Wednesday, November 12, 2008

Berusaha Berjaya



Bersama-sama kita membina
Masa depan yang lebih gemilang
Kita tanamkan tekad di hati
Berusaha menuju wawasan

Rajin bekerja terus berusaha
Bagai hidup selama-lamanya
Beramal ibadah kepada Allah
Bagai esok sudah tiada lagi

Bersama ini kita semai cita
Bersama-sama kita mengejarnya
Dan bersama-sama kitapun berdoa
Agar semua usaha kita diberkati

Hindarkan kemalasan
Jauhilah rasa rendah diri
Pohon takkan berbuah
Jika tak dibajai

Begitulah hidup kita
Perlu bekerja dan berusaha
Bulat takkan bergolek
Pipih tak datang melayang

Bersempena semangat belajar tengah menjulang-julang..lagu ni rasa best la pulak. Bulat takkan bergolek, pipih tak datang melayang kalau takde daya dikenakan. Kena rajin bekerja (macam ada orang tu la, kerja kerja kerja) tapi jangan lupa beribadah pula.Sibuk mana pun, solat jangan lupa.

Doa pun jangan lupa. Kita tak tahu apa akan berlaku esok hari.Hari ni confident boleh habis PhD 3 tahun.Mana la tahu esok tuhan bagi dugaan...tak semena-mena kena tambah setahun lagi. We never know! Life is so mysterious..Hanya Allah sahaja yang tahu segala.

  © Blogger template 'Isolation' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP