Wednesday, January 27, 2010

Di dua pertiga malam...

"Sesungguhnya Rasulullah SAW telah bersabda "Allah Taala turun ke langit dunia pada setiap malam ketika malam berbaki satu pertiga lalu berfirman ;Siapa yang berdoa kepadaku nescaya akan aku perkenankan baginya, sesiapa yang meminta kepadaku akan ku berikan kepadanya, sesiapa yang memohon keampuanan dariku nescaya akan ku ampunkan baginya"   (Hadith sahih Riwayat Bukhari, Muslim, Abi Dawud, Ibn Majah dan Tarmizi)
Di waktu malam berbaki satu pertiga, di kala itulah semakin sedap tidur. Dengan kedinginan di bumi Glasgow, perlu semangat juang yang tinggi untuk bangun.

"Zaa, pagi ni aku mesti bangun. Kena minta pertolongan Allah nak selesaikan problem coding aku" Zaa gelakkan aku.

"Kau kena specifickan doa kau.mention apa yang kau nak" Zaa kata.

Hakikatnya, coding itu aku jadikan alasan tambahan. Supaya aku dapat train diri untuk bangun. Tidur di rumah zaa tidak seempuk tidur di katil aku. Semakin bertambah pemangkin untuk bangun tahajjud. Bilik Zaa tidak sesejuk bilik aku. Jadi akan berkurang la semangat untuk meneruskan tidur.

Terukkan insan yang lemah ini nak bangun bertahajjud.terpaksa guna pelbagai alasan..aduhai....Beruntung housemate ku yang mata memang dah set pkl 5 pagi untuk bangun. Bolehla bertahajjud sebelum pergi kerja.

Banyak lagi perlu diperbaiki diri ini... Chaiyokk!

p/s: Ada seminggu lagi sebelum submission, tapi 'program' ku masih tak leh execute..equations yang panjang masih tak boleh dipendekkan. Graf tak keluar pun setelah run sehari semalam.Asyik keluar error. Asyik dapat result integration infinite.Ya Allah, aku mohon kau permudahkan urusan PhD ku ini. Amin!


Tuesday, January 26, 2010

Celaru

Dulu, aku pun celaru. Semua campur sekali. Pagi ni solat, petang karang pi mengumpat. Tengahari solat, kejap lagi pergi dating. Celaru..celaru. Selalu buat benda 'contradict'. Aku tengok semua orang pun ramai yang celaru. Macam mana yer, buat tarian-tarian tu yang konon mempromosikan negara tu bukan benda berdosa?(dulu pun aku jenis tak kesah, sebab sendiri pun celaru).Macam mana yer, mengaku muslim tapi semua benda pun sibuk nak buat macam jahiliyah buat.(Apa jahiliyah? yang bukan Islam tu semua jahiliyah.So, fikir-fikir la).Moden la konon. Macam mana yer, dah faham aurat tu mcm aurat kita nak bersolat tapi masih bangga nak tunjuk rambut yang cantik, tak pun pakai baju yang membalut bukan menutup.(Allah maybe ada dekat sejadah jer kot? huuuu..) Celaru..celaru.

Bukan nak angkat yang aku ni baik. Sebab aku pun salah seorang yang celaru ni dulu dan mungkin saki baki celaru aku tu masih ada. Tapi sekarang, bila dah sedar sikit, bila fikir kecelaruan disekeliling aku, rasa tanggungjawab macam besar sangat.

Apa makna Islam yer? Apa maknanya korang ni seorang Muslim. Adakah dengan tertulisnya agama Islam dalam kad pengenalan tu boleh masuk syurga. Nanti di akhirat, bila ditanya amalan, tunjuklah kad pengenalan tu.kan? huuuu....

Adakah dengan solat, puasa, bayar zakat dah kira muslim habis boleh masuk syurga? Wallahualam...tu hanya Allah yang tahu. Tapi, apa maknanya solat dan puasa korang tu kalau benda-benda lain yang ditegah masih sibuk korang buat. Apa maknanya solat kalau sibuk kilik pakwe ke hulu ke hilir. Apa maknanya solat kalau sibuk jaja cerita orang. Apa maknanya solat kalau sibuk nak cari baju seksi lagi mengancam. Huh...celaru..celaru..


Aku pun dulu claim dah faham Islam ni. Rupanya aku masih tak cukup faham. Dulu memang takde matlamat hidup melainkan nak kawin, ada anak, kerja baik dan lengkap semuanya untuk hidup di bumi. Dulu, matlamat nak dapat redha Allah tu macam tak terfikir je. Tahu syurga dan neraka. Tapi tak rasa apa pun.(korang dapat rasa ke sekrang bahawa korang nanti masuk syurga atau neraka?tak terbayang kan? tak nampak depan mata sebab tu tak kesah!). Hidup tu dikuasai oleh hawa nafsu dan keinginan duniawi. Bila susah jer cari tuhan. Betul tak ramai orang yang sama situasi dengan aku ni dulu?

Pernah tak terfikir tanggungjawab Muslim itu besar? Bukan kerja-kerja amal makruf nahi mungkar tu kerja jabatan agama jer. Bukan kerja orang yang belajar agama jer.Kita bukan nak baik untuk diri sendiri jer. Orang Muslim ni hidup untuk orang lain. Cuba bayangkan, setiap muslim tu berfikiran macam ni. " Ala, nanti orang lain buat la dakwah. Tu bukan kerja aku. aku jadi baik sorang-sorang pun dah cukup." Kalau semua orang Muslim pun fikir macam tu, dan jadi baik sendiri-sendiri, kesianla orang yang tak faham tu.Kesian la minah2 bohsia tu.Kesian la mat-mat rempit tu.Kesian semua semua orang pun.(Sebab ramai yang tak faham Islam kan?).


Faham tu satu hal..tapi, bagi orang yang faham..macam mana nak approach orang tak faham? Kalau tahap adik-adik ok lagi.Tapi kalau tahap makcik-makcik,kakak-kakak PhD camner yer? Tu yang aku sedang fikir..huuuu..nanti sambung lagi.nak kena buat kerja PhD.

Friday, January 22, 2010

Release tension jap



Comel tak?????? ngeee....

p/s: cilok dari link yang mama bagi kat facebook...huuu

Thursday, January 21, 2010

Doa..doa..doa..

Bismillah..

Alhamdulillah..alhamdulillah..alhamdulillah. Berakhir sudah satu acara besar yang dianjurkan oleh komuniti melayu di sini. Secara tidak langsung saya terlibat dengan sebagai ajk pendaftaran yang sudah tentunya sangat sibuk di hari pertama. Naik turun tangga dari bilik seminar ke bilik sekretariat entah berapa kali pun saya tak tahu.Ajaibnya, langsung tidak rasa kepenatan itu. Hati rasa gembira sahaja buat segala kerja yang patut dibuat.

Selama 2 hari ini, banyak perkara saya pelajari. Bersyukur kerana Allah mencorakkan perjalanan hidup ini dengan pelbagai warna yang akhirnya Allah mahu diri melihat  sekeliling, mencari-cari sesuatu yang boleh mengingatkan diri sendiri.Pelbagai ragam manusia yang dapat saya lihat. Banyak perkara yang boleh dijadikan teladan.Dari kesungguhan Mama Eda sebagai pengarah, yang sebak ketika memberi ucapan penghargaan kepada ajk2nya (saya tak boleh tgk orang menangis, terus keluar dari bilik tu sebab takut tertumpah airmata juga), warga glasgow yang masing-masing saling membantu, ada juga benda-benda yang tak best berlaku (tapi patut dijadikan pengajaran) dan juga yang paling best adalah sesi terakhir bersama Prof Kamil. Sudah lama mengikuti blog Prof Kamil. Saya juga sudah membeli buku Travelog Haji nya. Menangis-nangis (ratu air mata!) ketika buku itu dibaca. Terasa sangat-sangat mahu ke 'sana'. Buku itu kemudian saya hadiahkan kepada Mama supaya mama juga bersemangat hendak ke rumah Allah itu.

Rupanya, dengar dari mulut penulis sendiri lagi terasa 'feel' nya daripada membaca. Alhamdulillah, saya diberi kesempatan untuk mendengar 'talk' dari Prof Kamil di sini. Sangat-sangat terkesan di hati pada setiap doa yang dibacakan oleh Prof. Beberapa kali mengesat airmata yang mengalir di pipi. Prof Kamil mengingatkan kami tentang kekuatan doa. Isterinya, berdoa 6 tahun untuk bersama menunaikan fardu haji bersama sebelum doa itu termakbul. Adiknya berdoa 2 tahun. Prof sendiri sememangnya banyak berdoa dan alhamdulillah, doa-doanya dimakbulkan. Prof juga ingatkan mengenai bangun solat disepertiga malam. Yang mana , pada malam itu, jika hambaNya memohon kepadaNya..akan dimakbulkan permohonan itu InsyaAllah.


 
"Dan apabila hamba-hambaku menanyakan kepadamu tentang Aku, sesungguhnya Aku dekat . Aku memperkenankan permohonan ( Doa ) seseorang bila ia memohon kepada-Ku. Karena itu hendaklah ia mentaati segala perintahku dan beriman kepada-Ku semoga ia selalu dalam kebenaran".
(Al-baqarah:186)

Saya berdoa pada Allah semoga dipermudahkan jalan saya ke rumahNya. Alhamdulillah, proses pertama sudah dilakukan...menunggu untuk proses seterusnya. Doakanlah semoga dimudahkan! Saya juga ingin menjadi 'tetamu istimewa' di rumah Allah. InsyaAllah.

p/s: To Mama, keep on berdoa...and your daughter never failed  berdoa for both of you.InsyaAllah..

Monday, January 18, 2010

Dunia oh dunia!

Badan terasa lemah sekali. Terasa seperti ruh disedut oleh perkara-perkara dunia. Tidur tidak cukup. Sememangnya sejak dari sekolah dulu memang jarang sekali untuk stay up study atau buat kerja. Bila akhir-akhir ni berjaga malam, rasa badan lemah esok harinya. Ngantuk jangan cakap la.Berapa puluh kali menguap, tertidur dalam bas dan mata macam tak boleh nak buka.

Dunia oh dunia! Boleh tak kalau duk bilik beribadah dan pergi dakwah jer.Huhu...Tentu jawapannya tak boleh. Dunia jambatan akhirat okay! Dunia tempat bercucuk tanam. Kena bekerja kuat. Dunia tidak boleh ditinggalkan. Dunia adalah alat untuk kita beribadah, untuk kita memperhambakan diri kepada Allah.

Kita perlu excellent dalam study untuk menjadi golongan-golongan profesional untuk majukan dunia Islam. Perlu cari harta supaya harta itu kita pulangkan kepada kepentingan agama. Perlu kahwin supaya kita dapat melahirkan jundi-jundi Allah yang mampu menegakkan syiar islam di muka bumi ini .Perlu itu, perlu ini.Semua di dunia ini kita perlukan.

Walau letih, aku merasakan kehidupan ku lebih terisi. Lebih bermanfaat dari yang lalu. Betullah, kita hidup sebenarnya untuk memberi. Barulah ada kepuasan dalam diri. Seorang Muslim tidak sepatutnya berada dalam keadaan 'idle'. Sepatutnya tidak ada istilah berehat-rehat. Patut produktif. Jika masa kita tak disibukkan dengan hal akhirat, pasti kita disibukkan dengan hal dunia. Hal dunia boleh menjadi sesuatu yang sia-sia jika kita tidak berhati-hati. Hal dunia boleh dijadikan hal akhirat kalau niat itu beribadah kepada Allah.

Dunia....dunia. Allah dah ilhamkan dua jalan (As-Syams ayat 8) :



Nak jalan taqwa ke nak jalan kejahatan? Pilihan di tangan sendiri. Tepuk dada...tanya hati..hati yang penuh iman pasti beri jawapan yang terbaik. InsyaAllah.

     Jiwa ini tidak boleh dikosongkan dan anggota tidak boleh didiamkan.Jika tidak diajar dengan perkara-perkara besar, jiwa dan anggota akan terdorong kepada perkara-perkara kecil dan melalaikan.
      Ajarilah jiwamu untuk terbang tinggi, supaya ia akan benci kepada perkara yang rendah nilainya. Didiklah dirimu dengan perkara agung supaya ia bencikan hal remeh-temeh 
(As-syahid Dr. Abdullah Azam)

Ya Allah, biarlah jiwaku terbang setinggi-tingginya hingga bertemu dengan kasih sayangMu...

Tuesday, January 12, 2010

Mujahadah

Bismillah..

Aku sedang bermujahadah. Melawan nafsu sendiri. Melawan bisikan syaitan. Makin jauh aku mendalami arena ini, makin banyak dugaan. Semuanya bermula dengan rasa diri 'lebih tua' dan tidak suka diatur dan diarah. Aku rasa ramai sahaja kawan-kawan yang 'seangkatan' sebaya atau lebih tua dari aku mengalami perasaan ini. Mungkin sebab diri sudah biasa mengatur sendiri perjalanan hidup. Hatta, keluarga sendiri pun memberi kebebasan untuk aku memilih jalan yang aku hendak pergi. Hendak bercuti ke mana-mana pun aku jarang minta 'permission' dari keluarga.

Sudah beberapa kali dalam hati ini rasa tak sedap bila diminta buat itu dan ini. Setiap kali itu, aku akan merasakan.."mereka ni tak faham ke, setiap orang lain-lain. Tak boleh treat setiap orang tu dengan cara yang sama" Setiap kali terlintas perasaan 'membara' tu, akan timbul perasaan sangat bersalah. Bersalah sebab marah-marah dalam hati. Masih tak boleh berlapang dada kah aku? Lemahnya iman!

Aku selalu pujuk hati ini. Ego itu bukan sifat manusia! Kalau kau ada ego, maknanya kau sama geng dengan iblis yang sangat rasa diri dia bagus untuk sujud kepada Adam. Sedangkan dirimu itu sangat kerdil dalam arena ini. Walaupun hidup mu lebih lama dari kebanyakan yang lain, tapi usia tarbiyahmu baru setahun jagung. Kalau nak rasa diri bagus, kena ingat...Allah itu Maha Hebat dari semua.

Aku juga sangat bermujahadah untuk bangun qiyam. Pagi tadi message adik naqibahku hanya kusedar selepas bersusah payah buka mata untuk solat Subuh. Dengan keadaan sejuk, dan kehangatan duvet, satu cabaran besar buat diri sendiri. Masih cuba membiasakan tidur lewat, bangun awal. Sudah terbiasa dengan keadaan tidur awal, bangun...erm tak berapa awal (eheh!). Disebabkan kesusahan untuk bangun awal, aku usahakan untuk solat sebelum tidur. Oh! aku bukan mahu beritahu satu dunia, aku bangun qiyam...cumanya aku hendak memberitahu kalian, aku juga manusia biasa..walau jadi naqibah pun aku masih ada kelemahan yang aku perlu usaha untuk perbaiki (khas untuk adik2 usrah yang baca blog ni). Yang penting jangan berhenti berusaha untuk buat amalan baik. Dan kepada adik Naqibah ku, baik lah call daripada message...huuuu...


Peringatan kepada diri sendiri dan orang lain. Bagaimana nak bermujahadah? Kita kembali manual hidup kita, Al quranul karim. Teliti surah An Nas. Kenali modus operandi syaitan laknatullah ni.



 

Syaitan ini, Allah kata sifatnya datang dan pergi (timbul&tenggelam). Dari Abbas, Rasulullah bersabda:
"Syaitan itu duduk mencangkung di atas hati manusia, apabila manusia menyebut
Allah ia akan mengundurkan diri dan apabila manusia lalai ia akan membisikkan
kejahatan."

Hati ini, dia boleh buat satu benda jer, kalau dia ingat Allah...syaitan akan pergi jauh-jauh. Kalau dia lupa Allah, syaitan terus duduk dalamnya. Kita kena tahu perkara ni! Allah dah sangat Maha Pengasih kepada kita, nak bagitau bagaimana sifat syaitan. Dan lagi, Allah bagitau syaitan bekerja dengan cara membisikkan kejahatan dalam hati manusia. Kemudiannya, manusia yang terikut dengan bisikan dan pujukan itu, menjadi agen syaitan pula mengajak orang lain turut sama buat kejahatan. Isk kawan-kawan, jangan jadi agen syaitan. Jangan jadi penjual nafsu!


Eh, dah jauh...nak beringat untuk diri sendiri sebenarnya. Susahnya nak bangun pagi tu, sebab syaitan membisik-bisikan supaya duduk dalam selimut lagi best, masa subuh panjang lagi almaklumla winter time ni subuh habis pukul 8 lebih.Jadi, kena bangun! jangan biar syaitan menang!

Apapun, yang penting kita kena minta perlindungan dari Allah dari syaitan. Sebab syaitan ni, pun Allah yang cipta, Allah lebih berkuasa daripada syaitan. Kena selalu2 berdoa, berzikir. Kita adalah tentera Allah. Yang berperang dengan syaitan. Allah bekalkan kita iman sebagai perisai, zikir sebagai kelengkapan perang dan doa sebagai senjata.

Dan yang penting juga jihad melawan hawa nafsu.Syaitan itu meniti di atas nafsu untuk mempengaruhi kita.Nafsu itu adalah jambatan syaitan untuk menarik-narik kita ke arah keburukan.
" Sesungguhnya hawa nafsu itu selalu mendorong kepada kejahatan " (Yusuf :53)
Astagfirullah..Ya Allah, peliharalah aku dari segala keburukan... Selamat bermujahadah wahai diri...

Monday, January 11, 2010

RumahMu

"Emak nabung 5 tahunan baru dapat 5 juta. biar cukup 20 juta mesti nabung, 15 tahun lagi. Masih ada umur ngak yer?"

"Hati emak udah lama ada di situ...udah lama!"



Menonton trailer sahaja pun sudah boleh mengalir airmata. Apalgi kalau menonton keseluruhan cerita. Sedih. Sebab cerita ini bagai dekat di hati. Hati yang meronta-ronta mahu ke sana. Sedih juga. Sebab sangat-sangat berdoa semoga mama dan ayah juga di murahkan rezeki dan di mudahkan jalan untuk ke rumah Allah itu.

Ada orang boleh pergi berkali-kali. Ada yang tidak mampu pergi mahupun sangat berkeinginan. Ya Allah, kau permudahkan jalan ku untuk pergi ke rumah Mu!


p/s: Citer ni baru tayang kat Indonesia bulan Nov lepas. Tak sabar nak tengok!!!

Thursday, January 07, 2010

Tawakal

Rasa seperti sedang berjalan di lorong gelap...
Tercari-cari simpang mana yang perlu di belok.

Masuk ni dah lebih 2 bulan stuck. Menulis di sini pun atas sebab sudah tahu nak buat apa.Esok bakal menemui supervisor tanpa progress pun sejak meeting sebelum ini. Kenapa yer susah sangat nak cari jalan keluar. Mungkin tak cukup usaha. YaAllah..nak nangis boleh tak?


Zaza suruh baca dan hayati surah Al Talaq, hujung ayat 2 dan ayat 3..

"..kepada sesiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat dan sesiapa yang bertakwa kepada Allah (dengan mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya), nescaya Allah akan mengadakan baginya jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkannya), (2)  

Serta memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas di hatinya dan (Ingatlah), sesiapa berserah diri bulat-bulat kepada Allah, maka Allah cukuplah baginya (untuk menolong dan menyelamatkannya). Sesungguhnya Allah tetap melakukan segala perkara yang dikehendakiNya. Allah telahpun menentukan kadar dan masa bagi berlakunya tiap-tiap sesuatu. (3)"

I wish for a miracle...Bantulah hambaMu in Ya Rabb...
 

Tuesday, January 05, 2010

Meh belajar agama!

Aku tersentak. Ayatnya sungguh terkena pada diri sendiri. Zap..zap! terasa seperti dilempang dan menyedarkanku.Oh! Ku teruskan bacaan walau pada mulanya mata sudah layu minta beradu, tapi ayat-ayat di dalam buku itu berjaya membangkitkan aku dari kantukku.Aku dikejutkan dari tidur ku yang lama. Ini yang ku rasa selepas ku baca dan ku hayati setiap patah perkataan yang diucapkan oleh Al Maududi di dalam buku Dasar-Dasar Islam.

Agama Islam adalah kurniaan dan nikmat Allah yang terbesar kepada umat manusia.
"...Pada hari ini telah ku sempurnakan untuk kamu agamamu, dan telah kucukupkan kepadamu nikmatKu, dan telah Ku redhai Islam itu agama bagimu..." (Al Maidah, ayat 3)
Ya, Islam itu nikmat terbesar dari Allah. Bukan harta benda kamu, bukan anak-anak kamu. Jadi apakah kewajipan kita selepas menerima nikmat tersebut? Jika kita menerima hadiah, lebih-lebih lagi hadiah yang mahal apa yang kita patut lakukan? Ya! Kita kena BERTERIMA KASIH! Jika kita berterima kasih dengan ibu bapa kita, kita tidak akan menderhakai nya. Jika berterima kasih dengan kawan-kawan yang memberi kita hadiah sudah semestinya kita akan terus berkawan dan berbuat baik kepada kawan kita. Tetapi bagaimana untuk berterima kasih ke atas nikmat Allah yang tak terhingga ini?

Hanya satu sahaja cara berterima kasih atau bersyukur di atas nikmat Islam yang kita terima ini iaitu melakukan kewajipan yang diperintahkannya. Manusia yang yang tidak melaksanakan kewajipan kepada Tuhan adalah manusia yang tidak tahu berterima kasih.

Kewajipan? Apa kewajipan itu? Bagaimana nak melaksanakannya? Jawapannya adalah menjadi Muslim sebenar.Tetapi bagaimanakah untuk menjadi Muslim sebenar?Oh..banyak soalan. tapi semua soalan ini penting! Please..jangan pergi mana-mana. Teruskan bacaan tentang apa yang aku ingin sampaikan ini.

Ok, back to menjadi Muslim sebenar,bagaimana ya? Mula-mula kita kena lihat dan fikir ( Islam ini selalu mengajak manusia berfikir..kau jangan malas berfikir!) Aku tulis di sini soalan-soalan yang penulis ajukan. Apakah seseorang sudah membawa Islam pada waktu ia dilahirkan? Apakah seseorang itu disebut Muslim bila keluarga juga seorang Muslim?Apakah Muslim itu nama satu bangsa seperti bangsa Melayu?Bangsa Cina? Sudah tentu jawapan kamu TIDAK!

Seseorang itu tidak disebut Muslim kerana ia tergolong dalam kelompok bangsa tertentu, tetapi dikatakan Muslim apabila ia menerima Islam sebagai agamanya.


Dan apakah ertinya menerima Islam yang menjadikannya Muslim? Dengar sini kawan-kawan, ertinya menerima Islam adalah bahawa seseorang harus dengan penuh kesedaran dan kesengajaan menerima ajaran Rasulullah SAW dan bertindak sesuai dengan ajaran itu. Ok, masa untuk muhasabah diri. Adakah kita menerima ajaran Rasulullah SAW? Ya..kita terima..tapi cukup dah ke pengetahuan kita mengenai ajaran ni? tapi adakah kita bertindak sesuai dengan ajarannya? Opss..this part should we look into deeper..

Kesimpulan jawapan di atas adalah Islam adalah sebutan terhadap pengetahuan dan tindakan mempraktikkan pengetahuan tersebut.

Ok, recap! Kita nak jadi manusia berterima kasih kepada Allah dengan melaksanakan tanggunjawab sebagai seorang Muslim sebenar. Muslim sebenar adalah mereka yang mengikut ajaran Rasulullah SAW dan mempraktikkannya dan ajaran itu hanya boleh diketahui dengan pengetahuan. Muslim yang sebenar hanyalah seseorang yang tahu apa makna Islam yang sebenar dan menyatakan keimanannya kepada Islam dengan penuh kesedaran. Adakah kita dah tergolong dalam golongan ini? Penulis juga ada menyebut bahaya terbesar bagi seseorang Muslim adalah ketidaktahuannya sendiri kepada ajaran Islam yang bersumberkan Al Quran and As Sunnah. Pengetahuan ini yang sebenarnya membezakan antara seorang kafir dan seorang Muslim.

Wah! baru nampak pentingnya pengetahuan ini! Cuba lihat, kita berkerja bersungguh-sungguh untuk dapatkan duit nak bagi anak isteri makan.Kalau kelauarga tak makan nanti mereka mati (sound extreme i know..but just take it..). Tapi adakah kita bersungguh-sungguh mencari pengetahuan agama supaya iman kita tak mati? Bukankah iman lagi berharga dari hidup? Tapi bukanlah kita disuruh hingga menjadi ulama, baca kitab-kitab tebal. Tapi kita kena peruntukkan masa untuk mempelajari agama itu.Supaya kita mengerti sebenar-benarnya risalah yang dibawa oleh Rasulullah dan juga mengenal dengan baik cara hidup khusus yang telah ditetapkan Allah bagi orang-orang Muslim.

Jika iman lebih berharga dari segalanya, masa untuk bershoping tu, masa untuk tengok tv tu, masa untuk tengok wayang tu, masa untuk baca novel tu bolehlah kau gantikan dengan masa mencari pengetahuan agama. Betul tak? Eh! tapi ingat, setakat pengetahuan sahaja tak guna juga kalau tak dipraktikkan. Iman tanpa amalan adalah sesuatu yang sia-sia...

Sunday, January 03, 2010

Sisters = my support system

"Akak, kejutkan saya qiyam yer"
Hana, adik seperjuangan yang sama-sama baru bergerak dalam jalan ini berpesan kepada saya. Jumaat lalu, kami sehari suntuk merangka kehidupan kami di tahun 2010. Kami senaraikan perkara-perkara yang harus kami lakukan pada tahun ini. Ini juga boleh kami kata sebagai azam tahun baru untuk menjadi lebih baik. Dari Ayat hafazan hinggalah qiyam dan puasa. Kami senaraikan dan plan secara realistik.
"Hana, akak rasa tak boleh la nak hafal juz amma dalam masa 2 bulan lebih. Dah tua, otak berkarat!"
"Ala Kak mimi ni, akak boleh la...kita kena berusaha kak!"
Hana memberi kata-kata semangat.
"Untuk bacaan buku, setiap bulan kita bincang satu buku dengan syarat kita kena habiskan buku tu. Buku sirah nabawiyah ni kita kena baca selalu.setakat mana kita baca, kita masing-masing update weekly"
 "Ala kak mimi..tebal la buku ni..tak tahu sempat baca ke tidak"
"Ala Hana, boleh jer..chaiyok! chaiyok!"
Begitulah kami sepanjang hari. Saling memberi semangat antara satu sama lain. Betapa pentingnya support dari sisters ini untuk kita terus thabat dalam jalan ni. Begitu juga ku lihat adik-adik usrah ku di sini. Paling sweet aku rasa 4 orang adik yang baru balik PMS. Malam hari kami berbuka puasa asyura hari tu, masing-masing membuat curahan hati.  Bagaimana mereka sangat-sangat memerlukan bantuan dan support sesama mereka. Masing-masing mengingatkan satu sama lain supaya sentiasa 'calling-calling' untuk memastikan diri tidak futur.Ku lihat perubahan demi perubahan dalam dalam diri mereka. Perubahan semakin baik.Perubahan positif! Ya Allah besar nya kuasa Mu!

Namun jauh di sudut hati, aku teringatkan seseorang yang jauh di Malaysia Timur sana. Ku tahu betapa adik itu sedang berdepan dengan pergelutan hati sendiri. Aku cuba menolongnya. Namun hanya dia sendiri yang dapat menentukan perubahan dalam dirinya. Aku berdoa semoga Allah tenangkan hatinya, tunjukkan jalan untuk dirinya.Tidak berniat pun untuk berhenti membimbingnya.Cuma masa itu sungguh cemburukan diri ini.

Diri masih dalam proses membaiki amalan. Masih terkial-kial menyusun hidup dengan jadual baru yang agak padat. Banyak yang aku terlepas pandang. Hatta, housemate sendiri pun selalu ditinggal.Jemputan ke rumah oleh rakan-rakan pun banyak tak dapat dipenuhi.Tapi aku yakin, selagi aku masih dalam madrasah tarbiyah ini, hidup ku akan terus tersusun dengan cantik.

Mereka yang tidak berada di jalan tarbiyah ini tidak akan dapat rasa apa yang aku rasa. Ukhuwah yang dibina atas dasar cinta pada Allah. Ukhuwah yang dibina ini buat aku rasa tenang. Setenang-tenangnya.

To all sisters...Uhibbukifillah! Teruskan support each other okay! we never walk alone!


p/s: Perbualan dengan hana itu telah di 'alter' sket tetapi masih mengandungi maksud yang sama.Oh..sapa nak plan setahun kami (mutabaah amal) boleh email saya.Boleh jer nak kongsi....

Friday, January 01, 2010

Bertambah tahun..bertambah tanggungjawab

Tahun baru telah menjelma. Selamat datang 2010.Sungguh aku takut dengan kedatangannya. Kali ini sungguh berbeza. Aku langsung tidak punya nafsu untuk sambutan tahun baru. Ku singkap tahun 2009 ku. Tiada satu pun yang aku dapat banggakan.

"Akak, apa turning point akak yer?"
Soalan yang sama akan ditanya oleh adik-adik yang kulihat sangat tulus hati mereka. Aku malu. Aku ketika di usia mereka, masih hanyut dalam dunia angan-angan ku. Masih sibuk kejar cinta manusia. Tapi mereka sangat berusaha mengejar cinta Allah.

Buat pertama kalinya, aku rasa tiada kemeriahan tahun baru. Tiada ucapan Happy new Year yang ku ucapkan kepada kawan-kawan. Aku sibukkan diri ku membuat perancangan hidup untuk 2010. Aku perlu tampung semula, perlu kejar semula masa-masa yang telah ku bazirkan. Sudah cukuplah zaman bershoping, zaman bersuka ria, zaman melancong tanpa tujuan, zaman berinternet tanpa manfaat, zaman menonton tv menonton siaran yang membuang masa, zaman baju singkat, t-shirt pendek membuka aurat, zaman baju konon mengikut trend, zaman bermanja-manja dengan lelaki yang kononnya berjanji sehidup semati, zaman yang aku hanya kejar adalah dunia.

Kau hitung purata umur umat Nabi Muhammad, kau tolak dengan umur kau sekarang. Berapa tahun yang masih tinggal untuk kau jadikan dunia ini jambatan akhirat.Untuk aku, jika di izinkan aku ada 36 tahun lagi. Tapi jika ditakdirkan aku pergi lebih awal, adakah aku sempat mengumpul amalan ku untuk mencapai redhaNya?

Aku kini melalu fasa pentarbiyahan diri. Aku dengan rela hati merendahkan ego ku kepada mereka yang lebih muda agar aku dapat sama-sama mengecap kemanisan iman. Kau tahu, bukan mudah untuk aku merendahkan diri kepada mereka yang lebih muda ini untuk mentarbiyahkan ku. Bukan mudah untuk aku membiarkan mereka ini menyusun perjalanan tarbiyah diri ku. Bukan mudah...

Aku syukur tuhan telah memadamkan segala perasaan egoku. Tuhan beri kekuatan pada diriku. Aku tunduk...aku tunduk dengan kekuasaan Allah, bila di depan mataku sendiri, ku lihat manusia berubah. Ku lihat manusia yang mengenal tuhan dan faham tujuan hidup mereka berubah menjadi insan yang hebat.

Aku pun ingin bersama-sama mereka. Berpimpin tangan masuk ke syurga...
Aku juga ingin bersama-sama kawan-kawan ku yang lain, ingin memimpin tangan mereka, menarik mereka untuk sama-sama melangkah ke syurga. Mahukah kau sambut tangan yang ku hulur ini?

Jika kau faham niat ku ini...kau tidak akan mempersoalkan apa yang aku lakukan sekarang.

  © Blogger template 'Isolation' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP