Wednesday, September 17, 2008

Bacalah dengan Nama Tuhanmu

"Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhanmu yang menciptakan (sekalian makhluk). Dia menciptakan manusia dari sebuku darah beku. Bacalah dan Tuhanmu Yang Maha Pemurah. Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan. Dia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya" (Al-'Alaq, 1-5)

Setahun lepas,

Ra*j: Apa yang awak buat masa peperiksaan selain baca buku?

Mimi: Saya berdoa pada Tuhan.Mintak Dia permudahkan urusan saya.Awak berdoa?

Ra*j: Tak perlu.Saya tengok cermin dan akan memuji-muji diri sendiri.Sebabnya, saya yang bersusah payah belajar.Hanya saya boleh menentukan lulus atau tidak dalam peperiksaan.So, i should praise myself.

Ra*j kawan saya berasal dari India. Dia seorang Hindu. Jawapan dia setahun lepas membuat saya tersenyum.Sesungguhnya ilmu itu semuanya datang dari Allah.Allah mencetuskan ilham pada manusia agar manusia dapat mempelajari ilmu Allah. Dengan izin Allah kita mempelajari sesuatu ilmu itu.

Bacalah! dan belajarlah! semoga kita dapat mengenali Tuhan dengan ilmu yang kita pelajari. Bukan semakin sombong dah takjub pada diri sendiri...

Salam Nuzul Quran...

Monday, September 15, 2008

Resepi



Bubur sum sum ni untuk Sarah tengok rupanya. Ada resepi sekali. Senang nak buat. Tak sampai sepuluh minit.

Resepinya:

120 gram tepung Beras
525 ml santan
garam secukup rasa

air gula:

Gula biasa/gula melaka
daun pandan


cara-cara:

1. Masukkan semua bahan diatas (kecuali gula la) dalam periuk dan masak sampai kental
2. Sejukkan hingga jadi keras sket.
3. Buat air gula..then bila nak makan letak la gula tu sekali.

Apam balik ni pulak untuk Zaa...ehehhe semua ni dah selamat di makan. Lain kali la i buat untuk u yer..Apam balikku di gambar ini hampir la nak hangit. (Sebenarnya dah ada yang hangit pun dan dah selamat ditongsampahkan...hahahha)




Resepi Apam balik:

2 cawan tepung naik sendiri
1/2 cawan gula
1 biji telur
1 1/2 cawan air

intinya:
Kacang tanah yang dah dimesin
Jagung manis(kitorang guna yang dalam tin)
sedikit gula ditabur

Cara-cara:
1. Pukul telur dengan gula higga kembang. Masukkan tepung diselang seli dengan air.
2. Panaskan kuali, dan tuang sesenduk dua adunan (ikut besar fry pan tu). Pastikan kuali panas betul sebelum masukan adunan.(Buat cam nak buat lempeng)
3.Tabur gula, kemudian jagung dan last sekali kacang.
4.Angkat bila agak-agak dah masak dan lipat dua.

Senang kan?Beli kat pasar Ramadhan pun senang...ehehhehe

  © Blogger template 'Isolation' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP