Wednesday, October 09, 2013

New Chapter

Bismillah...

Alhamdulillah, minggu ini genap usia 32 tahun. Rasanya sekejap sahaja masa berlalu. Saya masih ingat dahulu kami adik beradik selalu main pondok-pondok depan rumah. Panjat pokok maggis, kutip bunga raya untuk masak-masak, main cikgu-cikgu. Pondok kami namanya "Restoran Anggerik Desa". Zaman itu rasanya baru sahaja berlalu. Zaman enjoy! tidak perlu fikir tanggungjawab yang berat.

Di usia 32 tahun, memang banyak tanggungjawab. Di universiti, di rumah, dalam masyarakat. Tapi saya masih enjoy! Enjoy dengan kehidupan saya. Betullah kata orang, makin lama hidup makin banyak makan garam. Makin banyak pengalaman. Pengalaman benar-benar mengajar saya erti kehidupan. Dari menjadi orang yang 'ntah apa-apa' hingga diubah menjadi seorang 'manusia'. Semua itu pengalaman.

Isnin lalu, satu lagi pengalaman saya lalui. Percaya atau tidak, saya tidak pernah dapat 'surprise birthday party'. Ini pengalaman baru saya. Petang itu, saya mengajar student tahun 4. Kelas pukul 3, sudah tentu kelas yang agak mencabar. Sayalah orang pertama yang melangkah masuk kelas. Agak-agaknya, apa perasaan ketika itu. Marah! Tak lama kemudia masuk pula 4 orang pelajar Cina. Bila bertanyakan mana yang lain, jawapannya mereka tengah makan tengahari. Apa perasaan saya? bertambah marah! 15 minit berlalu, barulah muncul 5 orang pelajar lelaki Melayu. Saya teruskan kuliah tanpa menunggu yang lain. Hati menahan marah.

Pukul 3.30 barulah kelas lengkap. Pelajaran hari itu tidak banyak kerana kelas hanya 1 jam. Di hujung kuliah saya mainkan video yang agak panjang. Apabila video mencecah minit ke 10, ada yang sudah resah gelisah. Keluar masuk kelas. Dalam hati, saya rasa geram. Mahu sahaja diluahkan bebelan yang Generasi Y ini tidak boleh lama fokus. Tapi saya hanya diamkan. Pukul 4, saya berhentikan video dan menamatkan kelas. Sebaik sahaja melangkah menuju ke pintu untuk keluar, tiba-tiba muncul 2 orang pelajar dari kelas itu membawa 2 biji kek. Kelas dengan serentak menyanyikan lagu Hari Jadi.

Terharu? Ya, tapi saya lebih kepada terkejut. Tapi belum sampai tahap nak nangis....ehehehe...
Bukan, saya bukan pensyarah kesayangan pelajar. Tapi saya memang suka 'engage' dengan pelajar. Saya cuba ingat semua nama pelajar saya. Saya tahu betapa seronoknya kita bila pensyarah ingat nama. Saya ingin ajar mereka lebih dari Spacecraft Design. Saya ingin ajar kehidupan. Saya ingin ajar mereka cara berfikir. Saya ingin ajar mereka cara berkomunikasi. pendek kata, saya kalau boleh ingin lihat pelajar saya mempunyai soft skill yang tiptop dan bukan sahaja CGPA yang tinggi .


Tapi agak terkilan juga, saya masih belum berjaya 'tarbiyah' mereka. Ajak mereka betul-betul kenal tuhan. Doakan saya temui caranya.

p/s: Pernah org kata pada saya, saya ni terlalui kecil nak jadi lecturer. Nanti kena buli. eheheh ;)

Thursday, June 20, 2013


Salam, 

Dah lama menulis.. Ni tulis sebab nak promote bisnes. ehehhee..jgn marah yer!

Nak promote hamper untuk kanak-kanak. Tujuannya supaya budak2 lebih excited nak sambut Ramadhan. Kita patut trend sekarang. Bukan sekadara meriah hari raya puasa, tapi ramadhan lebih meriah lagi.
Nampak mah al yer? Sebenarnya pek ni ada buku Ahlan wa sahlan Ya Ramadan yang boleh dipersonalized dengan nama anak/adik/anak sedara kita sebagai watak utama. Menarik kan?

Selain tu ada button badge I'm fasting, Alhamdulillah... untuk galakkan anak berpuasa. Kita nak anak-anak seronok tengok pencapaian puasa mereka, so, kami masukkan sekali carta ramadhan yang boleh di'kaler'. Selain tu ada kismis minda dan chocodates yg sedap

Nak order? Boleh email niasouq@gmail.com atau silalah ke facebook Nia Souq dan laman webnya : niasouq.com.my

tak pun komen saja di sini :)

Sunday, April 21, 2013

Que Sera Sera

Assalamualaikum wbt,

Pernah nyanyi lagu Que Sera Sera?

When I was just a little girl
I asked my mother, what will I be
Will I be pretty, will I be rich
Here's what she said to me.

Que Sera, Sera,
Whatever will be, will be
The future's not ours, to see
Que Sera, Sera
What will be, will be.

When I was young, I fell in love
I asked my sweetheart what lies ahead
Will we have rainbows, day after day
Here's what my sweetheart said.

Que Sera, Sera,
Whatever will be, will be
The future's not ours, to see
Que Sera, Sera
What will be, will be.

Now I have children of my own
They ask their mother, what will I be
Will I be handsome, will I be rich
I tell them tenderly.

Que Sera, Sera,
Whatever will be, will be
The future's not ours, to see
Que Sera, Sera
What will be, will be.

Ya, masa depan kita hanya Allah yang tahu. Tapi kita juga berperanan mencorak masa depan.

Percaya atau tidak, saya masih tertanya-tanya pada diri. Dalam masa 10 tahun akan datang saya mahu jadi apa?

Saya masih ada beberapa senarai apa yang saya ingin lakukan dan jadi dalam masa 10 tahun. Tapi yang ultimate masih tidak ada. Sejak berbisnes buku ini, saya memang terasa nak majukan perniagaan buku ini. Tapi setelah masuk sekolah bisnes Alam maya, baru saya tahu buka kedai buku adalah sesuatu yang berisiko tinggi. Modal tinggi! Di sekolah bisnes, saya di ajar untuk memulakan perniagaan tanpa modal atau modal yang serendah mungkin.  Jangan berhutang untuk memulakan perniagaan. Itu bukan cara Nabi berniaga.

Saya dah nampak sikit-sikit, yang 10 tahun akan datang saya nak jadi fulltime housewife dengan perniagaan yang mantap. Taknak jadi lecturer ke? Soalan cepu emas...ehehehe. Jadi lecturer tu mmg menarik, tapi bakat yang saya nampak pada diri ini adalah cenderung untuk berniaga. Jadi lecturer semua kena buat sendiri (tak pun student hehehe). Tapi saya amat berbakat dalam planning atau sebagai mastermind. Dengan kata lain, berbakat jadi boss. ehehehhe...

Saya ingin jadi jutawan di dunia dan akhirat. InsyaAllah saya mahu menyumbang sebanyak mungkin pada agama.Harta mahupun jiwa. Doakan yer!

Sunday, January 06, 2013

Ahlan 2013!

Salam,

Lama tak menulis.Banyak cerita nak kongsi. Tapi masa tak ada.. (konon bz sgt!)

1. Disahkan kandungan di luar rahim. Alhamdulillah baby tak develop. Kalau tak mungkin kena buang tiub. InsyaAllah tahun 2013 akan terus cuba dapat baby.

2. Masa scan rahim, doktor jumpa cyst. Alhamdulillah selepas 2 bulan bertemu doktor semula, cyst dahhilang. Diet sepanjang 2 bulan adalah : tak makan ayam, makan ikan jer. Minum jus tok guru di awal pagi. Makan herbalife, makan suplement GLA. Jadi tak tahu yang manakah menyumbang kepada pengecutan cyst. Mungkin sebab tak makan ayam.Sekarang ni makan ayam organik jer.

3. Dakwah dan Tarbiyah ada ups and downs. Usrah memang down gila-gila. Naqibah bersalin, usrah senidir pula semakin mengcil bilangan anak usrah. Lepas kahwin, boleh kira dgn jari berapa kali berusrah. Sorang anak usrah mengundur diri atas sebab komitmen kepada suami. Sorang lagi berpindah ke Tanjung Malim. Sorang lagi berkursus 3 bulan di luar Penang.Tinggal lah 2 org. Yang sorang sibuk buat preparation nak kawin. sorang lain selalu MIA.Mungkin sendiri pun banyak khilaf, iman jatuh. Semoga tahun 2013 akan terus berusaha tajmik student usm pula.

4. Aktivisme pula semakin melaju. Sejak jadi JK wanita negeri selalu terlibat dgn program. Paling seronok adlaah handle program Aulad. Walaupun ramai ajk tarik diri saat akhir, Allah membuktikan bahawa keikhlasan pasti akan membuahkan sesuatu. walaupun hanya berempat, Kem Aulad berjaya dengan gilang gemilang hingga peserta request utnuk buat lagi tahun depan. Thank you Allah! yang mengaturkan segalanya.

5. Alhamdulillah dah register syarikat sendiri. Plan nak jual buku agama dan pakaian muslimah dan brgn kanak2. Website lama dah buat. tak upload product lagi. InsyaAllah looking for shop to rent. Doakan!

6. Kehidupan sebagai isteri sangat serook selama 6 bulan ini. Alhamdulillah suami seorang yang ceria! jadi diri pun ceria. Makan pun jadi kuat. Badan bertambah berkilo2...

Insyaallah tahun ni nak kembali menulis.Ada banyak perancangan. Moga Allah beri kemudahan....

  © Blogger template 'Isolation' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP