Monday, December 28, 2009

The cuppies



Special Made by: Mimi, Housemate,Huda and Ritz. These cuppies will travel to Birm tonite..Doakan perjalanan kami. (Housemate duk umah..jaga umah)

Sangat-sangat nak share something. New experience and new environment. So much things nak kongsi. Nanti balik dari Birm akan cerita panjang2.

Till then..InsyaAllah....

Sunday, December 27, 2009

Sweet Memories-Winter Gathering


20-23 Disember 2009, Strathfillan Wigwams, Crianlarich, Scotland

"Sesiapa yang Allah mahukan kebaikan baginya, Dia memberikannya kefahaman dalam Ad-Din"
  (Bukhari dan Sahih Muslim)

Friday, December 25, 2009

Kerana destinasiku....

Aku ingin ke Kuala Lumpur. Ku tunggu bas di perhentian itu. 15 minit kemudian, sebuah bas datang. Di hadapan bas tertera arah hendak di tuju. Ke Klang. Di dalam bas ku lihat penuh dengan manusia. Masih ada satu tempat kosong. Masing-masing menyanyi-nyayi kegembiraan. Masing-masing berseronok seolah-olah dunia ini mereka yang punya. Bas berhenti. Manusia di dalamnya memanggil-manggil aku untuk turut sama. Aku bukan mahu ke Klang. Aku mahu ke Kuala Lumpur. Walaupun manusia di dalamnya sangat menarik untuk aku turut sama, tapi bas ini tidak akan membawa diri aku ke Kuala Lumpur. Aku hanya membatukan diri. Membiarkan bas ke Klang itu berlalu pergi.

10 minit kemudian, datang lagi sebuah bas. Kali ini, bas yang sangat mewah. Seat sangat luas. Aircond yang nampak nyaman. Manusia di dalamnya pun duduk dengan sangat selesa. Kemewahan bas tersebut membuatkan aku sangat teruja. Tetapi bila ditanya, bas tersebut mahu ke Melaka. Tidak, bas ini tidak akan membawa ku ke Kuala Lumpur.Aku kembali berdiri di perhentian itu melihat bas mewah tersebut berlalu. Di mana bas ku?

Tidak berapa lama kemudian, sayup-sayup kulihat sebuah bas yang agak buruk sampai. Seat nampak keras. Tiada penghawa dingin. Sudah uzur benar bas ini. Ku tanya pemandu, ke destinasi manakah bas ini akan di tuju. Kuala Lumpur. Pemandu bas menjawab. Aku senyum. Inilah bas ku.Walau buruk dia akan membawa aku ke destinasiku.

Sahabat,
Begitu juga dengan jalan yang aku pilih ini. Kerana destinasiku adalah keredhaan dan syurga Allah, walau banyak ranjau, walau terpaksa ku tinggalkan kesenangan, terpaksa melupakan keseronokan aku akan tetap memilihnya.

Biar pun aku terlambat, tapi Allah masih izinkan aku untuk terus berusaha mencari redhaNya. Aku masih lagi diberi peluang menghirup udaraNya. Aku masih lagi cukup anggota dan deria untuk terus melangkah di bumi ini.

Maka, yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan ku, yang aku hendak dustakan?

Sesungguhnya, Tuhanku Maha Pengasih dan Maha Penyayang..

Thursday, December 24, 2009

Kuliah



Ya Allah, semoga kau bukan hati rakan-rakan ku di Glasgow untuk turut sama menghadiri kuliah ini. Amin...

p/s: Baru pulang selepas 4 hari membina kekuatan ruhiah. Talk Tafsir Ustzah Maznah sangat best!!!!

Saturday, December 19, 2009

Maal Hijrah

Salam,

I have so much to share but so little of time. Busy with my new life which makes me happier and stronger. Off to PMS tomorrow and will be having nearly 20 sisters who are going to stay at my wee house tonite. Salam Maal Hijrah to everybody, please pray for my safe journey tomorrow and also to the succsesful of our program.

Till we meet again...

"I find my happiness in my faith, and my faith is in my heart, and no one has any power over it except my Lord.."

Wednesday, December 16, 2009

Berlapang dada

Hati tengah panas sekejap. Astagfirullah!

Begini lah lumrah hidup berorganisasi.Lumrah hidup dalam kelompok. Pelbagai ragam manusia. Mungkin diri sendiri tidak layak untuk memperkatakan apa-apa sementelah baru menyertai perkumpulan ini. Mungkin yang terjadi di luar dugaan. Menyebabkan panik menerpa. Menghasilkan kerja yang tunggang langgang. Communication breakdown! dan sebagainya.

Sebagai orang luar yang tak sampai setahun jagung siapalah saya yang layak untuk mempertikaikan kerja mereka yang dah lama dalam jalan ini. Tapi saya sedar, mereka pun masing-masing tengah pening dengan exam, dengan program dan bila timbul masalah memang sungguh kelam kabut jadinya.

Maybe sudah terbiasa hidup dibawah protokol.Hidup skema orang kata. Setiap yang dilakukan tak boleh pakai aci ligan jer. Tak boleh pakai main taram. Should go to proper channel. Should do properly. Yeah..I know what you want to say.Just say it. Yes I am budak SKEMA. :)

Tiada siapa yang patut disalahkan. ..Things happened for a reason. So what I should do?
"Selemah-lemah ukhuwah ialah berlapang dada dengan sahabat dan sebaik-baiknya pula ialah mengutamakan sahabat"
Yes, should be berlapang dada.

and with that...I'm Happy. No Anger :)

Alhamdulillah. When you love Islam, you will try to understand it..when u really understand it, it makes you HAPPY.. :D

Tuesday, December 15, 2009

Happy birthday Mama!



To my dear Mama,
Happy Birthday to you!!!
Semoga Allah sentiasa merahmati mu, dimurahkan rezeki selalu,
and please pray for you daughter yang jauh di mata ni..(sob..sob)

P/s: sangat jeles sebab family tgh berkumpul di PD and celebrating my mom's birthday..

Monday, December 14, 2009

Jalan-jalan

Cuaca sangat sejuk! melahirkan kemalasan dan kemahuan yang tinggi untuk terus berada di bawah selimut. Bangun pagi itu satu cabaran yang tinggi! Tidur itu nikmat!isk!

Baru pulang daripada menghantar Rina ke Airport. Adik dari Galway,Ireland yang sanggup bersusah payah datang ke Glasgow semata-mata memenuhi permintaan kami untuk memberi pengisian mengenai Andalus. walaupun ada exam pada hari sebelumnya. Cuti Xmas ni adik-adik Glasgow akan pergi jalan-jalan ke Andalus. Kami tak mahu mereka pergi dengan tangan kosong. Harus dibawa bersama semangat juang Tariq bin Ziyad supaya mereka akan lebih terasa dekat dihati akan kegemilangan Islam di zaman Umaiyah itu. Tidak mahu mereka pergi hanya suka-suka, maka kami bekalkan kisah Andalus yang akhirnya jatuh kepada mereka yang tak sepatutnya.

I'm thinking of my jalan-jalan too..Sepanjang buat Phd ni tak jalan-jalan luar UK pun. hurm...So Insyaallah my next destination will be Turkey.Hurmm lama lagi pun nak perginya.Bulan 5 kot. Apapun, ke mana pun kita pergi we should remember this verse from Ar Rum;


"Katakanlah: Mengembaralah kamu di muka bumi kemudian lihatlah bagaimana kesudahan orang-orang yang telah lalu (yang telah dibinasakan); kebanyakan mereka adalah orang-orang yang mempersekutukan (Allah) " (30:42)

Sesapa nak pergi jalan-jalan tu, semoga selamat perjalanan korang..InsyaAllah! :)

Saturday, December 12, 2009

Passion

Kalau diberi pilihan, nak buat kek ke nak buat kerja phd, memang buat kek dipilih.Biarpun kek tak sesedap mana tapi seronok bila tengok orang makan. Hari ni memenuhi pesanan kawan yang mahukan 2 kek untuk anak dan suaminya.

Kek untuk anak mestila warna pink. Kalau princes2 lagi baik. Tapi, disebabkan tak sempat nak melukis princess so saya buat simple jer :




Ada princess tasha kat situ :D

Kek Daddy nya buat kek kelapa yang selalu dibuat. Kek tu memang laku.Kejap jer habis kat majlis tu.

Tadi, satu lagi kek dibuat untuk farewell huda. Kali ni buat Baked Alaska. Huhuhu...Ada dalam freezer sebab takmo cair. Baked alaska ni diluarnya meringue dan didalamnya adalah aiskrim.Dibakar pada suhu yang tinggi dalam10-15 minit. Gambar? takleh nak amik sebab tengah keraskan dalam freezer.Harap tak cair aiskrim tu sebab dari menggunung tadi akhirnya jadi separuh dari ketinggian asal.huhuhuhu....

Buat kek ni bisnes ke? Ada juga kawan yang tanya kenapa tak amik duit? Ermm..I'm not looking for money. Baking is my passion. Lagipun, pahala gembirakan orang yang makan kek tu lagi best dari duit. Orang lain gembira, diri sendiri pun gembira.

Friday, December 11, 2009

Kerna mulut..

Kerna pulut santan binasa, Kerna mulut badan binasa. Lidah dan bahasa adalah nikmat dari Allah yang tak terhingga.Lagi besar nikmat yang kita dapat, lagi banyak kita perlu bersyukur.

Manusia akan hilang pertimbangan bila mula berbicara perkara yang mengarut dan tak berfaedah. Jadi, Islam menyaran untuk berdiam diri daripada berkata-kata jika tiada keperluan.Lidah kita juga seperti tali di tangan syaitan yang dipergunakan oleh syaitan kepada keburukan jika kita tidak mengawalnya.

Tiada lurus iman seorang hamba sehingga lurus hatinya, dan tiada lurus hatinya sehingga lurus lidahnya. (HR. Ahmad)
Hati manusia ini juga di ibaratkan seperti teko, muncung teko itu lidahnya,dan air yang dituang itu adalah isi kandungan hatinya. Hubungan lidah dan hati memang saling kait mengait. Busuknya hati, menyebabkan buruknyanya percakapan.Buruknya percakapan membuat busuk dan gelapnya hati.Begitulah kritikalnya perihal menjaga percakapan ini.

Saya dan huda sangat tertarik dengan hadis yang diriwayat oleh Abu Dawud;
Sa'eed bin Musayyeb berkata, "Ketika Rasulullah duduk bersama sahabat-sahabatnya, seorang daripadanya berkata kasar kepada Saidina Abu Bakar sehingga dia terasa hati, tetapi Abu Bakar hanya diam. Kali kedua, orang tersebut sekali lagi berkata kesat kepada Abu Bakar tetapi dia masih berdiam diri. Apabila masuk kali ketiga orang tersebut menyakiti hati Abu Bakar dengan lidahnya, Abu Bakar menjawabnya kembali, dan ketika itu Rasulullah bangun meninggalkannya.


Abu Bakar bertanya, 'Adakah engkau tidak suka akan perbuatanku ya Rasulullah?'


Rasullulah menjawab , ' Tidak, tetapi Malaikat telah turun dari syurga menidakkan apa yang dikatakan oleh orang itu.Tetapi, apabila engkau mula membalas percakapan buruk lelaki itu, malaikat telah pergi dan tempatnya diambil oleh syaitan.Dan aku tidak duduk di mana syaitan duduk.
 Semoga semua dapat muhasabah diri. Jangan biarkan nikmat yang Allah beri ini digunakan secara sia-sia.


p/s: Ini adalah pengisian yang diberi oleh huda semasa usrah last week.Thanks huda for sharing!

Thursday, December 10, 2009

Usrah untuk orang baik sahaja ke?

Alhamdulillah, hari ini masih lagi dikurniakan nikmat iman. Masih lagi dapat menghirup udara bumi Glasgow. Adik seusrah mengkhabarkan berita kematian kawannya di German. Al Fatihah untuk adik tersebut.Masih muda. Tapi ajal itu tidak mengira usia. Tidak mengira kedudukan.Tidak mengira kita bersedia mahupun tidak. Muhasabah diri sebentar. Entah bila pula giliran kita. Cukupkah bekalan yang ada? *sigh*

Betapa sekarang saya betul-betul menghargai masa yang ada. Benarlah kata orang, lagi banyak benda yang bermanfaat hendak dibuat, lagi tersusun masa kita. Ada deadline yang hendak dikejar.Itu belum lagi ’dikejar’ supervisor yang memang selalu berkejar-kejaran dengan kerjanya. Disamping itu, ada tanggungjawab yang perlu dipikul. Semua memerlukan penyusunan masa yang lebih teratur. Tanggungjawab duniawi dan ukhrawi itu perlu diseimbangkan. (mode: muhasabah lagi)

Saya sedang melihat persekitaran dan cuba belajar memahaminya. Mengapa ada manusia yang inginkan Islam itu, tapi hanya kerana dia bergaul seperti orang biasa dengan yang lain, maka orang mengadili hatinya dan berkata seseuatu yang tidak sepatutnya. Mengapa ada manusia yang inginkan Islam, hanya kerana dia tidak berpakaian seperti muslimah yang solehah, maka dipersoalkan kedatangannya ke usrah. Mengapa mesti manusia berburuk sangka dan cepat mengadili manusia lagi. Ramai di kalangan kita sangat judgemental! (mode: muhasabah diri sekali lagi).

Ya, Islam itu patut mengubah seseorang. Tapi perubahan itu mungkin mengambil masa. Mungkin bukan setahun, dua tahun atau mungkin akan makan bertahun-tahun. Keinginan terhadap Islam itu lah menjadi lonjakan untuk terus mendekatkan seseorang itu kepada Rabnya. Selagi dia berada di tali Allah ini, selagi itu dia masih mampu menjadi lebih baik.Sepanjang perjalanan kita mencari kefahaman dan mendekatkan diri kepada tuhan, biar kita berusaha sedikit demi sedikit memperbaiki diri. Jika mahu berubah secara mendadak takut perubahan itu hanya sementara. Biar kefahaman kita jelas. Agar tahu tujuan kita hidup di muka bumi ini.

Sekian,

-yang struggle to catch up her new life-

Tuesday, December 08, 2009

Wajah kegembiraan hamba

Widad dan Mu'nisa. Dua nama yang bila saya mendengarnya akan memberi kegembiraan. Walaupun baru beberapa bulan bersama mereka, tapi tautan hati itu terasa sungguh kuat.Wajah ceria mereka, wajah bersemangat mereka memberi muhasabah pada diri sendiri. Mereka sungguh beruntung. Sedih pula mengenang zaman 'undergrad' saya. Banyak dibazirkan dengan perkara yang sia-sia. *sigh*

Hari ini saya berpeluang berborak dan bermesra dengan Huda, naqibah kepada Widad dan Mu'nisa yang bakal pulang ke Malaysia tak lama lagi.( Terasa kehilangans angat-sangat bila huda pulang nanti.) Huda memang tak segan silu bercerita betapa dia memang terpaksa tebal muka mendekati adik-adik ini. Hanya kerana satu niat. Untuk berkongsi kemanisan iman. Alhamdulillah, jika satu masa dulu, ada yang bermuka kelat ketika berada dalam usrah, hari ini masing-masing  hadir ke usrah dengan penuh ceria dan bersemangat. Inilah kuasa kasih sayang atas nama Allah. Ini juga keajaiban yang berlaku bila pemahaman sudah jelas. Melebutkan yang keras, meluruskan  yang bengkok. Semoga adik-adik ini akan tetap berada di jalan ini, InsyaAllah.

Melihat pula keadaan pada diri sendiri. Hidayah itu sudah lama datang di depan mata. Tapi saya pejamkan mata! Hampir 2 tahun adik naqibah tak putus asa menarik saya ke jalan ini. Bukan tidak mahu. Tapi ada sesuatu yang lain yang serik menarik saya untuk berada di jalan ini. Ada kelemahan yang sukar di atasi.   Akhirnya, saya akur. Saya perlu mengatasi kelemahan ini. Alhamdulillah, adik naqibah mungkin boleh tersenyum sekarang. Usaha 2 tahunnya tidak akan saya sia-siakan.. :) Kepada adik naqibah, terima kasih kerana sabar menanti dan tak jemu-jemu berusaha untuk mentarbiyahkan diri ini. Sayang awak!

Semoga diri terus thabat...Semoga hati tidak dipalingkan lagi..

Monday, December 07, 2009

Hidayah

Talhah meluncur laju. Saya dan adik naqibah juga rancak berbincang memanfaatkan 3 jam perjalanan kami ke Aberdeen.

" Mereka kata, kita ni hanya nak bersama-sama dengan orang tertentu saja. Buat apa-apa pun dengan kita-kita je"
Saya meluahkan apa yang terbuku di hati. Kami yang bergerak atas dasar cintakan Islam dan mengajak orang untuk berbuat baik ini dikatakan tidak bercampur dengan orang lain. Malahan, kami dikatakan meninggalkan orang yang bukan berada di'circle' kami.

Kami bukan pemberi hidayah! Kami memang sebolehnya mahu menembusi semua hati yang berada disekeliling kami, menarik mereka kepada Allah yang satu. Di waktu yang sama kami juga mengharapkan mereka ini ada usaha untuk pergi ke jalan Allah itu. Kami akan buat setakat yang kami mampu.Tapi. mereka juga perlu berusaha mencari jalan untuk lebih mendekati Allah. Tidak perlu menunggu manusia lain mengetuk pintu hati jika kesedaran itu sudah timbul sendiri. Banyak kemudahan yang ada di dunia sekrang. Banyak laman web yang boleh dilawati yang mengajak manusia itu membuat kebaikan. Mungkin kita boleh menghubungi orang-orang ini untuk membantu kita. Hendak seribu daya!
"Kita tak boleh nak tinggalkan mereka yang hendakkan agama ini. Kadang-kadang mereka tu nak, tapi tak tahu nak buat apa. Di situ la tanggungjawab kita."
Adik seusrah saya pula melontarkan kata hatinya ketika di dalam usrah kami. Benar kata dia. Inilah usaha kami. Mendekati mereka yang mampu kami dekati. Kami tak minta apa-apa. Kami minta mereka kembali kepada Maha Pencipta sahaja. Kami bukan mahu nama. Kami bukan buat kerja ini untuk kepentingan sendiri. Bukan untuk kuatkan organisasi yang kami duduki. Bukan mahu menarik orang supaya boleh membentuk satu kumpulan manusia yang boleh menjatuhkan kerajaan hari ini. Bukan itu!!!

Hidayah Allah itu umpama hujan yang turun di bumi. Mereka yang mahukannya perlu menadah air hujan itu.  Kita perlu usaha mendapatkan hidayah. Kita yang telah tersedar ini pula perlu membantu mereka agar dapat sama mengecapi nikmat iman itu.

Ingat, pengakhiran kita nanti, kita mahu kembali kepadaNya. Benarkah solat kita selama ini? Dapatkan solat kita membuat kita benar-benar mengenali pencipta kita? Cukupkah amal kita? Adakah amal kita dapat mengembalikan kita kepada Allah?  Jangan amalan kita tu kita buat kerana rutin. Bacaan quran kita tu kerana kita hanya mahu membaca, tapi tidak langsung terkesan dihati dan dilahirkan melalui perbuatan. Islam bukan sekadar bertudung.Islam bukan sekadar nikah kahwin.Islam bukan skadar puasa di bulan ramadhan. Islam itu menyeluruh!

p/s: lain kali sambung lagi..

Thursday, December 03, 2009

Perubahan

Benarlah, cinta Allah itu mengatasi segalanya. Begitu terasa perubahan dalam diri. Kali ini begitu ketara! Hingga sendiri pun tidak terjangka daripada mana kekuatan ini diperoleh. Mungkin berkat doa ibu yang selalu mendoakan anaknya yang jauh ini. Atau doa adik naqibahku yang tak jemu-jemu memikat hati supaya tertaut dengan jalan ini. Tapi yang pasti, Allah sememangnya sentiasa menjaga ku.

Setiap kali aku tergelincir, pasti Dia menyedarkanku. Setiap kali ku alpa, ada Dia sebagai pengingatku. Dia ada di mana-mana. Dia sentiasa bersama ku.Patutkah aku jika aku tidak bersyukur?

Hari ini aku masih dikurniakan nikmat iman. Masih dapat mengecapi kemanisan iman. Kau tahu bagaimana manisnya iman itu? Iman itu terasa manisnya bila kau mencintai Allah dan Rasul lebih dari segalanya. Begitulah yang aku rasa sekarang. Aku rasa bahagia. Sangat bahagia. Sungguh! Aku tak bohong. Aku tidak lagi dibelengu cinta manusia. Cinta manusia yang tidak pernah menjanjikan apa-apa. Bila cintaku pada Allah diletak di tangga pertama, segala urusan semuanya adalah keranaNya. Hanya mengharap redhaNya. Kerana aku tahu, syurga yang aku ingin-inginkan itu bukanlah khayalan.Ia adalah nyata! Jadi, untuk apa lagi aku kejar cinta manusia itu?

Manisnya iman itu aku rasa hingga aku benci untuk kembali kepada maksiat yang telah aku lakukan. Sesungguhnya aku tak mahu lagi jatuh di lubang yang sama! Lubang penuh maksiat! Lubang penuh kejahilan! Lubang penuh khayalan! Aku tahu, neraka itu juga pasti! Mana aku sanggup duduk di dalamnya.Ya Allah, ampunkan dosaku!

Dan mereka disekeliling ku, ku ikhlaskan hati ku ini untuk mencintai kamu kerana Allah. Aku mahu kamu juga merasai apa yang ku rasa. Aku juga mahu kamu merasai manis iman ini....

Sabda Rasulullah SAW.: "Tiga perkara yang barangsiapa terdapat (ketiga-tiga perkara itu) padanya nescaya dia memperolehi kemanisan iman (iaitu) Allah dan Rasul-Nya adalah lebih dia cintai daripada selainnya (Allah dan Rasul), dan dia mencintai seseorang semata-mata kerana Allah, dan dia benci untuk kembali kepada kekufuran (maksiat) sebagaimana dia benci dilemparkan ke dalam api".

(Hadis Sahih Riwayat Bukhari dan Muslim dan lain-lain)

Dalam kemanisan ini, aku rasa tenang di dalamnya...

Ya muqallibal qulub, tsabbit qolbi 'ala dinika Ya Allah.. Amin!

Wednesday, December 02, 2009

Break

Take a break... layann...





p/s: Credit to Arina for the poster.Sangat mengujakan!!!!!

Tuesday, December 01, 2009

Buruk sangka II

Sebelum menyambung penulisan mengenai buruk sangka yang dibolehkan, kita lihat dulu perihal buruk sangka kepada Allah.

Buruk sangka kepada Allah selalu timbul apabila kita ditimpa musibah atau ujian. Kita tidak dapat menerima hakikat bahawa manusia itu diciptakan untuk diuji dan menghambakan diri kepadaNya. Seseorang itu merasakan bahawa Allah tidak adil kepadanya. Malahan ada juga yang mempersoalkan mengapa kita diuji.Kenapa Allah jadikan syurga dan neraka.Kenapa tak dijadikan syurga sahaja? Kenapa nak dibalikkan hati kita dari terus berada di jalan Allah? Kenapa itu kenapa ini..

Buruk sangka ini terhadap Pencipta kita ini wujud disebabkan kelemahan iman dan kurangnya kefahaman terhadap Islam itu sendiri. Cuba lihat semula, ujian-ujian yang pernah kita lalui dahulu. Mungkin di kala ujian itu mendatang, kita tidak nampak signifikan mengapa ia berlaku. Lihat kita hari ini, dan cuba 'relate'kan dengan ujian yang kita lalui itu.

Saya nak bagi contoh terdekat, iaitu diri sendiri (supaya boleh muhasabah diri jugak :).Ada suatu masa saya merasakan agak tertekan melihat kawan-kawan disekeliling seorang demi seorang berkeluarga. Lebih menambah tekanan apabila hubungan saya dengan seseorang terputus di tengah jalan dengan kata lain tak jadi kawin! Bila kita duduk dan berfikir sejenak, sememangnya saya sebenarnya tidak ada kemampuan untuk menduga atau predict what will happen to me in the future. Buat masa sekarang apa yang saya nampak, Allah belum menemukan jodoh saya kerana saya masih tidak mampu lagi untuk menjadi isteri yang solehah. Masih terlalu banyak perlu dibaiki. Saya juga masih diperlukan oleh keluarga untuk membantu mereka. Tidak ada satu keburukan pun atas apa yang ditentukan Allah kepada saya! Allah bukan nak bagi saya lonely, Allah bukan saja-saja nak buat saya sedih! Allah, He knows everything!

Buruk sangka terhadap Allah sehingga kurang yakin kepada kekuasaanNya, kebesaranNya, kebijaksanaanNya hanya akan melemahkan iman kita. Bila hati mula menuduh Allah tidak adil, kita akan mula merasakan hidup kita ini sia-sia. Menyangka Allah hanya nak bagi yang buruk-buruk sahaja. Sudahnya, kita terus hanyut, tidak muhasabah diri dan tetap dengan keadaan kita.Tidak redha dan tiada ketenangan dalam hati dan alangkah ruginya!!! dan dalam sebuah hadith qudsi, Rasulullah SAW bersabda,
"Firman Allah Ta'ala: Aku menurut persangkaan hambaKu dan Aku bersamanya di mana saja ia sebut (ingat) akan daku." (Hadith riwayat Bukhari & Muslim)

Kan lebih baik bersangka baik. Atau dengan kata mudah 'Think positive!' Kita tak akan rugipun jika bersangka baik dengan Allah. Tidak rugi pun berfikiran positif terhadap apa yang Allah tentukan dan segala ujian yang didatangkan kepada kita. Kita patut semat kukuh dalam hati bahawa Allah hanya berkehendakkan yang baik-baik sahaja untuk hambaNya. Kita kena yakin bahawa hanya Allah sahaja yang Maha Mengetahui.
InsyaAllah, kita dapat menjalani hidup ini dengan tenang dan semoga kita semua dapat keredhaan Allah...

To end this session, ada lagu best..meh la dengar.



(akan bersambung lagi.....InsyaAllah)

  © Blogger template 'Isolation' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP