Thursday, September 03, 2009

Abang Gemok!


UP..UP..to the sky!!!

"Abang Gemokkk!!" Dhia menjerit kesukaan bila melihat poster cerita UP. Watak si comel Russell dalam cerita UP tu, memang sebijik macam Danial, abangnya. Setiap kali tengok poster tu di mana-mana, mesti dia akan jerit..Abang gemokk!

Selasa lepas, mommy Dhia dan Danial ajak tengok cerita ni bersama Cik cik yang amik cuti hari tu.Danial pun sangat la excited.

"Saya nak tengok cerita saya" Ayat yang diulang-ulang Danial sampai tak larat nak dengar. 'Cerita saya' tu refer to Abang gemuk which is him la.

Cerita Up untuk suku masa pertama memang sangat mengujakan.Lebih-lebih lagi intronya.Ha..kena la tengok kalau nak tau apa intro yang sangat menarik dan kelakar tu. Dalam panggung Danial dan Dhia tak habis-habis buat bising. Nasib baik amik seat hujung sebelah dinding.

Untuk cerita UP saya bagi 3 bintang jer. Sebab pertengahan cerita ni agak membosankan untuk kanak-kanak.Dhia pun boleh tertido.Danial kena tanya banyak soalan sebab tak paham. Bagi saya Ice Age lagi best!!!


  © Blogger template 'Isolation' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP