Monday, November 28, 2011

Halaqah online

Salam,

InsyaAllah saya akan menjalankan halaqah secara online bermula Januari 2012. Alhamdulillah sekarang ada beberapa orang yang berminat untuk ikut serta. Saya masih bukak halaqah ini untuk beberapa orang lagi. Saya tak bercadang untuk kumpul ramai-ramai dalam satu halaqah. InsyaAllah paling banyak dalam 6-7 orang. Halaqah ini khusus untuk mereka yang tak pernah ikut mana-mana halaqah/usrah sebelum ini. Insyaallah kalau diizinkan akan buat secara 'offline' sekali sekala. Sesiapa yang berminat boleh email saya :

ixmim@yahoo.com

Semoga usaha ini mendapat keredhaan Allah.

p/s: Kepada adik-adikku yang dah pernah usrah di UK atau German, sila teruskan usrah dengan kawasan masing-masing. Kalau masih belum dapat usrah, insyaAllah akan diusahakan mencari kumpulan usrah dan kalau masih tak dapat then kita akan bentuk kumpulan yang lain. Untuk family...kita adalah halaqah family 4hb ni insyaallah...

Saturday, November 26, 2011

Selamat Tahun Baru Hijrah

Salam awal Muharam semua,

Alhamdulillah, Allah beri kita nikmat dan kesempatan untuk melangkah ke tahun baru 1433 Hijrah. Sudah 1433 tahun peristiwa hijrah itu berlalu. Namun, setiap kali diberi tugasan untuk menyampaikan ISK (Ini sejarah kita - sejarah dunia Islam) kepada adik-adik, setiap kali itu diri merasakan semangat juang dakwah Baginda dan terngiang-ngiang nyayian Tolaal Badru A'laina yang dinyanyikan oleh penduduk Mekah meyambut kedatangan nabi yang tercinta.

Sinonim dengan permulaan tahun baru, pasti masing-masing memasang azam baru. Aku doakan semoga kalian dapat istiqamah dalam mencapai azam tersebut. Azamku tahun ini adalah untuk mempergiatkan usaha dakwah di bumi yang baru aku duduki selama sebulan ini. Aku juga mahu membuktikan bahawa, tugas sebagai pensyarah dan daie adalah seiring. Aku perlu berusaha keras memenuhi kriteria untuk mendapat 'confirmation' yang syarat-syaratnya sangat ketat disamping tidak melupakan kerja-kerja dakwah ini. InsyaAllah, rumah sewa yang baru ku namakan Raudhah supaya ia menjadi taman syurga dunia.Aku juga berazam untuk menulis dengan lebih serius (update entri selalu), insyaAllah.

InsyaAllah, selepas ini akan menyusul entri baru yang aku ingin semua mendapat manfaat drpdnya. Till then..illalliqa'..salam maal hijrah

Thursday, November 10, 2011

Viva

Alhamdulillah, tarikh viva sudah diberikan. 15 Dec 2011. Kebetulan, jatuh pada tarikh lahir bonda tercinta. Hati dah mula berdebar. Kena mula buka buku, dah puas bercuti selama sebulan. Tiba-tiba, bila fikir pasal viva, rasa nak nangis pun ada. Inilah penentu setelah 4 tahun berhempas pulas. Suka duka buat PhD ni hanya orang yang mengalaminya yang tahu. Setiap pelajar PhD punya masalah yang berbeza. Semoga Allah mudahkan perjalanan viva ini.

Selama 3 minggu ni taman ilmu dan budi ini, pelbagai perkara yang dipelajari. Kesimpulannya, bukan mudah menjadi seorang pendidik disamping aktif sebagai 'reseacher'. Dalam kepala, ada banyak perkara yang dirancang. Dari tajuk kajian sehinggalah penulisan buku. Itu belum dicampur dengan plan dakwah dan tarbiyah. Insyaallah perlu jadi superwoman supaya diri ini dapat dimanfaatkan utk orang lain. Apakah erti kehidupan sekiranya kita langsung tidak bermanfaat pada orang lain?

Alhamdulillah, hari ini insyaallah akan mengendali satu usrah setelah berbulan-bulan tidak berusrah. Pagi tadi, seorang rakan melontarkan pandangan terhadap org2 usrah ni. Katanya, orang usrah ni kadang-kadang pandai bercakap sahaja. Tapi bila kena batang hidung sendiri, apa yang dicakap sendiri pun tak buat. Bagi diri ini, orang usrah ke, orang tak usrah ke, kita semua manusia biasa. Memang pasti akan buat kesalahan. Cumanya, bila kes org usrah, ia nampak lebih menonjol. Sedangkan mereka yang tidak ikut usrah pun kadang-kadang memberi nasihat pada org lain tapi diri sendiri melakukan perkara yang dinasihatkan. Jadi, tidak kira siapa diri kita, berpeganglah pada ayat 2-3 surah As saff :

Wahai orang-orang beriman! Mengapa kamu mengatakan sesuatu yang tidak kamu kerjakan? Amat besar kebenciannya di sisi Allah jika kamu mengatakan apa-apa yang tidak kamu kerjakan.

Ayat ini peringatan untuk diri sendiri juga. Semoga apa yang lahir dari bibir, selari dengan perbuatan kita. Doakan untuk ujian viva saya!

  © Blogger template 'Isolation' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP