Thursday, July 26, 2012

Rindu

Sudah lewat malam. Tapi mata masih tak mengantuk. Tiba-tiba hati rasa sayu... rindu pada saat-saat menemui tarbiyah. Rindu dengan semangat yang begitu tinggi mencari cahaya hidayah. Entah kenapa, diri merasakan bahawa hati seperti semakin kesat. Rindu hati yang sentiasa dahagakan cinta Allah. Rindu..sangat-sangat rindu menangis di hadapan Kaabah. Rindu suasana yang tenang di dalam hati.


Rindu,
mungkin itu tanda hati ini jauh dari Allah.

Rindu,
mungkin itu tanda hati ini perlu disedarkan dari lena yang panjang.

Ya Allah jangan biarkan diri ini larut dengan kehidupanku ini...

Suatu perjalanan...

Bismillah,

InsyaAllah rasa terbuka hati nak berkongsi cerita dengan semua. Memang soalan lazim yang kami dapat bila jumpa kawan-kawan.

"Macam mana jumpa?"

Kalau nak diberitahu secara ringkasnya, kami berdua dipertemukan melalui Baitul Muslim(BM) jemaah. Tapi bagi rakan-rakan yang tak faham, soalan susulannya mesti..

"Baitul Muslim tu apa?"

Jadi kami akan beritahu..

"Ermm..Ada orang kenalkan".

Proses Baitul Muslim tu bukannya suatu proses yang segera terutamanya pada pihak perempuan. Yang pertama sekali perlu dilakukan adalah mengisi borang dan serahkan pada naqibah. Borang pun bukan suka-suka hati boleh isi bila-bila masa kita suka. Bila sampai suatu tahap, naqibah rasa kita dah boleh bersedia, dia akan meminta kita isi borang. Saya sendiri rasanya isi dan hantar borang sebanyak 3 kali. Masa menunggu pula hampir 3 tahun.

Berbalik kisah saya dan En Zauj, saya sebenarnya sudah menyerahkan borang BM sejak tahun akhir PhD lagi pada bakal naqibah di Malaysia melalui seorang rakan (yg kini jadi ahli seusrah). Apabila pulang ke tanahair, kebetulan ada program waktu tu dan ada yang bertanya saya sudah berkahwin ke belum. (Kalau jumpa makcik-makcik masa program, memang diorang akan tengok anak-anak dara yang belum kahwin lagi ni.)

Memang tak mengharap pun yang akan bertemu jodoh dengan segera bila pulang ke Malaysia. Tapi tetap sentiasa doa dengan sungguh-sungguh untuk dapat jodoh. I even wrote in my FB status yang tahun 2012 adalah tahun bulatkan hati untuk kahwin. :)

Dipendekkan cerita, dalam bulan Februari naqibah beritahu mengenai En Zauj dan minta diskus dengan family. Yang kelakarnya, naqibah ingat saya ni kenal En Zauj almaklumla.En Zauj ni fulltimer dalam jemaah di Penang. So muka dia ada di mana-mana jer. Malangnya, memang tak kenal. Jadi, setelah dapat nama, saya pun tanya syeikh google dan dengan mudah dapat gambar En Zauj.

Setelah perbincangan dengan keluarga, alhamdulillah keluarga setuju dan selepas confirm persetujuan keluarga barulah dapat biodata. (Ini adalah proses yang pasti tak sama dengan proses yang biasa dilalui dlm BM. Tak sama atas hal tertentu) Punya la ringkas biodata dan takde gambar pulak tu.Nasib baik saya ni stalker (secara online yer) Jadi, tahu la juga rupa paras En Zauj. Setelah beristikharah seminggu, saya membuat persetujuan untuk bertaaruf.

(Antara perkara menarik sepanjang istikharah, Allah memang memberi pentunjuk yang jelas pada saya. Pada satu program di Penang, Allah takdirkan saya terserempak dengan En Zauj beberapa kali. Dari pagi hingga ke malam dalam pelbagai situasi.)

Setelah dua kali taaruf, En zauj datang melawat keluarga saya dan kami bersetuju untuk bertunang pada 7 April 2012.


Alhamdulillah, sepanjang pertunangan tu boleh bilang dengan jari berapa kali kami bercakap di telefon. Berjumpa pun hanya beberapa kali atas urusan kad perkahwinan dan hantaran.

Akhirnya pada 2 Jun 2012, kami diijabkabulkan dengan sekali lafaz.


Syukur pada Allah dengan pertemuan ini. Kami berkenalan dalam masa yang singkat. Namun jika memang jodoh takkan ke mana. Tak pernah terfikirkan akan melalui proses yang sesingkat ini. Alhamdulillah dapat suami yang penyayang, ceria, dan caring. Semoga Allah berkati perkahwinan ini. Doakan kami dapat zuriat yang soleh dan solehah. 


Kepada kawan-kawan yang belum berkahwin, InsyaAllah...Ramadhan ni doa sungguh-sungguh pada Allah. En Zauj adalah hadiah Allah pada saya. En Zauj adalah doa saya pada Ramadhan yang lalu. Allah lebih mengetahui bila kah masa yang sesuai untuk kita.. jadi sabar dan teruslah cuba untuk mempersiapkan diri menjadi isteri yang solehah.. :)

Wednesday, July 25, 2012

Ramadhan kali ini...

Salam,

Ramadhan tahun ini pasti berbeza dengan Ramadhan yang lalu. Jika di tahun lepas, Ramadhan disibukkan dengan penulisan tesis. Tapi masih sempat untuk berada di surau sejam sebelum waktu berbuka puasa untuk bertadarus bersama anak usrah di surau Strathclyde University. Ramadhan kali ini, seawal pukul 5 sudah sampai ke rumah dan bersedia untuk berperang di dapur. Di ofis akan terfikir-fikir nak masak lauk apa untuk zauj (suami ) tersayang...

Ramadhan tahun ini juga bertadarus dengan En zauj pula. En. zauj kata, dia dah lama menyimpan angan-angan nak bertadarus dengan isteri. Alhamdulillah, tahun ini Allah memakbulkan keinginannya. Segala puji bagi Allah yang telah mempertemukan dengan jodoh yang sama 'wavelength'. Kami bercakap bahasa yang sama. Bahasa dakwah. Saling ingat mengingati antara satu sama lain. Tiada masalah sekiranya balik lambat sebab pergi usrah atau ada program. Tiada masalah kalau nak pi program hujung minggu. Pendek kata, Allah telah memudahkan perjalanan dakwah kami dengan ikatan perkahwinan ini.

Semoga Ramadhan tahun ini lebih memberi makna. Alhamdulillah, doa di Ramadhan tahun lalu, Allah makbulkan :)

Selamat shoping pahala di bulan Ramadhan!

Friday, July 06, 2012

Bercinta hingga ke syurga

Sebulan berlalu...

Alhamdulillah..sudah bergelar isteri. Semoga Allah berikan keberkatan kepada kami suami isteri...

  © Blogger template 'Isolation' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP