Monday, January 31, 2011

Redha

 Alhamdulillah, dah selamat berada di Malaysia. Dah selamat makan ikan bakar, durian, mee rebus...hehehe. Cuma tak jumpa lagi adik-adik yang tercinta kat sini. Sahabat tercinta pun tak dicontact lagi.. :)

Hari ni mcm rasa neves semacam. Tatau la kenapa..Takkan sebab nak drive kot? rasa macam tak...

Kehidupan ini kita memang sukar menduga apa yang akan berlaku. Selalu sangat tak sama dengan apa yang kita sangkakan. Kadang-kadang, nak elak rasa kecewa, we prepared for the worst. So, sekiranya apa yang berlaku tu memang salah dari yang di sangka..tak la kecewa sangat.

Di sini pergantungan kepada Allah itu sangat-sangat perlu. Kita patut tahu bahawa Allah mahukan yang terbaik sahaja untuk kita. Memang kadang-kadang apa yang kita inginkan itu kita tak dapat. Sebab itu bukanlah yang terbaik untuk kita. Jadi, perlu redha dengan apa yang Allah nak berikan pada kita.

Redha itu bukannya sesuatu yang mudah. Sabar dan Redha. Bila redha, tiada penyesalan, tiada kesedihan. Pertimbangan akal dan hati yang bertunjangkan kepada tauhid Allah, akan membuahkan perasaan ini. Redha ini sukar dicapai oleh ramai orang. Tanya pada hati, mungkin banyak perkara yang berlaku terutamanya yang kita sangka buruk pada kita, kita hanya bersikap sabar. Tapi tidak redha.

"Hanya mengingati Allah, maka hati akan menjadi tenang".

Memang benar!

Ketenangan mana lagi yang kita boleh capai, melainkan dengan ingat pada Allah. Sesuatu yang terjadi itu Allah yang tentukan, yang terbaik untuk kita. Ketenangan mana lagi yang boleh dicapai jika tidak turut disertakan dengan redha...

Di pengakhiran perjalanan ini, yang kita harapkan juga adalah redhaNya...kerana dengan redha Allah maka kita akan berjumpa dengan kekasih yang kita cintai itu. Pernah tak hati rindu bertemu Pencipta???

Wednesday, January 26, 2011

Cabaran

Pulang itu satu cabaran!

Cabaran untuk mengekalkan apa yang ada pada diri sekarang..
Cabaran agar tidak terlarut..(walaupun 2 minggu)
Cabaran berhadapan dengan banyak kenangan lalu..
Kenangan jahiliyah itu.

Satu Cabaran!

Kepulangan kali ini rasa sangat berbeza. Hati yang dibawa pun adalah hati yang berbeza. Rasa yang ada sekarang sudah tidak sama sejak kepulangan setahun yang lalu. Mungkin secara fizikal juga akan ada yang rasa berbeza...

Semoga kepulangan yang singkat ini diberkati dan semoga dapat mengutip mutiara-mutiara sepanjang 2 minggu di kampung halaman...

Ya Muqalliban qulub tsabit qalbi a'la diinik...

Tuesday, January 25, 2011

Lost

The day I bought that wallet, I have a feeling that I might lost it soon. But never cross in my mind that this soon. Its not long, not even a week. Its gone. Together with my bankcards, £30 and my ScottishPower Key (prepaid key for electricity) which need to be top up. So long my beautiful wallet...hope the pencopek or anyone who found you jaga you elok-elok. 

Hopefully, dengan baki £9 letrik dirumah, cukup hingga sampai prepaid key yang baru.

Actually, beberapa jam sebelum tu, I had a cup of hot choc with cik zaa at Rudy's. I've put my wallet on the table and Cik Za said, 

"You better simpan wallet tu elok-elok. Nanti orang lalu sambar baru tau".

 And i've replied,

 "Kat UK ok jer. Takde siapa nak curi. Semalam my beg terbukak zip and ada my  phone dalam tu. Selamat jer..."

Then, nah ambik!. I have no idea kat mana hilangnya wallet tu. I was so sure it was in my pocket masa sibuk mencuba kasut di kedai Clark tu. We've tried to trace it back but couldn't find it. Ermmm bukan rezeki.Cik Za offered me to ask her mom's 'nujum' to trace the wallet back. Huhuhuhu...of course la I tak percaya! InsyaAllah apa yang berlaku itu yang terbaik. Dan mungkin sebagai peringatan yang kita ni lalai dan leka sangat.Kan?

My flight to Kuala Lumpur from Amsterdam is at 8 pm on 27th Jan and arrive KL around 4 pm 28th Jan. And here, people start making speculation that I'm going back for 'something' . Rasa nak gelak guling-guling. My intention is just to meet my family and extend my visa. I blame Kaklong's comment on my facebook about her dream.

Nothing will be happened. I just want to meet my family and friends and get my visa then get back to Glasgow as my supervisor has scheduled for our meeting just a day after I arrive Glasgow.Kejam sungguh...huhuhu!

I'm sorry you have to read my rambling. Sometime we just need somebody to listen to us. And bloging is the best way to do it. I owe you your time, and InsyaAllah will write something better later. See you in Malaysia. InsyaAllah...

Monday, January 24, 2011

Kehidupan

Salam,

Kehidupan ini benar-benar mengajar aku. Kini, aku akui kebenaran bila orang kata 'makan garam dahulu'. Pengalaman hidup seseorang itu sesuatu yang berharga yang boleh dijadikan oleh manusia lain sebagai panduan. Usia ini yang semakin bertambah, dan hati ini yang semakin 'sejuk'. Darah muda yang dulu bergelora kini sudah damai dan tenang. Kehidupan ini benar-benar mematangkan diri.

Di sekeliling ku pelbagai episod kisah manusia yang dipertontonkan. Kadangkala, aku juga terlibat menjadi pelakonnya. Ketika di dalam hati tercuit melihat rakan-rakan lain satu persatu meninggalkan zaman bujang, Allah memperlihatkan ku pelbagai keadaan bila hidup berdua. Banyak sangat aku belajar. Dari yang manis-manis, hingga ke yang pahit-pahit malah ada yang pahit teramat itu juga aku diletakkan Allah untuk bersama-sama merasainya walaupun sedikit. Aku hanya mampu mengeluarkan kata-kata kepadanya untuk memberi ketenangan sementara. Yang memandangnya pun berat, apalagi yang memikul. Apa yang mampu aku katakan, pintalah pertolongan Allah.Hanya dia dapat memberikan pertolongan.

Hari ini juga, belajar sangat banyak dari orang yang lebih 'senior' dalam dakwah dan tarbiyah. Mendengar pahit manisnya berdakwah ketika di kampus dulu, tercicir, singgah di jemaah lain dan kini alhamdulillah ingin bersama-sama kami kembali menguatkan saf dalam memperjuangkan agama Allah. Betapa dia merindui kehidupan sebagai seorang 'akhawat'. Kemanisan tarbiyah itu yang terus mengikat dirinya untuk beristiqamah di jalan ini.Muhasabah kepada diri sendiri....kadang-kadang takut jika tidak dapat bertahan. Sekarang masa single bolehlah kita menentukan ke mana arah mahu pergi, bila berdua nanti pasti banyak cabaran. Lebih-lebih jika pasangan bukan di 'barisan' yang sama...(note: tidak ada kena mengena dgn barisan nasional atau barisan pembangkang dan yang seumpama dengannya..:) ). Sekarang di UK, mungkin tak 'hanyut' dengan kehidupan yang selesa seperti di Malaysia.

Apapun, sebenarnya semuanya terletak pada diri sendiri. Tak kira berkahwin dengan ikhwah ker, dengan orang biasa ke, mahupun dgn org luar biasa dan kalau tercampak di bumi mana pun...semuanya terletak pada kesungguhan diri sendiri untuk meneruskan tarbiyah itu. Kita boleh larikan diri dari tarbiyah ini. Kita boleh larikan diri dari dakwah ini. Tetapi, dakwah tidak akan rugi..dakwah itu akan terus dipelihara oleh Allah. Yang rugi adalah diri sendiri. 

Semoga Allah terus tetapkan hati di jalan ini. Tak kira walau di mana, sampai bila-bila..doakan I will stay as 'Usrah Girl' forever...InsyaAllah... Amin!

p/s: huhuhuhu muka ganaz! kena bagi sopan sket nih...

Monday, January 10, 2011

Terima kasih cikgu!

Salam..

Tiba-tiba rasa melankolik. Teringat zaman kanak-kanak di sekolah rendah selepas mendengar lagu-lagu ciptaan Zubir Ali (Penantian,Doa, balada anak kecil). Lagu Balada anak kecil itu benar-benar membawa aku kembali ke bilik darjah 5 Mawar. Teringat Cikgu Ghazali mengajarkan kami lagu ini ketika sesi unit beruniform di sekolah. 18 tahun yang lalu! Cepat sungguh masa berlalu. 

Zaman sekolah rendah adalah zaman yang paling seronok. Jadi taiko sekolah, semua benda pun nak sapu (masuk semua pertandingan, dari melukis, bahas, bercerita, nasyid, netball, hinggalah ke pertandingan nyanyian.Tapi paling tak berbakat adalah pertandingan nyanyi..hihihihi). Ada dua orang best friend ketika itu. MArlyana dan Nurlina. Kami ada pokok sendiri. Waktu rehat kami akan duduk bawah pokok tu sambil makan bekalan yang di bawa. Orang lain tak boleh ambil pokok tu! (kan nama pun taiko)

Owh, I still remember our passcode bila berjumpa. Dengan cara salam yang tersendiri and we were going to say "Sherizulkarnaaaain!" Don't ask me what is the meaning of that so called passcode because we don't even know..Mana ntah dapat perkataan tu. Kelakar nyer ( sorry la tau semua yg baca pun tak rasa kelakar...tgh syok sendiri mengenang zaman silam)

Sekarang, Marlyana dah jadi cikgu. Nurlina pula duduk nun di hujung sana di Sabah sebagai surirumah sepenuh masa dan juga businesswoman.Tahun lalu eh, tahun 2009 yang lalu (Wah! sudah 2011!!!!) ketika pulang berhari raya di Malaysia, terserempak Cikgu kesayangan kami di sekolah rendah. Cikgu Ghazali. Raut tua nya jelas kelihatan. Terus diri ini terasa...I am old  now!!! Kematian itu sudah semakin menghampiri.

Ini mengingatkan aku, adakah sudah cukup preparationnya untuk menghadapi kematian itu...Dah sedia ke? Belummmm!!!! banyak sangat kesalahan ni. Semoga Allah ampunkan..

Untuk cikgu, memang banyak yang telah aku pelajari darimu...Kau adalah sebahagian daripada kejayaanku ini. Terima kasih cikgu! 


P/s: Lagu paling digemari hasil karya arwah Zubir Ali adalah lagu Penantian..mengingatkan pada seseorang...

Thursday, January 06, 2011

Ski

Bismillah...

Dua minggu yang penuh makna. Itu yang dapat aku katakan. Bermula dari PMS sehinggalah ke jaulah ski. Di UK semua bercuti selama dua minggu. Berehat-rehat di rumah dan bershoping pastinya. Tapi aku memilih biarlah boxing day terakhir ku di UK aku habiskan di winter gathering dan biarlah malam new year ku, aku habiskan untuk menyelesaikan tugasan teknikal untuk jaulah ski. Alhamdulillah, kedua-duanya berjalan dengan lancar.

Selepas pengalaman belajar ski ini, aku boleh katakan... NO for ski. hihihihi. Ski is not my thing! Jatuh tergolek entah berapa kali. Hatta nak bangun pun dapat beberapa minit jer. Terseksa menanggung kasut ski yang berat tu.Sampai malam tu termimpi-mimpi tak boleh jalan dengan kasut ski tu. Nightmares!!!



Maaf yer, takde tazkirah hari ni. InsyaAllah akan ditulis di entri akan datang


SubhanaAllah cantikkan pemandangankat sini...


Waktu paling seronok adalah makan dalam dulang besar gedabak ni...sepuluh orang pun muat :)



Alhamdulillah....selesai juga..Sayang kat semua!! especially ajk2...

Sunday, January 02, 2011

Quick update

Bismillah,

Alhamdulillah, dipanjangkan umur untuk menjejaki tahun 2011. Tahun 2010 adalah tahun transformasi. Banyak yang dah berubah terutama pada diri sendiri.

I Januari ini, secara rasminya aku adalah pelajar PhD yang berada di masa kecederaan. 6 bulan lagi perlu berhempas pulas untuk melengkapkan pengajian ini. Semoga Allah beri kekuatan dan kemudahan.

Esok, akan berangkat ke Tanah tinggi. Buat pertama kalinya, setelah berada 4 tahun di Glasgow, aku akan pergi bermain ski. Huhuhu...Tapi ini bukan program kosong. Lebih kepada pengisian. Ski tu hanya sampingan. Doakan program berjalan  lancar.

Tiket balik Malaysia sudah 'selamat' di beli. Alhamdulillah dapat harga kurang dari £500. Semoga Allah mudahkan urusan pembaharuan visa ini.Semoga mendapat 'sesuatu' bila pulang ke Malaysia nanti.

Ketika sibuk menyiapkan video untuk program esok, terjumpa video ni. Sangat best lagunya. All for You.
Yes, semuanya hanya untuk Allah.

Adakah segala yang kalian lakukan hanya untuk Allah?

  © Blogger template 'Isolation' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP