Friday, February 20, 2015

Hobi saya membaca.



Bismillah,

Antara misi tahun 2015 adalah untuk kembali membaca. Dengan membaca akan dapat banyak perkara yang boleh dikongsikan dengan orang lain. Hari ni saya baca satu buku yang menarik.


Pra kata pun sudah buat kita banyak berfikir. Buku ini bertemakan "Dengan semangat Iqra, Memugar Budaya Ilmu".

Ya, Iqra! Kalam Allah yang pertama diturunkan.

Dato' Dr. Siddiq Fadzil dalam ulasasannya melahirkan kehairanan bagaimana umat Islam yang tahu perintah pertama agamanya adalah iqra' tetapi berada dalam kelesuan budaya ilmu. Lihatlah kemunduran umat Islam kini. Kita boleh refleksi diri dengan pembacaan Al Quran. Adakah semata-mata motif untuk ta'abuddiy yang sekadar ritual mencari pahala? Pembacaan pasif tanpa tadabbur? Tanya pada diri sejauh mana kita merenung dan menangkap mesejnya secara responsif?

Kegagalan kita dalam pembacaan Al Quran ini yang membawa kepada kemunduran umat ini.

Perintah Iqra' ini telah berjaya mengubah bangsa Arab dan juga dunia. Barat hari ini terhutang budi dengan ketamadunan Islam yang mementigkan keilmuan yang menyumbang kepada perkembangan sains dan teknologi.Namun, itu adalah masa kegemilangan Islam yang lalu.

Hakikatnya, umat kini sangat lesu. Siddiq  menulis sekiranya mahu dibangkitkan umat ini, Maka, semangat Iqra' perlu disegarkan. Semangat Iqra' adalah ghairah merebut ilmu demi pengabdian kita kepada Allah. Sumber Ilmu adalah daripada Allah.

Di bab pertama, persoalan yang menarik muncul.

"Apakah Hobimu?"

Pelabgai jawapan kita perolehi bila soalan itu ditanya.

"Hobiku mengumpul setem. Hobiku menonton television"

Ada juga menjawab,

"Hobiku membaca"

Penulis melahirkan kehairanan akan jawapan ini.Satu persoalan dilontarkan.

'Apakah benar sekiranya seseorang menjawab, Hobiku minum air. Padahal setiap orang minum air? Bukankah minum air itu satu keperluan?

Maka, sama juga dengan membaca. Membaca itu satu keperluan. bukan Hobi!

Membaca bukan hobi tapi adalah konsep hidup. Iqra'! Perintah pertama yang perlu dipandang serius. Perintah yang mengubah penduduk dunia.

Kita sepatutnya merenung kembali kisah penurunan wahyu. Kenapa Iqra? Kenapa Baca? Bukan betulkan Akhlak? atau bukan perkara lain?

bersambung...

Thursday, February 05, 2015

Misi 2015

Saya berada di IJN. Alhamdulillah ayah selamat menjalani pembedahan bypass di jantungnya. Saya menemani mama dua hari ni. Jadi kena buat kerja di sekitar IJN.

Bila direnung kembali, perjalanan hidup ini Allah memang susun cantik. Saya berada sebulan di lembah Klang untuk 'industrial attachment'. Mama yang memang perlu peneman dapat juga peneman di IJN ini atas susun atur kehidupan yang Allah rencanakan. Kerja saya flexible, boleh buat di mana sahaja. Oleh itu tiada masalah nak pergi ke mana-mana. 

Cuba kita semua renung perjalanan hidup selama ini. Memang akan kita nampak Allah susun hidup ini dengan penuh Rahmah. Ada sebab sesuatu itu berlaku. Jangan pernah sesali apa yang berlaku dalam kehidupan. Muhasabah dan jadikan pandunag untuk terus ke hadapan.

Usia sudah mencecah pertengahan 30an. Banyak perkara yang dipelajari. Waktu inilah masing-masing berusaha membina kerjaya. Diri sendiri tak terlepas. Kalau dilihat...banyak sangat tanggungjawab dan perkara yang nak dilakukan. Tiga misi yang hendak dicapai, misi kerjaya, dakwah dan keluarga. 

Misi Kerjaya, dalam tahun ni, perlu confirm. Ya, dah nak masuk 3 tahun tapi belum lagi confirm. Requirement untuk confirm memang sangat tinggi. Nak kena ada Ir,, dan paper ISI. Memang jenuhlah. Tapi, buat pelan-pelan...semoga dapat penuhi keperluan semua tu.Selain itu, misi untuk buat networking dan polish skill juga diteruskan. 

Misi Dakwah, tahun ni akan membantu unit remaja untuk hasilkan satu modul remaja. Disamping itu nak memperkasakan team aktivis remaja di negeri. Saya beri 2 tahun untuk saya bangunkan team ini. Alhamdulillah, 1 tahun yang penuh cabaran telah dilalui. Tahun ini semoga lebih sukses!

Misi Keluarga adalah untuk menimang cahaya mata. Akhirnya, seteah banyak kali melengahkan,  saya telah pergi bertemu pakar. Kami dalam proses untuk dapatkan anak. Jadi mohon doa semua :)


Semoga tahun ini Allah beri kemudahan untuk menjalankan misi-misi ini.Amin...

  © Blogger template 'Isolation' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP