Thursday, September 30, 2010

Prague 2

Hari ini masuk hari ke 4 persidangan berlangsung. Setiap hari aku ditemani sebuah beg persidangan. Tanpa teman, tanpa 'geng' mahupun supervisor, aku melangkah seorang diri memasuki bilik-bilik persidangan. Sekali dua aku meramahkan diri bertegur sapa dengan 'orang-orang angkasa ini'. 

Ya, mereka orang angkasa, yang kaki bagai tidak jejak bumi. Hanya memandang ke langit, malah pandangan mereka menembusinya. Kumpulan yang terkait dengan kajian ku pula dipanggil orang-orang yang hanya bermimpi. Membina satu struktur yang menghubungkan bumi dan angkasa secara langsung. Space elevator. Yang agensi aeroangkasa merasakan ia hanya satu misi yang sia-sia. Tapi mereka di dalam kumpulan ini adalah mereka yang alah bisa tegar biasa. Bermula dari tahun 1895 hingga sekarang impian Tsiolkovsky masih belum direalisasikan.Dan orang-orang 'space el*evator dan te*ther ini masih bersungguh memastikan impian mereka jadi kenyataan.

Setiap kali aku mendengar idea-idea genius, hasil-hasil eksperimen manusia-manusia bijak ini, setiap kali itu aku merasakan ilmu Allah itu sangat luas. Dan alangkah ruginya mereka ini. Ilmu mereka, semangat dan kedalaman cinta mereka di dalam bidang yang dikaji tidak membawa mereka kembali  kepada Maha Pencipta. Yang mencipta Galaksi ini, Yang mencipta manusia ini, Yang Maha luas ilmunya.Ketika itu aku merasakan nikmat iman itu. Nikmat iman yang membuka mata seorang hamba yang kerdil ini.

Kata-kata Sayid Qutub seperti terngia-ngia di telinga : 
"Aku telah hidup di bawah bayangan al-Qur’an dan di sana aku melihat jahiliyah berkecamuk di muka bumi ini dan aku melihat minat dan cita-cita penduduk-penduduk dunia ini amat kecil dan kerdil, aku melihat pemuja-pemuja jahiliyah itu berbangga-bangga dengan ilmu pengetahuan yang ada pada mereka, iaitu ilmu pengetahuan kanak-kanak, kefahaman dan pemikiran kanak-kanak, minat dan cita-cita kanak-kanak sama seperti pandangan seorang tua kepada mainan kanak-kanak, percubaan kanak-kanak dan keteloran lidah kanak-kanak. Aku merasa kaget dan hairan mengapa manusia jadi begini, mengapa mereka jatuh ke dalam lumpur yang kotor dan penuh penyakit ini? Mengapa mereka tidak mendengar seruan Allah Yang Maha Tinggi dan Maha Besar, iaitu seruan yang dapat meluhur, memberkati dan membersihkan usia seorang?"
Ada sesuatu yang lebih besar daripada ilmu pembuatan roket. Ada sesuatu yang lebih besar daripada ilmu microgravity, ada ilmu yang lebih besar daripada ilmu 'orbital dynamics'. Itulah ilmu mengenal Allah. Sejauh mana geniusnya kita, jika kita tidak mengenal tuhan kita maka kita adalah golongan orang-orang yang rugi. Kerana, di penghujung perjalanan ini, kita akan meninggalkan ilmu-ilmu dunia itu dan ia sudah tak berguna lagi. Tapi, jika kita meletakkan memandu  ilmu dunia dengan keimanan, sungguh kita akan dipandu ke jalan yang Allah redhai.

InsyaAllah...

Aku doakan semoga iman sentiasa memandu aku dan kalian dalam setiap pekerjaan yang dilakukan. Hidup ini sebagai hamba, biar pekerjaan kita hanya kerana mengharap redhaNya...

Monday, September 27, 2010

Prague I

Salam,



I'm in Prague, attending Internation*al Astronautic*l Congress 2010. InsyaAllah will be presenting my paper yang tak seberapa dan yang ditukar dua tiga kali datanya tu hari Rabu ni. Baru jer opening ceremony tadi. Now, sitting in the room to do my own 'mock presentation'. Cakap sorang-sorang dalam bilik.

Banyak perkara menarik yang berlaku sejak ketibaan aku dan Cik Zaa semalam. Pertamanya, sudah tentulah kami akan mengundang mata-mata yang menunjukkan wajah kepelikan pada kami. Ya, pandang kami macam tak pernah tengok orang. Yela, mungkin sebab bertudung. Alhamdulillah dua hari ni kami duduk hotel sebelah conference venue. Tapi sangat kecewa dengan apa yang ditawarkan oleh hotel yg kononnya 4 bintang ni. Hotel yang sama seperti di tempera, Finland tempoh hari. Tapi, internet tak boleh access 24 jam. Kena keep on renew registration dan akan off setiap 15 minit. Takde complimentary tea and coffee.(yang ni tak pernah jumpa lagi hotel mahal2 tapi tak sediakan kettle, coffee n tea). Org dekat reception tak begitu ramah. Ermm apa lagi ek..kesimpulanna, nasib baik la duk 2 hari je. Baki 3 hari lagi duduk di rumah sisters di Prague.

Opening ceremony sgt menarik. Penuh dengan persebahan kebudayaan. Yang kelakarnya, di pintu masuk dah tayang besar sign tak boleh amik gambar. Tapi majoriti delegasi dari negara Asia pakat duk amik gambar siap flash. Errkk...diorang tak paham English kot (berbaik sangka). Ada satu persembahan yang dinamakan black theater yang mana dewan akan digelapkan, penari akan pakai pakai hitam. Objek yang hendak digerakkan berwarna fluorescent. MC dah pesan jgn guna flasfh. Tapi stilll.....encik2 delegasi dari Asia ni duk amik gambar guna flash jugak..Adeh...tak paham bahasa sungguh.

Tak best takde geng kat conference ni. Ada sorang lagi orang Malaysia tapi of course tatau nak cari kat mana dalam org yang seramai 800 orang ni. Jumpa geng budak2 aero glasgow uni dan of course la takleh nak join sekali sebab ni adalah geng2 italiano. Its end up jalan sana sini sorang-sorang jer. sedih tak? Kononnya nak la carik mana2 muslim woman nak buat geng. Jumpa seorang..rasanya dari Indonesia tapi bila senyum, buat tak pandang jer...adehhhh...Jadi buat sementara ni hanya 2 org jer yg bertudung dan terasa sgt alien di sini. 

Thinking of aerospace di Malaysia...hurmm balik Malaysia ni should do something.rasa cam nak buat. Sian tengok industri aeroangkasa malaysia yang malap tu...Setakat berbangga dengan syeikh \Muzaffar tu jer la. Pencapaian lain takde. Dah tiba masanya org cerdik pandai dalam bidang ni dikumpulkan dan sama2 plan untuk masa depan industri ni. Bukan setaka nak buat kapal terbang jer. Org dah jauh ke depan...kita pun mampu kalau kita ada usaha. huhuhu cakap berapi-api...at the end sebenarna perlu kuasa politik juga untuk hal ni.hurmmm...

ok..nanti update lagi berita menarik di Prague..
jumpa lagi, wassalam.

Mimiamilia
Prague.

Wednesday, September 22, 2010

Tazkirah

Dari Abu Hurairah berkata :

"Akan aku sampaikan kepadamu satu hadis yang telah disampaikan RASULULLAH s.a.w kepadaku di rumah ini,tidak ada orang lain selain aku dan baginda." Tiba-tiba Abu Hurairah menangis tersedu-sedu sehingga hampir pengsan. Ketika itu Abu Hurairah kembali sedar dan dia menceritakan, "Bahawa pada hari kiamat nanti, ALLAH S.W.T akan turun kepada hambanya untuk memberikan keputusan kepada mereka. Setiap umat ketika itu berlutut. Golongan terawal yang akan dipanggil adalah "orang alim" , orang kaya dan orang yang berperang di jalan ALLAH S.W.T

ALLAH S.W.T bertanya kepada orang alim itu,"Bukankah AKU telah mengajarkanmu kitab yang telah AKU turunkan kepada rasul-KU?" Orang itu menjawab. "Benar,wahai Tuhan.'' ALLAH SWT kembali bertanya. ''Apa yang engkau kerjakan dengan ilmu yang kau miliki?'' Orang tersebut menjawab, ''Dengannya aku beribadat kepada-MU di malam hari dan siang hari'' Malaikat berkata kepadanya, "engkau berdusta". ALLAH SWT berfirman "engkau hanya ingin dikatakan bahawa engkau seorang yang alim''.

Kemudian dipanggil orang kaya. ALLAH SWT berfirman, ''Engkau telah AKU beri rezeki sehingga berkeadaan cukup". Orang itu menjawab, ''Benar wahai tuhan''. ALLAH SWT kemudian bertanya, ''Apa yang telah engkau kerjakan dengan hartamu itu?'', dia menjawab, ''Dengannya aku bersillaturrahim dan juga bersedekah.'' ALLAH SWT berfirman kepadanya, "Engkau dusta". Malaikat juga berkata begitu. ALLAH berfirman, ''Engkau hanya ingin dikatakan bahawa engkau seorang dermawan.''

Kemudian didatangkan orang yang terbunuh selepas berperang di jalan ALLAH SWT. Maka ALLAH SWT berfirman, ''Apa yang menyebabkanmu terbunuh?'' Dia menjawab, ''Telah diperintahkan kepadaku untuk berjihad di jalan-MU, maka aku berperang sehingga terbunuh.'' Maka ALLAH SWT berfirman kepadanya ,''Engkau berdusta, malaikat juga berkata begitu." ALLAH SWT berfirman, ''Engkau hanya ingin dikatakan bahawa engkau seorang yang berani''.

"Kemudian RASULULLAH S.A.W menepuk lututku sambil bersabda, ''Wahai Abu Hurairah, ketiga-tiga orang itu adalah orang-orang yang pertama sekali merasakan seksaan api neraka pada hari kiamat.'' "

p/s: Entri copy paste.Semoga dapat memberi manfaat. Masih tak sempat nak buat sharing Ini Sejarah kita seperti yang ada org tu minta. InsyaAllah akan di cari masa yng sesuai.

Saturday, September 18, 2010

Mabruk!


Alhamdulillah..alhamdulillah..sudah selamat walimah adik naqibah dilangsungkan. Barakallahulakuma wa bara 'alaikuma wa jama'a banakuma fi khair..amin! Selamat menempuh dunia baru, semoga menjadi isteri yang solehah dan terus maju dalam dakwah. :)


Bercakap mengenai perkahwinan, aku tertarik dengan entri Prof kamil.di sini. Perkahwinan seharusnya dipermudahkan. Tapi orang Melayu suka untuk menyusahkan dan memberatkan. Penuh adat yang kena patuh. Tak ikut adat, katanya malu dengan saudara mara.Wang hantaran juga sangat membebankan. Sebab itu ramai yang bertangguh untuk berkahwin. Kalau setakat SPM pun hantaran dah cecah 8K inikan pula yang PhD. Bila bertangguh kahwin dengan alasan belanja belum cukup, pasangan yang sedang 'couple' tu akan terus bergelumang dalam dosa. Bukankah itu lagi buruk?

Susah nak kikis pandangan orang kita dalam banyak hal mengenai perkahwinan. Sindrom 'apa orang kata nanti' tu susah nak dihilangkan. Mana yang lebih penting ya? Pandangan Allah atau pandangan manusia? Mana yang lebih penting ye? adat atau agama? Tepuk dada tanya iman. 

Semoga diri ini nanti, Allah mudahkan. Bukan ketebalan wang ringgit yang dipandang, tapi ketebalan iman.Dan semoga orang yang disekeliling juga akan memahami. Biarlah perkahwinan itu sederhana, tidak perlu hutang sana sini, lebih keberkatannya. 

Friday, September 10, 2010

Eid Mubarak

Selamat hari raya semua..

Tahun ni raya di perantauan, bertakbir dengan suara 'rock'. Petang raya dah cabut 'balik kampung' kimi roikenen. Badan masih tak sehat tapi kena paksa rela demi cik Zaa ikut dia pi negara pengeluar tepon nokia tu.


Ni la keadaan di Glasgow. Ramai tak warganegara malaysia berketurunan Melayu ni di sini? ramai kan?...Meriah raya kami.

Ok, semoga kita terus istiqamah dengan amalan-amalan di bulan Ramadhan.Jangan lupa puasa enam. Maaf Zahir batin semua!

Sunday, September 05, 2010

Balaa Syahidnaa



Bila Cik Zaa beritahu 'dia' sudah bersedia, aku agak rasa terkejut. Takut keputusan yang di ambil ini agak terburu-buru. Dua hari sebelum itu, aku minta Zaa bawanya berjumpa kawan-kawan yang lain di masjid SUMSA. Alhamdulillah, kawan-kawanku yang pelbagai lapisan bangsa dan negara di masjid itu sangat membantu untuk dia membuat keputusan.

Maka, semalam secara rasminya dia sudah kembali kepada fitrah. Fitrah agama. Menunaikan kesaksian ketika di alam ruh, bahawa tiada yang dua. Hanya Dia yang satu.


Dan (ingatlah wahai Muhammad) ketika Tuhanmu mengeluarkan zuriat anak-anak Adam (turun-temurun) dari (tulang) belakang mereka, dan Ia jadikan mereka saksi terhadap diri mereka sendiri, (sambil Ia bertanya dengan firmanNya): "Bukankah Aku tuhan kamu?" Mereka semua menjawab: "Benar (Engkaulah Tuhan kami), kami menjadi saksi". Yang demikian supaya kamu tidak berkata pada hari kiamat kelak: "Sesungguhnya kami adalah lalai (tidak diberi peringatan) tentang (hakikat tauhid) ini".

Selamat kembali Aisha. 

Aisha, 25 Ramadhan 1431 H

Itulah nama pilihannya. Gadis katolik dari Portugal mencari-cari tuhannya. Alhamdulillah dilorongkan Allah ke jalan yang benar ini. Ketika dia berada di sebelahku, melafazkan syahadah, sudah tergambar tanggungjawab yang aku dan Zaa bakal galas kerana kamilah orang yang paling hampir (muslim) dengannya buat masa ini. Bukan mudah dan semoga Allah mudahkan.Doakan kami....doakan untuk Aisha juga.

Friday, September 03, 2010

Di hening pagi..


Dia tidak pernah terlambat. Pukul 1 pagi akan terus kedengaran suaranya memanggil makmum meluruskan saf.

Pagi yang hening. Hari ini lebih bersemangat. Mungkin sudah mendapat dos tidur yang cukup siangnya. Imam yang selalu mengambil giliran kedua mengimami tahajjud kami bertukar giliran kepada giliran yang awal. Biar aku namakannya imam Muhammad (tak ingat nama sebenar) Aku suka bacaannya. Jelas dan lambat-lambat. Kadang-kadang apabila tiba di ayat-ayat yang tertentu, terdapat getaran dalam bacaannya. Aku boleh mengagak yang dia menahan tangis. Indah bukan?Indah kerana dapat memahami ayat Allah dengan mata hati. Membuatkan aku rasa lagi bersemangatt untuk mempelajari bahasa syurga ini bersungguh-sungguh. 

Pagi ini, aku rasa Imam Muhammad sangat-sangat menghayati bacaannya. Bacaan di mulakan dengan dari surah Al A'raf ayat 171. Rukuk dan sujud kami lebih lama dari malam-malam sebelumnya. Alhamdulillah, malam ini Allah beri kekuatan lebih untukku tidak ngantuk. Aku dapat merasai ketulusan hati imam Muhammad membaca ayat-ayat Allah. Biarpun tidak sesedap alunan Quran Syeikh Misyari mahupun Imam jibril, tapi keikhlasan bacaannya memang dapat meruntun jiwa. Kadang-kadang bila aku dapat menangkap maksud ayat yang dibaca, air mata ku juga turut mengalir.

Selesai tahajuud, aku menanti-nanti witir. Kerana aku tahu, waktu ini imam bukan setakat membaca doa qunut, malahan doa yang berjela-jela. Malam ini, Imam Muhammad sekali lagi mengambil giliran untuk mengimami solat witir. Doa dibacakan. Sekali lagi, aku yang amatur bahasa arab ini masih dapat menangkap isi bacaan doa. Setiap kali sampai kebahagian mengharapkan Allah menerima puasaku, solatku, dan memakbulkan doaku, aku rasa tersangat sayu. Aku rasa sangat takut dan sangat mengharap amalan yang ku lakukan sepanjang ini di terima. Harap sangat Allah memakbulkan doaku. Harap sangat Allah mengampun dosa-dosaku.

Di hujung doa, Imam Muhammad tidak dapat menahan tangisnya lagi. Hampir tidak terkeluar suaranya menyebut Allahuakbar untuk sujud. Dan aku pun tersentuh. Dan aku ketika itu merasakan sekotak tisupun tak mampu nak keringkan airmata ni. Terasa hati disentuh dgn sentuhanNya. Terasa indahnya mendampingi diriNya.Ya Allah, aku rasa seperti mahu Ramadhan selama-lamanya.

Entah mampu lagi kah ku mengalami keindahan bertahajud begini. Di negara yang bukan majoriti Islam, tapi Islam itu lebih bersinar. Jika di Malaysia, di kala ini, di fasa terakhir Ramadhan ini, ramai yang sibuk mencari baju raya, buat kuih raya, dan sebagainya. Bila memikirkan keadaan di Malaysia, aku sendiri jadi takut. Takut aku juga hanyut dengan arus yang ada. Semoga diberi kekuatan yang iman untuk menghadapinya.

Aku masih tiada mood untuk hari raya. Simpan dahulu ucapan hari raya kalian. Aku sangat sedih untuk meninggalkan Ramadhan....

  © Blogger template 'Isolation' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP