Tuesday, December 20, 2011

Kuasa doa

Aku masih lagi di awangan.. :)
Masih mood meraikan walaupun terpaksa berhempas pulas menyiapkan pembetulan untuk tesis.
Masih lagi tidak percaya.
Perjalanan ini sudah di penghujung.
Dan bermula perjalanan baru
yang memerlukan perjuangan berterusan.

Allah benar-benar menunjukkan kekuasaan,
Kekuatan doa yang sebenar-benarnya membawa kita kepada sifat hamba.
Doa itulah senjata yang dibawa semasa dalam perjuangan.
Dan dengan kekuasaanNya, yang mustahil pasti boleh.
dan pada kita, hanya kepercayaan dan kebergantungan 100% padaNya.

Sepertimana keyakinan Nabi Zakaria A.S terhadap kekuasaan Allah apabila melihat hidangan dari langit setiap kali mengunjungi mihrab anak saudaranya Maryam, lantas doanya dipanjatkan untuk meminta keturunan dengan bersungguh-sungguh dan doanya dimakbulkan Allah.Seperti itu juga kita harus berdoa.

Bersungguh-sungguhlah berdoa. Doa dengan keyakinan yang doa itu akan dimakbulkan.
Bersungguh-sungguhlah berdoa. Doa dengan rasa penuh kehambaan.
Bersunguh-sungguhlah berdoa. Semoga doa itu menjadikan kita lebih dekat pada Allah...

Tips untuk mereka yang masih berjuang...jangan putus berdoa! Doakan untuk diri dan juga untuk rakan-rakan yang lain. Tahukah setiap kali kita berdoa utk org lain, maka malaikat berdoa agar kebaikan yg kita doakan pada org lain itu diberikan juga pada kita...jadinya...kita dapat double! (SubhanaAllah..Allah sgt sweet dan pemurah)

Jom selalu berdoa!

p/s: bila kita selalu berdoa, tand kita selalu ingat pada Allah... :)

Thursday, December 15, 2011

Alhamdulillah

Alhamdulillah...


Akhirnya, perjuangan 4 tahun telah berakhir..
Selamat menjalani viva..
Perlu buat minor correction..

Terima kasih atas doa kalian!

Wednesday, December 14, 2011

Projek 2012

Salam,


Esok viva! nervousnya...

Tapi sempat lagi fikir projek 2012. 


Ada satu projek khas yang memerlukan partisipasi graduan pendidikan awal kanak-kanak. Sesiapa yang dah grad, dan berminat untuk buka tadika tapi budget tak cukup, anda di pelawa untuk masuk ke dalam team brainstorming kami. Ini adalah projek jangka masa panjang bersama cikPuan Sarah. Jika ada passion dgn pendidikan awal kanak-kanak dan mahukan sesuatu yang lain..serta yang paling penting mahukan tarbiyah diri dan menjadi individu muslim yang baik , boleh contact saya di ixmim @yahoo.com.

Sekian...

sila doakan saya! doa sungguh2 yer.. ;)

Thursday, December 08, 2011

Umrah jom!

Salam, ada sesapa bercadang nak pergi umrah bulan 5 tahun depan (cuti sekolah)?

Saya tengah kumpulkan org untuk masuk dalam satu group (dalam 10 org)

Tarikh: 25/5 - 3/6 (10 hari).
 Klia-Dubai (stop 1 hari) then Dubai-Jeddah (4 hari di Makkah) dan selebihnya di Madinah. Balik dari Madinah-KLIA.

Harga sekarang : RM 5450 (bilik 4 org) Kalau dapat kumpulkan satu group, itenari boleh ditukar insyaAllah.

Boleh msg or comment kat sini sesapa berminat.

Tuesday, December 06, 2011

Mungkin

Salam,

Alhamdulillah..sudah sampai di bumi Glasgow. Disambut dengan kesejukan dan litupan salji yang putih. Tahun lalu, aku berkata pada diriku "Tahun ini adalah musim sejuk yang terakhirku. Entah bila akan sampai lagi ke UK". Dan ditakdirkan Allah, tahun ini aku kembali ke sini melihat salji yang turun. Tapi mungkin kali ini sebenar-benarnya musim salji terakhirku.

Ketika melangkah keluar dari kapal terban,g hati sudah berdebar-debar. Aku sangat yakin yang aku akan menghadapi masalah untuk masuk ke UK. Peristiwa ditahan imigresen di lapangan terbang Heathrow semasa hendak pulang ke Malaysia dua bulan lalu atas sebab terlebih masa duduk di UK selama 6 hari, pasti mengundang masalah untuk aku kembali. Dalam hati, aku banyakkan berzikir dan berdoa. Semoga Allah lembutkan hati pegawai imigresen di kaunter.

Tiba giliran, aku diarah ke kaunter yang di duduki seorang pegawai wanita.

"Do you know what have you done before this?" dia bertanya
"Yes, I'm aware. I have overstayed for 6 days" aku membalas.
"If I were you, I will not come again to this country. You may deported to your home country."
"I have no choice. I will sit for my exam next week."
"Can you please wait there, I need to check your condition with UK borders"

Dan aku pun menunggu di situ sehingga semua penumpang habis melalui imigresen. Dalam hati terus berdoa meminta pertolongan Allah supaya aku dibenarkan masuk. Viva ini penting dalam hidupku.
Setelah hampir setengah jam duduk di tempat menunggu itu, aku dipanggil semula ke kaunter.

"You shouldn't do this stupid thing. We have a lot of facilities for you to extend your visa. "

Aku hanya mengangguk. Malas untuk memberi penjelasan kenapa aku boleh terlewat keluar dari UK. Sebanyak mana pun alasan yang diberikan, aku tetap telah melanggar peraturan. Peraturan manusia, maka ikut budi bicara manusia.

Pegawai itu terus membebel panjang dan kadang-kadang kata-katanya sangat melukakan. Aku tebalkan telinga. Yang penting adalah untuk masuk semula dan menduduki peperiksaan. Tak kesahlah apa pegawai itu hendak katakan.

"You will be facing the same thing, need to answer lots of question everytime you want to enter UK after this."

Itu kata-katanya yang terakhir. Dia akhirnya memberikan cop dan aku berjaya juga melepasi imigresen.

Terima Kasih Allah kerana memberi aku peluang.

Jadi, mungkin kali ini adalah kali terakhir aku datang ke UK. Konvo? mungkin tidak untuk keselamatan diri dan keluarga yang dibawa. Silap-silap, jika mahu masuk juga satu keluarga akan dihantar pulang. Tak mengapa, ada banyak lagi negara lain yang boleh aku pergi. Dan mungkin ini adalah yang terbaik Allah tentukan. Dalam hati, tidak ada rasa terkilan dan sedih.

Doakan vivaku minggu hadapan. Banyak ujian dan halangan untuk menghadapi viva ini. Semoga ujian-ujian ini mendekatkan diri lagi pada Allah. Siapa lagi tempat kita bergantung, jika bukan Allah. Teruskan berdoa...

Seorang hamba akan selalu dikabulkan doanya oleh Allah selagi dia tidak berdoa dengan sesuatu yang berdosa, memutuskan silaturahim dan tergesa-gesa. Orang yang tergesa-gesa ialah orang yang mengatakan : " Saya berdoa kepada Tuhan tetapi tidak dikabulkan. Kemudian dia mengeluh dan terus berhenti berdoa (H.R Muslim)


  © Blogger template 'Isolation' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP