Tuesday, March 30, 2010

Bingen di hati

Bingen jadi saksi,
hati-hati ini bertemu,
Bertemu di bawah naungan cintaMu



Bingen jadi saksi,
hati-hati ini bertemu dalam ketaatan
Ketaatan dalam menegakkan syariatMu,




Manisnya ukhuwah yang terjalin ini..
Kerana Allah kita bertemu dan berpisah..


Gathering Usrah Wihdah at Bingen, Germany, 27-28 Mac 2010

Friday, March 19, 2010

Aku sayang sangat Allah

Bismillah..

Sudah beberapa bulan berlalu. Perubahan demi perubahan dapat dilihat. Alhamdulillah, Allah sayang sangat pada aku. 
"Akak nak tanya pada pandangan awak la, bagaimana dosa-dosa yang kita buat dulu yer? Bila Allah memberi keampunan adakah dosa-dosa itu masih akan disebut di padang mahsyar nanti?" 
Erk? soalan kakak yang ku terima petang tadi ini  bukanlah mudah untuk dijawab. Belum sempat aku membuka mulut dia sudah menyambung,
"Bila teringat dosa-dosa lepas, dosa tak pakai tudung masa sekolah, dosa kita menggoreng masa mengajar, dosa pakai t-shirt lengan pendek..Isk banyaknya dosa! Kalau Allah kata Dia ampunkan dosa kita, macam mana tu yer?"
Ya Allah. Aku rasa tak terjawab. Kerana jika aku putar kembali silamku, dosa-dosa ku, ku kira sebesar gunung! Banyak! tak terhingga! Semua itu membuat mulut ku terkunci dan hanya melemparkan senyuman padanya.

Aku memang rasa 'blank' sebentar. Tapi aku gagahkan juga menuturkan kata-kata.
"Kak, saya tak la tahu sangat. Allahu 'alam. Yang saya tahu, kita masuk syurga adalah atas redhaNya. Walaupun kita ni kuat beribadah, bukan ibadah kita yang membawa kita masuk syurga.Tapi rahmat Allah itu. Setiap amalan kita pasti akan dihisab walau sebesar zarah pun.Jadi, di padang mashyar nanti pasti semua dosa kita akan diperhitungkan. Adakah syurga milik kita? Itu adalah di tangan Allah."
Walaupun bukan amalan yang menjamin kita masuk syurga, tapi dengan amalan itu jugalah kita mencari redhaNya. Seorang hamba kena sentiasa berusaha untuk 'please'kan tuannya (ampun! tak tahu nak cakap macam mana, please help me how to say it correctly in Malay). Begitulah juga kita. Kita hamba kepada Maha Pencipta, Penguasa alam ini. Jika kita hanya mengaku dia tuan kita tapi tak pernah nak buat apa yang disuruh dan tinggalkan yang dilarang, adakah tuan kita akan sayang pada kita?

Kita selalu terlepas pandang perkara yang kita rasa 'takdela dosa sangat'. Perkara-perkara yang 'takdela dosa sangat' ni la yang makin lama makin menggelap hati dan menutup kita kepada cahaya kebenaran. Kita bercouple, tapi takdela dosa sangat sebab bukan pun jumpa. Kita tutup aurat, tapi takdela dosa sangat sebab at least kita bertudung walaupun baju tu ketat sedikit. Kita bercakap-cakap pasal seseorang, tapi takdela dosa sangat sebab apa yang kita cakap ni perkara betul walaupun perkara tu buruk. Ah! kalau mahu disenaraikan banyak perkara yang takdela dosa sangat. Bahkan mungkin sendiri pun selalu buat perkara 'takdelah dosa sangat' ni.

Astagfirullah..astagfirullah..astagfirullah.

Aku sangat sayang Allah. Walau pun dosaku menimbun, tapi dia masih membuka pintu taubat seluas-luasnya. Aku baru hanya berjalan mengejarnya, Dia telah mengejarku dengan berlari. Walaupun dosaku menggunung, Allah tak pernah ambil semua nikmat yang dia beri pada aku. Aku masih cukup pancaindera, aku tak pernah hidup melarat. 

Aku harap kau pun sayangkan Allah. Kejarlah Dia..kejarlah..dengan kadar kelajuan bunyi. Pasti dia mengejarmu dengan kelajuan cahaya. Walau kau insan yang penuh dipalit dosa, tapi dia tetap menyayangi kau. Bukankah kita makhluk yang sentiasa membutuhkan kasih sayang? Kasih sayang Allah adalah kasih sayang yang tak terhingga.Jangan berpaling lagi. Sahutlah seruan ku ini. Kembali lah kepada Tuhanmu....

Thursday, March 18, 2010

Sekali sekala ambil tahu

Nak tergelak bercampur sedih bila setiap kali menonton siaran dari Parlimen Malaysia.  Macam-macam kan? Bila masuk Parlimen wakil-wakil rakyat yang awak pilih tu (aku tiada pilihanraya lepas, so tak mengundi..aishh!) perangai jadi macam-macam. Tiada adab nak berbincang, boleh panggil jerit-jerit nama atau panggilan yang boleh dikatakan kurang beradab, boleh tinggalkan dewan sesuka hati, ketuk-ketuk meja dan banyak lagi la .Bila di tonton layaknya bagai menonton kanak-kanak sedang bersidang. (Teringat waktu kecil-kecil dulu, setiap kali hari raya (tahun 1980an) pasti ada rancangan persidangan parlimen kanak-kanak ni.Ini kanak-kanak betul la.Tapi best lagi rancangan tu.)

Semua ni mengingatkan diri kepada surah favourite, Al Hujurat. Surah yang Allah dah bekalkan kita sebagai panduan untuk membina sebuah masyarakat. Pokok kepada pembinaan ini adalah Ketaqwaan kepada Allah dan ketaatan kepada Rasul. Kalaulah setiap dari kita faham ayat pertama dalam surah ni ,


"Wahai orang-orang beriman! Janganlah kamu mendahului Allah dan RasulNya, dan bertakwalah kepada Allah.Sungguh, Allah Maha Mendengar, Maha Mengetahui."
Mereka yang menjadi pemimpin mahupun yang dipimpin masing-masing perlu mencapai syarat nombor satu ini. Pemimpin yang tidak mendahului Allah dan RasulNya, akan jelas dengan tanggungjawab sebagai seorang pemimpin. Yang ingin ditegakkan adalah agama Allah bukan perkara-perkara yang lain, yang perlu diperjuangkan adalah agama Allah bukan perjuangan diri sendiri, yang perlu diserapkan dalam masyarakat adalah syariat Allah bukan peraturan ciptaan manusia sendiri.

Pembinaan masyarakat juga bukan sahaja bermula dari pemimpin masyarakat. Setiap individu muslim dalam masyarakat itu perlu taqwa kepada Allah, perlu taat kepada Rasul. Selagi mana kita beriman dan beramal ayat pertama ini, selagi itu kita jelas dengan tujuan kehidupan kita dalam masyarakat. Selagi kita takut kepada Allah, selagi itu kita takut membuat maksiat. Takut untuk mengumpat.Takut untuk menikam belakang.Tidak mudah mempercayai berita yang dibawa oleh orang fasik. Sentiasa bersaudara dengan saudara Islam yang lain dan tidak bermusuh-musuhan. Yang penting, dalam konteks masyarakat ini, kita boleh menilai atas neraca Islam, siapakah yang kita pilih sebagai pemimpin kita. Kerana pemimpin itulah yang wajib kita taati...salah pilih, menjadi penyumbang kerosakan masyarakat  itu.

Aku menangis bila membaca buku hasil tulisan Ustaz Hasrizal (Rindu bau pohon Tin) mengenai  ketegasan pensyarahnya yang mahukan anak didiknya supaya semua tunduk kepada kuasa Allah bukan kuasa manusia.Ketika membaca bait-bait tulisan dalm buku tersebut, aku turut sama disimbah api semangat disulam dengan kesedihan yang dipamerkan oleh pensyarah tersebut.Hakikatnya, manusia sekarang banyak yang mengikut telunjuk manusia lain. Lagi menyedihkan, diri ini sendiri pun tak mampu dan takut untuk melawan peraturan yang dicipta manusia.Hurmm..lemahnya iman (sedih)

Blog ni bukan blog politik. Aku pun tak akan mewarwarkan di pihak mana aku cenderung. Cuma hanya nak mengingatkan semua, mana pilihan kamu, pilihlah atas dasar ayat 1 surah Al Hujurat itu. Kepada yang nak menonton buletin utama mengenai hal yang berlaku semalam, boleh klik link ini. (Sila abaikan link yang ada dalam video tersebut, aku just nak tengok apa yang disiarkan di buletin utama itu sahaja)

Tuesday, March 16, 2010

rindu

Rindu Malaysia.

Ni gambar yang Danial (anak sedara) lukis menggunakan 'Paint' dalam komputer.
Danial berumur 6 tahun. (eh ye ke?eheheh cik mimi tak ingat!).
The first picture is the latest masterpiece.
The second one penuh dengan cerita...bowling(yang yellow tu),hujan dan kereta.
Danial mewarisi bakat dari Tok Mama, cik mimi n mommynya..(erkk mommy pandai lukis ker..huuuuuu)

Monday, March 15, 2010

7 golongan

Rasulullah SAW menggambarkan ada tujuh golongan manusia yang akan mendapat pertolongan dan naungan Allah pada hari pengadilan di padang Mahsyar, menerusi sabda Beliau yang maksudnya:

    “Tujuh golongan manusia yang akan diberi perlindungan oleh Allah dalam naungannya di hari yang tiada naungan melainkan perlindungan Allah itu sendiri iaitu: Imam (pemimpin) yang adil, pemuda yang sentiasa beribadat kepada Allah, lelaki yang hatinya sentiasa terpaut dengan masjid, dua orang yang saling cinta mencintai kerana Allah di mana keduanya berkumpul dan berpisah kerana Allah, seorang lelaki yang diajak oleh wanita rupawan serta berkedudukan tinggi untuk melakukan zina, lalu ia menjawab, “Aku takut kepada Allah”, seseorang yang bersedekah dengan sesuatu sedekah lalu menyembunyikan sedekahnya itu sehingga tangan kirinya tidak mengetahui apa yang dibelanjakan oleh tangan kanannya, seseorang yang mengingati Allah di tempat yang sunyi lalu mengalir air matanya.” (HR. Abu Daud dan Ibnu Majah)

Kepada yang memimpin, sudah berlaku adilkah kepada orang bawahan kita?

Kepada pemuda harapan bangsa, adakah kita sudah menjadi pemuda yang hanya nampak syurga di depan mata dan berusaha untuk mendapatkannya?

Wahai sang lelaki, dalam seminggu ni berapa kali kau ke masjid?

Kawan-kawan sekelian, benarkah kita menyayangi sahabat kita kerana Allah? Atau sekadar untuk suka-suka sebagai teman mengisi masa?

Mampukah kau wahai lelaki menolak ajakan dan pujuk rayu wanita jelita?

Cuba ingat kembali bila kali terakhir bersedekah?

Adakah kita cuba sedaya upaya menghidupkan malam yang sunyi sepi mengharapkan pengampunan dari Allah?Erk..malam tadi ada qiyam tak? (ingatan untuk diri sendiri)

Selamat menjawab soalan-soalan. Ini baru soalan muqaddimah untuk jadi antara 7 golongan seperti di dalam hadis itu.Layakkah kita mendapat naungan Allah? Kalau masih tak layak...BERUSAHALAH!

"Dan bahawa manusia hanya memperoleh apa yang telah diusahakannya. Dan sesungguhnya usahanya kelak akan diperlihatkan (kepadanya).Kemudian akan diberi balasan kepadanya dengan balasan yang paling sempurna" (An Najm, 39-41)

Sunday, March 14, 2010

Perihal masa

Masa itu emas. Masa itu ibarat pedang. Time is money.Dan banyak lagi.

Semuanya perihal masa. Perihal masa yang sangat-sangat berharga. Berlalunya masa tidak akan dapat diganti. Masa akan terus pergi dan meninggalkan kita. Masa tidak akan menunggu!

Terkadang kita merungut tidak mempunyai masa.Teringat Syeikh Hamzah Yusuf berkata ketika menyampaikan tafsir al Hujurat di dalam kelas tafsirnya,

"....Masa itu dicipta oleh Allah.Allah Maha meluaskan masa dan menyempitkan masa itu kepada seseorang "
Secara umumnya, masa akan tetap sama, 24 jam sehari, 60 minit sejam. Tetapi, keberkatan masa itu yang membuatkan seseorang merasai keluasan masa yang diberikan oleh Allah. Keberkatan masa itu yang menyebabkan seseorang itu dapat menyelesaikan banyak perkara dalam masa yang sebenarnya adalah singkat. Oleh itu, janganlah merungut mengenai ketidakcukupan masa kita. Kerana Allah yang memberikan kecukupan itu kepada kita.

Sebagai contoh, mungkin kita di rumah merasakan kepayahan menghabiskan satu juzuk Al Quran selama sehari. Namun, apabila kita berada di tanah suci Mekah, dalam masa sehari kita boleh menghabiskan lebih daripada satu juzuk Al Quran itu. Ataupun, ada hari-hari yang mana kita rasa masa cepat berlalu, tetapi kerja masih menimbun dan ada hari-hari yang kita rasa masa yang banyak untuk menyiapkan kerja-kerja yang perlu dilakukan. Semuanya bergantung kepada keberkatan masa itu.

Terkadang kita leka mengisi masa kita yang tidak langsung membawa kebaikan. Selalu-selalulah ingat surah Al 'Asr. 
Demi masa. Manusia itu berada di dalam kerugian. Kecuali orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh serta saling menasihati untuk kebenaran dan saling menasihati untuk kesabaran.
Surah ini telah menggariskan satu peraturan hidup manusia yang penting dan menunjukkan fungsi manusia itu. Hanya ada satu jalan sahaja yang membawa keuntungan kepada manusia iaitu beriman dan beramal soleh serta saling menasihati orang lain kepada kebenaran dan juga kepada kesabaran.

Bukannya mengisi masa dengan bershoping walaupun tiada keperluan untuk membeli belah,menonton tv atau apa-apa rancangan yang sedikit pun tak membawa manfaat, atau melepak di kedai-kedai mamak berdiskusi perkara duniawi dan banyak lagi jika mahu disenaraikan perkara yang digemari oleh manusia yang meletakkan mereka dalan golongan yang rugi ini.

Rugi di sini adalah kerugian kita di akhirat nanti. Kita semua memang termaklum bahawa dunia ini jambatan akhirat. Tetapi ramai manusia yang membina jambatan yang bakal runtuh dan tidak menyambungkan langsung kepada akhirat di hujung sana.

Ingat 5 perkara sebelum 5 perkara ( memang banyak kali dah beri nasihat ni.Nasihat memang perlu di ulang-ulang kan?)

1. Sihat sebelum sakit
2. Muda sebelum tua
3. Kaya sebelum miskin
4. Lapang sebelum sempit
5. Hidup sebelum mati.


Ini ingatan kepada diri sendiri. Cuba menghitung amalan yang dilakukan. Cuba melihat masa yang digunakan. Cuba mengira wang yang dibelanjakan. Adakah diri dalam kerugian?

p/s: Hujung minggu ni agak relax, memberi refleks kepada diri sendiri mengenai penggunaan masa.

Wednesday, March 10, 2010

Zaman kegemilangan

Salam,

Ada video menarik..jom tengok..


Zaman kegelapan Eropah adalah zaman keemasan Islam. Marilah kita berusaha mengembalikan zaman itu...

p/s:  Sebelum Wright brothers buat kapal terbang, Abbas Ibn Firnas dah cuba untuk terbang. Malangnya, Abbas lupa untuk letakkan ekor, so dia gagal mendarat dengan betul and hurt his back.Ouch!

Monday, March 08, 2010

Ia pasti datang...

Alhamdulillah, kita masih diberikan nikmat untuk terus menghirup udara di muka bumi ini. Alhamdulillah, kita masih diberikan nikmat iman dalam mengharungi kehidupan duniawi. Kehidupan yang aku kira semakin singkat. Apatah lagi, hari kita semakin lama semakin pendek. Kini, hari kita sudah berkurangan sebanyak 1.26 microsecond disebabkan gempa bumi di Chile minggu lalu. Gempa yang kuat ini menyebabkan perubahan kedudukan batu-batuan/plat dalam bumi yang menyebabkan perubahan 'mass distribution'(Erk..macam mana nak traslate.huhu) dan ini menyumbang kepada perubahan paksi bumi  lebih kurang tiga inci (8cm). Kalau dalam pelajaran sains atau fizik, kita ada belajar bagaimana halaju putaran itu dipengaruhi oleh dua faktor : jisim (mass) dan jarak paksi putaran. Disebabkan oleh perubahan jisim inilah yang menyebabkan halaju putaran berubah dan putaran bumi yang menentukan panjang hari di bumi.

Kemudian, terjadi pula gempa di Taiwan dan Turki. Adakah petanda bumi ini sudah hampir ke penghujung? Wallahua'lam. Ilmu Kiamat ini hanya Allah sahaja Maha Mengetahui. Bukan ditentukan oleh kalender Mayan, atau bukan di tulis dalam bible bila harinya. Itulah rahsia Allah. Jika rahsia ini diketahui manusia, sudah pasti manusia akan semakin ingkar. Hanya akan menunggu hingga hampir masa kiamat itu untuk bertaubat.

 
Kepada (ilmu pengetahuan) Allah jualah kembalinya soal mengetahui masa datangnya hari kiamat dan (demikianlah tiap-tiap apa yang akan berlaku, kerana) sebiji buah (umpamanya) tidak akan keluar dari kelopaknya dan seorang ibu tidak akan mengandung dan tidak akan melahirkan anak, melainkan (pada masa dan keadaan yang betul tepat) dengan pengetahuan Allah dan pada hari Tuhan menyeru mereka (yang musyrik, dengan bertanya kepada mereka): Mana dia makhluk-makhluk yang kamu sifatkan menjadi sekutu-sekutuKu? Mereka menjawab: Kami mengakui kepadaMu (wahai Tuhan kami), bahawa tidak ada di antara kami seorang pun yang mahu menjadi saksi (kerana anggapan kami dahulu telah nyata salahnya)! (A- Fussilat : 47)
Semakin kita berada di akhir zaman, semakin berleluasa maksiat yang berlaku. Ramai yang mengakui beriman atau mempercayai hari kita dibangkitkan.Tetapi, adakah mereka betul-betul mengimaninya?  Begitu juga dengan Al Kitab. Kebanyakan Orang Islam mengagungi Al quran, dan mengakui beriman dengan Kitab Allah itu. Tetapi, kenapa Al quran hanya sekadar berada di rak-rak dan dibiarkan berhabuk, atau hanya sebagai perhiasan di dulang hantaran? Di manakah amal kita yang sepatutnya hadir bersama keimanan tadi?

Iman dan amal ibarat sepasang sayap burung. Burung tidak akan dapat terbang tanpa kedua-dua sayapnya. Iman tak bermakna tanpa amal. Jika kita benar-benar beriman kepada Allah, lahirkanlah dalam bentuk amalan.Tunduk dan patuhlah kepada perintah Allah.Tunduk dan patuhlah sebagai seorang HAMBA. Jika benar-benar beriman kepada Al Quran, fahamilah isinya, patuthlah arahan di dalamnya, dan yang penting buahkanlah amalan berlandaskan ajaran di dalam Al Quran.

Dan kepada Hari Kiamat, kita meyakini akan kehadirannya. Bersiap siagalah menghadapinya. Selagi ada masa untuk bertaubat, janganlah kau lengahkan. Siapa tahu, mungkin esok dunia ini akan menghadapi kehancuran. Jika tidak, siapa tahu saat ini, adalah saat terakhir kau membaca blog ku, kerana mungkin Izrail akan datang bertamu tidak lama lagi.


Selagi ada waktu, janganlah kau persiakan....


Thursday, March 04, 2010

Kisah Malaikat

Bismillah,,

Ini adalah entri copy & paste. Seperti mana terkesannya aku terhadap cerita ini, aku berharap kamu juga begitu...

Wsalam

Telah diceritakan oleh Ibnu al-Mubarak tentang seorang laki-laki yang bernama Khalid bin Ma’dan, dimana ia pernah bertanya kepada Mu’adz bin Jabal ra., salah seorang sahabat Nabi Muhammad saw.

“Wahai Mu’adz! Ceritakanlah kepadaku suatu hadits yang telah engkau dengar langsung dari Rasulullah saw., suatu hadits yang engkau hafal dan selalu engkau ingat setiap harinya disebabkan oleh sangat kerasnya hadits tersebut, sangat halus dan mendalamnya hadits tersebut. Hadits yang manakah yang menurut engkau yang paling penting?”

Kemudian, Khalid bin Ma’dan menggambarkan keadaan Mu’adz sesaat setelah ia mendengar permintaan tersebut, Mu’adz tiba-tiba saja menangis sedemikian rupa sehingga aku menduga bahwa beliau tidak akan pernah berhenti dari menangisnya. Kemudian, setelah beliau berhenti dari menangis, berkatalah Mu’adz: 
Baiklah aku akan menceritakannya, aduh betapa rinduku kepada Rasulullah, ingin rasanya aku segera bersua dengan beliau”
Selanjutnya Mu’adz bin Jabal ra. mengisahkan sebagai berikut,

Ketika aku mendatangi Rasulullah saw., beliau sedang menunggangi unta dan beliau menyuruhku untuk naik di belakang beliau. Maka berangkatlah aku bersama beliau dengan mengendarai unta tersebut. Sesaat kemudian beliau menengadahkan wajahnya ke langit, kemudian bersabdalah Rasulullah saw.”
“Alhamdulillah, segala puji hanya bagi Allah yang memberikan ketentuan (qadha) atas segenap makhluk-Nya menurut kehendak-Nya, ya Mu’adz!”. 
Aku menjawab,
“Labbaik yaa Sayyidal Mursaliin”.
“Wahai Mu’adz! Sekarang akan aku beritakan kepadamu suatu hadits yang jika engkau mengingat dan tetap menjaganya maka (hadits) ini akan memberi manfaat kepadamu di hadhirat Allah, dan jika engkau melalaikan dan tidak menjaga (hadits) ini maka kelak di Hari Qiyamah hujjahmu akan terputus di hadhirat Allah Ta’ala!”
“Wahai Mu’adz! Sesungguhnya Allah Tabaraka wa Ta’ala telah menciptakan tujuh Malaikat sebelum Dia menciptakan tujuh lelangit dan bumi. Pada setiap langit tersebut ada satu Malaikat yang menjaga khazanah, dan setiap pintu dari pintu-pintu lelangit tersebut dijaga oleh seorang Malaikat penjaga, sesuai dengan kadar dan keagungan (jalaalah) pintu tersebut.
Maka naiklah al-Hafadzah (malaikat-malaikat penjaga insan) dengan membawa amal perbuatan seorang hamba yang telah ia lakukan semenjak subuh hari hingga petang hari. Amal perbuatan tersebut tampak bersinar dan menyala-nyala bagaikan sinar matahari, sehingga ketika al-Hafadzah membawa naik amal perbuatan tersebut hingga ke Langit Dunia mereka melipat gandakan dan mensucikan amal tersebut. Dan ketika mereka sampai di pintu Langit Pertama, berkatalah Malaikat penjaga pintu kepada al-Hafadzah: 
“Pukulkanlah amal perbuatan ini ke wajah pemiliknya! Akulah ‘Shaahibul Ghiibah’, yang mengawasi perbuatan ghiibah (menggunjing orang), aku telah diperintah oleh Rabb-ku untuk tidak membiarkan amal ini melewatiku untuk menuju ke langit yang berikutnya!”
Kemudian naiklah pula al-Hafadzah yang lain dengan membawa amal shalih diantara amal-amal perbuatan seorang hamba. Amal shalih itu bersinar sehingga mereka melipat-gandakan dan mensucikannya. Sehingga ketika amal tersebut sampai di pintu Langit Kedua, berkatalah Malaikat penjaga pintu kepada al-Hafadzah: 
“Berhentilah kalian! Pukulkanlah amal perbuatan ini ke wajah pemiliknya, karena ia dengan amalannya ini hanyalah menghendaki kemanfaatan duniawi belaka! Akulah ‘Malakal Fakhr’, malaikat pengawas kemegahan, aku telah diperintah Rabb-ku untuk tidak membiarkan amal perbuatan ini melewatiku menuju ke langit berikutnya, sesungguhnya orang tersebut senantiasa memegahkan dirinya terhadap manusia sesamanya di lingkungan mereka!”.Maka seluruh malaikat mela’nat orang tersebut hingga petang hari.
Dan naiklah al-Hafadzah dengan membawa amal seorang hamba yang lain. Amal tersebut demikian memuaskan dan memancarkan cahaya yang jernih, berupa amal-amal shadaqah, shalat, shaum, dan berbagai amal bakti (al-birr) yang lainnya. Kecemerlangan amal tersebut telah membuat al-Hafadzah takjub melihatnya, mereka pun melipat-gandakan amal tersebut dan mensucikannya, mereka diizinkan untuk membawanya. Hingga sampailah mereka di pintu Langit Ketiga, maka berkatalah Malaikat penjaga pintu kepada al-Hafadzah:
“Berhentilah kalian! Pukulkanlah amal ini ke wajah pemiliknya! Akulah ‘Shaahibil Kibr’, malaikat pengawas kesombongan, aku telah diperintah oleh Rabb-ku untuk tidak membiarkan amal perbuatan seperti ini lewat dihadapanku menuju ke langit berikutnya! Sesungguhnya pemilik amal ini telah berbuat takabbur di hadapan manusia di lingkungan (majelis) mereka!”
Kemudian naiklah al-Hafadzah yang lainnya dengan membawa amal seorang hamba yang sedemikian cemerlang dan terang benderang bagaikan bintang-bintang yang gemerlapan, bagaikan kaukab yang diterpa cahaya. Kegemerlapan amal tersebut berasal dari tasbih, shalat, shaum, haji dan umrah. Diangkatlah amalan tersebut hingga ke pintu Langit Keempat, dan berkatalah Malaikat penjaga pintu langit kepada al-Hafadzah: 
“Berhentilah kalian! Pukulkanlah amal ini ke wajah, punggung, dan perut dari si pemiliknya! Akulah ‘Shaahibul Ujbi’, malaikat pengawas ‘ujub (mentakjubi diri sendiri), aku telah diperintah oleh Rabb-ku untuk tidak membiarkan amalan seperti ini melewatiku menuju ke langit berikutnya! Sesungguhnya si pemilik amal ini jika mengerjakan suatu amal perbuatan maka terdapat ‘ujub (takjub diri) didalamnya!”
Kemudian naiklah al-Hafadzah dengan membawa amal seorang hamba hingga mencapai ke Langit Kelima, amalan tersebut bagaikan pengantin putri yang sedang diiring diboyong menuju ke suaminya. Begitu sampai ke pintu Langit Kelima, amalan yang demikian baik berupa jihad, haji dan umrah yang cahayanya menyala-nyala bagaikan sinar matahari. Maka berkatalah malaikat penjaga pintu kepada al-Hafadzah:

“Berhentilah kalian! Pukulkanlah amal perbuatan ini ke wajah pemiliknya dan pikulkanlah pada pundaknya! Akulah ‘Shaahibul Hasad’, malaikat pengawas hasad (dengki), sesungguhnya pemilik amal ini senantiasa menaruh rasa dengki (hasad) dan iri hati terhadap sesama yang sedang menuntut ilmu, dan terhadap sesama yang sedang beramal yang serupa dengan amalannya, dan ia pun juga senantiasa hasad kepada siapapun yang berhasil meraih fadhilah-fadhilah tertentu dari suatu ibadah dengan berusaha mencari-cari kesalahannya! Aku telah diperintah oleh Rabb-ku untuk tidak membiarkan amalan seperti ini melewatiku untuk menuju ke langit berikutnya!”
Kemudian naiklah al-Hafadzah dengan membawa amal perbuatan seorang hamba yang memancarkan cahaya yang terang benderang seperti cahaya matahari, yang berasal dari amalan menyempurnakan wudhu, shalat yang banyak, zakat, haji, umrah, jihad, dan shaum. Amal perbuatan ini mereka angkat hingga mencapai pintu Langit Keenam. Maka berkatalah malaikat penjaga pintu ini kepada al-Hafadzah:

“Berhentilah kalian! Pukulkanlah amal perbuatan ini ke wajah pemiliknya, sesungguhnya sedikitpun ia tidak berbelas kasih kepada hamba-hamba Allah yang sedang ditimpa musibah (balaa’) atau ditimpa sakit, bahkan ia merasa senang dengan hal tersebut! Akulah ‘Shaahibur-Rahmah’, malaikat pengawas sifat rahmah (kasih sayang), aku telah diperintahkan Rabb-ku untuk tidak membiarkan amal perbuatan seperti ini melewatiku menuju ke langit berikutnya!”
Dan naiklah al-Hafadzah dengan membawa amal perbuatan seorang hamba yang lain, amal-amal berupa shaum, shalat, nafaqah, jihad, dan wara’ (memelihara diri dari perkara-perkara yang haram dan subhat/meragukan). Amalan tersebut mendengung seperti dengungan suara lebah, dan bersinar seperti sinar matahari. Dengan diiringi oleh tiga ribu malaikat, diangkatlah amalan tersebut hingga mencapai pintu Langit Ketujuh. Maka berkatalah malaikat penjaga pintu kepada al-Hafadzah:

“Berhentilah kalian! Pukulkanlah amalan ini ke wajah pemiliknya, pukullah anggota badannya dan siksalah hatinya dengan amal perbuatannya ini! Akulah ‘Shaahibudz-Dzikr’, malaikat pengawas perbuatan mencari nama-diri (ingin disebut-sebut namanya), yakni sum’ah (ingin termashur). Akulah yang akan menghijab dari Rabb-ku segala amal perbuatan yang dikerjakan tidak demi mengharap Wajah Rabb-ku! Sesungguhnya orang itu dengan amal perbuatannya ini lebih mengharapkan yang selain Allah Ta’ala, ia dengan amalannya ini lebih mengharapkan ketinggian posisi (status) di kalangan para fuqaha (para ahli), lebih mengharapkan penyebutan-penyebutan (pujian-pujian) di kalangan para ulama, dan lebih mengharapkan nama baik di masyarakat umum! Aku telah diperintah oleh Rabb-ku untuk tidak membiarkan amalan seperti ini lewat dihadapanku! Setiap amal perbuatan yang tidak dilakukan dengan ikhlash karena Allah Ta’ala adalah suatu perbuatan riya’, dan Allah tidak akan menerima segala amal perbuatan orang yang riya’!”
Kemudian naiklah al-Hafadzah dengan membawa amal perbuatan seorang hamba berupa shalat, zakat, shaum, haji, umrah, berakhlak baik, diam, dan dzikrullah Ta’ala. Seluruh malaikat langit yang tujuh mengumandang-kumandangkan pujian atas amal perbuatan tersebut, dan diangkatlah amalan tersebut dengan melampaui seluruh hijab menuju ke hadhirat Allah Ta’ala. Hingga sampailah dihadhirat-Nya, dan para malaikat memberi kesaksian kepada-Nya bahwa ini merupakan amal shalih yang dikerjakan secara ikhlash karena Allah Ta’ala.

Maka berkatalah Allah Ta’ala kepada al-Hafadzah,
“Kalian adalah para penjaga atas segala amal perbuatan hamba-Ku, sedangkan Aku adalah Ar-Raqiib, Yang Maha Mengawasi atas segenap lapisan hati sanubarinya! Sesungguhnya ia dengan amalannya ini tidaklah menginginkan Aku dan tidaklah mengikhlashkannya untuk-Ku! Amal perbuatan ini ia kerjakan semata-mata demi mengharap sesuatu yang selain Aku! Aku yang lebih mengetahui ihwal apa yang diharapkan dengan amalannya ini! Maka baginya laknat-Ku, karena ini telah menipu orang lain dan telah menipu kalian, tapi tidakklah ini dapat menipu Aku! Akulah Yang Maha Mengetahui perkara-perkara yang ghaib, Maha Melihat segala apa yang ada di dalam hati, tidak akan samar bagi-Ku setiap apa pun yang tersamar, tidak akan tersembunyi bagi-Ku setiap apa pun yang bersembunyi! Pengetahuan-Ku atas segala apa yang akan terjadi adalah sama dengan Pengetahuan-Ku atas segala yang baqa (kekal), Pengetahuan-Ku tentang yang awal adalah sama dengan Pengetahuan-Ku tentang yang akhir! Aku lebih mengetahui perkara-perkara yang rahasia dan lebih halus, maka bagaimana Aku dapat tertipu oleh hamba-Ku dengan ilmunya? Bisa saja ia menipu segenap makhluk-Ku yang tidak mengetahui, tetapi Aku Maha Mengetahui Yang Ghaib, maka baginya laknat-Ku!”

Maka berkatalah malaikat yang tujuh dan 3000 malaikat yang mengiringi, “Yaa Rabbana, tetaplah laknat-Mu baginya dan laknat kami semua atasnya!”, maka langit yang tujuh beserta seluruh penghuninya menjatuhkan la’nat kepadanya.

Setelah mendengar semua itu dari lisan Rasulullah saw. maka menagislah Mu’adz dengan terisak-isak, dan berkata, “Wahai Rasulullah! Engkau adalah utusan Allah sedangkan aku hanyalah seorang Mu’adz, bagaimana aku dapat selamat dan terhindar dari apa yang telah engkau sampaikan ini?”
Berkatalah Rasulullah saw.,
“Wahai Mu’adz! Ikutilah Nabi-mu ini dalam soal keyakinan sekalipun dalam amal perbuatanmu terdapat kekurangan. Wahai Mu’adz! Jagalah lisanmu dari kebinasaan dengan meng-ghiibah manusia dan meng-ghiibah saudara-saudaramu para pemikul Al-Qur’aan. Tahanlah dirimu dari keinginan menjatuhkan manusia dengan apa-apa yang kamu ketahui ihwal aibnya! Janganlah engkau mensucikan dirimu dengan jalan menjelek-jelekan saudara-saudaramu! Janganlah engkau meninggikan dirimu dengan cara merendahkan saudara-saudaramu! Pikullah sendiri aib-aibmu dan jangan engkau bebankan kepada orang lain”
“Wahai Mu’adz! Janganlah engkau masuk kedalam perkara duniamu dengan mengorbankan urusan akhiratmu! Janganlah berbuat riya’ dengan amal-amalmu agar diketahui oleh orang lain dan janganlah engkau bersikap takabbur di majelismu sehingga manusia takut dengan sikap burukmu!”
“Janganlah engkau berbisik-bisik dengan seseorang sementara di hadapanmu ada orang lain! Janganlah engkau mengagung-agungkan dirimu dihadapan manusia, karena akibatnya engkau akan terputus dari kebaikan dunia dan akhirat! Janganlah engkau berkata kasar di majelismu dan janganlah engkau merobek-robek manusia dengan lisanmu, sebab akibatnya di Hari Qiyamah kelak tubuhmu akan dirobek-robek oleh anjing-anjing neraka Jahannam!”
“Wahai Mu’adz! Apakah engkau memahami makna Firman Allah Ta’ala: ‘Wa naasyithaati nasythan!’ (‘Demi yang mencabut/menguraikan dengan sehalus-halusnya!’, An-Naazi’aat [79]:2)?

Aku berkata, “Demi bapakku, engkau, dan ibuku! Apakah itu wahai Rasulullah?”

Rasulullah saw. bersabda, “Anjing-anjing di dalam Neraka yang mengunyah-ngunyah daging manusia hingga terlepas dari tulangnya!”

Aku berkata, “Demi bapakku, engkau, dan ibuku! Ya Rasulullah, siapakah manusia yang bisa memenuhi seruanmu ini sehingga terhindar dari kebinasaan?”

Rasulullah saw. menjawab,
“Wahai Mu’adz, sesungguhnya hal demikian itu sangat mudah bagi siapa saja yang diberi kemudahan oleh Allah Ta’ala! Dan untuk memenuhi hal tersebut, maka cukuplah engkau senantiasa berharap agar orang lain dapat meraih sesuatu yang engkau sendiri mendambakan untuk dapat meraihnya bagi dirimu, dan membenci orang lain ditimpa oleh sesuatu sebagaimana engkau benci jika hal itu menimpa dirimu sendiri! Maka dengan ini wahai Mu’adz engkau akan selamat, dan pasti dirimu akan terhindar!”
Khalid bin Ma’dan berkata, “Sayyidina Mu’adz bin Jabal ra. sangat sering membaca hadits ini sebagaimana seringnya beliau membaca Al-Qur’aan, dan sering mempelajari hadits ini sebagaimana seringnya beliau mempelajari Al-Qur’aan di dalam majlisnya”.

Monday, March 01, 2010

Ikan di air masin, iman di pinggiran

Bismillah..

Dalam keadaan dunia yang penuh dengan cabaran, maka iman kita juga sentiasa dicabar. Cabaran hedonisme, cabaran globalisasi dunia tanpa sepadan dan banyak lagi. Sekuat manakah iman kita untuk menghadapi cabaran-cabaran ini. Ataupun, iman kita hanya iman di pinggiran seperti yang dinyatakan dalam firman allah :


Dan ada di antara manusia yang menyembah Allah dengan sikap dan pendirian yang tidak tetap, iaitu kalau ia beroleh kebaikan, senanglah hatinya dengan keadaan itu; dan kalau pula ia ditimpa fitnah kesusahan, berbaliklah ia semula (kepada kekufurannya). (Dengan sikapnya itu) rugilah ia akan dunia dan akhirat, itulah kerugian yang terang nyata.[Al Haj, ayat 11]
Mereka yang imannya di pinggiran adalah mereka yang tidak tetap pendiriannya. Hanya menyembah Allah bila beroleh kebaikan dan sebalik bila ditimpa kesusahan.Ataupun hanya mengikut apa yang disyariatkan oleh Allah mengikut apa yang mereka rasa baik sahaja, dan jika tidak memenuhi seperti apa yang mereka kehendaki maka mereka akan menolaknya.

Kita, sepatutnya menjadi seperti ikan di air masin. Di dalam badan ikan yang berada di air masin, sebenarnya mempunyai air tawar.Disebabkan kepekatan air tawar dan air masin ini berbeza maka berlaku proses osmosis yang mana menyebabkan air dalam badan ikan sentiasa keluar. Disebabkan air sentiasa keluar, ikan akan berada dalam tahap bahaya jika air yang keluar itu tidak digantikan semula.Ikan akan kehilangan air dalam badan.Untuk mengelakkan kehilangan air, maka ikan sentiasa minum air laut. Tetapi air di lautan masin, oleh itu Allah cipta  pada insang ikan satu sel yang dinamakan 'cloride' cell yang mampu menapis garam yang masuk ke dalam badan ikan menyebabkan walaupun ikan minum air masin tetapi air di dalam badannya tetap tawar.Subahanallah! Betapa Allah itu Maha Bijaksana dalam menyempurnakan penciptaannya.

Apakah signifikan ikan itu kepada kita. Kita sepatutnya menjadi seperti ikan, yang walaupun berada dalam gelombang yang penuh jahiliyah di zaman ini, segala anasir yang masuk ke dalan hati kita patut di tapis. Air masin di lautan itu umpama cabaran-cabaran dunia masa kini buat kita dan ikan itu adalah kita. Biar pekatnya pun kemasinan air di luar itu, tapi air di dalamnya masih tetap tawar. Biar kuat manapun cabaran dunia ini, namun iman di hati tetap terpelihara.

Jangan kita menjadi seperti iguana.Yang berubah mengikut keadaan sekeliling. Sehingga tidak dapat kita bezakan iguana dengan alam sekelilingnya. Begitu juga kita, jangan sehingga kita terlarut masuk ke dalam dunia sehingga kita tak dapat dibezakan dengan mereka yang bukan bergelar MUSLIM.Jika diikut, itulah yang berlaku ketika ini. Muslim dan bukan Muslim sudah hampir sama sifatnya, perwatakannya, cara hidupnya.

Jangan letakkan iman kita sekadar di pinggiran. Mahu jadi seperti ikan atau mahu jadi seperti iguana? Pilihan di tangan anda....Tepuk dada tanyalah iman.

  © Blogger template 'Isolation' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP