Amalan

Bismillah,

Alhamdulillah, usai sudah tugasan hari ini. Lebih produktif. Ya, lebih produktif setelah 'deactivate' facebook. Aku memang mudah distract dengan FB. Salah satu sebabnya, masa untuk simulate programmingku, ia terlalu lama hingga rasa bosan lantas menyebabkan aku membuka FB. Hehehe..alasan yang tak kukuh.Tapi itulah hakikatnya.

Tetapi, Allah telah menegur diriku. Ketika membaca sebuah buku (untuk memenuhi mutabaah amalku) aku sampai ke baris ayat berikut:

"Masakan mahu masuk syurga jika hanya tidur? Masakan kamu kata kamu takut neraka jika hanya tidur?"

Opss..Zappss.. terkena diri sendiri. Bukanlah bermakna aku kuat tidur. Tapi lebih kepada buat perkara-perkara yang buang masa dan tak bersungguh-sungguh beramal. Ya, ramai anatar kita nak masuk syurga. Tapi soalannya..adakah kamu beramal seperti amalan ahli syurga? Yakin sangat ke dengan amalan yang dah buat sekarang tu membolehkan kita masuk syurga.

Aku kira-kira semula amalannku. Hafalan memang entah ke mana. Quran alhamdulillah memangbaca setiap hari tapi rasa masih tak cukup. Dan yang lain-lain. Kalau dibuat research berapa lama masa dihabiskan untuk membuat amalan ahli syurga...mungkin dapat 20% jer kot :(

Oleh itu sahabat, mari kita muasabah diri kita. Sejauh mana kita bersunguh-sungguh mengejar syurga. Jika masih disibukkan dunia, maka sebenarnya takut mu pada azab Allah itu dan keinginan untuk syurgaNya, hanya mainan di bibir dan kau tidak menzahirkan melalui amalanmu.

InsyaAllah, masih ada masa untuk kita sama-sama berubah...Ayuh!!! jangan tungu lagi. Kerana kita sendiri tidak tahu bila akan selesai urusan kita di dunia ini...

p/s: masa untuk berfacebook sudah digantikan dengan sesuatu yang lebih baik..alhamdulillah...

Comments