Salam,
Allhamdulillah..thumma alhamdulillah.
Dec 2009 yang lalu, merupakan kali pertama aku bersama-sama mereka. Daripada sekadar menjadi pendengar hinggalah tiga minggu selepas itu tiba-tiba aku menawarkan diri untuk membawa mereka selepas naqibah mereka pulang ke Malaysia. Aku pun tak tahu, apa yang menyebabkan diri teruja untuk membawa usrah tersebut.
Kini, April 2011. Sudah setahun lebih aku bersama mereka. Perubahan demi perubahan berlaku di hadapan mata. (eh! di dalam email atau sebagainya sebab jarak yang jauh..hehehe.), Masih ingat lagi, wajah-wajah yang tidak berpuas hati bila aku memisahkan mereka(senior dan junior) demi kepentingan tarbiyah. Tidak boleh aku satukan mereka yang sudah lama ikut usrah dengan yang sangat baru hendak ditarbiyah. Akan berlaku ketidakadilan di situ. Aku hanya akan melambatkan proses tarbiyah kakak-kakak. Makanya aku lakukan juga dengan bergantung sepenuhnya pada Allah supaya memudahkan urusan tersebut dan menghadapi muka kelat mereka.
Hari perpisahan dengan mereka sudah semakin hampir.Sedih. Inilah perasaan Murabbi bila mana terpaksa melepaskan anak-anak binaannya. Kini aku dapat memahami perasaan Huda ketika melepaskan Widad Mu'nisah kepadaku dan Aisyah. Ya, perasaan seorang ibu yang hendak melepaskan anak-anaknya...
itulah perasaannya.
Tapi di situlah tarbiyah yang boleh dicedok. Perasaan sedih itu akan berlaku apabila kita berpisah dengan sesuatu yang kita 'attach' selain Allah. Manusia, harta benda, mahupun kawasan...apabila sudah terlekat di hati, sangat sukar untuk kita lepaskan.Bila dilepaskan, hati akan jadi sedih. Oleh itu, perlu kita luruskan semula pandangan kita kepada perkara-perkara selain Allah. Bahawasanya semua ini adalah satu pinjaman yang Allah berikan. Pinjaman untuk kita pelajari sesuatu, dan mungkin juga untuk menguji diri kita.Ingatlah, tidak akan ada yang kekal selain Dia.
Pertemuan dan perpisahan itu adalah lumrah kehidupan dunia. Jangan jadikan ia sebagai alasan untuk tidak meneruskan hidup ini. Jangan jadikannya alasan untuk kita terus bersedih.Ataupun lebih teruk lagi, sebagai alasan untuk keluar dari jalan dakwah dan tarbiyah ini. Pasti ada jalannya bagaimana kita untuk terus berhubung. Lihatlah dari sudut yang positif adik-adikku.
Banyak kenangan manis bersama Wihdah yang tidak akan aku lupa. Merekalah sebenarnya yang telah menjadikan diriku seperti sekarang. Merekalah tarbiyah paling besar yang aku peroleh. Masakan boleh ku lupa, bila mana passport dibuka, kebanyakkannya cop adalah dari bumi Germany.
InsyaAllah, kalianlah pilihan Allah untuk meneruskan dakwah di sana. Dari jauh, aku akan sentiasa doakan kalian....
catatan rindu,
kak mimi
p/s: Wihdah adalah nama kumpulan usrah.
Comments