu.

Dakwah tetap menjadi obsesi. Hinggakan ayah pernah sebut..kat rumah ni ada anak yang kuat dakwah! (ini adalah petanda positif. Ayah akhirnya faham anaknya...tapi ada rule baru. Jangan cakap pasal politik dalam rumah. Walaupun saya bukan penyokong bulan mahupun dacing, kami selalu berbeza pendapat dalam politik.)

Semoga Allah membuka pintu hati dan terus memberikan hidayah kepada saya dan keluarga tanpa henti.

Semoga Allah kurniakan pendamping yang sama-sama dalam jalan dakwah ini. Mereka yang tidak berada di jalan ini tidak akan faham apa yang kita lakukan. Itu yang saya dapat simpulkan berdasarkan pemerhatian dan perbincangan selama saya terlibat dalam dakwah.

Dakwah bukanlah sesuatu yang menggerunkan. Dakwah bukanlah extreme. Dan sama sekali bukan buat bom!

Dakwah adalah manifestasi cinta kita pada Allah, pada manusia. Cinta pada Allah dengan menjalankan tanggungjawab sebagai khalifah dan hamba. Cinta pada manusia kerana mahu sama-sama berada dalam syurga Allah. Bukakah di akhirat nanti kita akan bersama org yang kita sayangi? Tidak mahukah kita bersama keluarga? sahabat ?

kunci ikatan kasih sayang kita adalah Allah.

Uhibbukum fillah!

Semoga kita dapat bertemu di syurga nanti :)

  © Blogger template 'Isolation' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP