Sunday, May 30, 2010

Harapan

Bismillah,

Alhamdulillah. Aku baru sahaja selesai menyudahkan Jaulah (jalan-jalan) terakhir dan Daurah (kursus) Back for good untuk anak-anak usrahku di Glasgow ini. Melihat wajah-wajah Widadmunisah kadang-kadang timbul hiba di hati bila membayangkan perpisahan yang akan berlaku. Biarpun hanya sekejap mengambil alih usrah ini, tapi tautan hati itu sungguh terkesan sekali. Mungkin ada yang kurang berpuas hati denganku. Mungkin layanan ku tak sama dengan semua ahli Widad Munisah yang kadang-kadang secara tak sengaja aku melakukan. Tapi hakikatnya, kasih sayang ini umpama sayangnya seorang ibu kepada anak-anaknya. Tidak berbelah bahagi. Setiap seorang aku raikan dengan kelebihan dan kelemahan. masing-masing Setiap seorangnya adalah individu yang berbeza. Tiada favouritism!

Harapan ku pada mereka hanya satu iaitu penerusan tarbiyah di Malaysia. Semua cukup tahu keadaan di Malaysia. Keadaan yang lebih mencabar. Lebih banyak dugaan. Lebih mudah menerima tarbiyah di UK berbanding di Malaysia. Di Malaysia, persekitaran yang 'kurang' menyokong adik-adik widad munisah akan menyebabkan tarbiyah mereka boleh terhenti setakat di UK ini. Itu yang aku dan adik muharikah sangat takuti. Pesanku pada mereka hanya satu (ke banyak? huuu)... Keinginan untuk terus memperbaiki diri perlu ada! Keinginan dan kekuatan mencari tarbiyah itu jangan dipadamkan! Biarlah kita di letak walau di mana, tapi tarbiyah kita tetap kita jaga. Boleh kah mereka lakukan. Aku yakin mereka boleh! InsyaAllah...

" Akak, saya rasa nanti saya mesti susah nak ikut usrah balik Malaysia "

"Akak, macam mana nak sustain diri dalam persekitaran keluarga yang tidak mempunyai biah yang baik?"

"Akak, macam mana kita nak tolak ajakan kawan kita. Maklumlah kita dulu pun bukan la baik sangat. Kalau kita tolak pasti kawan kata .."ala, dulu pun kau tak baik sangat" then nanti mesti kita pun slow-slow terikut dengan diorang.

"Akak, macam mana nak ajak kawan-kawan kita atau nak sedarkan kawan-kawan kita tentang Islam ni?"

Soalan-soalan yang dilontarkan ketika cuba mencungkil apa yang ada di benak hati mereka di sesi terakhir Daurah hari ini. Agak sukar untuk aku melakukannya. Masing-masing menyimpan. Tidak mahu meluahkan. Tapi akhirnya, sedikit demi sedikit terkeluar juga 'concern' mereka bila pulang ke Malaysia nanti. Walaupun masih banyak yang mereka simpan, tapi yang sedikit itu juga memerlukan perbincangan untuk memikirkan cara yang paling baik menghadapinya.

Aku mahu mereka bukan sahaja cuba untuk membaiki diri, malah turut sama menyeru orang lain untuk berbuat kebaikan. Kita berusrah bukan untuk baik sendiri-sendiri. Kerana akhirnya, hidup kita bukan sekadar berseorang. Kita ada keluarga, ada masyarakat. Suatu hari nanti insyaAllah kita  juga akan punya anak. Jika kita hanya memikir tentang diri sendiri, bagaimana dengan masyarakat kita yang sedang sakit ini? Anak kita mahu tidak mahu akan turut berada dalam masyarakat ini nanti. Kita tidak mahu anak kita turut 'sakit' seperti sakitnya masyarakat kita. Jadi, perlukah kita baik sendiri-sendiri sahaja? tak pedulikan orang lain? Zaman ini bukan lagi zaman jaga tepi kain sendiri, kita memang perlu jaga tepi kain orang lain! itu tanggungjawab kita yang juga akan menyelamatkan kita...

Kepada adik-adik Widad Munisah, mahupun adik-adik dan sahabat Wihdah (usrah german) yang akan balik ke Malaysia tak lama lagi, aku harap kalian tidak akan terputus hubungan dengan kami di sini. Aku harap, masing-masing diberikan kekuatan untuk terus tetap di jalan ini. Aku harap kalian tidak akan berhenti berusaha untuk memperbaiki diri dan menyeru orang lain kepada Allah. Kerana tujuan kita semua adalah satu...tujuan kita adalah mencari keredhaan Ilahi.

 p/s: Kami berjaulah di Rothesay, Isle of Bute. Berkayuh basikal sekeliling pulau sejauh 14 batu (UK guna miles yerr..) kesannya, ramai yang pulang berjalan balik seperti orang tua..sakit kaki! Apapun, we have fun, we have ukhuwah and the most important...kami dapat tadabbur alam yang Subhananallah!!! sangat cantik!!!
Here some pics..


Thursday, May 27, 2010

Biar si mata jeli mencemburuiku..

Bismillah...
"Sesungguhnya orang-orang yang bertaqwa berada di tempat yang aman. Di dalam taman-taman dan mataair-matair.Mereka memakai suterahalus dan sutera tebal, (duduk) berhadap-hadapan.Demikianlah, dan kami jodohkan mereka kepada bidadari bermata jeli" (Ad Dhukhan 51-54)

Hurm.. cemburunya dengan bidadari ni. Tapi bila baca hadith ni, rasa bersemangat! Bersemangat apa? Ok..baca dulu yer..

Al Imam Ath Thabrani meriwayatkan sebuah hadis dari Ummu Salamah, bahawa ia Radhiyallahu'anha berkata,
" Ya Rasulullah, jelaskan padaku firman Allah tentang bidadari-bidadari bermata jeli.."
Baginda menjawab,
"Bidadari yang kulitnya bersih, matanya jeli dan lebar,rambutnya berkilau bak bak sayap burung Nasar"
Ummu Salamah berkata lagi,
"Jelaskan padaku Ya Rasulullah, tentang firmanNya : Laksana Mutiara yang tersimpan baik (Al Waqiah 23)"
Baginda menjawab,
"Kebeningannya seperti kebeningan mutiara di kedalaman lautan, tak pernah tersentuh tangan manusia"
Ummu Salamah bertanya,
“Ya Rasulullah, jelaskanlah kepadaku tentang firman Allah: Di dalam surga itu ada bidadari yang baik2 lagi cantik2 (Ar Rahman: 70).”
Rasulullah menjawab,
 “Akhlaqnya baik dan wajahnya cantik jelita.”
Ummu Salamah bertanya lagi,
“Jelaskan padaku tentang firman Allah: Seakan2 mereka adalah telur (burung unta) yang tersimpan baik (Ash Shaffat 49).”
Beliau menjawab,
“Kelembutannya seperti kelembutan kulit yang ada di bagian dalam telur dan terlindung dari kulit bagian luarnya atau yang biasa disebut putih telur.”

Ummu Salamah bertanya lagi,
“Ya Rasulullah jelaskan padaku tentang firman Allah: Penuh cinta lagi sebaya umurnya (Al Waqi’ah: 37).”
Beliau menjawab,
“Mereka adalah wanita2 yang meninggal di dunia dalam usia lanjut, dalam keadaan rabun dan beruban. Itulah yang dijadikan Allah tatkala mereka sudah tau, lalu Allah menjadikan mereka sebagai wanita2 gadis, penuh cinta, bergairah, mengasihi, dan umurnya sebaya.”

Ummu Salamah lalu bertanya lagi, 
“Manakah yang lebih utama, wanita dunia ataukah bidadari yang bermata jeli?”
Beliau menjawab,
“Wanita2 dunia lebih utama daripada bidadari2 seperti kelebihan apa yang nampak dari apa yang tidak terlihat.”
Rasulullah menjawab,
“Karena shalat mereka, puasa mereka, dan ibadah mereka kepada Allah. Allah meletakkan cahaya di wajah mereka, tubuh mereka adalah kain sutera, kulitnya putih bersih, pakaiannya berwarna hijau, perhiasannya kekuningan, sanggulnya mutiara, dan sisirnya terbuat dari emas. Mereka berkata, “Kami hidup abadi dan tidak mati. Kami lemah lembut dan tidak jahat sama sekali. Kami selalu mendampingi dan tidak beranjak sama sekali. Kami redha dan tidak pernah bersungut2 sama sekali. Berbahagialah orang yang memiliki kami dan kami memilikinya.”
Ummu Salamah berkata,
“Ya Rasulullah salah seorang wanita diantara kami pernah menikah dengan dua, tiga, atau empat laki2 lalu meninggal dunia. Dia masuk surga dan merekapun di surga. Siapakah diantara laki2 itu yang akan menjadi suaminya disurga?”

Rasulullah menjawab,
“Wahai Ummu Salamah, wanita itu disuruh memilih, lalu diapun memilih siapa diantara mereka yang paling baik akhlaqnya. Lalu dia berkata ‘Rabbi, sesungguhnya lelaki inilah yang paling baik tatkala hidup bersamaku di dunia. Maka nikahkanlah aku dengannya.’ Wahai Ummu Salamah, akhlaq yang baik itu akan pergi membawa 2 kebaikan, dunia dan akhirat.”
Bersemangat! bersemangat nak jeleskan bidadari ni. Bersemangat nak membaiki diri untuk menjadi wanita yang solehah. Tapi kena ingat..ketika sangat bersemangat membaiki diri, kita perlu tanya pada diri sendiri. Untuk apa semua ini? Untuk apa membuatkan bidadari cemburu?Untuk apa kita baiki diri menjadi wanita solehah? Semuanya patut IKHLAS kerana Allah. Bukan hanya kerana  ingin mencari yang 'soleh' maka saya kena jadi solehah. Jika kita niat untuk keredhaan Allah.. InsyaAllah segala-gla yang baik yang terkait dengannya pun kita dapat...

Semoga semua dapat terus memantapkan amal masing-masing!

p/s: Baru lepas habis baca buku  "Agar Bidadari cemburu padamu" . Best!!!



Tuesday, May 25, 2010

Misc

Allah Maha Melihat. Allah maha mengetahui. Walaupun yang di dalam hati ini. Allah tahu bagaimana hati ini. Allah tahu...Allah tahu..

Tak tahu mana yang tidak kena dalam hati. Ada sesuatu yang mengganggu. Dan aku tahu syaitan menunggu-nunggu peluang. Meniti di atas nafsu hati yang memberontak tetapi masih di kawal dengan iman. Syaitan pasti akan bertepuk tangan jika keinginan nafsu dipenuhi. Ya Allah, hati ini engkau yang memegangnya. Jangan kau bolak balikkan hati ku ini Ya Allah.

Peperangan ini adalah peperangan yang paling sukar! Berperang dengan diri sendiri. Hanya berbekalkan keimanan di hati dan doa yang tak pernah dilupai. Tapi setebal manakah keimanan ini hingga mampu menangkisnya. Menang dalam perang ini ada wajib! Jika tidak akan jatuh tersungkur. Duduk bersama parti syaitan. Penuh kegelapan.

Wahai hati, tabahlah... Ya Allah, kurniakan ketenteraman hati ini...

Quick update..my fruehling

Alhamdulillah..Alhamdulillah..Alhamdulillah

Syukur ke hadrat Ilahi yang membantu kami melancarkan program MyFruehling kali ini. Walaupun tidak ramai yang hadir, bukanlah bilangan yang dicari, tetapi redha Allah terhadap program yang dijalankan. 

Summer camp ini dijalankan di Fraunsee,Berlin yang MasyaAllah sangat cantik! Pokok-pokok disekitarnya, ada tasik dan pelbagai binatang (kuda,kambing etc) yang ada, menyumbang kepada ketenangan sepanjang program dijalankan.Walaupun kena berkongsi kawasan ini dengan 'budak-budak punk' yang ada konsert di situ, tapi alhamdulillah...tak dengar langsung konsert tu pun dan tak menjejaskan langsung program yang dijalankan.

Dalam banyak-banyak aktiviti yang dijalankan, yang aku rasa paling terkesan adalah ketika solat dipayungi dengan pokok-pokok yang tersusun, bersejadahkan rumput dan daun kering. Bila solat di tempat terbuka ni, terasa sangat connection diri dgn Alam seterusnya connection dgn Allah. Solat pun  rasa sayu jer.

 Ada banyak nak cerita. Tapi ngantuk yang amat! 3 malam tak cukup tidur...


Keterangan gambar mengikut pusingan jam. 1. solat bersama alam. 2. peserta perempuan 3. Tadabbur Al quran dan tadabbur alam. 4. Problematika ummah bersama Pak Makkiy

Friday, May 21, 2010

Haazihi Sabili

Inilah jalan ku!
Hanya tinggal beberapa jam spring camp di German akan bermula. Semakin hampir dengan program, semakin banyak ujian yang datang. Doa dipohon agar Allah memudahkan urusan kami. Inilah pertama kalinya percubaan untuk membuat program di German. Negara yang masih belum berkembang dakwahnya (dikalangan pelajar di Malaysia). Misi kami tahun ini agar dakwah di German akan lebih meluas. Alhamdulillah, Allah telah temukan naqibah-naqibah yang membawa usrah di German dan kami bersepakat untuk memastikan dakwah di German ini akan terus berkembang.

A'la kulli hal... Apa yang akan berlaku pun adalah yang telah di tentukan oleh Allah. Sekuat mana usaha kita, di pengakhirannya Allah juga yang menentukan. Apa yang penting adalah usaha kita yang berterusan. Jangan mengalah! Jalan dakwah ini bukanlah jalan yang ditaburi bunga. Pasti akan datang ujian yang menguji sekuat manakah keikhlasan hati kita untuk terus berjuang atas jalan ini. Sekuat mana keyakinan kita kepada janji Allah yang kemenangan itu dekat dengan syarat kita sanggup berjuang dengan harta dan jiwa. Janji Allah pada kita adalah syurga yang mengalir dibawahnya sungai-sungai...kerana syurga itu mahal harganya, maka perjalanan mendapatkannya bukanlah jalan yang mudah.

Doakan kami agar terus bersemangat! Doakan perjalanan program ini... 

-Off to Berlin 21-24 May 2010-

Wednesday, May 19, 2010

Pembaziran

10 Things we WASTED!
(by, Ibn Qayyim al-Jawziyyah but komentar from me.. eheh!)

1. Our Knowledge: Wasted by not taking action with it.

 Ramai antara kita berilmu, tapi sejauh manakah ilmu yang ada itu dapat mencegah kita dari berbuat maksiat? dapat membantu kita membuat kebaikan dan mencegah kemungkaran? dapat membela ummah yang sedang sakit tenat ini? Jadilah kita ahli ibadah yang bermain-main.... (will write about this later.Tunggu!)
2. Our Actions: Wasted by committing them with out sincerity.

Bukankah membuang masa dan tenaga jika amal kita dilakukan tanpa hadir perasaan ikhlas. Mengharap pujian manusia. Atau sekadar membuatnya sebagai rutin (contohnya solat) supaya orang nampak kita beramal. Buang masa, buang tenaga...pahalanya kosong! Ikhlas adalah kunci segala-galanya!

3. Our Wealth: Wasted by using on things that will not bring us ajr. We waste our money, our status, our authority, on things which have no benefit in this life or in akhirah.
Pergi shopping walaupun barang dah cukup(hobi)? Beli kereta mewah untuk tayang kat orang? Kita sesungguhnya mensia-siakan kekayaan kita. Saham Akhirat selalu dilupakan. Hari ni dah bersedekah belum wahai sahabat?Jangan hanya kembungkan poket dunia mu. Akhirat itu yang lagi penting....Ramai lagi yang memerlukan disekeliling mu. Hulurkanlah...

4. Our Hearts: Wasted because they are empty from the love of Allah, and the feeling of longing to go to Him, and a feeling of peace and contentment. In it's place, our hearts are filled with something or someone else.
Hati manusia patut penuh dengan cinta Allah. Hatta bila kita mencitai seseorang, kita mencintainya kerana Allah. Bila hati hanya pada Allah, InsyaAllah...kita akan terhindar dari terjerumus dalam lubang maksiat. Takut yang dicintai murka.Bukankah dengan mengingati Allah...hati akan menjadi tenang?

5. Our Bodies: Wasted because we don't use them in ibadah and service of Allah
Rebutlah sihatmu sebelum datang sakitmu. Badan yang sehat ini jika dilakukan untuk beribadah alagkah untungnya!

6. Our Love: Our emotional love is misdirected, not towards Allah, but towards something/someone else.
I love you. You love me? Cinta manusia banyak berlandaskan nafsu.
Kompas cinta ini seharusnya ditujukan kepada Allah. Walaupun kita mencintai manusia, kita mencintai kerana Allah.Datanglah kepada Allah dengan keadaan berlari..Allah akan datang berlari pada kita.. how sweet... :)


7. Our Time: Wasted, not used properly, to compensate for that which has passed, by doing what is righteous to make up for past deeds
Masa akan meninggalkan kita. Hitung sudah berapakah usiamu. Masih leka dengan perintah Allah lagi? Jika ada masa, Alhamdulillah kamu sempat bertaubat. Tapi...jika esok is your times up? Cemana? Penuhi dengan zikir kepada Allah. Penuhi dengan melakukan kebaikan. Jika kita tidak disibukkan dengan hal-hal akhirat, pasti kita akan disibukkan dengan hal-hal dunia yang tidak memberi keuntungan.Kalau boleh, Jadikanlah Hal dunia itu menjadi hal akhirat mu juga.

8. Our Intellect: Wasted on things that are not beneficial, that are detremental to society and the individual, not in contemplation or reflection.
Dapat PhD, dapat degree, belajar pandai-pandai...tapi apa sumbangan kepada ummah? Makan gaji buta jer ke? Its time to do something!!! Ummah sedang sakit. Wahai orang bijakpandai..gunakanlah kepandaianmu itu untuk kebaikan Islam..

9. Our Service: Wasted in service of someone who will not bring us closer to Allah, or benefit in dunyaa
We are the servant of Allah. Not only government servant! or corporate servant (adakah istilah ni?) So, what shoud you do as servant of Allah?

10. Our Dhikr: Wasted, because it does not effect us or our hearts.
Mulut terkumat kamit, tapi adakah sampai di hati. Tak hairan jika kita lihat sibuk bertasbih sana-sini tapi akhlak tetap zero! Bila kata berzikir, bukannya hanya di mulut. Kita ingat Allah..mestilah ingat hingga sampai ke hati. Baru hati tersentuh. Baru hati rasa getarnya. Baru hati tunduk dan patut atas perintahnya. Baru hati rasa sangat rendah diri sebagai hamba....

Now, look into yourself. Have you wasted anything? Take your action now my dear friends.... and so do I..muhasabah..muhasabah...

p/s: Feeling sad...  Rasa bersalah sebab tarbiyah anak2 usrah berterabur jer. Usrah glasgow, usrah german, usrah PG. Kena baiki hubungan dengan Allah ni..Ya Allah ampunkan dosaku!

Tuesday, May 18, 2010

Ringtone


Phone akan menyanyikan lagu ini (dari minit 3:14 hingga 3:50) setiap kali panggilan masuk. Dah lama mencari lagu ni versi penuh. Lagu yang diberikan oleh ustazah Ameerah di Mesir. Rindunya dekat ustazah!!! rindu nak pergi Mesir sebenarnya.....

Saper nak lagu ni yang telah di cut untuk dijadikan ringtone sila download di sini 

I am the servant who is afflicted by sin,
I have comeback beseeching the healer,
I am the wandering, homeless servant,
I’ve wronged myself,
And I have come to your door,
Repenting…

Forgive me Ya Allah…

Monday, May 17, 2010

Jom lawan!

Seseorang, jika hatinya mati,hatinya kesat,maka akalnya akan meredup dan tidak dapat berfungsi. Orang yang dikalahkan dalam peperangan dengan syaitan, akan banyak KEBURUKAN yang menyerap pada dirinya. Syaitan merasuki diri manusia pada alirah darahnya.

Sesungguhnya manusia ketika kehilangan perlawanan dan kehilangan pertahanan dirinya, syaitan akan menjadi temannya. Kerananya, yang paling dirasakan menimpa orang-orang yang kalah menghadapi syaitan adalah penyakit ragu-ragu.Keraguan yang ditiup syaitan dalam diri mereka di setiap urusan hidup, agar akhirnya ia terhalang dari jalan Allah. 
(Fathi Yakan, Apa ertinya saya memeluk Islam)
Ingat, serangan dilancarkan oleh  tentera2 syaitan dari pelbagai penjuru:
"Kemudian pasti aku akan datangi mereka dari depan, dari belakang, dari kanan dan dari kiri mereka. Dan Engkau tidak akan mendapati kebanyakan mereka bersyukur" [7:17]

Menurut Ibnu Abbas,serangan dari

i. depan - meragukan kita tentang akhirat. Membuatkan kita yakin dengan pertemuan dengan Allah.

ii.belakang - merangsang kita cintakan kepada dunia

iii. kanan meragukan kita dengan perintah Allah dan melambat-lambatkan kita untuk melakukan amal soleh.

iv. kiri - merangsang kita untuk membuat dosa dan menjadikan kita suka melakukan dosa itu dengan anggapan ada masa untuk bertaubat.

Tahukah bahawa syaitan akan berlepas tangan terhadap segala kerosakan yang telah dia lakukan kepada kita. Kerana hakikatnya, kita sendiri yang melakukan kerosakan itu.

Dan berkatalah pula Syaitan setelah selesai perkara itu: "Sesungguhnya Allah telah menjanjikan kamu dengan janji yang benar dan aku telah menjanjikan kamu lalu aku mungkiri janjiku itu kepada kamu; dan tiadalah bagiku sebarang alasan dan kuasa mempengaruhi kamu selain daripada aku telah mengajak kamu lalu kamu terburu-buru menurut ajakanku itu; maka janganlah kamu salahkan daku tetapi salahkan diri kamu sendiri. Aku tidak dapat menyelamatkan kamu dan kamu juga tidak dapat menyelamatkan daku. Sesungguhnya dari dahulu lagi aku telah kufur ingkarkan (perintah Tuhan) yang kamu sekutukan daku denganNya". Sesungguhnya orang-orang yang zalim (yang meletakkan sesuatu pada bukan tempatnya) beroleh azab yang tidak terperi sakitnya. [14:22]

Semoga kita terus berusaha untuk memerangi musuh Allah ini yang menarik kita kepada keburukan dan menarik kita untuk bersama-sama mereka duduk di dalam neraka.

Sunday, May 16, 2010

Please Allah...

"Dan Tuhanmu berfirman, "Berdoalah kepadaKu nescaya akan aku perkenankan bagimu.Sesungguhnya orang-orang yang sombong tidak mahu menyembahKu akan masuk neraka Jahannam dalam keadaan hina dina" [Al-Mu'min,60]
"Bantuan Allah tidak akan berlaku bagi orang yang dikuasai hawa nafsu dan mengikuti syahwatnya" (Fudhail bin Iyadh)
Ya Allah, berikanku kekuatan jiwa, berikanku kekuatan melawan nafsu dan godaan yang datang kerana aku adalah insan yang lemah, selemah-lemahnya dan hanya dirimu aku bergantung untuk mendapatkan kekuatanku.

Astagfirullah, astagfirullah..astagfirullah..
"Sesungguhnya termasuk kebaikan jiwaku adalah pengetahuanku tentang kerusakan jiwaku"(Wahib bin Wurd)
Ya Allah, peliharalah hati ini, hindarilah darinya maksiat dan kelalaian. Ya Allah, berilah ketenangan hati ini....

Wahai hati,
tahukah engkau, hanya Allah yang kau cintai...Astagfirullah!
Tolaklah segala yang bukan keranaNya.

Ya Haiyyum, Ya Qayyum, dengan rahmatMu daku memohon pertolongan. Janganlah Engkau serahkan diriku ini kepadaku walaupun sekelip mata.Ya Allah, Aku memohon yang terbaik darimu..

PLEASE ALLAH..GUIDE ME..

p/s: Just a reminder for myself...hati yang selalu terlalai.. *sigh*

Friday, May 14, 2010

Kenalkan aku dengan diriku

Bismillah,

"Di antara ciri-ciri kebahagian dan kemenangan seorang hamba adalah : Bila ilmu pengetahuannya bertambah,bertambah pula kerendahan hati dan kasih sayangnya.Setiap bertambah amal-amal soleh yang dilakukan, bertambah pula rasa takut dan kehati-hatiannya dalam menjalankan perintah Allah. Semakin bertambah usianya, semakin berkuranglah cita-cita keduniaannya. Ketika bertambah hartanya, bertambah pula kedermawaan dan pemberiannya kepada sesama. Jika bertambah tinggu kemampuan dan kedudukannya, bertambahlah kedekatannya pada manusia dan semakin rendah hati kepada mereka.

Sebaliknya, ciri-ciri kecelakaan adalah: Ketika bertambah ilmu pengetahuannya , semakin bertambah kesombongannya.Setiap bertambah amalnya,kian bertambah kebanggaannya pada diri sendiri dan penghinaannya kepada orang lain.Semakin bertambah kemampuan dan kedudukannya, semakin bertambah kesombongannya" (Al Fawa-id, Imam Ibn Qayyim)
Di saat aku membaca baris-baris pesanan tulisan Ibn Qayyim ini, hati rasa terusik. Di manakah kedudukan diri? Adakah aku mempunyai ciri-ciri kebahagiann dan kemenangan atau berada dalam ciri-ciri kecelakaan? Astagfirullah, aku perlu mengenal diriku sendiri!

Bukan mudah mengenal diri sendiri.Bahkan, lebih mudah mengenali orang lain. Ibn Qayyim ada menyebut lagi,

"Barangsiapa yang mengenal dirinya, ia akan sibuk untuk memperbaiki diri daripada sibuk mencari-cari aib dan kesalahan orang lain"
Mengenal diri adalah mengenal keburukan diri yang ada. Supaya yang buruk dapat dielokkan dan yang bengkok dapat diluruskan. Jika seseorang kenal dan mengetahui keadaan jiwanya, maka ia akan mudah mengawal dan mengawasi keinginan-keinginan buruknya. Kerana sesungguhnya, manusia itu digoda pada titik yang paling lemah. Jika dia lemah pada wanita, maka godaan akan datang melalui itu. Jika seseorang lemah pada makanan, maka syaitan akan berusaha menggodanya pada makanan.

Orang yang tidak mengenal diri, bahkan melupakan keburukan dirinya adalah orang yang tidak mampu mengetahui dan seterusnya mempengaruhi jiwa orang lain.Al Kailani ada menyebut,
"Bila engkau mampu meluruskan kekurangan yang ada pada dirimu, beerti engkau mampu meluruskan kekurangan yang ada pada orang lain.Kemampuanmu menghilangkan kemungkaran tergantung kepada kekuatan imanmu memerangi kemungkaran dalam dirimu..."
Aku sangat terkesan membaca pesanan Al Kailani ini. Perlu muhasabah diri. Perlu terus membaiki diri. Perlu terus mengenal diri.

Seperti yang didoakan oleh Yusuf bin Asbath, seperti itu juga aku berdoa...

Allahumma arrifni nafsii...Ya Allah kenalkan aku dengan diriku......

p/s: Dipetik dan diolah dari pembacaan buku "Mencari Mutiara di Dasar Hati karangan Muhammad Nursani

Monday, May 10, 2010

Quick update

Salam..

Fuh..fuh..blog berabuk sket. Maaf, seminggu aku bercuti bersama keluarga. Cuti kali ini memang sebenar-benarnya cuti. Hatta email pun aku hanya sempat tengok-tengok dan membalas satu dua email yang sangat-sangat penting.

Bercuti bersama keluarga ini, aku merasakan satu cabaran untuk mengekalkan diri dalam suasana tarbiyah. Seminggu tidak berusrah. Mutabaah amalku memang tunggang langgang. Hati ini terasa kering. Memang seronok bersama keluarga. Tetapi kadang-kadang kita terhanyut dalam dunia. Alhamdulillah, kedatangan keluarga sememangnya membawa kegembiraan.Hilang rasa rindu pada mereka.

Yang paling menggembirakan ialah bekalan buku yang dibawa oleh keluarga. 


Ok..back to work.Kena masuk gear lima terus. Then, anak-anak usrahku yang terabai selama seminggu, i will be back menyibuk dengan korang semua! ;)

Ya Allah, permudahkanlah urusanku. Selamatkan perjalanan pulang keluarga ke Malayasia...

  © Blogger template 'Isolation' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP