Thursday, August 23, 2007

Dengan Cinta, Kenal Pencipta

Setiap nafasmu,
Kau hembus atas ihsan cinta,
Setiap langkahmu,
Kau atur atas ihsan Pencipta
Telusuri segenap ruang
Penuh dengan cintaNya.

Jauh mana kau lari,
Hakikat, cinta itu sangat dekat denganmu,
Cinta itu duduk antara dirimu dan hatimu,
Hatta, segala gerakmu,
dilingkungi cinta itu.

Cinta itu bisa beri nikmat yang tak terhingga,
Bukan cinta biasa biasa,
Yang tak kau temui,
Jika hati itu,
Kau terus warna dengan noda yang gelap.

Jika kau sedar hadirNya,
Yang gelap itu pasti akan tersuluh,
Tersuluh dengan cahaya cinta.

Ia ada,
Cuma kau yang lupa.

Sama ada sedar atau tidak,
Kau ada di sini kerana Cinta!

p/s: Masih mencari-cari rentak untuk menulis . Suatu masa dulu (sekolah rendah) saya sudah ada buku sajak sendiri (sejak umur 10 tahun).Yang sentiasa ditulis malah dibacakan selalu di dalam kelas (syok sendiri dengan kawan-kawan.Paksa kawan dengar..eheheh)

Tuesday, August 21, 2007

Remembrance of Al Quds Day



Sekadar memperingati kesengsaraan dan perjuangan saudara kita di Palestin. Pada tarikh 21 Ogos 1969 Masjid Al Aqsa telah diceroboh dan dibakar oleh Zionist yang telah memusnahkan sebahagian masjid itu. Betapa kejamnya regim Zionist yang terus menindas dan memperlaku sewenangnya di bumi Palestine sehingga kini. Betapa tingginya semangat pejuang Palestine yang terus mempertahan bumi Islam itu. Terdetik di hati adakah mampu diri ini berbuat sesuatu menghalang kekejaman terhadap mereka?

Sesungguhnya, fizikal ini tidak mampu untuk turut sama turun padang berjuang mempertahankan kedaulatan Islam di sana. Hanya doa mampu dikirimi semoga kemenangan dan kedamaian milik mereka.Amin!

P/s : Kita harus bersyukur dengan keamanan yang kita kecapi di Malaysia.

Tuesday, August 14, 2007

Bermusafir

Saya hendak menjawab pertanyaan semua.Sebenarnya, saya akan bermusafir ke Mesir Ramadhan ini ,InsyaAllah. Lebih tepat lagi pada 24 September hinggalah 19 Oktober. Buat masa sekarang, segalanya berjalan seperti yang dirancang. Tiket sudah saya beli, cuti sudah saya ambil, izin dari ibu bapa pun sudah saya pohon. Tinggal urusan visa yang belum dibereskan. Saya tanya pada seorang kawan di Mesir, katanya tak perlu visa. Boleh buat bila sampai kat airport. Tapi, dua hari lepas saya terbaca di sebuah blog yang penulisnya menghadapi masalah untuk berlepas dari UK ke Egypt disebabkan tiada visa. Apapun, baik saya buat jer visa tu untuk elakkan dari berlaku sebarang masalah.

Tujuan utama ke sana bukanlah untuk melancong. Sekadar nak tambah ilmu yang banyak kurangnya pada saya ni. Nak memperbaiki bacaan Quran dan belajar semula Bahasa Arab.( pernah belajar kat sekolah dulu. Tu pun sket jer, kertas Bahasa Arab untuk PMR yang saya ambil waktu tingkatan 4 pn dapat gred D saja.) Masa untuk belajar memang sangat singkat. Saya ada 3 minggu sahaja.Tapi, saya ada plan untuk datang lagi. Kedatangan pertama ini mungkin akan disusuli dengan kedatangan seterusnya.InsyaAllah, kalau dizinkan tuhan. Belajar Bahasa Arab secara intensif bersama 'private ustazah' selama 3 minggu mungkin tak cukup bagi saya untuk bertutur dalam bahasa itu dengan baik. Doakanlah saya boleh datang lagi ke sana. Hajat di hati biar belajar sampai boleh membaca kitab-kitab yang ditulis oleh ulama-ulama. Hingga boleh faham Al Quran.

Ada orang tanya, kenapa tak belajar di Malaysia sahaja? Kan ada banyak pusat bahasa yang boleh saya pergi untuk belajar Bahasa Arab. Bagi saya, belajar di mana pun sama sahaja asalkan diri tu hendak belajar. Tapi kalau belajar di Mesir ia sebagai bonus untuk diri sendiri untuk menambah pengalaman belajar di negara orang. Negara orang takkan sama dengan negara sendiri. Pasti banyak pengalaman boleh saya dapat. Saya juga nak rasa bergaul dengan ustazah-ustazah kat sana. Mesti banyak ilmu boleh saya kutip. Doakanlah pemergian saya ke sana tidak sia-sia.

P/S : Teringat kata-kata kawan Libya saya. "If you really serious with Islam, you should learn Arabic!" Cabaran itu saya sahut, kerana saya memang serius dengan agama ini.

Tuesday, August 07, 2007

Selamat tinggal silamku



Pergi jauh dariku
Biarkanku
Jangan ganggu diriku
Hai Silamku
Berat sudah kutanggung beban ini
Kelak kanku ganti dengan senyuman
Walaupun pahitnya masih ku terasa

Mungkin kali ini
Kanku mampu mengharungi
Pimpin jiwaku ini
diri yang lemah Oh Kasihku
Selamat tinggal silamku
pergi jauh dariku


Lagu yang penuh makna pada diri ini. Saya suka! Lagu ini juga ditujukan untuk Fara. :)

InsyaAllah, pemergian saya ke sana akan menjadikan 'hijrah' ini lebih bermakna. Banyak dugaan nak pergi sana. Yang terbaru mungkin saya perlu 'ikat perut' atau 'tahan kaki' melangkah masuk ke kedai-kedai atau kena 'banyak berpuasa' gara-gara 'portion' yang disimpan untuk ke sana telah diambil sedikit untuk seseorang yang lebih memerlukannya di Malaysia. Ahahhaa..lebih-lebih pulak.Bukanla sampai tahap tak makan. Dengan kata lain kena sangat berjimat cermat la sekrang .Doakanlah segalanya dipermudah.

Oh! nak ke mana ek? Nanti saya cerita. Bila dah dua tiga hari sebelum berangkat nanti. Sekarang layan dulu lagu tu...

p/s: Tesis oh tesis! saya dapat data yang tidak memberangsangkan. Masa semakin hampir, banyak lagi tak siap! Just pray for miracle...

  © Blogger template 'Isolation' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP