Thursday, February 25, 2010

Rindu!

Rindunya! Rasa rindu yang teramat. Sehingga boleh mengalirkan airmata. Especially bila dengar lagu ni ..


Tak pun baca ni..


Then i've decided to watch this...
Selawat dan salam ke atas Rasulullah SAW.Walaupun wajahmu tidak pernah ku lihat, suaramu tidak pernah ku dengar,Tetapi kau sangat dekat di hati....

Happy Birthday!

 

Selalunya, bila tiba-tiba sibuk buat kek di dapur tu tandanya aku berada dalam keadaan stress.Tapi kali ni tak berapa stress pun walau kerja tinggi menggunung. Tiba-tiba teringin nak makan chocolate cheese cake dan bersempena juga birthday housemate semalam.Happy Belated birthday housemate! Semoga apa yang diimpikan akan dimakbulkan Allah. Semoga murah rezeki dan boleh belanja i makan selalu :)

Monday, February 22, 2010

Tempat bermain

"Mi, weekend ni kau pergi mana?"

"Aku pergi Birm." (Dah jadi macam rumah kedua pulak Birm ni)

"Habis tu, bilanya usrah aku?"

Aku tersenyum.Alhamdulillah..dia masih lagi ingatkan usrahnya.

"Kau join Rabu ni, aku buat untuk ofismate,Kak A, and Kak N. Lunch hour.InsyaAllah.."

"Ooo.. kalau macam tu boleh la guna bilik aku.Senang sikit kalau nak makan ke solat ke.Fatma, u join us next Wednesday ok". Katanya bila Fatma tiba-tiba muncul keluar dari biliknya.

"But Fatma, usrah will be in Malay". Aku tahu Fatma nak sangat usrah, tapi kehadiran gadis Turki ini akan menyulitkan dirinya sendiri. Bukan tak boleh berusrah dalam English, tapi aku rasa banyak perkara yang tak tersampai pula disebabkan English yang tak begitu "power" ini.

"Why? I want to join too.."

"Z can be your translator if you want to join us". Kataku bila melihat kekecewaan di mukanya.

"Fatma, you can be with us while we doing tilawah.You are good in reciting Quran"


Aku merasakan ramai lagi manusia yang mahukan kemanisan iman ini. Yang dahagakan pengetahuan tentang Pencipta diri. Ramai yang mahu mencari kebenaran agama.Tetapi, ramai juga yang menutup hatinya untuk menerima kebenaran ini. Masih ramai belum sedar mengapa diri diciptakan. Dunia ini telah menghanyutkan manusia. Dunia ini nampak lebih penting dari Akhirat. Jika kau diberi peluang buat kerja PhDmu atau beri masa 2 atau 3 jam untuk berusrah atau bersama-sama dalam majlis-majlis ilmu yang merupakan taman-taman syurga Allah di dunia ini, manakah yang kau akan pilih? Jika diberi pilihan untuk menyudahkan kerjamu atau segera bersolat, manakah pilihanmu? Jika kau diberi pilihan untuk membeli kereta yang hebat atau sedekahkan wang mu kepada jalan Allah dan bercukup dengan apa yang ada, mana pilihanmu?

Keutamaan atau 'priority' kita sekarang sudah berbeza. Dunia terlalu menarik kita. Dunia terlalu menyusun hidup kita hingga kita lupa yang dunia ni hanya persinggahan sementara. Dunia membuat kita lupa diri.

Dan kehidupan dunia ini hanya senda gurau dan permainan.Dan sesungguhnya negeri akhirat itulah kehidupan yang sebenarnya, sekiranya mereka mengerti.(Al Ankabut, ayat 64)
 Adakah kau mengerti? Mari muhasabah diri...

Thursday, February 18, 2010

Azan

Apalagi yang patut ku ucapkan, hanya perkataan syukur yang meniti di bibir ini. Alhamdulillah...alhamdulillah.. alhamdulillah. Setelah berhempas pulas selama dua minggu lebih, akhirnya siap sudah kerjaku itu. Melihat email yang dihantar supervisor kepada pihak penganjur, terasa sangat-sangat lega. Sudah berlalu satu pekerjaan, maka kena bersiap sedia berhempas pulas untuk pekerjaan yang lain. Habisnya satu kerja bukan bermakna kita ada masa untuk bersenang-senang sementara melakukan pekerjaan baru.

Maka apabila engkau telah selesai ( dari suatu urusan) tetaplah bekerja keras (untuk urusan yang lain)(Al Insyirah:7) 
Jika kita mengamalkan cara bekerja begini, InsyaAllah Allah akan melapangkan dada kita dengan tidak dibebabni kerja-kerja last minute. Walaupun ramai yang mengatakan kerja under pressure tu kadang-kadang lebih baik, tetapi tidak sebaik jika dibandingkan pekerjaan yang sudah dimulai dari awal. Takkan sama hasil orang yang bersungguh-sungguh dari mula dari hasil mereka yang bekerja di saat akhir. (Peringatan untuk diri sendiri)

Sudah dua minggu aku tidak ke kelas Arab. Minggu ni dapat bersua muka semula dengan Ustaz muhammad. Melihat wajah ustaz dan disapa olehnya sebaik melangkah masuk ke bangunan Andalus itu, sudah dapat memberikan ketenangan hati. Sepanjang hidupku, inilah kelas bahasa Arab yang paling seronok pernah ku hadiri. Kebiasaannya, ada 6 orang pelajar di dalam kelas. Tetapi hari Selasa itu ada seorang pelajar yang tidak pernah aku lihatnya sebelum ini. Yang mengkagumkan aku dia adalah 'orang putih'. Dan menambah kekaguman aku, tahap bahasa Arab dia lebih tinggi dari aku. Ini merupakan satu motivasi untuk diri sendiri. Ya Allah,permudahkan aku belajar Bahasa SyurgaMu ini. Dan aku berdoa kepada semua yang membaca blog ini, supaya di dorongkan hati untuk menguasai bahasa Al Quran ini.

Malam selepas kelas, aku tidur di rumah seorang kakak yang aku sayangi ini (ayat jiwang..heeee). Rindu berborak-borak dengan dia.Dapat mengaminkan bacaan doanya yang panjang selepas solat Isya bersama, terasa seronok sangat di hati.

"Bestnya dengar doa ustazah ni.Panjang-panjang" aku kata dengan nada bergurau.(Sememangnya dia seorang ustazah yang sedang buat PhD)

Banyak yang aku pelajari malam itu. Dia berkongsi ilmunya mengenai azan yang diperolehi selepas menonton rancangan Halaqah secara online (Boleh menonton di TV9 setiap ahad pukul 9 malam) .Di dalam rancangan itu, ada dua orang panel dan salah seorang daripadanya membuat kajian mengenai terapi azan. Berikut aku ringkaskan mengenai azan menurut Dr tersebut dari sudut sains ini :

1) Ketika azan diseru, gelombang otak kita boleh mengesannya. Gelombang otak ada 4 :
  • Beta : Gelombang yang amplitudnya kecil dan terletak di otak kiri. Otak mengeluarkan gelombang ini ketika kita sedang berfikir, sedang stress dan segala yang berkaitan dengan hiruk pikuk dan menyakitkan otak.Lebih 90% manusia berada dalam gelombang ini. Manusia yang otaknya sentiasa berada dalam gelombang ini biasa nakal, jahat, stress, bersangka buruk.Jika kita tak keluar dari gelombang beta, kita sentiasa berada dlm gelombang yang tinggi
  • Alpha : Gelombang ketika kita bersantai/relax. Contoh ketika kita tengok tv.
  • Tetha: Gelombang ketika kita hendak berehat. Biasanya ketika kita hendak tidur setelah penat bekerja ketika di awal kita tidur (tidur-tidur ayam).
  • Delta : Gelombang paling rendah iaitu ketika tidur nyenyak tanpa mimpi.
2) Azan terletak dalam gelombang tetha. Banyak keajaiban yang berlaku dalam gelombang ini. Dunia akan binasa seandainya tiada gelombang tetha. Azan adalah panggilan yang tidak pernah putus di serata dunia. Bila azan berkumandang ia akan menurukan gelombang bumi.Azan adalah stabilizer.

3)  Pada asasnya nak khusyuk solat kena solat tepat pada waktunya kerana gelombang telah turun setelah azan berkumandang yang memudahkan kita untuk khusyuk solat. (Terus solat selepas azan).Kalau kita tak solat sebaik sahaja selepas azan, gelombang kita akan rosak dan kita akan solat dalam gelombang beta.

4) Gelombang tetha dapat merangsang pengeluaran 3 hormon : melatonin (penting untuk menjaga sleep cycle), endorfin dan serotonin(dipanggil agen keceriaan). 

5)Azan boleh membantu kesukaran tidur malam. Student yang hendak memulakan ulangkaji juga boleh cuba terapi azan ini dengan mendengar azan sebelum memulakan ulangkaji.InsyaAllah, jika belajar dalam gelombang rendah, ingatan terhadap pelajaran yg diulangkaji akan lebih panjang. Rumah yang sentiasa diazankan pun akan lebih tenteram, anak-anak kurang nakal.
Allahu'lam. Sekadar berkongsi apa yang diperolehi daripada rancangan Halaqah tersebut. Kesimpulannya, jika dengar azan jangan bercakap, kalau tv berkumandang azan, jangan lah di tutup. Sebaik sahaja azan tamat segeralah solat.Azan adalah panahan syaitan.Kita semua tahu, syaitan itu boleh berlari dalam darah daging kita.Jika kita sentiasa mendengar azan, InsyaAllah, syaitan akan berlari keluar dari diri kita.

Monday, February 15, 2010

Jika aku dijemputNya...

           Jam menunjukkan 12 tengah malam. Sudah setengah jam aku membalik-balikkan badan, sesekali aku gesel-geselkan kaki di atas tilamku yang empuk itu untuk menghasilkan haba bagi memanaskan kaki yang kesejukan. Aku terasa seperti ada angin bertiup di hujung kaki. Sejuk.Tapi pelik. Tingkap bilik berada di tepi kepala katil. Dari mana pula datangnya angin kesejukan ini.

Otak ku sudah ligat berfikir. Aku bukan fikir tentang hantu atau yang sewaktu dengannya. Di fikiranku tiba-tiba terbayang kedatangan malaikat maut. Jangan engkau tanya bagaimana rupanya malaikat maut itu kerana sekuat mana pun aku cuba membayangkan tapi bayangan itu tak termuncul di fikiran ini. Aku mula membayangkan cara aku menghadapi maut yang bakal menjelma. Bayangan jika aku kemalangan dan maut. Bayangan jika aku sakit dan menemui maut. Bayangan duduk di dalam kubur berseorangan pun juga menjelma. Tiba-tiba aku merasa sangat takut. Takutnya untuk menghadapi MATI.

Takutnya jika aku ditanya "Siapa tuhanmu?", dan aku tidak dapat menjawabnya. Soalan yang jika kau menghafal jawapannya di dunia ini belum pasti kau boleh menjawabnya di alam barzakh nanti. Fikiran aku mula membayangkan aku duduk berseorangan. Tiada kawan-kawan, tiada keluarga. TIADA SESIAPA pun!Takutnya!

Aku mula menghitung amalan ku selama hidup di dunia ini. Adakah solatku diterima? Tiba-tiba aku teringat kuliah di Sumsa Jumaat lepas mengenai khusyuk. Entah berapa kerat solatku yang diterima Allah. Masalah khusyuk itu selalu timbul. Huzaifah bin Yaman pernah berkata :
“Perkara pertama yang akan luput dari agamamu ialah khusyuk dan akhirnya yang akan luput darimu ialah solat. Ikatan Islam akan terungkai satu demi satu.”
Astagfirullah, sebenarnya aku rasa tertampar ketika mendengar kuliah tersebut. Aku muhasabah diri ini. Menilai kekhusyukan diriku. Bukan setakat khusyuk solat, malah khusyuk ketika membaca Quran dan ibadah yang lain. Khusyuk kah aku? Ali bin Abi Talib kata, Khusyuk itu letaknya di hati. Imam Hasan Al-Basri pula berkata, “Tempat bagi khusyuk ialah di hati dan kemudiannya ia mempengaruhi dan mengawal pandangan mata serta menenangkan anggota badan.Khusyuk itu tunduk dan takut [Asy-Syura:45,Al hadid:16]. Khusyuk itu sifat orang berjaya [Al Mu'minun:2]. Khusyukkah aku? Ya Allah masih banyak perlu ku perbaiki diri ini.

Kesejukan terus menusuk ke tulang. Fikiran aku masih ligat berputar.Aku cuba menghitung-hitung jika ditakdirkan aku dijemput Allah malam ini, berapa banyakkah amalan yang ku bawa menghadapNya? Sikit! amat sedikit!! Aku mula terasa hendak menangis. Aku bolak balik kan badanku serba tak kena. Ku tekan keypad telefon bimbitku. MasyaAllah! sudah pukul 1: 40 pagi.  Malam semakin sejuk. Mahu tidak mahu aku bangkit membuka 'sleeping beg'ku untuk menjadi 'duvet' lapisan kedua. 

Aku berdoa kepada Tuhan, agar dia memberiku masa untuk aku membaiki diri, mempersiapkan bekalan yang masih lagi sedikit ini agar aku pergi menemuinya sebagai orang yang BERJAYA.Ku baca 2 surah pelindung, Ku lafaz shahadah tanpa henti hingga aku hanyut dibuai mimpi....

Friday, February 12, 2010

Nota Ceramah

"Marriage is a sacred union.The union of two heart in the name of Allah"
Perkahwinan itu sangat suci. Bukan sekadar memenuhi fitrah diri. Tetapi juga sebagai jalan untuk menuju redha Allah. Suami dan isteri masing-masing perlu berwawasankan syurga dalam mendirikan rumahtangga. Kata-kata itu adalah daripada Syeikh Ahsan ketika aku mendengar ceramahnya petang tadi.

Tajuk ceramahnya sangat menarik : Boys and Girls falling in Love or falling in Lust. Kupasannya lebih menjurus kepada pemahaman perayaan Valentine's Day dan larangan menyambutnya serta bagaimanakan menyalurkan rasa cinta dan kasih sayang mengikut syarak. Syaikh menceritakan sejarah kewujudan perayaan ini. Tidak perlu aku ulas panjang lebar.Aku rasa masing-masing boleh google dan merujuk banyak sumber di internet. Keywordnya : Saint Valentine dan Lupercalia.

Hubungan sebelum perkahwinan itu sememangnya tidak wujud dalam kamus seorang Muslim. Hubungan antara lelaki dan perempuan hanya selepas perkahwinan. Tiada istilah girlfriend atau boyfriend. Tiada istilah couple Islami. Tiada istilah cinta anta anti. Kerana sucinya hubungan itu, semuanya hanya dibenarkan selepas perkahwinan. Suatu masa dulu ketika aku di zaman gelapku, diulit cinta manusia, aku sering jterfikir-fikir juga alangkah bagusnya jika aku menjalani proses perkahwinan yang betul. Bermula dengan taaruf dan seterusnya. Alhamdulillah, Allah sangat sayang padaku. Dia keluarkan aku dari kegelapan itu. Kini peluang aku masih ada. Cuma masanya belum tiba. Allah mahu aku jadi wanita terbaik dahulu.Jadi wanita solehah dulu.Biar cukup bekal untuk kubawa ke alam perkahwinan . Aku yakin, Allah janjikan yang terbaik untukku.(maaf, luahan perasaan pula jadinya)

Kembali kepada ceramah petang tadi, Syeikh banyak bercerita bagaimana menunjukkan rasa kasih sayang selepas berkahwin. Contoh teladan terbaik adalah junjungan kita Nabi Muhammad SAW. Hubungan dalam perkahwinan harus mempunyai dua elemen penting iaitu rahmah (belas kasihan) dan kasih sayang seperti yang disebut dalam Surah Ar Rum ayat 21:
"Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaannya dan rahmatNya, bahawa Ia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya, dan dijadikanNya di antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang yang berfikir"
Syeikh kata, bagaimana baginda menunjukkan rasa kasih sayangnya adalah dengan banyak menggunakan gesture diantaranya baginda selalu memberi senyuman. Menurut Aisya R.A, tidak pernah Rasulullah masuk ke rumah tanpa senyuman. Alangkah bahagianya kita jika pulang ke rumah, kita disambut senyuman ataupun jika penat mengemas rumah, suami pulang dengan senyuman.Kawan-kawan ku yang dah berkahwin di luar sana, sentiasalah memberi senyuman. Senyuman itu mendamaikan... :)

Rasulullah juga selalu membuat perkara-perkara yang sesetengah orang menganggapnya remeh kepada keluarganya. Baginda apabila pulang kerumah sentiasa bertanya khidmat apa yang diperlukan darinya. Kesibukan baginda sebagai pemimpin umat, tidak pernah membuatkannya lupa tanggungjawab kepada keluarga.

Yang seterusnya, aku ringkaskan beberapa point mengenai cara Rasululluah menunjukkan kasih sayangnya yang syaikh beri dalam ceramah :
  • Rasulullah selalu bertanyakan hal yang dilakukan oleh ahli keluarganya. 
  • Rasulullah akan membela atau memuji ahli keluarganya semasa kehadiran mereka atau tidak. Contohnya, Rasulullah pernah ditanya mengenai siapakah baginda paling sayangi. Baginda menjawab Aisya R.A.Tetapi yang bertanya mengatakan dia bertanyakan lelaki yang paling disayangi.Lantas Rasulullah menjawab "bapanya (Aisya)".
  • Selalu menyebut-nyebut mengenai orang yang disayanginya. Rasulullah selalu menyebut-nyebut Khadija walaupun selepas kematiannya sehingga Aisya merasa cemburu.
Sebenarnya banyak lagi cara yang Rasulullah tunjukkan bagaimana menunjukkan rasa kasih sayang. Ingatlah, menunjukkan rasa cinta itu bukan sekadar dengan bunga dan coklat.Malah lebih dari itu.Semoga kalian mendapat pendamping yang memimpin kalian masuk ke syurga. Doakan untuk diriku jua begitu...

Wsalam.

Wednesday, February 10, 2010

Sharing

"Sewaktu pergi ke Dundee tahun lalu, akak tengok ada beberapa orang yang pegang Quran yang bertanda dengan 'marker' warna-warni. Masa tu rasa diorang best sangat sebab boleh faham Quran. Then, Kak Huda datang ke Glasgow cakap nak sharing pasal interaksi dengan Al quran..." 

Di situlah titik permulaan jatuh cintanya adik usrah ku pada tarbiyah yang membawa kepada perubahan yang besar dalam  hidupnya. Semalam, kami berkongsi rasa dengan adik-adik dari Mesir yang mengembara di bumi UK ini. Perkongsian adik usrah ku ini yang paling menyentuh hati.Setiap bait perkataan yang dibicarakan begitu ikhlas hingga membuatkan ramai yang menitiskan air mata. Turning point yang cukup cantik yang Allah telah susun untuk dirinya.Alhamdulillah...
"Kerana sudah jemu dengan kawan-kawan yang tak bawa saya ke mana, yang entah apa-apa, maka saya pilih jalan ini"
Adik usrah yang seorang lagi pula berkongsi. Hidayah Allah datang dengan berbagai cara.Mungkin dengan detik hati, mungkin dengan ujian, mungkin dengan keadaan sekeliling. Alhamdulillah, kini ku lihat wajahnya penuh ketenangan. Kawan-kawan Widad Mu'nisah banyak membantunya.
"Hidayah tu umpama cahaya di luar tingkap. Terpulang kepada kita, nak menutup langsir supaya cahaya tidak masuk atau membukanya seluas-luas."
Seorang lagi adik berkongsi. Berkongsi mutiara yang diperolehinya ketika berada di France minggu lalu. Pengalaman itu aku kira sangat berharga pada dirinya, dan membuka matanya sendiri.

Aku juga berkongsi pengalaman. Mungkin cerita pengalaman ku adalah cerita basi untuk Widad Mu'nisah.Tetapi apa yang ku harap mereka yang berada di situ mengambil iktibar atas perjalanan hidupku. Apa yang ingin ku beritahu mereka, Hidayah yang datang di depan mata, Grab it! Don't let it go. Perjalanan hidup ini kita tidak tahu bila akan berakhir. Jika bukan sekarang, bila lagi mahu berubah?

Sunday, February 07, 2010

Berlin yang manis

Hujung minggu ini penuh dengan keberkatan. Alhamdulillah, dipertemukan dengan insan-insan yang  gigih berkerja atas jalan dakwah. Semangat berkobar mereka, manis senyuman mereka memang pengubat segala penat lelah berjalan. Berlin meninggalkan kenangan manis.

Ajaibnya perasaan ini. Seolah sudah lama tertaut, sudah lama mengenali. Itulah hati-hati mereka yang mempunyai cita-cita yang sama. Mempunyai jiwa yang hanya didambakan untuk Allah. Unik dan sangat menyentuh. Bertaut kemas, dengan simpulan kukuh. Begitulah simpulan hati jundi-jundi Allah ini.
"dan Dialah yang mempersatukan hati mereka (orang beriman.) Walaupun kamu menginfakkan semua kekayaan yang berada di bumi, nescaya kamu tidak dapat mempersatukan hati mereka, tetapi Allah telah mempersatukan hati mereka , Sungguh dia maha perkasa Maha Bijaksana." [Al Anfal : 63]

Bagaimana ya, mahu digambarkan perasaan ini. Perasaan ini lebih best dari perasaan masa bercinta dulu. Makanya, memang sangat-sangat benarlah bahawa dengan meninggalkan cinta larangan itu, Allah telah campakkan ku perasan yang lebih manis dengan ukhuwah fillah ini. Bersyukur sangat-sangat. Takkan berpatah balik! Doakan aku thabat teman!



Now, back to work...satu conference paper harus disiapkan malam ni. Ya Allah, permudahkan lah..

Saturday, February 06, 2010

Ujian

Bismillah...

Astagfirullah..astagfirullah. Ujian datang menimpa. Setelah 2 minggu Cik komputer di ofis bekerja kuat menggunakan segala memory yang ada untuk compute coding-codingku, akhirnya dia menyerah kalah. Semalam Cik komputer angkat bendera. Crashed. Dah tak boleh masuk window. Tak sempat nak menyelamatkan file2 dalam Cik komputer. Alhamdulillah ada backup segala kerja PhD tetapi ada 1/3 dari kerja yang tak sempat nak dibuat back up dan ada satu folder yang mengandungi segala macam file berkaitan dengan conference pun tak ada back up. 

Allah betul-betul hendak menguji. Hendak menguji keyakinan diri padaNya. Saban hari memohon supaya dapat la result dari simulation tu. Tapi, Allah berikan sesuatu yang tak terduga. Bukan sahaja tak dapat result, komputer pula rosak. Ini betul-betul menjadi tarbiyah diri. Tarbiyah direct daripada Allah. Terasa sangat-sangat diuji. 
Apakah manusia mengira bahwa mereka akan dibiarkan hanya dengan mengatakan, "Kami telah beriman" dan mereka tidak diuji? [Al Ankabut, Ayat 2]
Ayat penguat jiwa, peneguh keyakinan. Allah hendak menguji keimananku...
Ya Allah, semoga kau berikan aku ketabahan hati menempuh ujianMu.

Sepatutnya, hari ini hantar paper untuk conference yang telah delay 2 minggu tu. Tapi result masih tak dapat. Supervisor dengan baik hati memberi lagi seminggu. Terpaksa melupakan result yang tak dapat tu dan menumpukan apa yang dah dapat awal-awal research hari tu.Rasa terkilan sangat-sangat sebab rasa tak tunjukkan performance yang bagus. Tambah tolak ada lebih kurang 4 ke 6 bulan untuk siapkan PhD ni. Masa dah semakin genting.huuuuu...

Ya Allah semoga dipermudahkan jalan PhD ku. Semoga kau terangkan hati ku. Nak tulis paper ni...idea tak keluar-keluar lagi.Aishh!

Jumpa lagi. I'm off to Berlin. Mencari Keredhaan Allah. Doakan perjalanan...

 













Mimi
@Dublin(transit for a night)

Thursday, February 04, 2010

Harakat Alam


     Nampak tak ada dot merah pada gambar bulan tu. Jumaat lepas, 29 hb Jan dalam pukul 9 mlm waktu UK adalah waktu di mana Plaanet Marikh berada dekat dengan Bumi iaitu pada jarak 99 million kilometer. Pada waktu tu kami dalam perjalanan ke Birmingham. Adik2 Naqibah sibuk berbincang hal dakwah di seat hadapan, manakala aku pula sibuk mencari manakah satu planet Marikh dilangit yang diterangi cahaya bulan purnama.Kalau kamera canggih sikit, InsyaAllah boleh nampak surface Marikh tu. Alhamdulillah, berbekal kamera nokiaku yang tak seberapa, berjaya juga ambil gambar Marikh.Subhanallah!

      Indahnya ciptaan Allah. Di waktu bulan penuh ini, Allah sudah tentukan harakat (pergerakan) Marikh ini menghampiri bumi. Allah permudahkan lagi dengan meletakkannya kedudukan bulan sebagai tanda supaya lebih mudah kita melihat Marikh ciptaan Allah ini yang hanya boleh dilihat pada tahun-tahun tertentu. (Next Closest approach will be July 31, 2018). Begitulah alam ini. Sudah ditentukan harakatnya. Untuk manusia memikirkannya dan mencari kekuasaan Allah.

    Aku terfikir-fikir, kenapa Allah jadikan Marikh dan planet-planet lain. Mungkin untuk kita sebagai manusia belajar. Bukan mungkin lagi.Tapi sememangnya! Kita dapat melihat betapa Maha Bijaksananya Allah itu, meletakkan bumi di jarak yang sepatutnya dari Matahari supaya tidak terlalu panas dan tidak terlalu sejuk yang membolehkan manusia hidup di atasnya. Supaya tumbuh-tumbuhan juga dapat hidup, supaya adanya air dan tidak kering kontang bumi ini dek terlalu panas dan tidak bekunya air kerana terlalu sejuk.Supaya tumbuh-tumbuhan yang hidup dapat dimakan oleh haiwan dan manusia.Dan kita dapat makan daging haiwan dan menggunakan haiwan itu sebagai kenderaan juga. Subhanallah!

Allah berfirman dalam surah Abasa ayat 24,

"Maka hendaklah manusia itu memerhatikan makanannya"

       Rantaian makanan kita ini sebenarnya mengembalikan kita kepada kejadian manusia itu sendiri. Yang mana segala apa untuk tubuh badan kita ini bersumberkan tanah dan dari tanah itulah manusia dijadikan. Sifat tanah di bumi ini yang walau setinggi mana kau campak, akan jatuh ke bumi juga. Menunjukkan betapa manusia itu sepatutnya bersifat rendah diri dan bukannya seperti sifat api yang bagaimana pun kau lakukan padanya pasti api mahu menjulang ke atas. Sifat api ini adalah sifat syaitan, yang angkuh dan sombong. Mereka bersifat angkuh dan sombong ini tidak layak untuk duduk di dalam syurga.
"Dialah yang menciptakan segala apa yang ada di bumi untukmu......."
 (Al-Baqarah,ayat 29)
Sudah terang lagi bersuluh. Bumi ini dan isinya sememangnya diciptakan untuk manusia. Alam ini diciptakan untuk manusia. Supaya manusia itu dapat menjalankan tanggungjawabnya sebagai hamba dan khalifah di muka bumi ini. Ambil lah alam ini dan tadabbur lah. InsyaAllah...kau akan menemui Rabb mu....

Mimi
@ Gibson street

p/s: Housemate, esok I balik rumah...Malam ni terperanjat bila keluar bangunan ofis, terangnya subhanallah!! padahal dah pukul 11 malam (ini winter ok..bukan summer.Pukul 11 dah gelap gelita biasanya). Tapi, tak nampak pun bulan. Sungguh-sungguh terpesona dengan malam ini.Gambar diambil tanpa flash.Lihatlah langit yang cerah tu..

Wednesday, February 03, 2010

Akhirat?

Somebody said to me..
"I think I know almost everything. Yes, we do not know when we are going to leave this world. Yes, I believe in Akhirat. But mimi, I don't really feel it. When people say that we need to remember that maybe we are going to die tomorrow and adakah kita dah taubat ke..I don't really feel that. The feeling of scare that we are going to die.."

and I replied..

"Maybe, there is something wrong with your heart?"

"Waa...hati aku kotor ker?" That girl start to give me a sad look and I as usual, just smile (which she said 'sarcastic smile' even i didn't mean to be sarcastic!)

Itulah kebenarannya. Manusia sekarang sudah tidak nampak akan akhirat itu. Sudah kurang keyakinannya. Kalau begitu yakin, masakan masih boleh bergelumang dengan dosa. Kalau yakin, masakan boleh terus menerus dalam keadaan 'ignorance'. Mengajak manusia kembali kepada Allah adalah dengan menanam keyakinan kepada mereka tentang kewujudan akhirat ini. Akhirat itu sesuatu yang pasti!
Bagaimana hendak menanam keyakinan yang tinggi ini? Ini lah fungsi hati. Hati umpama sebuah ladang. Ladang yang subur, jika dicampakkan benih akan menumbuhkan pohon yang baik. Pohon yang sentiasa disirami akan tumbuh kuat. Ladang yang sentiasa dibajai akan mengeluarkan pohon yang sehat malahan boleh berbuah lebat. Ladang yang sentiasa dijaga, dibuang rumput rumpai dan lalang-lalangnya akan menghasilkan pohon yang sentiasa memberi manfaat kepada yang lain.

Ladang itu hati, benih itu adalah iman, air itu adalah Al Quran, baja itu adalah amal ibadah, rumput rumpai itu adalah jahiliyah, buah-buahan itu adalah perkara yang memanfaatkan orang yang lain.

Bagaimana mahu menumbuhkan iman yang dicampakkan ke dalam hati jika hati itu kering dan kontang.

"So, macam mana nak hidupkan hati" dia bertanya lagi.

"Ubat hati tu ada lima, first kena baca Quran selalu dan fahamkan. Then, solat malam. Lepas tu, kena la selalu jumpa orang-orang yang soleh. Yang keempat, kau kena banyak puasa dan last sekali kena selalu berzikir. Berzikir ni maksudnya ingat Allah selalu"
Dan ingatlah..Dalam Hadis Qudsi, Allah berfirman...
“Aku adalah berdasarkan kepada sangkaan hamba-Ku terhadap-Ku. Aku bersamanya ketika dia mengingati-Ku.Apabila dia mengingati-Ku dalam dirinya, nescaya Aku juga akan mengingatinya dalam Diri-Ku.Apabila dia mengingati-Ku dalam suatu kaum, nescaya Aku akan mengingatinya dalam suatu kaum yang lebih baik daripada mereka.


Apabila dia mendekati-Ku dalam jarak sejengkal, nescaya aku akan mendekatinya dengan jarak sehasta. Apabila dia mendekati-Ku sehasta, nescaya Aku akan mendekatinyadengan jarak sedepa. Apabila dia datang kepada-Ku dalam keadaan berjalan seperti biasa, nescaya aku akan datang kepadanya dalam keadaan berlari.”     

[HR Muslim]

p/s: I need trillion of doa... :(
Wsalam,
Mimi @ Library Uni di tengah malam buta menunggu programnya run...

Monday, February 01, 2010

Dua Hari

Alhamdulillah, selamat sampai di rumah selepas dua hari bermusafir. Dua hari berjumpa wajah-wajah yang memberi ketenangan hati dan kedamaian jiwa. Indah sungguh ukhuwah yang Allah beri di atas jalanNya ini. Dua hari yang dapat menaikkan semula momentum dakwah ini. Dua hari yang dipenuhi santapan rohani untuk bekalan agar terus kuat di jalan ini.

Alhamdulillah, diberi kekuatan untuk mencari ruang masa dalam kesibukan yang teramat. Aku tinggalkan dunia sebentar.Aku tinggalkan dunia coding2 yang aku harungi selama seminggu tanpa jemu siang dan malam. Aku tinggalkan sementara untuk mencari keredhaan Allah. Kerana aku yakin, Allah pasti aku menolong ku jika aku menolong agama ini.

" Wahai orang-orang beriman, Jika kamu menolong (agama) Allah, nescaya dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu" (Muhammad, ayat 7)
Sesungguhnya, janji Allah itu benar dan aku berpegang pada janjiNya..


p/s: Selamat ulangtahun ke 21 untuk Cu Yas. Semoga pertambahan usia dapat mematangkan lagi diri.Semoga diberikan nikmat kesihatan yang baik supaya dapat dimanfaatkan. Semoga Allah kabulkan segala permintaan adik bujangku yang sorang ni.InsyaAllah..

  © Blogger template 'Isolation' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP