Sunday, November 29, 2009

Buruk sangka I

Kita manusia memang sering timbul perasaan buruk sangka dalam hati. Hati saya pun  tidak dinafikan selalu  terbit perasaan buruk sangka pada orang. Astagfirullah!! Buruk sangka kepada manusia lain itu selalunya datang dari hati yang telah dicemari dengan rasa cemburu, dengki dan iri hati. Buruk sangka pada Allah datang daripada kelemahan iman, tidak yakin dan kurangnya ilmu agama. Ya Allah, masih ada titik hitam di dalam hati ni sampai ada terburuk sangka pada orang...Astagfirullah..astagfirullah..

Ingin saya kongsikan bersama perihal buruk sangka ini agar dapat memberi pengajaran kepada diri sendiri. Dalam Al Quran, Allah ada menyebut perihal persangkaan atau pun 'dzhon' dalam surah favourite saya, Surah al-Hujurat dalam ayat 12,

"Hai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari prasangka, sesungguhnya sebahagian dari prasangka itu adalah dosa, dan janganlah kamu mencari-cari kesalahan orang lain dan janganlah sebahagian kamu mengumpat sebahagian yang lain. sukakah salah seorang di antara kamu memakan daging saudaranya yang sudah mati? Maka tentulah kamu merasa jijik kepadanya; Dan bertakwalah kamu kepada Allah. Sesunguhnya Allah Maha Penerima taubat lagi Maha Penyayang"

Cantikkan ayat-ayat cinta Allah itu? Allah dah  bagitau kita supaya jauhkan diri daripada berprasangka terutamanya berprasangka buruk kerana ia adalah satu dosa. Satu dosa! satu titik hitam dalam hati..tak tambah dosa-dosa yang lain lagi. Berapa banyak la titik hitam dalam hati sehingga gelap gelita hati kita. Aduh!!

Cuba bayangkan, satu hari ni ada seorang hamba Allah telah menghubungi kita meminta bantuan. Dia nak datang belajar di sini, jadi dia minta tolong carikan rumah. Kita ni yang baik hati pun bersusah payah la mencari rumah, dan berjaya menghubungi seorang rakan yang lain yang kebetulan nak cari housemate. Kita pun dengan gembiranya memberi 'contact number' kawan kita kepada hamba Allah itu.

Sampai waktu dia datang belajar di sini, kita terserempak dengan hamba Allah itu. bersama kawan kita. Kawan kita yang telah menjadi housemate dengan hamba Allah ni, memperkenalkan kita pada hamba Allah tersebut. Kita pun excited la sebab jumpa dengan orang yang kita telah tolong. Hamba Allah tu hanya angguk dan salam tetapi tidak berkata apa-apa. Wahhh!!..kita yang mula-mula tadi excited terus semangat jatuh merudum. Terus berburuk sangka."Ceh! tak cakap terima kasih pun padahal aku dah tolong dia. Takde adab langsung!!"

Hal tersebut telah kita bagitau pula kepada kawan kita yang lain. " Kau tahu tak, hamba Allah ni bukan nak berterima kasih pada aku padahal aku dah tolong dia.Boleh buat dekkk jer dengan aku bila org introduce dia dgn aku." Maka, kawan kita pun sudah mempunyai sangkaan yang buruk kepada hamba Allah itu. Dan kawan kita pula telah menghebahkan kepada orang lain. Dan akhirnya, ramai la orang tidak mahu berkawan dengan hamba Allah ni disebabkan sangkaan bahawa dia seorang yang sombongdan tidak beradab. Kesian tak? Hakikatnya, hamba Allah ni sebenarnya orang yang sangat blur. Bukan dia tak mahu berterima kasih. Cumanya dia ni tak ada skill dan bergaul dengan orang. Lagipun waktu hari diperkenalkan tu, hamba Allah ni baru sahaja sampai dan masih dalam keletihan. Jadi, dia ni takleh nak ingat siapakah org yang diperkenalkan itu. Memang blur dan tak cukup tidur.

Tapi lihatlah, sebab buruk sangka, telah menjadi umpatan dan seterusnya menjadi fitnah. Dari sangkaan dalam hati terus berubah menjadi sesuatu yang lebih buruk.Terukkan penangan sangkaan buruk ni?

Kadang-kadang kita pun selalu bersangka buruk apabila ada orang tiba-tiba berubah menjadi baik.Ataupun tiba-tiba ada orang buat baik dengan kita. Hati ni sering jer akan terlintas "Mesti ada udang disebalik batu!"  atau pun "Ala, dia tu hangat-hangat taik ayam jer. Hari ni berubah, esok jadi jahat balik" Padahal, orang tersebut ikhlas nak buat baik dengan kita dan ikhlas juga untuk berubah. Disebabkan kita pun tak ubah-ubah, masih duk di takuk yang lama, maka bila kita lihat orang berubah menjadi baik, kita pulak dengki dia jadi lebih baik dari kita.

Pernah tak kita berburuk sangka dengan orang yang pakai dedah-dedah, yang 'berhuha-hua ' dengan tak kira laki ke perempuan? Kita merasakan bahawa dia ni tak boleh nak jadi baik. Buruk sangka sungguh kan? Akhirnya kita pun tak mahu dekat dengan mereka. Lebih teruk lagi, kita terus tak ajak dia untuk buat baik.

Hei! kita ni tidak boleh nak 'predict' what will happen in the future. Ntah-ntah, minah yang dedah2 tu suatu hari Allah campakkan hidayah kepada dia, dia menjadi seorang Muslim yang lebih baik dari kita. Kita tak tahu! Hanya Allah sahaja yang tahu. Dan siapa tahu, kalau kita mendekati dia, kita telah membantu dia untuk menjadi orang yang lebih baik. siapa tahu yang sebenarnya dia sedang menunggu-nunggu seseorang untuk membantunya berubah. Siapa yag tahu????

Sesungguhnya, untuk mengubat sangkaan buruk itu, hendaklah engkau menidakkan sangkaan itu. Jangan ubah sikap dan padangan kita terhadap seseorang menurut sangkaan kita. Bila hati terdetik sangkaan buruk, cepat-cepat menidakkannya! ubahnya jadi sangkaan yang baik.

Tetapi, jangan lupa...ada juga sangkaan buruk yang dibenarkan...

(akan bersambung...)


Thursday, November 26, 2009

Eid Mubarak!



Wednesday, November 25, 2009

Hurt

Last two days, I've told Zaa about angry.

" Zaa, cuba bayangkan..bila kau ketuk paku kat papan, lepas tu kau cabut balik paku tu. Berbekas tak papan tu? Of course la ada kesan kan. Samala kalau kau marah orang. Maybe you feeling ok after that, tapi orang yang dimarahi mungkin akan tetap terasa di hati."

It same goes when you hurt other's feeling. Tak kisah la you marah ke, you tak mahu bercakap dengan dia ke, apa sekali perbuatan yang melukakan hati orang lain. Lagi-lagi jika you tak mintak maaf .Jangan fikir hati orang yang dilukai itu boleh kembali normal dalam masa terdekat. Lebih-lebih lagi, you tak tahu apa yang orang itu rasa, alami dan kesannya pada hidup orang tu.So, do not expect everything will be ok after what you have done.The least u can do is please say sorry if you hurt people and please mean it not just say it.

But, u maybe think that orang tu dendam kat you. Sometime it is not. Because it is not easy to overcome this 'hurt' feeling. You are talking about heart that have been hurt. You are talking something that u can't see physically.Takde doktor boleh bagi ubat untuk sakit  ni.She or he need to find their own way to overcome this.

To those yang telah disakiti, the best way to overcome this.... back to your nature of your heart. Fitrah hati itu mahukan tuhannya. Jadi, kembalilah kepada Tuhan. He knows what the best for you. Redha dengan apa yang berlaku.InsyaAllah..

Monday, November 23, 2009

Brownies

I WOULD LIKE TO WISH MY DEAR SISTER, NINA 'HAPPY BIRTHDAY!!' YANG KE BERAPA EK?HUA HUA HUA DAH MASUK ANGKA 3+ SEMOGA DIMURAHKAN REZEKI DAN GEMBIRA SOKMO BERSAMA SUAMI TERSAYANG. SEMOGA HIDUP SENTIASA MENDAPAT RAHMAT ALLAH, SEMOGA DIMAKBULKAN DOA, DAN AKHIR KATA...BILA NAK MULA PROJEK 'ANAK SEDARA' NI? EHEHEHE JGN MARAH...



My first brownies!! sebelum ni housemate yang rajin buat. Tapi disebabkan kes nak 'perabih' coklat, mixed nut dan coklat chip yang dah berkurun lama disimpan dan juga disebabkan ketiadaaan tepung naik sendiri makanya telah ku cuba membakar brownies ini.

Terlajak timing dalam oven.Ada bahagian yang hangit (kat hujung2 tu) tapi masih sedap dikunyah. Ini namanya ubat sakit gigi sebab kandungan gulanya melebihi kandungan tepung.(Huhuhu..appointment dengan doktor gigi masih berbaki 2 kali.Rabu ni dan Jumaat minggu depan)

Resepi:

8 oz Butter
8 oz Chocolate bar
8 oz Tepung
10 oz Gula
2 sudu teh serbuk koko
6 oz choc chip
2 biji telur

1. Cairkan butter dan chocolate atas api kecik selepas tu sejukkan kejap
2. Ayak tepung dengan serbuk koko
3. Masukkan butter,chocolate yang dah dicairkn ke dalam bekas adunan dan masukkangula dan telur.Kacau.
4.Masukkan tepung dan pukul adunan.
5. Masukkan choc chip dan nuts(saya tambah sendiri). Kacau.
6.Masuk dalam loyang 4 segi. (Jangan lupa lapik ngan kertas.
7.Bakar selama 30-45 minit.

Selamat mencuba!

Sunday, November 22, 2009

Tentang Ikhlas

"Kak Mimi, macam mana nak ikhlaskan hati?"

Aduhai, aku bukan orang yang layak menjawab pertanyaan ini. Kadangkala hatiku ini  ada masanya tidak ikhlas adikku. Aku juga manusia yang lemah yang terkadang imanku juga ada naik turunnya.

Tapi, yang aku tahu, ikhlas itu bila apa jua yang kau lakukan, bukanlah kerana manusia. bukan kerana mahukan sesuatu Tapi hanya kerana Allah. Lillahi Taa'la.

Ikhlas itu, bila kau belajar, kau belajar bukan untuk lulus peperiksaan, bukan untuk menggembirakan hati ibu bapa mu tetapi kerana Allah.

Ikhlas itu, bila kau memberi, bukan untuk dipuji, bukan untuk nama, tetapi kerana Allah.

Ikhlas itu, bila kau berubah menjadi lebih baik, bukan for the sake of 'naqibah' mu atau bukan kerana kawan-kawanmu. Tetapi kerana Tuhanmu.

Ikhlas itu, bukan kau bersahabat kerana kau sunyi, bukan untuk bersuka ria tetapi kau bersahabat kerana Allah.

Ikhlas itu,  bila kau mengasihi seseorang, kau kasihinya juga kerana Allah.

Memang pasti! Ikhlas itu kau lakukan segala kerana Allah.

Kerana kita hidup ini hanya untuk mencari keredhaan Allah.
Dengan keredhaan Allah, kau akan lulus exam mu,
dengan redha Allah kau akan membahagiakan ibu bapa mu,
dengan redha Allah, pemberianmu akan bermanfaat,
dengan redha Allah, akan ditunjukkanmu ke jalan yang benar,
dengan redha Allah, sahabatmu adalah sahabat sejati,
dengan redha Allah, orang yang kau kasihi dan dirimu sentiasa berada di bawah lindunganNya.


Ikhlas itu kupandang sebagai sesuatu yang murni, terpancar dari hati yang suci, yang membawa diri terus kepada Ilahi..

Jika kau melakukan sesuatu, tapi belum dapat mendekatkan kau pada Penciptamu..
Makanya,
Kau belum ikhlas!

Adikku,
Di pengakhirannya nanti,
Kita hanya mengharapkan keredhaan Allah
Untuk berada di dalam syurga yang dijanjikan..
Syurga itu pasti.
Bukan khayalan semata..


Saturday, November 21, 2009

Kek lagi

Hari ni ada tempahan 2 kek. Dua-dua kek kelapa. Kata Zaa, zaman Carrot cake telah berlalu. Semua orang dah puas makan carrot cake. Sekarang orang nak makan kek kelapa. Saya tak tahu la apa yang sedapnya kek kelapa tu ( tuan yang buat kek pun makan 2 potong jer sejak dia start buat kek kelapa ni). Dah beberapa orang yang ditemui bagi sign nak makan kek kelapa ni. huhuhuhu...

Kek yang pertama untuk annyversary 'bonda' di sini. Tak sempat nak decorate, gambar pun tak ambil. Just buat simple-simple. Kek kedua untuk Zaa. Kononnya untuk celebrate birthday noriko. Tapi sebenarnya dia yang nak makan.huhuhu :P. Rasanya boleh buat kedai kek la kat sini. Sebenarnya saya tak pandai buat kek. Tapi kalau nak decorate kek tu tu memang la sangat suka. ;)

Memang 'capek' la hari ni. Pagi tadi konon plan nak study malam ni. Tapi macam penat jer.huhuhu.Esok la pi opis.

Thursday, November 19, 2009

Zulhijjah

Dah masuk zulhijjah...
Meh dengar lagu best..



Kalau nak nyanyi sama leh tgk lirik in arabic ni...



and the meaning (i just google it..kesahihan makna tidak dpt dipastikan. tak abis belajar arabic lagi)

Approaching God with our hearts
No fear nor grief for whom He guides
His rope is strong and will never waver
His provision is there for all who are in need

In every place, at every time
Above you is The Glorious Caretaking Lord
In every place, at every time
You have a Lord who loves you and will never forget you

Do we know our Lord?
Do we see our Lord’s blessings?
Do we know our Lord?
Do we thank Him... or have we forgotten..
that His servants... we are

In His Dominion we exist for as long as He wills
And we call upon His bounty through prayer
And seek His favors through hope
For He is our refuge when difficulty strengthens its hold

In every place, at every time
Above you is a Glorious care Taking Lord
In every place, at every time
You have a Lord who loves and will never forget you

Do we know our Lord? Do we see our Lord’s blessings?
Do we know our Lord? Do we thank Him... or have we forgotten..
that His servants... we are

My heart is Allah’s, My soul is Allah’s
My wealth is Allah’s

La Tahzan

La Tahzan, Allahamaa'na!

Setiap yang berlaku, mesti ada hikmahnya. Manusia datang dan pergi. Allah tetap bersama kita. Apapun keputusan yang dibuat atau diterima pasti ada alasan disebaliknya.

Sedalam mana pun cinta kita pada manusia, perlu dalam lagi cinta kita pada Ilahi.
Setinggi manapun harapan kita pada manusia, pasti suatu hari harapan kita dikecewakan. Tapi tidak jika kita letakkan setinggi harapan pada Allah.

Kekadang kita tidak sedar, keegoan diri punca segalanya. Ego itu bukan sifat manusia. kita tidak layak untuk ego. Kita boleh menjadikan? kita boleh hidup selamanya? Kita bisa memberikan rezeki pada makhluk lain? Jika tidak, simpan sahaja egomu wahai manusia, kau tidak layak!

Kekadang kita tak sedar, lemahnya hati ini. Kita bukan perfect! Tapi setidak-tidaknya kita kena usaha untuk baiki hubungan kita dengan Allah dan kemudiannya hubungan kita dengan manusia yang lain.

Kadang-kadang, jalan yang kita pilih itu penuh ranjau berduri. Bukan jalan untuk senang lenang. Tinggalkan semua yang kita cintai. Untuk terus dekat kepadaNya..untuk mengharapkan hanya keredhaanNya.

La Tahzan,
La tahzan wahai hati yang berduka. Ingatlah, biar kau hilang segalanya, Allah tetap bersamamu.

Tuesday, November 17, 2009

sakit lagi

Malam tadi tidur saya tidak lena. Mungkin disebabkan kesakitan di gigi yang kejap datang kejap pergi walaupun sudah ditelan pain killer.Painkiller pula mengandungi kafein menyebabkan mata lagi susah untuk lelap. Yang pasti pukul 10 malam sudah melabuhkan diri di atas tilam, tapi pukul 3.30 masih tidak lena.

Terasa denyutan sakit di pipi. Semalam, bertemu semula dengan dentist. Dia agak terkejut melihat keadaan saya terus memberi suntikan antibiotik di bahagian yang sakit. Mendapat prescription 15 biji antibiotik untuk 5 hari. Hari ini hari kedua tapi bengkak masih tidak surut. Saya mula risau. Jika hari kelima masih tidak surut, dentist kata saya perlu telefon klinik sebelum pukul 5 dan rawatan khas akan diberikan. Dalam hati hanya berdoa, Ya Allah, sembuhkanlah sakit ku ini.

Sesungguhnya banyak kerja yang tergendala sekarang. Saya sudah lewat seminggu dari schedule untuk kerja conference saya. Untuk project spa*ce, w*eb saya sememangnya sudah lost in track sejak pulang dari Malaysia. Hanya membantu mereka mana yang patut (mesti kena kutuk sebab bnyk tak buat kerja..huhuhu diorang pun rasa cukup terer dan takmo bantuan.so what should i do?tolong prepare document je la).

Kena muhasabah diri bila sakit-sakit ni. Mesti ada salah yang dah dibuat. Huwaa...!!! Astagfirullah....

Saturday, November 14, 2009

Bengkak

Bangun pagi hari ini dengan satu lagi ujian kesakitan. Belum surut sakit gigiku, tiba-tiba mata sebelah kiri ni boleh nampak pipi. Huh! muka ku dah membengkak. Bila ditekan rasa sakit di gigi. Sah! ni bengkak berasal dari gigi yang sakit tu ( yang doktor kata tak de apa2, elok jer gigi).

Suhu badan pun makin lama makin meningkat. Tapi tak tahu la jugak, badan jadi panas sebab mengemas dapur dengan bersungguh-sungguh ker, atau memang nak demam. Kita tunggu petang nanti. Baru jer pagi ni bersemangat nak pergi mengajar di sekolah Malaysia tu. Dalam kepala dah berkira-kira nak ajar tentang Haji dan Umrah. Alat bantu mengajar pun memang dah lama siap (tahun lepas nak ajar tapi tak sempat).

Abstract untuk conference yang di hantar last week tu dah diterima. Kan dah cakap...InsyaAllah takde masalah selagi ada nama Supervisorku dalam paper tu. Tapi, bukanlah dia yang luluskan. Just nama dia tu mmg sgt la glamer dalam bidang ni. (Bidang dinamik)

Okla, nak sambung tido.Tiba-tiba rasa berdenyut-denyut kat kepala ni.


Thursday, November 12, 2009

The uncertainty

I found this beautiful quote while browsing my facebook. It was posted by my dear 'adik' regarding a nikah.
"A women's heart should be so lost in Allah SWT, that a man needs to seek HIM in order to find her"
MasyaAllah. It is so true that made me cry. I may 'overreaction' here but these words really touch my heart as last nite I was 'bermunajat' with Allah, begging him to give me the answer, to give me any sign, to give ilham or anything. It was more than a month having this uncertainty and almost everyday praying istikharah since then. Alhamdulillah, I got the answer now!

I was reciting Surah At taubah again and again.Trying to understand what Allah wants to tell me by reading the translation. ( I should mastering Arabic..insyaALlah! one day!) Lots of questions around my head. Is my taubah accepted? Are my sins forgiven? Is this the way that I really want?

At the end, I believe that husnuzon(bersangka baik) to God is the best that I can do. Allah knows the best. He will gives us the best. As he said to us in Quran,
"And seek forgiveness of Allah, surely Allah is Forgiving,Compassionate" (Al-Muzammil, verse 20)
May Allah bless me, my parent,my family and my friends and 'him'. May Allah gives His hidayah to them, especially to those who close to me. (I was thinking before that if only my supervisor is given hidayah from Allah, it is going to be one of the best thing ever happen in mylife...If only..)

p/s: I'm in great pain. Suffering post-treatment pain of my tooth.I think I should go to my dentist again. The pain is unbearable!

Wednesday, November 11, 2009

Tak tertanggung

Tak tahu bila kali terakhir sakit ini datang. Sakit. Sakit sangat-sangat.

Sakit gigi.

Sebelah kiri, atas dan bawah.

Jumpa dentist, x-ray gigi atas, tapi tak berjaya xray gigi bawah sebab tak boleh tahan sakit bila alat xray tu diletak di rahang bawah.(kalau atas panggil lelangit, kalau bawah lidah panggil apa ek?)

Hasilnya, gigi atas takde masalah. Gigi bawah doktor guna kaedah cuba jaya. Dia buka semula tampalan dulu (yang tak cantik tu), diganti dengan tampalan baru (sama jer tak cantik, buruk benar kerja dentist kat uk ni).

"Wait until it settle down for maybe 2 weeks. If you still feel the pain, then call us back" Dentist bagitau sebelum keluar. Rawatan adalah percuma, kecuali xray - £3

Keluar klinik, berjurai ayaq mata. Sakit wooooo. Dia cucuk bius sakit tak hengat tadi. Sakit yang bahagian gigi atas tu pun still rasa.

p/s: tengah lapar tapi tak berjaya nak makan. Mulut kebas.Semoga sakit ini dapat mengkafarahkan dosa-dosa ku...amin!

Monday, November 09, 2009

Fokus..fokus

Monday again. Time flies so fast. Dah sebulan kembali ke Glasgow. Cepat..sangat cepat masa berlalu. Tapi, dalam sebulan tu macam-macam terjadi. Siapa sangka ada perubahan boleh berlaku dalam masa sebulan itu. Perubahan yang baik dan juga yang buruk. Harapannya, yang baik biarlah berkekalan, dan yang buruk jangan lah berlaku lagi selepas ini.

Pagi ni, meeting dengan supervisor. Bincang tentang paper yang akan di hantar ke conference. Bincang siapa yang akan bentangkan.Bincang takat mana study yang perlu dibentangkan dalam paper tu. Eh? baru hantar abstract sudah bersungguh-sungguh bincang sedangkan acceptance of abstract pun tak bagitau lagi. Ini la namanya tuah ayam nampak di kaki, tuah cik mimi pada supervisornya. Supervisor kini dah jadi chief editor untuk journal yang akan memuatkan paper2 conference ni. Jadinya, memang kebarangkalian paper itu akan diterima sangatlah tinggi.

Disebabkan conference ni adalah prestigious conference, jadi supervisor dah start mengerah saya untuk menghasilkan sesuatu yang hebat juga. Tak tahulah mampu ke tidak. Yang penting usaha kena sangat-sangat lebih. Segala perancangan holiday mahupun keinginan hati untuk bekerja Xmas ni sudah dibatalkan. Conference ini menuntut saya untuk kerja dengan lebih kuat. Disebabkan tak bekerja, kenalah berjimat cermat. Ikea ke, Baju baru ker, semua kena tolak ke tepi dulu.

Sekarang kena fokus..nasib baik benda-benda yang menghilangkan fokus ni dah berkurangan. Ada baiknya sesuatu yang kita rasa buruk itu berlaku. Sebab Allah dah bagitau,

Ada perkara yang kamu tidak suka tetapi ia baik bagi kamu dan ada perkara yang kamu suka tetapi ia buruk bagi kamu, Dan sesungguhnya Allah Maha Mengetahui dan kamu tidak mengetahuinya” (Surah Al Baqarah : 216)

Mana mungkin Allah bagi sesuatu yang buruk kepada hambanya. Jika zahirnya kita nampak buruk, cuba pula lihat dari mata hati. InsyaAllah, Allah tidak akan menzalimi hambanya. Hanya yang terbaik untuk kita.

Sunday, November 08, 2009

Siapa teman yang paling baik?

Dari Ibnu Abbas R.A beliau berkata "Rasulullah SAW ditanya, Siapakah diantara teman-teman kami yang paling baik? Rasulullah menjawab ' Seseorang yang mengingatkan kalian kepada Allah dengan melihat wajahnya, menambah ilmu kalian dengan bicaranya, dan mengingatkan kalian dengan akhirat oleh amalnya " (Hadith riwayat Imam Abdu b. Humaid)
Minggu yang panjang. Penuh aktiviti. Banyak manfaat yang dapat. Looking forward to start a new week tomorrow. Hadis di atas dikongsi oleh kak Asma semasa kuliah aqidah jumaat lepas. Best kan hadis ni? Jadi peringatan kita sebagai seorang kawan dan juga untuk memilih kawan.

Thursday, November 05, 2009

21 Hari

Ada perjanjian sulit dengan housemate. 21 hari. Mengikut perjanjian asal 21 hari berturut-turut. Haaa.. perjanjian apa?

Perjanjian masak untuk dia selama 21 hari berturut-turut. Hehehehe. Ini kes nak balik Malaysia hari tu. Tak larat guwe nak angkut beg ke airport sorang-sorang naik bas. Jadi, minta tolong housemate sambil menabur janji-janji manis. Rupanya, janji-janji manisku menjadi perjanjian yang benar. Housemate kata 21 hari berturut-turut. Tapi guwe tak mampu nak masak setiap hari sebab dalam seminggu ada 2 hari kelas bahasa di waktu malam. Jadinya, dalam seminggu dua hari guwe akan menjadi nomad merempat di rumah kawan berdekatan dengan Uni ni.

Ahad lepas dah masak. Isnin dah masak. Yay! tinggal 19 hari lagi. Malam ni nak masak apa yer? Ada sotong (dah masak sambal sotong Isnin lepas), ada ikan kembong, ada udang...sayur berlambak-lambak lagi ada dalam peti sejuk tu. Ermmm dah lama tak makan ikan masak taucu.

Tuesday, November 03, 2009

Taubat

Tidak tahu mana hendak mula. Sudah lebih setengah jam berada di hadapan komputer ini. Setiap kali lengkap satu ayat yang dibuat sebelum ini, terus saya tekan butang backspace. Zaa sudah lena dibuai mimpi. Housemate keseorangan malam ini. Kelas Arabic berakhir pukul 9. Tak larat den nak balik malam-malam buta. Hari ini, belajar nahu. Bila hendak dibaris bawahkan huruf, bila hendak di baris hadapankan danbanyak lagi.

Sambil belajar 'rules' sambil ustaz pesan. Lihat di dalam Al Quran. Sambil baca sambil semak semula apa yang dipelajari. InsyaAllah, kita akan rasa more engaging with Quran when we read it. Jadi, wajiblah dipraktiskan selepas ini.

Hendak berkongsi apa yang dibaca mengenai taubat. Kita kalau dengar jer perkataan taubat, terus bayangkan orang yang bertaubat tu sebab buat dosa besar. Lupa bahawa dosa-dosa kecil tu pun akan menggunung menjadi besar. Dosa-dosa batin yang tak nampak pun, boleh menghitamkan hati.

Bukan apa, esok lusa tak tahu mati bila. Jika tangguh taubat tu, sempatkah kita? Boleh ker cakap pada Izrail, "tunggu jap..aku nak bertaubat dulu, jangan cabut nyawa aku." Bertaubat itu adalah wajib dan harus dilakukan berterusan. Seseorang itu tidak akan terlepas daripada melakukan maksiat yang dilakukan oleh tubuh badan. Jika dapat menghidari maksiat secara zahir pun, kita tak terlepas daripada melakukan dosa-dosa batiniyah, yakni dosa-dosa yang disebabkan sifat-sifat buruk di dalam hati. Kita juga tak terlepas daripada pujukan syaitan yang sentiasa nak menyeleweng kita, atau ingin buat kita lupa ada Allah.

Apabila kita membuat dosa, maka naiklah titik titik hitam di hati kita. Jika tidak bertaubat, hati terus menerus menjadi gelap. Hati yang kotor dan berkarat bagaikan karat yang melekat pada besi.
"Bahkan apa yang mereka kerjakan itu menjadi karat pada hati mereka"
(Surah Al-Muthaffifin, ayat 14)
Maka dengan taubat ini, kita dapat membersihakan karat yang menyelaputi hati seterusnya mengangkat kegelapan dari hati. Jika kegelapan sudah lenyap, hati yang bercahaya, timbulnya ketaatan dan pengabdian. Jika hati masih belum suci/bersih maka sukar untuk timbul kebaikan-kebaikan secara ikhlas.

Sabda Rasulullah,

"Ikutilah keburukan itu dengan kebaikan, maka kebaikan itu akan memadamkan keburukan"
Jadi, untuk memadamkan kegelapan hati, maka buatlah kebaikan sebanyak mungkin. Di kala masih diberi kesihatan yang baik, usahalah untuk beribadah dan berbuat kebaikan sebanyak mungkin. Semoga kebaikan yang dilakukan dapat memadamkan dosa2 yang terpalit. InsyaAllah..yang penting berusahalah menjadi insan yang lebih baik.

Wahai hati, jangan engkau mati.
Pergi maksiat, pergi dosa,
Jangan engkau terus lekat.
Biar damai hati,
Biar suci,
Biar bersih,
di hadapan Ilahi.
InsyaAllah...


Monday, November 02, 2009

Happy dan semangat!

Salam,

I want to jot this down before this feeling gone. I'm so so happy. Thank you Allah. For giving me this hope and please Allah jangan timbulkan rasa riyak dan ujub dalam hati ini.

Pagi ni buka-buka mata dah check email. Got an email from supervisor. Email asking my permission to send an abstract for a conference based on my recent works. I can't stop smiling. Instead of me beria-ria nak hantar abstract, dia pula yang minta. He told me last week, how excited he is to publish or present my works. Now, I have find novelty in my work. Good job mimi...good job.

Semoga akan terus semangat mengharungi perjalanan PhD ini.Semoga jadi inspirasi untuk kawan-kawan yang buat PhD. I was so demotivated a month ago. But, never fail to pray to God. To give me strength. I have put all my confidents on Him. Because I know, Allah pasti dengar doa saya.

Pengharapan pada Allah, pasti akan berbalas. Tapi pada manusia, kita pasti akan dikecewakan...should remember that!

Sunday, November 01, 2009

Paintball

Hari ini hujan hampir sepanjang hari dari pagi hingga ke malam. Sejuk mengigit tulang. Tapi hujan sentiasa membawa rahmat Tuhan. Hari ini bersama geng pergi bermain paintball. Semangat! hujan tak hujan kami redah juga. Namanya pun perempuan, alahai...semuanya lemah gemalai je nak siap pakai baju & mask bersiap sedia bertempur.

Tapi masing-masing terkorban di medan perang. Masuk jer waktu tengahari, kami berpakat untuk cabut lari dari medan perang. Alasannya, bilangan kami sudah berkurangan (ada sisters kena balik awal sebelum tu). Lagipun, sudah kurang 'fun' nya bila kami di campur dengan geng omputih yang tidak dikenali. Kami juga sudah kehabisan peluru. Dan alasan yang paling boleh pakai sekali adalah kerana waktu Zohor sudah menjelang dan game masih banyak lagi sedangkan waktu sembahyang sangat singkat di kala winter time ini.

Kesimpulannya, weekend ni rasa gembira. Hidup makin terurus. Makin tenang. Makin gembira.

“Ya Haiyyum, Ya Qayyum, dengan rahmatMu daku memohon pertolongan. Baikilah seluruh urusanku, dan janganlah Engkau serahkan diriku ini kepadaku walaupun sekelip mata”

Aminnnn!

  © Blogger template 'Isolation' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP