Wednesday, July 25, 2007

Kembali



Nasyid Raihan dulu-dulu.Sangat berbekas dihati. Kita manusia tak terlepas dari buat kesalahan. Bertaubat lah selagi ada peluang. Allah itu Maha Pengampun, Maha Pengasih,Maha Penyanyang. Didik lah hati sentiasa berdoa memohon keampunanNya. InsyaAllah...

Tuesday, July 24, 2007

Berhenti, toleh ke belakang...

Kadang-kadang kita terlalu sibuk. Sibuk dengan kerja, sibuk dengan exam, sibuk dengan itu ini. Sampai lupa untuk berhenti sekejap, dan toleh ke belakang melihat bekas-bekas yang ditinggalkan. Memang untuk terus maju kita harus terus pandang ke hadapan.Tapi bukankah yang belakang/yang lalu itu boleh kita jadikan pengajaran untuk terus maju ke hadapan? Atau dengan ayat lain yang paling tepat, kita perlu muhasabah diri.

Melihat graf iman di hati yang seperti sistem dinamik tidak linear, sentiasa naik dan turun tak pernah 'stable' di tambah dengan gangguan luar yang semakin hebat menyebabkan frekuensinya kadang-kadang semakin tinggi.Terlalu cepat naik dan terlalu cepat turun.Makin parah kalau tak naik-naik. Itu yang paling saya takut. Saya pernah alami zaman tu.Bagai tak nampak cahaya, gelap gelita. Tapi tuhan tu Maha penyayang. Dia beri ujian demi ujian agar kita terus berharap kepada Dia.Dekatkan diri padanya. Oleh itu, jangan kita mengeluh bila mana yang kita doa dan hajati tidak tercapai. Jangan mengeluh bila bencana tiba.Jangan kita tanya pada Allah kenapa orang kaya terus bertambah kaya walaupun dia terus lalai, kita yang selalu berdoa ini masih begini. Sesungguhnya, Allah mahu kita terus mendampinginya. Terus berdoa padaNya.Kerana Dia kasihkan kita.Mahu kita terus berharap padaNya.

Kalau dikenang hari-hari yang lalu, memang saya rasa mahu kembali dan betulkan apa salah, apa yang kurang. Tapi, itu tak mungkin berlaku. Biarlah yang lalu jadi pengajaran pada diri. Supaya saya tidak ulang lagi kesilapan-kesilapan itu.

p/s: Ingatan pada diri dan semua. Ingatan ini ikhlas dari hati.Bukan untuk tunjuk2 alim.Hari ini mungkin kita sehat, tapi esok?kita tak tahu,mungkin kita akan mati. Mengingati kematian itu membuatkan kita beringat sentiasa yang tidak ada yang kekal dibumi ini.Semua akan kembali kepadaNya. Cukupkah amalan kita?

  © Blogger template 'Isolation' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP