Wednesday, April 27, 2011

Tukar fikiran

Salam

I may change my mind...
I may change my plan...

maybe not July
maybe in September...

Kena istikharah..
semoga Allah tunjuk yang terbaik.

Kita merancang,
Tapi Allah lah sebaik-baik perancang.

Doakan yang terbaik!

p/s: bukan plan kahwin.

Monday, April 25, 2011

Palestine, Kami bersamamu..


Credit to Farah yang ambil gambar ni (tak perasan pun bila masa diorang ni candid gambar ni masa tadabbur tu. Lokasinya adalah di Gibraltar) dan Izfa yang bersama-sama farah edit untuk masuk contest Fotografi aqsa Syarif 2011 di Hannover kelmarin. Tahniah untuk izfa yang menang tempat kedua untuk gambar yg ini :


Memang cun gambar ni! Keputusan penuh klik sahaja link warna biru tu.

Friday, April 22, 2011

Tsur

Bismillah,

Malam ini, nun jauh di Hannover, adik-adikku berkumpul bersama. Mereka akan bertungkus lumus untuk menjayakan program Aqsa Syarif esok hari. Ini merupakan program pertama mereka. Membaca email-email mereka (yang tersangat banyak) membincangkan tugasan-tugasan yang perlu dilaksanakan untuk memastikan program ini berjalan lancar, membuat aku mampu menarik nafas lega. Mereka sudah sampai ke tahap yang telah ku target selama ini. Biar pun lambat, namun sampai jua. 'Buah' yang ku jaga dan peram, kita boleh di petik. Semoga ia manis dan bermanfaat kepada semua.Terima kasih Ya Allah atas kurniaan ini.

Walaupun tidak bersama mereka, aku merasakan hati ini duduk sama-sama dalam bulatan kecil mereka malam ini. Mereka adalah mutarabbi pertamaku. Boleh dikatakan juga bahan ujikaji ku. Ataupun mereka adalah anak2 sulung ku. (anak sulung yg ramai :)) Ada yang nakal, ada yang ceria, ada yang sensitif, ada yang macam takde perasaan. Semuanya lengkap. Lengkap untuk benar-benar mentarbiyahkan diri ini. Mengendalikan mereka dari jarak beribu batu adalah satu cabaran yang sangat besar. Tapi, benarlah...Allah yang memegang hati-hati manusia ini. Alhamdulillah, doaku dimakbulkan. Hati-hati itu kini sudah bersedia untuk menggalas tanggujawab yang selama ini aku galas. Moga dakwah di bumi itu nanti akan subur dan mekar.

Nun jauh di Birmingham pula, murabbiku dan akhawat seangkatan denganku akan bersama-sama berkumpul. Seronok bertemu akhawat! Aku memang nak sangat pergi. Tapi nanti siapa pula nak siapkan report ni? Semoga pengorbanan ini Allah balas dengan yang lebih baik. Tak lama...aku harus menggunakan masa yang tidak lama ini untuk membuat yang terbaik.Yang pasti, aku menunggu penanda buku, dan donut krispy kreme dari mereka :)

Maka, tinggallah aku dan Cik Fidah di 'Tsur'. Owh...itu nama rumah kami yang baru. Signifikan dengan Gua Tsur. Di mana Rasulullah s.a.w dan Abu Bakar tinggal sebentar sebelum meneruskan penghijrahan ke Madinah. Bukit Tsur yang tinggi, signifikan dengan rumah kami yang tinggi (Tingkat 11). Hanya Rasulullah dan  Abu bakar di gua tsur itu, begitu juga hanya aku dan cik Fidah di rumah ini. Rumah ini tak boleh bising-bising nanti jiran bawah rumah marah. Rasulullah dan Abu Bakar, duduk diam-diam berlindung dalam gua dari kaum Musyrikin Mekah yang mencari mereka. Jadi, sangat sesuai lah nama ini. Semoga kami dapat semangat Hijrah Rasulullah itu dalam menempuh cabaran-cabaran untuk menghabiskan PhD ini.Doakan kami!

Tsur bakal dapat dicantikkan di dapur dan toilet. Alhamdulillah, council nak bagi kitchen cabinet dan lantai baru, serta toilet yang baru kat semua penghuni di flat. Sempat la merasa sebelum balik Malaysia. InsyaaAllah kalau ikut perancangan akan pulang awal Julai. Viva ku terpaksa dijalankan pada bulan September atas permintaan external examiner. Jadi aku akan pulang awal untuk lapor diri dan kembali semula ke Glasgow September nanti untuk viva.Doakan dimudahkan semua urusan.

Wednesday, April 20, 2011

Dakwah adalah satu cinta

Tika 'cinta' itu hilang, aku digantikan dengan cinta yang tiada tandingnya.

Dan aku terus mabuk dalam cinta itu...

Ya, Dakwah ini satu cinta...


dan......

..
..
..
..
..
cinta itu tetap dalam hati...walaupun terpaksa melayan cinta PhD buat sementara ini...
moga saat indah cinta akan kembali.
itu adalah janji.
sabarlah wahai hati.

63 hari lagiiii........
*gulp*

Sunday, April 17, 2011

Bulan


Subhanallah! 7.45 pm, Glasgow.....

Thursday, April 14, 2011

Masalah

Kisah lama kembali menghantui.

Cebisan masa silam masih ada dalam kehidupan sekarang. Dan minggu ini kembali menghantui. Masalah demi masalah yang datang. Alhamdulillah. Ada keluarga di sisi yang membantu. Memang di kala kita dalam masalah, keluargalah tempat kita bergantung harap. Kadang-kadang kawan pun tak dapat nak bantu. Alhamdulillah dikurniakan keluarga yang memahami. 

Ketika berbual dengan Mama di telefon membincangkan masalah ini, terbit timbul rasa syukur dalam hati. Syukur kerana di selamatkan dari kisah silam itu, dan syukur kerana mama sentiasa ada untuk membantu dan support diri ini. Mama..i love u :)

Semoga Allah mudahkan diri ini menghadapi masalah yang datang. Begitu juga aku doakan untuk adikku yang seorang itu. Aku tahu beratnya masalah yang dihadapi tapi langsung dia tidak menampakkan di hadapan adik-adikku yang lain. Dia cukup tabah. Semoga Allah berikan kesabaran yang tinggi untuknya. Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Aku hanya mampu menjadi tempatnya mencurah segala isi hati. Namun, tiada apa yang dapat ku lakukan daripada berdoa dan terus berdoa untuknya. 

InsyaAllah, dugaan itu untuknya lebih dekat kepada Allah. Lebih lagi mengharap pertolongan Allah. Sebagai tarbiyah untuk belajar erti kesabaran yang sebenar. Kita memang sukar menukar hati manusia. Tapi ingatlah yang memegang hati-hati manusia itu adalah Ar Rabb. Pohonlah padaNya.Pohonlah...

Aku juga pernah berdoa supaya hati-hati beberapa adikku yang lain supaya dilembut untuk terima tarbiyah ini dan Alhamdulillah,ternyata Allah memperkenankannya. Jadi, aku yakin...berubahnya adik-adikku adalah kerana hati-hati itu Allah telah palingkan ke jalan kebaikan ini. Semuanya adalah kerana Dia.Ya, hanya Dia.

Letakkanlah seluruh pengharapanmu padaNya. InsyaAllah...Dia tidak pernah sia-siakannya...

dan ingatlah...La yukallifullah hu nafsan ila wusa'ha...

Wallahua'lam 

Tuesday, April 12, 2011

Catatan rindu Wihdah

Salam,

Allhamdulillah..thumma alhamdulillah.

Dec 2009 yang lalu, merupakan kali pertama aku bersama-sama mereka. Daripada sekadar menjadi pendengar hinggalah tiga minggu selepas itu tiba-tiba aku menawarkan diri untuk membawa mereka selepas naqibah mereka pulang ke Malaysia. Aku pun tak tahu, apa yang menyebabkan diri teruja untuk membawa usrah tersebut. 

Kini, April 2011. Sudah setahun lebih aku bersama mereka. Perubahan demi perubahan berlaku di hadapan mata. (eh! di dalam email atau sebagainya sebab jarak yang jauh..hehehe.), Masih ingat lagi, wajah-wajah yang tidak berpuas hati bila aku memisahkan mereka(senior dan junior) demi kepentingan tarbiyah. Tidak boleh aku satukan mereka yang sudah lama ikut usrah dengan yang sangat baru hendak ditarbiyah. Akan berlaku ketidakadilan di situ. Aku hanya akan melambatkan proses tarbiyah kakak-kakak. Makanya aku lakukan juga dengan bergantung sepenuhnya pada Allah supaya memudahkan urusan tersebut dan menghadapi muka kelat mereka.

Hari perpisahan dengan mereka sudah semakin hampir.Sedih. Inilah perasaan Murabbi bila mana terpaksa melepaskan anak-anak binaannya. Kini aku dapat memahami perasaan Huda ketika melepaskan Widad Mu'nisah kepadaku dan Aisyah. Ya, perasaan seorang ibu yang hendak melepaskan anak-anaknya...
itulah perasaannya.

Tapi di situlah tarbiyah yang boleh dicedok. Perasaan sedih itu akan berlaku apabila kita berpisah dengan sesuatu yang kita 'attach' selain Allah. Manusia, harta benda, mahupun kawasan...apabila sudah terlekat di hati, sangat sukar untuk kita lepaskan.Bila dilepaskan, hati akan jadi sedih. Oleh itu, perlu kita luruskan semula pandangan kita kepada perkara-perkara selain Allah. Bahawasanya semua ini adalah satu pinjaman yang Allah berikan. Pinjaman untuk kita pelajari sesuatu, dan mungkin juga untuk menguji diri kita.Ingatlah, tidak akan ada yang kekal selain Dia.

Pertemuan dan perpisahan itu adalah lumrah kehidupan dunia. Jangan jadikan ia sebagai alasan untuk tidak meneruskan hidup ini. Jangan jadikannya alasan untuk kita terus bersedih.Ataupun lebih teruk lagi, sebagai alasan untuk keluar dari jalan dakwah dan tarbiyah ini. Pasti ada jalannya bagaimana kita untuk terus berhubung. Lihatlah dari sudut yang positif adik-adikku. 

Banyak kenangan manis bersama Wihdah yang tidak akan aku lupa. Merekalah sebenarnya yang telah menjadikan diriku seperti sekarang. Merekalah tarbiyah paling besar yang aku peroleh. Masakan boleh ku lupa, bila mana passport dibuka, kebanyakkannya cop adalah dari bumi Germany.

InsyaAllah, kalianlah pilihan Allah untuk meneruskan dakwah di sana. Dari jauh, aku akan sentiasa doakan kalian....

catatan rindu,
kak mimi

p/s: Wihdah adalah nama kumpulan usrah.

Amalan

Bismillah,

Alhamdulillah, usai sudah tugasan hari ini. Lebih produktif. Ya, lebih produktif setelah 'deactivate' facebook. Aku memang mudah distract dengan FB. Salah satu sebabnya, masa untuk simulate programmingku, ia terlalu lama hingga rasa bosan lantas menyebabkan aku membuka FB. Hehehe..alasan yang tak kukuh.Tapi itulah hakikatnya.

Tetapi, Allah telah menegur diriku. Ketika membaca sebuah buku (untuk memenuhi mutabaah amalku) aku sampai ke baris ayat berikut:

"Masakan mahu masuk syurga jika hanya tidur? Masakan kamu kata kamu takut neraka jika hanya tidur?"

Opss..Zappss.. terkena diri sendiri. Bukanlah bermakna aku kuat tidur. Tapi lebih kepada buat perkara-perkara yang buang masa dan tak bersungguh-sungguh beramal. Ya, ramai anatar kita nak masuk syurga. Tapi soalannya..adakah kamu beramal seperti amalan ahli syurga? Yakin sangat ke dengan amalan yang dah buat sekarang tu membolehkan kita masuk syurga.

Aku kira-kira semula amalannku. Hafalan memang entah ke mana. Quran alhamdulillah memangbaca setiap hari tapi rasa masih tak cukup. Dan yang lain-lain. Kalau dibuat research berapa lama masa dihabiskan untuk membuat amalan ahli syurga...mungkin dapat 20% jer kot :(

Oleh itu sahabat, mari kita muasabah diri kita. Sejauh mana kita bersunguh-sungguh mengejar syurga. Jika masih disibukkan dunia, maka sebenarnya takut mu pada azab Allah itu dan keinginan untuk syurgaNya, hanya mainan di bibir dan kau tidak menzahirkan melalui amalanmu.

InsyaAllah, masih ada masa untuk kita sama-sama berubah...Ayuh!!! jangan tungu lagi. Kerana kita sendiri tidak tahu bila akan selesai urusan kita di dunia ini...

p/s: masa untuk berfacebook sudah digantikan dengan sesuatu yang lebih baik..alhamdulillah...

Wednesday, April 06, 2011

Cinta

Sesiapa pun suka berbicara tentang CINTA. Kerana CINTA itu fitrah. Ada yang bahagia dengan CINTA dan ada yang merana kerana CINTA.

Alhamdulillah, Allah telah memberikanku banyak episod cinta. Yang baik dan yang buruk. ALhamdulillah, kerana cinta Allah, aku sentiasa diselamatkan dari terus hanyut dan kufur pada nikmatnya.

PhDku hanya tinggal beberapa bulan sahaja untuk tamat tempohnya. Owh! Jangan ditanya di tahap manakah aku sekarang. Soalan tu sangat sensitif dan sangat memberikan stress pada kami yang patut habis tapi tak habis-habis lagi. Bukan soalan yang kami nak dengar. Tapi doakanlah semoga dimudahkan urusan PhD ini. Soalan mama pun setiap kali menelefonnya, pasti akan keluar pertanyaan "Belajar macam mana?" dan jawapan biasaku "Tengah buat..insyaAllah". Soalan seterusnya, "ada siapa2 tak lagi?" (Adakah anda semua faham soalan itu? :))

Aku sejujurnya menjawab, biar habis dulu PhD ni. Dalam hati...biar Allah yang tentukan. Kerana urusanku sudah ku letak sepenuhnya pada Allah. Usaha sudah dilakukan. Hanya jodoh dan masa yang belum sampai lagi. 

Selepas Allah sedarkan diri dengan episod2 cintaku yang lalu, memang hati ini aku tutup serapatnya hanya pada yang Halal. Ingin bukanya, pergila dengan cara yang sepatutnya. Kerana memang tiada istilah bercinta sebelum kahwin. Aku sudah merasakan. Dan aku tidak mahu mengulangi kesalahan itu. Tiada nikmatnya cinta itu. Sentiasa dipenuhi dengan nafsu dan angan-angan panjang yang entah jadi atau tidak. Hati terus jadi rosak. Hilang cinta pada tuhan.

Masakan kita boleh kata kita cinta pada tuhan, di masa yang sama kita mencintai makhluknya sepenuh hati. Dalam hati itu sahabatku, hanya ada satu rongga. 
"Allah tidak sekali-kali menjadikan seseorang mempunyai dua hati dalam rongga dadanya..." (Al Ahzab:4)
Jika kau penuhkan hatimu dengan cinta makhluk, di mana kau mahu letak cinta Allah yang Maha besar itu? Aku sudah merasakan... konon mahu mencintainya kerana Allah. Cinta apa kerana Allah jika hati bermaksiat, jika apa yang dilarang Allah kau lakukan. Apa nilai cintamu itu pada Allah? Memang cinta tidak halal itu, angaumu itu hanya merosakkan hati.

Biarlah aku dikatakan anak dara tua mahupun andalusia biar apapun istilah yang kalian beri. Biarlah... biarlah Allah tentukan diriku ini dengan yang selayaknya. Biarlah..biarlah aku bercinta dengan Allah sampai hujung nyawa. Tak pernah ada kekesalan jalan yang dipilih ini. kerana ku tahu, nikmat cinta dunia itu hanya sementara...

Seusai melawat adikku semalam, Allah..aku merasakan ada sesuatu yang Dia mahu aku pelajari. Bagaimana adikku itu berusaha untuk tidak terjebak cinta larangan ini. Sanggup memutuskan, sanggup terima risiko demi kefahaman yang diperoleh.Allah memang mencintainya dan ingin selamatkannya.Terima kasih Allah kerana memberi pelajaran itu. 

kepada yang sedang bercinta sebelum kahwin, mungkin kau dapat syurga sebelum kahwin, tapi jika kau terus hanyut dan lalai syurgamu itu mungkin Allah tarik selepas berkahwin. 

kepada pencari cinta, mari kita berdoa semoga Allah terus beri kekuatan kepada kita agar terus berpegang pada taliNya dan tetapkan hati kita menghadapi dugaan nafsu dunia ini. Semoga Allah kurniakan syurga di hati kita...

Ingin aku kongsikan pesanan indah dari ustazah fatimah mengenai cinta kerana Allah..aku menangis mendengarnya...



Pesanan ustazah untuk cinta kerana Allah :


1) Muhasabah selalu - bertaubat jika kita telah melakukan sesuatu yang dilarang Allah (teringat, termemuja, terangau dan sebagainya.)Kembalikan cinta kita kepada Allah


2)Jaga keikhlasan hati kita. Ikhlas cinta kepada Allah...


3)Tutup pintu-pintu fitnah - menjaga ikhtilat,menjaga aurat, menjaga pandangan.etc.


4)Siapkan diri untuk menjadi pasangan yang ideal - sibukkan diri dengan memahami agama dan sebagainya.


Semoga dapat manfaatnya,


salam cinta,
Mimiamilia

  © Blogger template 'Isolation' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP