Monday, January 05, 2009

Kek Lapis Orang Malas

Hari ini kembali kepada rutin biasa. Mengadap komputer di ofis. Buka sahaja komputer memang sudah dijangka surat cinta daripada supervisor ada dalam inbox email. Bertanyakan bilakah boleh berjumpa.Ermmm...memang patut jumpa.Tapi perkembangan research tidak lah begitu menggalakkan. Asyik berdepan dengan masalah matematik yang tak sudah-sudah. Ya Allah..bukalah pintu hati ni supaya mudah faham apa yang dipelajari.Amin!


Baru lepas menonton dokumentari menarik di BBC. Science and Islam. Sangat-sangat menarik. Betapa waktu zaman kegemilangan Islam, ilmu diseluruh pelusuk dunia di kumpulkan dan pelbagai ilmu tak kira dari India, Greek mahupun China, usaha penterjemahan oleh scholar muslim ni dilakukan secara pesat. Bagaimana Al khawarizmi menyatukan ilmu geometri yunani dan indian symbolic yang memudahkan kita hari ini menyelesaikan masalah matematik( Ya Allah, terangkan hati seterang hati al khawarizmi ni...).Bagaimana Al qanun fit-tib Inbu sina menjadi rujukan utama dalam ilmu perubatan dan banyak lagi yang akan diteroka oleh Professor Jim Al-Khalili (selingan: Prof ni agak kacak..hehehe). Next week ada lagi, kena tunggu depan tv ari isnin pukul 9.

Blog ni dah makin mandom.Dengan tuannya yang semakin malas nak update dan kalau update pun cerita tak menarik langsung.Hihihi. Nak bergumbira pun macam tak boleh.Sedih jer bila bangun pagi bukak paper online, berita pasal Palestine. Terus stress jadinya. Apa yer yang boleh kita buat. Doa banyak-banyak la kan. Kalau rasa boleh boikot.Boikot la.Dulu memang malas nak ambil pusing pasal boikot-boikot ni.Tapi sebab kita tak mampu menolong dengan ikut sekali berperang, kita buat la dengan apa yang kita mampu.Memang banyak barangan di pasaran dunia ni Israel ada sahamnya.Laman web ni ada tunjukkan reason kenapa perlu diboikot.Terpulang la pada individu nak boikot ke tidak. Sebenarnya, tak rugi pun kalau tak beli barang-barang ni. Banyak lagi alternative lain kan.

Ha..semalam buat kek lapis Assam Haw Flakes.Tak ingat lak amik resepi dari blog saper.



Haa..ini kek lapis orang malas. 3 lapis jer :P Sebenarnya masa bancuh adunan,kononnya nak buat untuk loyang 8 inci. Tapi loyang tu tak muat lak masuk pengukus.Kenala pakai loyang kecik, kukus dua kali. Kali pertama, dapat la 4 lapis kek dan yang diselang seli dengan assam tu. Bila nak kukus kali kedua, mata dah ngantuk, dua lapis jer laaa..then buat tebal-tebal lapisan assam tu dapat 3 lapis.Hihihi.. Tak kesah la. Janji lembut dan sedap!!!! nyum nyum... (kek kukusan yang kedua lagi sedap sebab banyak assam. Kek tu yang i abiskan dulu).

Owh..kepada yang tatau apa assam haw flakes tu..lepas tengok gambo ni mesti tau nyer!!



Assam ni dah berkurun dalam bekas ni kat dapur. Kek dua biji semalam tu pon guna Assam yang akuatik sedekahkan hari tu. Yang kitorang nyer sendiri masih tak habis-habis.

  © Blogger template 'Isolation' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP