Friday, December 24, 2010

Winter gathering


Hari ini bermula pergerakan besar-besaran pelajar-pelajar Malaysia di UK dan Ireland. Cuti Xmas merupakan masa untuk pelbagai persatuan untuk menjalankan program winter gathering. Pelbagai program menarik untuk mereka yang baru sampai UK mahupun yang dah lama duk UK (macam diri sendiri ni la).

InsyaAllah, pukul 9 nanti akan bertolak ke Sheffiled untuk Winter Gathering anjuran MSM. Dianggarkan seramai 700 peserta untuk winter gathering tahun ini. Jika tahun-tahun yang lalu, program ini akan di buat berasingan, tetapi tahun ni brothers and sisters akan dikumpulkan di tempat yang sama. Tak dapat nak bayang orang yang ramai tu.

InsyaAllah jika dua tahun lalu sebagai peserta, tahun lalu sebagai peserta+ajk, tahun ini akan insyaAllah menggalas amanah sebagai fasilitator. Minta dimudahkan perjalanan PMS ini. Misi ke PMS tahun ini bukan sekadar menimba ilmu, tetapi untuk meningkatkan iman dan merapatkan ukhuwah.Juga mengajar erti 'ikhlas' dalam diri dalam melaksanakan amanah yang di beri. Sangat terkesan dengan kata-kata motivasi daripada masu'lah (penolong pengarah program)
Bukti kepada keikhlasan kita dalam beramal boleh dilihat pada kesungguhan kita untuk bekerja tanpa mengharapkan apa-apa dari manusia. Selepas kita itqan dalam usaha kita, kita kembalikan pula semuanya pada Allah. Walau apa pun yang terjadi, kita tidak akan merasa kecewa kerana keyakinan kita bahawa Allah akan mengganjarkan amal kita tadi dan bukan hasilnya.
 dan lagi...
 Moga keikhlasan kita semua terpancar dan menjadi antara asbab Allah mengurniakan hidayah ke dalam hati-hati para mad’u kita yang akan hadir ke PMS, bahkan hati-hati sesama kita juga mungkin akan saling tersentuh dan makin mendekatkan kita dengan Rabb kita.
sweet kan? Memang terus masuk ke hati.

Doakan perjalanan kami. Cuaca yang sangat sejuk, suhu masih di bawah paras beku dan dijangka snow lebat ahad ini. Ketika entri ini di tulis suhu adalah -11 deg celcius. Sudah seminggu suhu tak naik lebih dari -1. Peti sejuk kat rumah pun tak sesejuk macam ni. Apapun, doakan kelancaran program ini. Semoga Allah memberkatinya...

Hingga jumpa lagi,
Mimiamilia
@Awangan
1.30 a.m

Wednesday, December 22, 2010

Misi jihad cinta

Bismillahi wa salam alaik..

Aku ada mengenali seorang akh (brother), yang bila ditanya dalam banyak-banyak tempat, tempat mana yang akan dia pergi jika diberi peluang? Jika orang lain (muslim) majoriti akan menjawab bahawa mahu ke Haramain ( Mekah dan madinah). Tapi akh ini menjawab :

"Saya mahu ke Baitul Maqdis, walau saya tahu misi itu agak mustahil untuk dilaksanakan"

Sungguh aku terkagum dengannya sebentar. Tidak sangka itu jawapan yang keluar dari mulutnya. Mungkin aku terlalu 'judgmental' padanya. Melihat dirinya, aku tak tersangka ada cita-cita besar dalam hatinya. Mengingatkan aku kepada adik naqibah yang juga pernah berkongsi dgn ku perancangan masa depannya yang mahu menghabiskan sisa umurnya di Palestine. Sungguh, ia tidak mustahil. 

Bila baca cerpen yang akan aku kongsikan di sini, mengingatkan kepada mereka berdua. Dan muhasabah kepada diri sendiri. Betapa besarnya jiwa mereka. Selamat membaca...


“Sayang, kita dah sampai.” Safiyyah menggosok mata yang masih kantuk. Tudung labuhnya yang agak senget dibetulkan suaminya.
“Tapi safiyyah kena janji dengan abang, walau apapun yang jadi lepas ni Safiyyah mesti redha.” Safiyyah mengerutkan dahi, pelik dengan kata-kata suaminya.


“Abang ni, dari tadi Safiyyah tanya kita nak kemana. Tapi abang tak jawab pun.”
“Kan abang nak bagi Safiyyah hadiah ulangtahun perkahwinan kita.”
“Tapi cara abang cakap tadi macam pelik je.”
“Nak kahwin lagi ya?”
Suaminya tergelak kecil. Lucu dengan pertanyaannya.
“Kalau betul kenapa?”
“Safiyyah tak kisah tau. Nanti Safiyyah dapat payung emas di syurga.”
Suaminya tersenyum. Isteri yang solehah. Moga dia menjadi bidadariku di syurga.
“Abang ni kenapa senyum-senyum ni?”
“Dah la. Lagi cepat kita masuk ke dalam lagi cepat Safiyyah dapat hadiah dari abang.”
“Okey..”
Dia membuka pintu kereta. Kereta hitam berkilat kepunyaan suaminya diparkir di tempat yang disediakan.
Di hadapannya tersergam sebuah bangunan canggih. Pintunya diperbuat daripada kaca yang dihiasi kalimah ‘Lailahaillallah… Muhamadurrasulullah..’.
Suaminya menggenggam erat tangannya, bagai tidak mahu dilepaskan.
****
Uwais memasukkan kad pintar kedalam ruang di tiang itu. Dengan pantas, lantai yang dipijak bergerak ke atas menuju ke tingkat 8. Usai sampai, dia menarik kembali kad pintarnya.
“Jom masuk sayang.”
Sekali lagi, dia memasukkan kad pintarnya ke dalam mesin pintu pejabat di hadapannya. Lantas terpapar namanya di atas skrin mesin itu. Beberapa minit kemudian, tertera perkataan ‘masuk’.
Dia memimpin tangan isterinya. Dengan yakin, dia memulas besi ringan yang terlekat di pintu pejabat itu.
Kelihatan seorang lelaki di dalam pejabat itu. Senyumannya mengisi ruang wajahnya. Seakan terpancar nur keimanan pada rautnya yang tenang.
“Selamat datang Uwais Al-Qarni. Hari ini kau menunaikan janjimu.”
Lelaki itu menekan remote di tangannya. Kerusi di hadapan meja kaca itu terbuka.
“Sila duduk..”
“Terima kasih.”
Kelihatan lelaki itu mencari sesuatu. Dia menyelongkar laci kaca yang terapung di atas, seperti kabinet kuno zaman 2008 yang diubah suai. Cantik. Gabungan seni lama dan baru.
“Isi maklumat diri dan zaujah. Err, siapa nama dia?”
“Nur Safiyyah binti Dr Tariq Ziyad.”
“Dr Tariq Ziyad? Macam biasa dengar. Subhanallah, kamu anak seorang pahlawan?”
Safiyyah hanya diam merendah diri.
“Bagus. Kamu menjejaki langkah ayahmu. Memang berdarah pahlawan.”
Uwais menekan-nekan skrin sensitif di hadapannya. Dia mengisi maklumat dirinya dan Safiyyah.
Safiyyah memerhati.
MISI JIHAD CINTA


Nama Mujahid : Uwais Al-Qarni bin Ammar
Nama Mujahidah : Nur Safiyyah binti Tariq Ziyad
Dan banyak lagi butiran yang diisi suaminya..
Hati Safiyyah berbunga riang. Inikah hadiah dari Uwais kepadanya? Subhanallah.. Ya Allah, aku syukur padaMu. Cita-citaku semakin dekat. Syahid menggoda rohku. Aroma syurga menggamitku.
Misi jihad cinta itu sudah lama diidam-idamkan. Peraduan Misi Jihad yang dimenanginya itu menjadi hadiah yang amat bernilai. Peraduan ini melayakkan pasangan suami isteri sama-sama berjihad di tempat yang akan di hantar oleh ejen. Hanya 20 pasangan yang mendapat tempat dalam masa setahun. Misi ini adalah peluang terbaik untuk mencapai pangkat syahid.
“Sayang, mana kad pintar? Butiran peribadi perlu disahkan.”
Safiyyah lantas mengeluarkan kad pintarnya dari beg tangan elektronik hadiah dari arwah ayahnya.
“Ni bang..”
Butiran peribadi mereka kemudiannya disahkan. Laptop kecil sebesar tapak tangan itu diserahkan kepada lelaki di hadapannya.
Lelaki itu menekan-nekan sesuatu. Kemudian dia tersenyum.
“Kamu berdua dihantar ke Kota Toledo.”
****
“Bang..”
Uwais mendongak. Raut indah milik isterinya direnung. Sinar keimanan yang terlakar menenangkannya.
“Ya?”
Safiyyah diam. Dia menunduk. Air jernih memenuhi kolam matanya.
“Kenapa ni? Safiyyah tak suka ya hadiah ni?”
“Abang.. Apa ni.. Bukankah itu yang kita tunggu-tunggu selama ni?”
“Habis tu.. Kenapa menangis?”
“Safiyyah tak sabar nak pergi sana. Lagi 2 hari kan bang..”
“Ya,abang pun tak sabar dah. Semakin dekat bau harum syurga..”
“Abang..”
“Ya?”
“Kita berjumpa lagi tak nanti di syurga?”
“Safiyyah sayang…”
“Ya bang..”
“Safiyyah nanti insyaAllah jadi Ainul Mardhiah abang di syurga. Jangan risau ya..”
“Safiyyah tak risau pasal tu. Safiyyah yakin kalau Safiyyah tak jadi bidadari abang pun, abang akan dapat bidadari yang lagi cantik dan solehah daripada Safiyyah.”
Kata-kata lembut isterinya membuatkan dia tersentuh. Subhanallah.. Aku sayang dia keranaMu ya Allah. Maka temukanlah kami di syurgaMu, jangan Kau pisahkan kami. Cukup hanya dia bidadari solehah yang telah kau sediakan untukku. Moga di dunia dan juga di syurga.
“Safiyyah.. Ingat tak dulu zaman kita sama-sama ditarbiyyah?”
“Ingat bang.. Masakan Safiyyah lupa. Taman yang mengajar Safiyyah erti perjuangan.”
“Dan abang tak sangka Allah pertemukan kita. Ingat tak dulu kita asyik bertengkar untuk capai kata putus dalam mesyuarat? Kelakarnya masa tu. Isteri abang ni petah betul berhujah. Sampai kadang-kadang buat abang geram.”
“Laa.. Abang juga pesan pada kami, kami kena jadi Muslimat Tarbiyyah. Muslimat yang kuat menongkah ujian, tabah menghadapi dugaan, pantas berfikir, berana membantah kebatilan. Kan?”
“Ya sayang. Muslimat masa tu semua kuat belaka. Abang tengok macam kering hati je.”
“Terpaksa la bang. Kalau kami tak jadi macam tu, habis la perjuangan. Asyik-asyik merajuk, menangis. Nanti tak jadi kerja pulak.”
“Ya, abang faham.”
“Abang tengok la buktinya. Dah 3 orang ahli syura muslimat kita yang dah kotakan janji. Dah dapat pangkat syahid. Safiyah yang terlambat bang..”
Safiyyah pilu, janjinya belum dikota lagi. Dia sedang menunggu saat kemanisan itu. Nanti akan dia capai tangan sahabat-sahabatnya di syurga nanti. Sahabat-sahabat, tunggu kedatanganku. Hatinya menyeru.
“Sabar la. Tak lama lagi..”
****
Di khemah persiapan, Kota Toledo.
Malam itu mereka tekun. Hati dan jiwa betul-betul diserahkan kepada Allah. Setiap saat dipenuhi dengan solat-solat sunat, berzikir dan alunan bacaan Al-Quran.
Di atas sejadah itu, Uwais memegang tangannya. Erat dan kemas. Tampak air matanya mengalir.
Safiyyah juga menangis hiba. Tiada kata yang mampu diungkap. Bukan airmata sedih yang sedang mengalir. Tetapi armata bahagia, bahagia kerana bakal menemui Rabbnya.
“Nur Safiyyah.. Terima kasih kerana menjadi isteri abang selama ini. Safiyyah isteri solehah abang. Selama setahun kita kahwin, tak pernah sekali pun Safiyyah sakiti hati abang. Safiyyah gigih berusaha menjadi yang terbaik.”
Esakan isterinya semakin kuat. Hatinya pedih dalam gembira.
“Safiyyah, Allah temukan kita dalam lapangan perjuangan. Dan kita berjanji akan hidup dalam lapangan ini selamanya. Matlamat kita jelas, hidup mulia atau mati syahid. Sekarang di hadapan kita peluang, Safiyyah kena serahkan pergantungan bulat-bulat pada Allah. Bila kita sama-sama jalankan misi itu nanti, Safiyyah kena ingat Allah banyak-banyak. Jangan fikir pasal abang lagi, tinggalkan dunia. Ingat syahid.”
“Abang sayang Safiyyah kerana Allah. Abang minta maaf sebab tak dapat nak beri Safiyyah apa-apa ganjaran selama Safiyyah berkorban jadi isteri abang..”
“Abang, Safiyyah tak minta apa-apa pun.”
“Kita jumpa di syurga ya.. InsyaAllah..”
Dahi isterinya dikucup lembut.
“Abang ada satu permintaan.”
“Apa dia bang?”
“Baju tu. Nanti Safiyyah kena pakaikan untuk abang.”
“Ya,InsyaAllah. Abang pun ya.”
“Ya,InsyaAllah.”
Safiyyah bangun menuju ke hujung khemah, dia mengambil 2 pasang baju putih yang tergantung di atas tali. Tertulis perkataan “Peserta Misi Jihad Cinta” di belakang baju putih milik suaminya. Di bahagian hadapan sebelah kiri, tercatat nama Uwais Al-Qarni dan di sebelah kiri terdapat bendera kecil tertulis kalimah agung Lailahaillallah Muhammadurrasulullah. Juga pada bajunya.
“Assalamualaikum.. Akh Uwais..”
Terdengar suara memberi salam. Safiyyah merenung lembut wajah suaminya.
“Waalaikumsalam.”
Uwais membuka pintu khemah.
“Akh, sekarang sudah tiba masa kalian. Seruan jihad sudah dipalu.”
“Baiklah. Terima kasih.”
Uwais menutup kembali pintu itu. Dia pusing menghadap isterinya.
“Sayang, dah tiba masanya.”
“Ya.”
Lantas baju jihad disarungkan ke tubuh. Usai keduanya bersiap, Uwais memandang isterinya.
“Kita jumpa di syurga ya.”
“InsyaAllah bang. Sekejap lagi kita bertemu semula.”
****
Boomm..
Boommmm..
Boommmmm..
Dentuman demi dentuman terdengar. Mereka tekun melaksanakan misi jihad.
Bumm!
Di sebuah tempat, terdampar beberapa tubuh. Bajunya berlumuran darah. Ada peluru tertimbus di dada dan di sekitar tubuh mereka. Harum darah syuhada’, rautnya tersenyum megah. Antaranya adalah pemuda bernama Uwais Al-Qarni. Kini dia sudah mengotakan janjinya.
Bummm!
Dan, di sebuah tempat. Darah mengalir laju. Wanita berjilbab itu ditembak di belakang badannya. Peluru tertimbus dalam. Nur Safiyyah tersenyum.
Roh para syuhada’ itu berterbangan di langit.
Uwais dan Safiyyah sudah mengotakan janji.
Mereka bertemu di syurga.
Surah At-Taubah :
(52) Katakanlah: (Sebenarnya) tidak ada yang kamu tunggu-tunggu untuk kami melainkan salah satu dari dua perkara yang sebaik-baiknya (iaitu kemenangan atau mati syahid) dan kami menunggu-nunggu pula untuk kamu bahawa Allah akan menimpakan kamu dengan azab dari sisiNya atau dengan perantaraan tangan kami. Oleh itu tunggulah, sesungguhnya kami juga menunggu bersama-sama kamu.
(71) Dan orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan, setengahnya menjadi penolong bagi setengahnya yang lain; mereka menyuruh berbuat kebaikan dan melarang daripada berbuat kejahatan dan mereka mendirikan sembahyang dan memberi zakat, serta taat kepada Allah dan RasulNya. Mereka itu akan diberi rahmat oleh Allah; sesungguhnya Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.
(72) Allah menjanjikan orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan, (akan beroleh) Syurga-syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai; mereka kekal di dalamnya dan beroleh tempat-tempat yang baik di dalam Syurga Adn serta keredaan dari Allah yang lebih besar kemuliaannya; (balasan) yang demikian itulah kejayaan yang besar.
(111) Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang yang beriman akan jiwa mereka dan harta benda mereka dengan (balasan) bahawa mereka akan beroleh Syurga, (disebabkan) mereka berjuang pada jalan Allah maka (di antara) mereka ada yang membunuh dan terbunuh. (Balasan Syurga yang demikian ialah) sebagai janji yang benar yang ditetapkan oleh Allah di dalam (Kitab-kitab) Taurat dan Injil serta Al-Quran dan siapakah lagi yang lebih menyempurnakan janjinya daripada Allah? Oleh itu, bergembiralah dengan jualan yang kamu jalankan jual belinya itu dan (ketahuilah bahawa) jual beli (yang seperti itu) ialah kemenangan yang besar.
Surah Al-Ahzab :
(22) Dan pada masa orang-orang yang beriman melihat tentera Al-Ahzaab, berkatalah mereka: Inilah yang telah dijanjikan Allah dan RasulNya kepada kami dan benarlah (apa yang telah dijanjikan) Allah dan RasulNya dan (angkatan tentera musuh yang mereka lihat) itu tidak memberi sebarang kesan kepada mereka selain daripada menambahkan iman dan penyerahan diri mereka bulat-bulat kepada Allah.
(23) Di antara orang-orang yang beriman itu, ada yang bersikap benar menunaikan apa yang telah dijanjikannya kepada Allah (untuk berjuang membela Islam); maka di antara mereka ada yang telah selesai menjalankan janjinya itu (lalu gugur syahid), dan di antaranya ada yang menunggu giliran dan mereka pula tidak mengubah (apa yang mereka janjikan itu) sedikitpun.
……………………
Original writing by Masturah Abu Bakar.
Cerpen di ambil dari sini.  (klik)
p/s: Semoga kita semua menyemai di dalam hati untuk mati syahid. Dan terus berjihad, berjihad di lapangan mana pun. Jika sedang belajar, berjihad untuk dapat keputusan cemerlang, jika bekerja, berjihad untuk menegakkan Islam walaupun sukar (dgn mengamalkannya dalam cara kerja kita).
Kepada akh yang aku nyatakan di awal entri ini, semoga kau terus mengejar cinta Ilahi. InsyaAllah, doaku sering mengiringi rakan2 ku supaya sama-sama merasa kemanisan iman ini. Dan semoga hajat mu itu Allah sampaikan. (Who knows kan?). Kalau kau tahu betapa bestnya duduk di jalan ini...pasti kau takkan lepaskan hidayah yang Allah berikan padamu.
Waalhua'lam..
yg rindukan syahid dijalan Allah..
Mimi @Awangan.

Monday, December 20, 2010

Supervisor dan aku



Supervisor : Do you have central heating? How do you cope with this winter?
Me            : Yes, we do have. But don't really use it. My house is just for me to rest and sleep. Most of the time I am at the office.
Supervisor : Owh.. you work all day?
Me            : Yeah..i have to..(sambil senyum kelat)

Huhuhu.. perbualan di Xmas dinner anjuran supervisor. Jika tak kerana dia, tidak la nak mengeluarkan £35 pound semata-mata nak makan salmon yang tak berapa nak sedap tu.

Banyak pengajaran selama dua jam duduk di meja makan bersama rakan-rakan satu group PhD. Yang lelaki, tak putus-putus minta pelayan menambah beer mereka. Yang perempuan banyak berbual cerita-cerita yang tak menarik langsung. Cerite X factor, rancangan tu, rancangan ni, kesah kecil-kecil dulu la. Semua perbualan yang tak membina. Takperla..bagi 'can' sebab mungkin diorang dah bosan cakap mengenai perihal PhD mereka.

Aku hanya banyak berbual dengan supervisor. Bercerita kisah di proton (SV rupanya tak tahu Proton beli Lotus), cerita sket pasal rancangan masa depan (pasal research tentunya, dia sangat teruja nak pergi Malaysia), cerita pasal uni kat Malaysia. Org lain mesti rasa aku dan Rai ni membosankan.hihihihi...

Rasanya banyak benda nak tanya kat Supervisor. Especially tentang kehidupan ni. Tapi macam tak best nak tanya depan orang lain. Ye la...nak tahu jugak apa yang dia nak dalam hidup ni.

Tapi, sebelum aku balik Malaysia, i should tell him more about Islam. Rasa sangat bertangungjawab. Teringat pula kata-kata brother Mahmud dalam daurah kelmarin. (Daurah=workshop). Nanti kat akhirat mungkin jiran-jiran kita yang non muslim tu akan kata yang kita tak pernah pun beritahu mengenai islam pada mereka.Teringat kat Supervisor, teringat kat nenek grumpy bawah rumah.

Rasul-rasul (yang Kami telah utuskan itu semuanya) pembawa khabar gembira (kepada orang-orang yang beriman), dan pembawa amaran (kepada orang-orang yang kafir dan yang berbuat maksiat), supaya tidak ada bagi manusia sesuatu hujah (atau sebarang alasan untuk berdalih pada hari kiamat kelak) terhadap Allah sesudah mengutuskan Rasul-rasul itu. Dan (ingatlah) Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.(An-Nisa' -165)


Ah! Shadatul Haq!!! ini tugas kita...

Semoga Allah beri kekuatan untuk memberitahu mereka suatu hari nanti. Semoga sempat sampai ke saat itu...

p/s: keterangan gambar : Di ambil waktu perjalanan pulang ke ofis dr tempat xmas dinner. Cuaca sgt berkabus..dan suhu adalah -6deg celcius.

Wednesday, December 15, 2010

Kerana syurga itu manis

Bismillah.

Pernah tak rasa sangat bersemangat selepas berjaya mengharungi kepayahan? Mesti pernah kan? Setelah berjuang bermati-matian dan bersungguh-sungguh akhirnya kita berjaya melepasinya. Lega? Mahu terus melompat? Semangat terus menyala-nyala?

Semalam, semangat untuk menghabiskan PhD ni kembali memuncak bila akhirnya mendapat jawapan yang ditunggu-tunggu selama beberapa bulan lamanya. Rasa berbaloi duduk berlama-lamaan di ofis, tak pulang ke rumah dan tidur di katil sendiri yang sangat empuk. "You make my day!" kata supervisor menambahkan lagi kegirangan hati bila mendapat tahu progress terbaru aku. 

Sebenarnya, bukan kesusahan PhD itu yang ingin dikongsi, tetapi kesusahan dalam perjuangan memelihara keimanan dalam diri. Dalam dunia yang dosa di hujung jari, ( klik sahaja boleh buat berganda-ganda dosa -klik butang telefon,klik remote tv,klik komputer dan sebagainya) keimanan kita sentiasa sahaja tergugat. Begitu mudah membuat dosa, tetapi ironinya kita selalu memberi kepayahan kepada diri untuk berbuat kebaikan.

Berjuang, bersungguh-sungguh berjuang, struggling atau bermujahadah itulah yang akan memelihara iman. Bila kata berjuang sudah tentu sesuatu yang tiada kemanisan di dalamnya. Penuh kepahitan. Penuh susah payah. Tetapi motivasi untuk terus berjuang adalah sesuatu yang dijanjikan oleh Allah dipengakhirannya. Dan kita semua sedia maklum, setiap kesusahan itu sunatullahnya pasti akan berakhir dengan kemudahan :
Oleh itu, maka (tetapkanlah kepercayaanmu) bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan. (Sekali lagi ditegaskan): bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan.(Al Insyirah : 5-6)
Berjuang untuk melawan nafsu, keinginan yang sangat menggoda hati amat payah! .Ditambah dengan bisikan-bisikan halus si syaitan yang megindahkan lagi dunia ini kepada kita.
Dihiaskan (dan dijadikan indah) kepada manusia: kesukaan kepada benda-benda yang diingini nafsu, iaitu perempuan-perempuan dan anak-pinak; harta benda yang banyak bertimbun-timbun, dari emas dan perak; kuda peliharaan yang bertanda lagi terlatih; dan binatang-binatang ternak serta kebun-kebun tanaman. Semuanya itu ialah kesenangan hidup di dunia. Dan (ingatlah), pada sisi Allah ada tempat kembali yang sebaik-baiknya (iaitu Syurga) (Al Imran:14)
Kadang-kadang nak nangis rasanya. Kenapa orang lain boleh buat? kenapa kita tak boleh buat?  Kadang-kadang kita jadi stress tak tentu pasal pulak. Kita pun nak hidup macam orang lain yang gembira-gembira tu. Yang boleh pergi tengok wayang selalu tu. Yang boleh sibuk bercinta-cinta dan bergayut di telefon berjam-jam. Yang boleh pakai baju up to date tu. Yang itu dan yang ini. You name it! semua itu dirasakan sangat indah!
Dari Abu Hurairah r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya :”Dunia penjara bagi orang Mukmin dan syurga bagi orang kafir.”
Ya sayang... dunia itu penjara untuk kita. Kita memenjarakan keinginan kita terhadap kecintaan dunia. Kerana satu tujuan iaitu motivasi yang Allah beri kepada kita untuk terus berjuang di bumi ini. Syurga. Ya, syurga yang indah di mana tempat bertemunya kita dengan Kekasih hati kita. Kerana syurga itu manis maka kita merasakan dunia ini penjara bagi kita. Dunia ini menjadikan kita sesak dada. Tapi kerana syurga yang ingin kita capai, kita sanggup mengharungi kesesakan dada itu. 

"Kak mimi, habis tu takkan tak boleh berseronok kat dunia ni langsung? Islam tu kejamlah sebab tak memenuhi fitrah manusia. Orang-orang Islam ni langsung tak fun la! "

Owh bila terfikir soalan ni (ni soalan rekaan yang mungkin boleh ditimbulkan oleh adik-adik kesayanganku kat luar sana) teringat satu hadith yang sangat-sangat panjang yang ku baca dalam buku Akidah Islam karangan sayid sabiq. Hadis ini riwayat Ibnu Hibban dan ia berkisar tentang pertanyaan Abu Zar r.a kepada Rasulullah berkenaan kandungan suhuf yang diturunkan kepada Nabi Ibrahim A.s. antara jawapan Rasulullah :
....Orang yang berakal semestinyanya bermusafir hanya untuk tiga tujuan : pertama adalah untuk mencari bekalan hari akhirat, kedua untuk bekalan kehidupan duniawinya dan yang ketiga untuk mencari keseronokan yang tidak diharamkan oleh Allah...
Hadis ni panjang, ini sebahagian sahaja. Mencari keronokan itu tidak salah. Tapi keseronokan yang tidak diharamkan Allah.Lelaki cintakan perempuan tidak salah, tapi biarlah mencintai seseorang yng halal baginya dan banyak lagi contoh lain. Nak tahu halal haram, nak bezakan yang hak dan batil ini perlukan kepada ilmu. Jadi, sebab itu yang mula-mula Allah turunkan adalah Iqra! Iqra bismirabika..BAca..baca dengan nama tuhanmu. Carilah ilmu, carilah dengan tujuan untuk mendekatkan diri kepada Allah. InsyaAllah kita akan diberi petunjuk.

Teruslah bermujahadah. Teruskan berjuang. Biar orang di luar sana berseronok, tapi kita perlu sedarkan mereka dengan keseronokan sebenar di syurga nanti. Biar orang di luar sana berlumba-lumba mengejar kekayaan/nama dan kita berlumba-lumba mengejar kebaikan dan berlumba-lumba juga menyedarkan mereka tentang manisnya syurga yang kita kejar ini.

Biar pahit berjuang, kerana syurga itu manis...

Yang mengejar kemanisan syurga,
mimiamilia
@Awangan

p/s: To my dear mama...Happy birthday. You are the best mom! Love u so much!


  © Blogger template 'Isolation' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP