Wednesday, October 27, 2010

Global Pink Hijab Day



and

All over the world, Muslims participate by wearing pink hijabs, pink ribbons, and donating to cancer foundations. 

Monday, October 25, 2010

Kenapa

"Akak, saya teringat masa pertama kali jumpa akak di winter camp" dia tersenyum. 

Aku membalas senyumannya. Tidak tahu apa maksud disebalik kata-katanya. Cuma boleh mengagak, mungkin kerana dulu, aku hanya menjadi peserta, dia pun peserta. Kami hanya berada di kerusi pendengar. Tapi kini kami sama-sama berada di hadapan. Bersama menggerakkan dakwah di bumi UK ini.

Sungguh cepat masa berlalu. Di kala winter camp yang pertama kali aku berjumpa dengannya, aku seorang yang masih belum faham. Masih tebal jahiliyah diri. Aku masih ingat, ketika perbincangan permasalahan dakwah ketika winter camp itu, aku dalam hati sungguh rasa tidak puas hati kenapa perlu ada tarik menarik untuk menyertai jemaah. Kenapa jemaah jemaah yang ada ni tak bersatu.  Sudahnya aku jadi tidak berminat untuk menjalan kewajipan itu. Namun, adik naqibah tidak berputus asa. Tetap terus mengajakku untuk bersamanya dan memupuk kefahamanku sehingga Hidayah Allah itu datang dan menggerakkan hati untuk berada di jalan ini.

Ada orang pernah berkata kepadaku. Kenapa susah payah buat kerja ni? Baginya, lebih baik duduk lepak-lepak tengok tv atau pi tengok wayang. Kita bukan buat jahat. Kita masih solat, masih puasa malah kesemua rukun Islam itu sudah dilaksanakan. Adakah kita tak masuk syurga?

Sebenarnya, itulah juga yang aku fikirkan perkara yang sama 2 tahun lalu. Aku hanya ingin jadi baik. Tak lebih daripada itu. Rupanya diriku salah. Mataku di buka dengan menyaksikan keruntuhan Islam itu. Aku mendapat ibrar dari sekeliling ku malah pengajaran daripada apa yang telah berlaku pada diri sendiri. Aku di sedarkan bahawa tanpa tertegaknya Islam, kemusnahan itu akan terus berlaku. Masalah sosial itu takkan terselesai. Ajaran sesat itu akan terus berleluasa. Sesama Islam akan terus mengkafirkan antara satu sama lain. Terus dilabelkan pemalas,mundur dan pengganas.

Siapa yang mahu membela Islam itu kalau bukan bermula dari diri sendiri? Mahukah aku meletakkan anak-anakku nanti dalam dunia yang aku sendiri gerun untuk mendudukinya. Teringat kata-kata Makcik N yang telah berada lama dalam jalan ini yang sempat kujumpa minggu lalu. Katanya,  jika kita sendiri tak cuba mengubahnya siapa lagi yang akan melakukannya. Kita kena sedarkan masyarakat kita tentang keruntuhan Islam ini. Mungkin kita tak rasa kewajipan berdakwah selagi bahana maksiat itu tak terkena pada kita. Cuba bayangkan jika kita adalah mangsanya? mangsa rogol, mangsa ragut, atau adik/anak kita mangsanya?Cubalah bayang..adakah kita masih mahu berdiam diri dan hanya terus melihat manusia ini terus melakukan kerosakan?

Astagfirullah..aku tak sanggup membayangkan. Dan dakwah itu sudah jatuh menjadi wajib kerana keadaan dunia ini sekarang.

Dan aku juga teringat kata-kata Ustaz M ketika berada di dalam program tahun lalu yang bahawsanya kita kena sedarkan manusia ini tentang adanya hari Kiamat. Tentang hakikat yang kehidupan dunia ini sementara. Sesungguhnya maksiat itu berlaku kerana manusia itu  lupa bahawa dia akan MATI.

Namun dakwah itu ada banyak cara. Dan aku yakin apa yang aku lakukan sekarang adalah yang terbaik dan aku juga tidak menolak cara lain yang boleh membentuk manusia menjadi khairatun ummah (sebaik2 umat). Bersama membentuk diri manusia itu menjadi individu Muslim dan individu yang dibentuk itu dapat membentuk manusia yang lain dan rantai pembentukan manusia itu akan terus bersambung sehingga berjaya membentuk sebuah keluarga, masyarakat malah daulah Islam. Pembentukan individu itu atau tarbiyah itu bukan sekadar mendengar ceramah, membaca blog islamik atau mendengar nasyid. Ia lebih daripada itu.(InsyaAllah, aku akan kupaskan lagi mengenai hal tarbiyah ini)

Semoga diri ini terus kuat berada di jalan ini dan istiqamah..

p/s: recommended : baca ni 

Saturday, October 16, 2010

LangitNya

Sejak aku mendengar kisah Rasulullah selalu memandang ke langit, sejak dari itu juga aku juga cuba menjadi sepertinya. Selalu memandang langit Ilahi. Yang penuh dengan keajaiban. Penuh tanda-tanda kekuasaannya. Sungguh, aku jumpa ketenangan dan aku rasa dekat padaNya setiap kali kepala ini mendongak ke atas.

Langit di Koblenz, Germany

Sungguh berbeza langit di Germany dan langit di Glasgow. Di Koblenz, langit cerah. Tiada awan. Di Glasgow, bak kata mama dan kakcik, langit terasa sangat rendah, dihiasi gumpalan-gumpalan awan.

Langit di Glasgow, Scotland
Sudah masuk Musim Luruh. Mungkin Musim Luruh ku yang terakhir, InsyaAllah. Semoga Allah permudahkan perjalanan PhD ini.

Monday, October 11, 2010

Bila hati-hati itu bersatu...



Hati sangat teruja untuk permusafiran kali ini. Bertemu pemilik-pemilik suara yang setiap Jumaat dan Ahad setia berada di hadapan komputer untuk bersama mengejar cinta Ilahi. Kali ini kami akan bersatu di Darmstadt, Germany. Walau semuanya tidak dapat berkumpul bersama, aku sempat meluangkan masa sehari bersama mereka yang tidak dapat hadir itu di Bingen sebelum ke Darmstad. Sambutan hari lahir bersama mutarabbi, itu adalah saat yang paling indah.Ini pertemuan kedua aku bersama mereka sejak aku mengambil alih usrah mereka Disember tahun lalu.Aku juga teruja untuk berjumpa buat pertamakalinya dua orang anak usrahku yang selama ini hanya kudengar suara mereka. sudah hampir 8 bulan berbicara, kini adalah detik pertemuannya. Hati mana yang tidak gembira?

Banyak yang aku pelajari sepanjang dua hari berlangsungnya program di sini. Melihat wajah-wajah mereka yang dahagakan tarbiyah, melihat mereka seronok bertemu dengan orang yang sefikrah, melihat mereka mengalirkan airmata ketika berkongsi pengalaman, mendengar harapan-harapan mereka dan semangat mereka yang berkobar-kobar, aku dapat merasakan betapa indahnya Islam itu.

"Saya balik Malaysia saya futur. Cabaran di Malaysia sangat kuat. Bila saya dah ikut tarbiyah ni, saya sangat menjaga hubungan saya dengan sepupu hingga menyebabkan mereka treat saya pun lain macam saja. Bila saya tanya kenapa, mereka kata saya dah lain. Kawan-kawan pun bila di Malaysia ada yang ajak pergi tengok wayang. Bila saya dah faham dengan Islam ni, saya bertekad taknak pergi tengok wayang. Tapi tula, saya tak kuat, akhirnya saya mengalah dengan pujukan kawan. Bila wayang habis, saya keluar panggung wayang tu dengan hati tak tenang.Saya istighfar dan terus istighfar. Begitulah sukarnya saya ketika pulang ke Malaysia"

Seorang adik di dalam program berkongsi cerita. Cerita perihal keluarganya pula telah menyebabkan seorang akh mengalirkan airmata. Dari sesi pesan memesan kepada sesi curahan hati. Sungguh, aku nampak Islam itu mengubah manusia. Seperti mana berubahnya Umar al Khatab, Mus'ab, dan banyak lagi. Aku lihat permata-permata Islam di hadapan mataku ini yang perlu digilap agar bersinar dakwah di bumi Germany.Itu harapanku.

Ada baki dua hari untuk aku bersama anak-anak usrahku. Aku punya harapan yang besar pada mereka. Kadang-kadang aku sendiri takut jika aku tidak berjaya mengetuk hati mereka. Adik naqibahku selalu mengingatkan : Usrah seharusnya menggerakkan bukan sekadar statik tiada perubahan.Yang menggerakkan mereka adalah hati yang telah diketuk, yang diisi dengan aqidah Islam yang sebenar, yang dapat melihat keindahan Islam itu lantas membawa kepada perubahan dalam diri. 

Doakan aku dapat terus menyentuh hati-hati ini sebelum aku pulang ke Glasgow lusa nanti.

"Ya Allah, Engkau mengetahui bahawa hati-hati ini telah berkumpul kerana mengasihiMu, bertemu untuk mematuhi perintahMu, bersatu memikul beban dakwahMu, hati-hati ini telah mengikat janji setia untuk membela syariatMu, maka kuatkanlah ikatan pertaliannya. Kekalkanlah kasih sayangnya, tunjukkanlah jalannya dan penuhilah ia dgn cahayaMu yg tidak kunjung malap..." 

Thursday, October 07, 2010

Alhamdulillah

Bismillah...

Alhamdulillah.. Allah masih beri kenikmatan yang tak terhingga membolehkan diri menjalani kehidupan sebagai seorang hamba dan khalifah hingga ke hari ini. Semoga pertambahan usia menambah kematangan dan meningkatkan lagi keimanan dalam diri.Semoga Allah terus memberi keberkatan dalam sisa usia yang ada ini, dan Allah mengampuni dosa-dosaku yang lalu.Amin...


p/s: Jazakumulllahu khairan Katheera untuk yg bersusah payah antar kek ni pkl 12 mlm tepat. Sayang korang!!!

Monday, October 04, 2010

Good Morning Glasgow


matahari, originally uploaded by mimiamilia.

  © Blogger template 'Isolation' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP