Tuesday, March 04, 2008

Jodoh itu bukan dari langit..tapi dari hati

Oh, itu adalah dialog dari cerita Ayat-ayat cinta (AAC). Terima kasih kepada rz yang telah memberitahu kewujudan filem ini dalam you tube.


Seperti yang di duga, cerita dari novel yang difilemkan mesti ada yang tak menepati jalan cerita sebenar. Begitu jugak dengan AAC ini. Watak Fahri tak begitu kuat. Tak se ideal seperti dalam novel. Malah saya merasakan Fahri macam kena control dengan isteri jer dalam filem tu.Watak aishah pun tak seperti dalam novel. Cuma watak Maria yang saya rasa masih kuat seperti cerita sebenar dalam buku. Mereka yang tak pernah membaca novel AAC mungkin tak akan nampak dengan jelas watak Fahri. Filem ini telah mencemar watak Fahri seperti yang digambarkan dalam novel. Paling sedih adalah bila saya tidak merasakan suasana di Mesir dalam filem itu. Sangat berbeza jika dibandingkan dengan bukunya.Saya boleh merasakan saya berada di Cairo sewaktu membaca novel AAC. Malahan, bila berada di Cairo tahun lepas, saya boleh kaitkan tempat-tempat yang dikatakan dalam AAC itu. Tapi , dalam filem...hancus!

Dengan itu saya hanya beri 3 bintang sahaja untuk filem ini.

Okey, cukup dengan review AAC, saya nak jawab tag dari ummuwafi dan ayu.

Tag 1 : Nearest Book..

Rules:
1. Pick up the nearest book (of at least 123 pages)

2. Open the book to page 123
3. Find the 5th Sentence.
4. Post the next 3 sentences

5. Tag 5 people

Rak buku saya bersebelahan sahaja dengan meja study. Tapi, rak ini tak banyak buku. Hanya ada beberapa buku rujukan dan buku-buku agama. Untuk tag ni saya pilih buku penulisan Al Ghazali yang telah diterjemahkan oleh Walter James Skellie. Tajuknya : Wonders of Heart.

Ok..let see..page 123..5th sentence..here we go :

"But if you have some meat in your hands and the dog is hungry, it will rush at the meat and will not be driven away by mere talk"

Haha..blur kan?tatau hujung pangkal?Sebab tu kena baca t
he next 3 sentences:

"Thus Satan can be driven away from the heart which is devoid of his food by merely remembering Allah.But if appetence overcomes the heart it drives the true nature remembrance of Allah to the marginal regions of the heart so that it does not gain the mastery over its core.This core is thus the abiding-place of Satan"

Dalam buku ni, Al Ghazali menggambarkan syaitan seperti anjing yang lapar yang mendatangi kita. Jika kita tiada makanan di tangan, dia akan pergi dengan hanya menghalaunya. Suara kita sudah cukup untuk memberhentikannya dari menyerang.Tapi jika ada makanan, anjing tu dah tak kira apa..mesti dia akan serang kita untuk dapatkan makanan tu.

Hati yang mengingati Allah, adalah hati yang tidak dapat memberi syaitan 'makanannya'. Syaitan pun taknak datang sebab dia pasti tak peroleh apa-apa dari hati yang sentiasa mengingati Allah. Ya la, kalau ingat Allah..tak kira di mana pun pasti kita sentiasa berasa Allah sentiasa memerhatikan kita. Takut untuk melakukan dosa! Bagi hati yang telah tertutup dan tidak mengingati Allah, syaitan akan bermaharajalela dalam hatinya. Buatlah kesalahan macam mana pon tidak akan timbul rasa kekesalan mahupun rasa bersalah. Hati dah gelap!

"(Iaitu) orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan zikrullah. Ketahuilah dengan "zikrullah" itu, tenang tenteramlah hati manusia." Al- Rad ayat 28.

Tag 2: Favourite links (di tag oleh iu)

Saya kena senaraikan 5 links yang saya gemari :

1. Al Jazeera - Tempat saya bad mood tiap-tiap pagi sebab asyik baca cerita perang..cerita bencana alam dan citer lain yang tak best.

2. Saifulislam - Saya suka penulisan ustaz ni. Penuh dengan ilmu dan idea yang menarik.

3. Resepi mesra.net - Tempat cari resepi untuk di masak tiap hari.ehehehe...

4. Friendster - selalu skodeng apa kawan-kawan buat. Tengok perkembangan diorang..

5. Athens - ini adalah sumber untuk saya dapatkan journal-journal untuk membantu saya buat Phd ni.Tak hidup saya kalau takleh access link ni.

Okeh! selesai dah tanggungjawab menjawab tag2 ni. Saya tak berhasrat nak tag sesiapa.Eheh!

p/s: "Nil itu menjadi kering, oleh Mesirku yang mulai berubah" best tak ayat ni (dari AAC gak)...ehhee nak ubah sket kepada version budak PhD yang pemalas ni.. "Otak ku menjadi kering, oleh Calculus ku yang semakin susah"


  © Blogger template 'Isolation' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP