Wednesday, June 30, 2010

iklan


To my dear Sis (u know who you are),

I'm  struggling..

2:235

Pray that I will be stronger! Kena ambil jalan seperti yang awak ambil..(lebih kurang)
Please..give me nasihat!

Turkish Delight : Bahagian 2

"Nak sarapan sup ker atau roti?" Fatma bertanya.

"Kami tak kesah apa-apa.kami makan jer" Sebetulnya memang susah nak beri jawapan. Tak mahu menyusahkan keluarga Fatma kalau kami ni banyak songeh sangat. Akhirnya, kami di bawa ke restoran untuk sarapan roti,sup dan sosage+telur. Pertama kali minum kopi turki. Sangat serupa seperti kopi Malaysia. Tak menyakitkan kepala. Kalau sebelum ni, minum jer nescafe mesti migraine.

"Bersih restoran ni" 

Sememangnya, aku perasan dari semalam, orang Turki ni pembersih! Rumah Seyma yang kami lawat semalam seperti rumah baru tak bersentuh. Dapurnya berkilat MasyaAllah!

Hari kedua di Istanbul kami di bawa menyusuri Selat Bosphorus yang memisahkan Turki di bahagian eropah dan Asia. Pemandangan yang indah sepanjang selat tersebut. Terbayang-bayang di manakah 'chain' yang di pasang untuk menghalang kapal dari tentera Sultan muhamad al Fateh memasuki Istanbul seterusnya menguasai kota Constatinaple.


"Kita akan ke Grand Bazaar lagi ke?" 

Aku kira, entah berapa kali aku bertanya. Memang niat hati nak ke sana untuk tangkap gambar banyak-banyak. Akhirnya, niat tak kesampaiaan. Bapa Fatma hanya bawa kami ke Bazaar yang berdekatan dengan tempat feri. Tapi apapu, Bazaar ni tetap best. Barang murah-murah jugak. Sempat sambar satu seluar. Ye, shopping satu seluar sahaja selama 5 jam tu. Tak berminat untuk shopping sangat. Lebih berminat memerhatikan manusia di bazaar itu. Satu lagi, diri ni sangat cerewet shopping. Lebih baik la pergi shopping sorang-sorang.

Apa yang aku perhatikan, peniaga di sini sangat sabar melayan karenah pelanggan. Kami pilih dah bukan main beria-ia tapi tak jadi beli. Peniaga dah keluarkan stok yang ada. Peniaga tak marah. Memang sabar sungguh. Mereka ni semuanya peramah. Lagi-lagi di kawasan bazaar tu, hanya kami sahaja yang kelihatan asing. 

Penat membeli belah di bazaar, bapa Fatma mengambil keputusan untuk terus pulang ke rumah di Kutahya. 4 jam perjalanan! Kami bertolak pukul 10 malam. Dalam perjalanan ke Kutahya, aku tidak tidur lena. Risau bapanya mengantuk. Alhamdulillah jam 2 pagi sampai juga kami di Kutahya.

"argh..Its smells home!" kataku sebaik sahaja melangkah ke bilik Fatma.

"Owh, bukalah tingkap tu kalau rumah ni berbau " kata bapa fatma dalam bahasa tempatannya. Argh! salah faham.Aduh!

"Bukan, saya kata bau rumah..which is good..teringat kat rumah sendiri" terpaksa la menerangkan. Akan mengalami situasi ini beberapa hari lagi..huhuhu..ayam dan kucing berbicara..mana la nak paham 

:)

Tuesday, June 29, 2010

Akhirnya..

Movie yang dah lama tunggu nak tengok..Alhamdulillah.. dah ada kat Youtube :)

Cerita yang menyentuh hati. Diri kembali merindui haramain. Semoga Allah murahkan rezeki untuk ke sana lagi...

Turkish Delight : Bahagian 1

Bismillah..

Seawal 3.30 pagi aku terjaga. Malam tadi aku tidak tidur lena. Mengenangkan aku dan Za perlu turun ke lobi seawal 4 pagi menanti 'shuttle bus' ke Gatwick airport. Travelodge di Gatwick ini sangat selesa dan besar! Muat untuk 4 orang satu bilik. £29 pound semalam yang kami bayar sangat berbaloi.

Pukul 4 pagi di lobi, sudah ramai yang menanti. Mereka adalah penumpang-penumpang pesawat yang akan berlepas awal pagi dari Lapangan terbang Gatwick dan kami adalah salah satu daripada mereka. Bas kami naik membawa kami ke terminal selatan. Beg kami check in. Tiada masalah yang muncul.Semua berjalan lancar. Jam 6.30 pagi, penerbangan Easy Jet ke Istanbul berlepas.

 3 jam penerbangan yang membosankan. 1 jam pertama aku meng'qada' tidur yang tidak lena malam tadi. Harap-harap dapat lena sehingga kapal terbang mendarat. Tapi mata tak mahu lena..aduhai. Kebosanan dalam 2 jam berbaki itu. Sekali sekala menyelak tafsir Quran biruku. Sekali sekala melihat ke luar tingkap.Bosan-bosan.

Jam 12.30 waktu tempatan, kapal terbang kami mendarat. Tiada masalah di kaunter imigresen. Rakyat Malaysia ke Turki tidak perlu visa. Tidak sesukar hendak masuk ke UK yang kita bakal di soal dengan 1001 soalan. Jawab tak kena sahaja, padah la diri.

Di pintu 'arrival' Fatma dan bapanya sudah menanti. Fatma...wajah yang dirindui. Kami berpelukan. Bapa Fatma kulihat muda lagi, begitu juga dengan ibu Fatma. Zaynab, adik fatma yang comel berusia 17 tahun turut bersama. Kami dibawa ke kota istanbul dengan Honda CRV, kereta idaman mama (hehe).Berhimpit 4 orang dibelakang.

Di Istanbul, kami disambut oleh Seyma kawan kepada Fatma yang sempat aku beramah mesra sehari ketika dia di Glasgow. Seyma ini orangnya alim. Englishnya superb! mudah untuk kami berkomunikasi. Seyma bawa kami makan ikan bakar di tepi laut.

"Ada banyak kedai yang sedap-sedap di sini. Malangnya mereka menjual arak. Jadi, kita akan pergi ke kedai yang paling hujung di sana.Restoran itu tidak arak di jual" Seyma menerangkan kepada kami.

Itulah hakikatnya di Turki. Islam hanya pada nama. Di mana-mana pun arak dijual secara terbuka. 

 

Pengembaraan Kota Istanbul dimulakan dengan melawat masjid-masjid di sekitar Istanbul. Ayasofya dan Masjid biru adalah dua tarikan utama di sini. Ayasofya dahulunya sebuah gereja, kemudian ditukar menjadi masjid dan kini menjadi muzium. Alangkah baiknya jika ia kekal sebagai masjid. *sigh*. Masjid biru yang tak biru itu pun kelihatan sangat cantik. Di Grand Bazaar,mata tidak berkelip melihat barangan yang dijual. Bukan niat di hati hendak membeli belah. Tapi, barang-barang yang disusun sangat cantik...



Sepanjang berjalan-jalan di Istanbul, 7 orang berhimpit dalam CRV kecil tu. 3 hadapan 4 belakang. Bayangkan! Tapi, ketidakselesaan berhimpit itu tak dirasai. Masing-masing sangat ceria.

Seharian bersama keluarga Fatma, berkomunikasi adalah sesuatu yang sangat mencabar. Bapa Fatma hanya faham English sedikit sahaja. Ibunya langsung tak faham. Kami hanya guna sign languange untuk berkomunikasi. Aku hingga sampai tahap bercakap Bahasa Melayu dengan ibu Fatma yang ku panggil 'Anei' itu. Anei maksudnya ibuku.

Malamnya, kami makan di Taksim. Taksim seperti high street di Glasgow. Tiada yang menarik di sini kecuali kedai-kedai yang ada ditulis 'Indirim' atau maksudnya Diskaun. Sepanjang jalan di taksim itu, aku boleh membilang dengan jari berapakah orang yang memakai tudung. Lagak muda-mudinya di situ tak tumpah seperti di Glasgow. Boleh sesuka hati kiss depan orang ramai. Aduh! mungkin mereka bukan Islam. Aku cuba bersangka baik.

Monday, June 28, 2010

Turki 1

Salam,

Alhamdulillah...pengalaman di Turki adalah pengalaman paling manis. Pergi ke tempat yang bukan selalu pelancong pergi, pengalaman bersama keluarga dan masyarakat turki yang sangat best.Nak kemas2 rumah dan basuh baju2 . Layan lagu ni dulu sementara menunggu entri pengalaman di turki.. :)

Tuesday, June 22, 2010

holiday

I am in Turki from 22nd to 27th june for holiday. Will update later..

Sunday, June 20, 2010

Nasihat

Dalam beberapa minggu ni apabila bertemu 'kakak-kakak' di sekitar Glasgow akan terkeluar topik ini.

"Mimi dah ada calon?" Kak SH bertanya.

"Semua yang ada saya dah reject" jawabku berseloroh.

"SH, carikanlah kalau ada untuk Mimi, tapi kena la sekufu"...Mama E pula  menambah. Aku hanya mampu tersenyum.

"Sekutu pun ok per.Sekutu bertambah mutu!" Kak SH pula berseloroh. Berderai gelak tawa kami di rumah Kak SH.

Hujung minggu yang bermakna kerana dapat berkumpul dan berusrah. Kebetulannya ada dua usrah di masa yang sama. Dapat pergi kedua-dua rumah tetapi di Kak SH, aku hanya sempat mengaminkan doa rabitah setelah usrah tamat. (Alhamdulillah, ku lihat dakwah bertambah subur di bumi Glasgow..semoga terus berkekalan)

"Kak A takde adik la pulak nak bagi. Siapalah yang beruntung dapat Mimi ni, solehah" Aku terus tergelak mendengar kata-kata Kak A. Solehah la sangat! :) masih berusaha gigih menjadi solehah.Belum solehah lagi!

"Berapa umur mimi?" Kak SH bertanya.

"Umur saya 2+"

"Owh..muda lagi..don't worry"

Meriah sungguh bila berbincang soal ini. Lagi-lagi, hanya diri ini yang belum berkahwin. Jika minggu lalu ketika duduk menunggu van untuk berpindah bersama Mama E, soal ini juga timbul. Siap cuba dipadankan lagi. Pelbagai nasihat Mama E beri. 

"Kalau nak cari, cari yang sekufu. Bukanlah maksudnya kena cari yang PhD juga. Kalau awak ke arah keagamaan, cari yang begitu juga. Tapi itu la, lelaki yang baik ni susah nak cari dah sekarang" Kata Mama E.

Aku hanya tersenyum. Teringat kata-kata ini..
"A women's heart should be so lost in Allah SWT, that a man needs to seek HIM in order to find her"
Nak mencari lelaki baik, carilah Allah dahulu.

"Awak kena buka hati tu Mimi. Sebab kita tak tahu bagaimana jodoh yang didatangkan pada kita. Jika jodoh kita tu soleh, Alhamdulillah. Jika tidak, ini adalah ujian yang Allah nak beri pada kita" sambung Mama E. Banyak yang dikongsikan bersama ku. Rasa tersentuh pula di hati menerima nasihat daripada seorang kakak kerana selama ini, akulah tempat rujukan adik-adik usrah untuk memberi nasihat.

Pernah aku menangis ketika menerima nasihat Kak Fida, bukan kerana terasa hati dengan nasihat yang diberikan. Tetapi kerana sudah lama tidak menerima nasihat.

"Mungkin Allah nak berikan sesuatu tu yang hampir sama dengan sebelumnya. Allah nak uji kita, adakah kita yakin dengan Dia. Istikharahlah sebelum hadir perasaan itu. Minta Allah beri petunjuk di atas segala keputusan yang dilakukan."

Segalanya, sumber rujukan utama adalah Allah. Kerana kita tidak tahu apa yang dirancang untuk kita pada masa hadapan. Semoga Allah permudahkannya, yang penting adalah betapa kita perlu berserah pada Allah dan berdoa padaNya....

Saturday, June 19, 2010

Bila nyawa berpisah dari jasad...

"Aku sayang Allah, Aku cinta Allah, Aku rindu Allah..." 

Ambil mood sebentar. Lagu Wali Band ini memang tidak mengecewakan. Bait-bait katanya jika direnungi, dapat meruntun jiwa. Aku jika dahulu, akan tertarik pada lagu sebelum meneliti lirik. Kadang-kadang, lirik bagus, tapi jika lagu tak bagus, lagu itu bukan pilihan.Huh! banyak dengar lagu lagha dulu. Tapi itu aku dahulu... dahulu yang jadi pengajaran *sigh*

Alhamdulillah, hari ini aku lalui dengan penuh makna. Makna Ukhuwah dan cinta kepada seorang yang bernama sahabat.Lusa, Kak fidah akan terbang ke Makkah yang dirindui. Jika boleh, nak masuk dalam beg kak Fidah. Rindu yang tak tertanggung. Mengalahkan rindu kepada kekasih hati. Masih terbayang-bayang Kaabah di depan mata. Aku akan kembali..InsyaAllah...aku akan kembali dengan izinnya. 

Sebelum meninggalkan Kak Fidah, kami berkongsi perasaan mengenai sakaratul maut kerana sebelumnya kami menonton rancangan 'Tanya Ustaz' di TV9 online. Entah secara tidak sedar, air mata ini mengalir apabila kak Fidah menceritakan detik-detik sakaratul maut ayahandanya.  Alhamdulillah, ayahnya pergi dalam keadaan tenang. Tapi bukan yang sudah pergi yang harus dirisaukan, tetapi yang masih lagi menghirup udara kurniaan Allah ini. Yang masih tidak tahu bagaimanakah kesudahan hidup ini. Bagaimana keadaan diri menghadapi sakaratul maut. Dan ketika kami sama-sama berbicara tentang takutnya memikirkan nasib diri ini, kedua-duanya menitiskan air mata...

Takut. sangat takut...Mati pun tak tahu bila. Tak tahu adakah sudah bersedia. Inikan pula hendak memikirkan keadaan kita bila nyawa dicabut dari jasad. Memikirkan banyaknya dosa-dosa yang lalu, lagi buat diri takut. Semoga Allah ampunkan dosa-dosaku....Semoga perjalananku di sini diakhiri dengan pengakhiran yang baik...
:(


Friday, June 18, 2010

Di mana kita?

Alhamdulillah, masih dikurniakan nikmat Islam dan Iman oleh Allah. Masih terus berusaha mencapai jiwa 'mutmainnah' walaupun masih lagi di tahap jiwa yang lawwammah dan kadang-kadang nafsu 'alamarah bi su' sekali sekali cuba mengintai-intai masuk. Mujahadah! Mujahadah melawan nafsu itu adalah jihad yang sebenar!

Hari ini aku dan Widad Munisah yang tinggal berempat dan juga Arinah bersama-sama berusrah di bawah pokok ketika matahari di glasgow memancar terik. Hari ini panas!

"Saya nampak kamu semua buka Al quran dari bilik saya. Jadi saya turun dan  lihat...ada Muslim rupanya."

Seorang mamat Oman sesat tiba-tiba datang kepada kami. Itu adalah gangguan kedua! Yang pertama gangguan dari sahabat anak usrah ku yang datang berborak dan tak boleh pulak nak dihentikan percakapannya.

"Di negara saya, susah nak tengok wanita membaca Quran dan berkumpul seperti ini. Yang saya selalu lihat mereka di pusat membeli belah sahaja"

Katanya, yang mungkin 'kagum' dengan kami (ayat perasan jer). 

"Negara saya negara Islam, tapi Islam tak begitu dipraktikkan" Dia menambah. Seterusnya, kami terus berbual-bual denganya pelbagai perkara termasuklah mengenai sunni dan syiah.

Itulah hakikatnya. Bukan hanya Oman, malah negara-negara Islam yang lain. Islam hanya tinggal nama. Golongan Muda yang menjadi harapan negara juga banyak yang hanyut. Rancangan 'mereka' berjaya! Islam sukar ditumpaskan jika diperangi dengan senjata. Semangat jihad Islam tinggi! Tapi seranglah pemikiran mereka. Mereka akan lemah...tunduk..dengan dunia. Itu yang berlaku kini.Ghazwul Fikr!




Jiwa Islam sudah bercampur dengan jahiliyah. Tugas kita banyak. Tugas kita mengembalikan jiwa Islam dikalangan Muslim itu sendiri. Supaya kita kuat. Supaya cita-cita kita tertegaknya Islam di bumi ini tercapai.Setiap kita bertanggungjawab meneruskan risalah Rasulullah. Teruskanlah menyeru manusia kepada kebaikan.Teruskan mencegah kemungkaran.Teruskan membaiki diri dan menyeru manusia lain...

InsyaAllah...

p/s: Setiap hari kita kumpul dosa kecil, tengok tv...tengok aurat yg tak sepatutnya kita tengok. Bercakap mengenai orang lain dan banyak lagi dosa yang kita tak sedar kita lakukan. Yang kecil-kecil itu la yang bakal menggunung tanpa sedar. Astagfirullah!


Thursday, June 17, 2010

Ya Rabb


Homework..homework..translate lagu ni..Haish..dah la lama tak gi class Arabic.

Lagu yang ada dalam folder nasyid sejak 3 tahun lalu. Tapi yang tu version kanak-kanak yang comel. Boleh download di sini untuk dengar.
p/s: Masih ketandusan idea nak tulis apa..

Sunday, June 13, 2010

Pemandangan baru

Dari tirai kamar...
Pemandangan lama...


 Pemandangan baru..


Pindah! penat...
tapi berbaloi
:)

p/s: kedua2 rumah masih dalam keadaan tongkang pecah

Friday, June 11, 2010

يا رجائي


Walaupun sebesar mana pun dosa yang kita lakukan, bila kita kembali kepadaNya, Allah tak pernah berpaling. Malah Dia makin dekat pada kita apabila kita mendekatiNya. 

Kerana hanya Dia tempat berharap, maka harapan kita patut hanya padaNya. Harapan kita patut disandarkan atasNya.

Lagu ni menyimpan seribu satu kenangan. Pertama kali mendengarnya ketika diri mencari-mencari erti kehidupan sebenar. Pertama kali mendengarnya, hati rasa sayu... ketika itu merasakan lagu ini seprti melagukan keadaan hati.
Ku pergi di suatu hari
pada ketika jiwaku terluka
merasakan kesakitan yang amat
dan dosa-dosaku melaung kuat,
bergendang di sudut jiwaku

(Boleh lihat translation seterusnya di dalam video di atas.)

Untuk kau di luar sana, sekotor manapun jiwa dahulu, teruslah usaha menyucikannya. Segeralah bertaubat. Carilah kemanisan iman itu. Kembali kepada fitrahmu. Jangan pernah putus harapan. Kerana dia Maha pengampun lagi Maha penyayang.

Aku membutuhkan Rahmatmu YaTuhanku
Aku dan sampan kecilku,
bersama dosa-dosaku,
di pasang surut ombak
tiada cahaya yang dapat menyuluhi
Aku hampir terbalik,
dan tenggelam di laut kemusnahan,
tapi,
aku masih lagi mengharapkan
Rahmat mu..
Allah sayang kita!

p/s: Siapa nak download lagu ni versi ada music background boleh download di sini. (klik)

Wednesday, June 09, 2010

Untuk kamu...


Untuk adik ku 'di sana', sebagai tambahan daripada kata-kataku semalam, mungkin doa ini boleh kau amalkan.
"Ya Allah ya Tuhanku, sesungguhnya aku memohon kepadaMu akan kecintaanMu dan kecintaan orang yg mencintaiMu dan kecintaan amalan yg membawaku sampai kpd kecintaanMu. Ya Allah ya Tuhanku, jadikanlah cinta kepadaMu sesuatu yg sangat aku cintai lebih daripada diriku, hartaku, keluargaku dan air yg dingin" [Sunan at-Tirmizi]
Selamat bermujahadah adikku! dan kau tidak berseorangan..kerana kau seperti cerminan diriku sendiri. Menasihati mu seolah-olahnya menasihati diriku sendiri. Menyelami masalah mu seolah-olah menyelami masalah ku sendiri. Matlamat kita serupa. Tidak mahu mencalari cinta kita pada Ilahi.  Tidak mahu curang padaNya. Dalam kelemahan yang ada dalam diri, kita cuba bangkit menangkis nafsu yang mula menunjuk belang, mahu naik takhta. Moga Allah pegang hati kita dan tidak membolak balikkannya. Moga kita terus tsabat...

Selamat mengejar cinta Ilahi..

Tuesday, June 08, 2010

Iman dan Amal

"Mi, macam mana nak rasa kemanisan iman tu? Orang selalu kata manisnya iman. Aku takla jahat, buat je yang Allah suruh. Tapi tak rasa pun manisnya iman tu?Macam mana nak rasa?"
Aku bukanlah orang yang layak untuk memberi jawapan. Kerana aku juga insan yang sangat 'struggle' untuk memastikan iman sentiasa naik dan terjaga dan jika ia futur, bukanlah ia jatuh merudum..
"Mula-mula kita kena naikkan iman kita dengan melakukan banyak amalan. Baca Quran tu penting. Setiap hari pun kita kena baca.  
Iman itu membenarkan di dalam hati, melafazkan dengan lidah dan melakukan dengan perbuatan. Tiga elemen yang perlu ada. Jika setiap hari kita bersolat, tanpa mendatangkan keikhlasan hati dan rasa tawadhuk kepada Allah adakah kita rasa kelazatan solat itu? Pakej solat kita tidak lengkap selagi mana kita melakukan ibadah solat cukup sekadar menjadikannya sebagai rutin harian.Begitu juga dengan ibadah lain. Berzikir, puasa, sedekah dan sebagainya perlu niat seikhlas hati kerana Allah.

Apa yang penting adalah membina dan meningkatkan iman di dalam diri. Sebab itu aku beri jawapan di atas. Di atas pengalaman diri sendiri, setelah diri mula insaf, amal ibadah aku cuba sempurnakan dan tambah dengan amalan sunat. Ternyata ia sangat membantu! Sebab itulah naqibah  dalam usrah sangat particular dengan mutabaah amal ini. Kerana amalan ini yang mengikat hubungan kita dengan Allah, yang membaiki lantas meningkatkan keimanan kita. 

Selain meningkatkan amal ibadah,seboleh-bolehnya kita cuba untuk bersama-sama orang yang soleh dan orang yang dapat mengingati kita tentang Islam. Melihat orang lain sibuk mengejar pahala, dapat memberi motivasi pada diri untuk menjadi seperti mereka juga. Duduk di dalam usrah juga sangat-sangat membantu dalam hal ini.

Selagi kita tidak beramal selagi itu kita tak merasakan kemanisan iman. Setiap ayat di Al Quran yang mengandungi perkataan iman mesti mempunyai pasangannnya iaitu amal yang menunjukkan amal itu patut hadir bersama iman. Beriman dan beramal soleh.Semoga kita sentiaa dilapangkan masa untuk beramal soleh...amin!

Monday, June 07, 2010

Dari pandangan ini...

Kita, kalau hendak menyeru manusia kepada Allah... lakukan dengan penuh hikmah. Sama seperti kita cuba menasihatkan orang lain.

Kadang-kadang, kita terlalu excited, terlalu bersemangat...hingga lupa satu perkara penting. Manusia itu kebanyakannya mempunyai background yang berbeza. Kita tak boleh treat setiap orang adalah sama. Seperti mana Rasulullah memberi nasihat yang berbeza kepada setiap orang yang meminta nasihat daripanya, seperti itu jugaklah approach kita kepada orang-orang yang kita cuba tarik dan bawa mereka kepada Islam.

Jika adik-adik undergrad, kita boleh la nak ajak2 mereka makan dan belanja mereka selalu sebagai tanda kita cuba membina hubungan kasih sayangdengan mereka. Tapi untuk postgrad? for me, it won't works!

Untuk mereka yang dah mula dengan tarbiyah dari tahun satu undergrad, takkan sama caranya untuk kita approach pada mereka mula merasakan tarbiyah ketika di tahun akhir ataupun baru lepas diploma...

Untuk mereka yang dari perut ibu lagi sudah dapat tarbiyah, pasti beza dengan ketika mengandung baru tersedar dan nak tarbiyah.

Dan sudah semestinya, dakwah untuk mereka yang sudah berkeluarga berlainan pula.

Perbezaan ini yang perlu diraikan. Perbezaan ini yang memberi cabaran kepada mereka yang digelar daie untuk jadi lebih peka dan perlu cuba untuk memahami keadaan dan berdakwah dengan kreatif penuh hikmah.

Jangan jadi jumud. Hidup dalam kelompok sendiri...dan tak peka dengan keadaan orang lain. 

This is just my 2cent opinion. dari pemerhatian dan pengalaman yang tak sampai setahun pun.  You may disagree with me. But this floor is open for you to speak out...

Ini juga untuk muhasabah pada diri sendiri...

Friday, June 04, 2010

Berjuang


Sesungguhnya beruntunglah orang yang menyucikan jiwa itu. Dan sesungguhnya rugilah orang yang mengotorinya.(Q.S. Asy-Syam : 9 – 10)


Jiwa yang hidup adalah jiwa yang sedar siapa dirinya di depan Allah SWT lalu dia menjadikan seluruh hidupnya sebagai ketundukan dan kepatuhan. Dia sentiasa memperbaharui keimanan, keikhlasan, keberanian, kesabaran dan keteguhan jiwa. Lalu jiwanya mampu istiqamah ketika mengharungi hari-hari dimana jiwanya kadang-kadang terasa sunyi dan bersendiri. 
Bertahanlah jiwa..teruskan perjuangan. Walaupun engkau sendiri...



p/s: Tak boleh berhenti dengar lagu perjuangan...memberi semangat pada diri...

Cinta padamu


Aku mencintaimu kerana agama yang ada padamu, 
jika kau hilangkan agama dalam dirimu,
hilanglah cintaku padamu. 
(Imam Nawawi)

Thursday, June 03, 2010

Cinta yang utama

Dalam kepala ni macam ada banyak yang nak dikongsikan bersama. Tapi bila dah start nak menaip idea tu hilang...

Nak kongsi something dari buku Agar bidadari mencemburuiku. Sudah dikongsikan di facebook.So, nak kongsi di sini. Ni sebahagian dalam salah satu chapter dalam buku. Sekali lagi nak recommend buku ni untuk kaum wanita di luar sana untuk membacanya. Aku tak tukar bahasanya. Jadi, kalau ada masalah dengan bahasa ketika membacanya, minta maaf ye! :)

*******************



Laki-laki dan perempuan saling mengenal, saling memahami, saling bantu, bergandeng tangan,saling menanggung, dan cekatan mendahulukan, Serasi,,,!

Lalu? Harusnya kau tahu, Bidadari bisa cemburu. Itu tantangan, Untuk medekatkan sumbu potensi diri dengan nyala suci ruh keshalihan agar bidadari cemburu Padamu. Bukan dengan tebar pesona Fisik tertentu. Karena pasti Muke’lu jauh. He he he,,,.Tak juga dengan memenjara diri antara dapur, kelambu, dan sumur ; Karena Allah dan Rasul tak pernah bermaksud begitu

Yah, ketertarikan pada dimensi kepribadian memang perlu kita waspadai, meski wajar. Lihatlah puteri Syu’aib. Ia begitu tertarik pada Musa. Tapi tak pernah dikisahkan ia melakukan kontak konsultasi dan berbagi masalah dengan Musa. Ia justru berbagi dengan sang ayah, bahkan meanmpakkan ketertarikan dalam siratan yang halus :

”. . . Wahai ayahku, ambilah ia sebagai orang yang bekerja untuk kita. Karena sesungguhnya, orang yang paling baik ayah ambil untuk bekerja ialah orang yang kuat lagi dapat dipercaya” (Al Qashash 26)
Ah, sekedar pengambilan objektivitas, kita dengar lagi nasihat Ibnu Mas’ud di saat riak-riak rasa ini hadir,

”jika kau tertarik pada seseorang, ingatlah kejelekan-kejelakannya!”.

kita putus rantai tazyin (menghias-hias) dari syaitan ini dengan mengingat kemanusiawian si dia. Sesuatu yang kita sikapi sebagai penjagaan hati, bahwa Sang Maha Sempurna harus lebih diprioritaskan daripada dia.

Cintailah sesuatu sewajarnya, kata Rasulullah karena mungkin suatu ketika ia akan menjadi sesuatu yang kau benci. Dan sederhanalah dalam membenci karena suatu saat mungkin ia menjadi sesuatu yang kau cinta. Sekali lagi anda jauh lebih tau daripada saya. Bahwa mungkin perlu bagi anda menjaga rahasia siapa nama orang yang anda tertarik padanya.

Menjaga dalam keikhlasan hati, menjaga dalam kesucian khayalan, menjaga dalam ungkapan lisan, dan menjaga dalam ekspresi diri. Seperti Fatimah dan ’Ali, saling mencintai dalam kerahasiaan yang paling rapa, kepasrahan paling kuat, dan ikhtiyar suci yang menemukan jalannya, dengan karunia Allah ! jika kita husnuzhzan padaNya.

Cinta adalah ruh yang mengalir lembut, menyenangkan, bersinar, jernih, dan ceria. Terkadang juga memanifestasi menjadi luh yang mengalir lembut, menyesakkan, berderai, jerih dan badai , tak pernah ia dihukum haram. Karena ia bukan virus yang memberikan penyakit pada jiwa seperti yang sering kita salah tafsirkan.

Justru cinta, adalah makhluk Allah yang harus dijaga kesehatannya dari setiap penyakit yang mencoba menungganginya. Penyakit yang datang dari syaitan, syahwat, maupun syubhat. Dua remaja di singsingan fajar risalah, Fathimah dan ’Ali mencontohkan bagaimana cinta hidup, dengan sehat, tanpa penyakit yang menggangu kekhusu’an. Ia menjadi rahasia hati, simpati, ketertarikan, kontrol diri, doa, dan harapan. Saking rahasianya, sampai syaitan pun tak tahu.

Rabbi, bila ku jatuh hati
Ku ingin terbang cepat
Hingga syaitan tak sanggup hinggap

Begitu pun, saat Muhammad ibn’ Abdullah ditanya, maukah ia menikah dengan Khadijah, ia berkata segera, ”bagaimana caranya?”. perhatikanlah intonasi penuh antusiasme ini. Cinta itu sudah tumbuh dan bersemi dalam dirinya. Persis seperti siratan makna dari sabdanya bertahun-tahun kemudian.
”Tidak terlihat, bagi dua orang saling mencintai. Yang seperti pernikahan” (HR Ibnu Majah)
Seperti bunga, cinta sejati takkan mampu menyembunyikan semerbak wanginya. Eksistensi cinta mengejawantah dalam kelembutan, kecerdasan, perbaikan diri, keshalihan dan tentu juga keikhlasan. Tanpa keihklasan yang digantungkan pada Pemilik ’Arsyi Maha Tinggi, ia akan mati. Ia mati, persis seperti setangkai mawar yang dipotong hanya untuk dipersembahkan pada kekasih.
”Dan hendaklah menjaga kesucian dirinya, orang-orang yang belum mampu menikah, hingga Allah mengayakan mereka dari karunianYa. .” (An Nur 33)
Pastinya engkau tahu makna keikhlasan dalam setiap amal. Dan ketidaktahuan adalah syariat agar kita segera mengkaji. Cinta yang tercabut dari tangkai keikhlasan akan menjadi bunga potong yang mungkin sesaat merona, dan selanjutnya masuk ke tempat sampah. Saat kemampuan nikah belum ditangan, biarlah cinta berekspresi menjadi keshalihan, perbaikan diri hari demi hari. Karena samapta janji Ilahi telah terukir di pelataran wahyu : keshalihan menjumpai keshalihan dan kebusukan menjumpai kebusukan.
”Wanita-wanita yang kotor adalah untuk lelaki yang kotor dan lelaki yang kotor untuk perempuan yang kotor. Dan wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik dan laki-laki yang baik untuk wanita yang baik. . . ” (An Nur 26)
Bagaimana dengan yang saling cinta dan berkomitmen untuk tidak pacaran? Pada beberapa kasus saya temui, tetap saja ia tumbuh tidak sehat. Apalagi jika tetap berasa dalam satu lingkungan yang keterjangkauan komunikasinya tinggi. Kecuali beberapa yagn sangat sedikit jumlahnya. Jebakan-jebakan syaitan terlalu rumit untuk kita pahami terlebih dahulu hinga kita punya solusi dan prevensi. Sejak zaman Adam dan Hawa, hanya kata taqwa, termasuk taqwa dalam interaksi, yang bisa meredam makar syaitan.
”Dan hendaklah menjaga kesucian dirinya, orang-orang yang belum mampu menikah, hingga Allah mengayakan mereka dari karuniaNya..” (An Nur 33)
Bahkan, tak perlu pula berkata, ”Dinda, tunggu aku tiga tahun lagi !”.

Apa perlunya menjanji yang tak pasti. Tak diminta pun bidadari pasti menanti. Dan lelaki langit akan datang bersama cahaya.


** Sorry kalau ada word yang tak paham.Tapi rasanya bahasa Indonesianya tidaklah begitu sukar difahami. Diambil dari buku agar bidadari cemburu padamu. Best sangat buku ni. Menjadi ingatan pada diri dan semoga kita dapat menjaga hati agar cinta Ilahi itu yang diutamakan.

Yang sedang bercinta-cinta, jagalah dirimu,jagalah hatimu, segerakanlah perkahwinanmu.Yang cinta baru berputik, jadikan cinta Allah lebih utama. Bawalah cintamu ke saluran yang betul (perkahwinan), agar syaitan tidak merosakkannya.

Allahu'alam...

Tuesday, June 01, 2010

Tanah itu

Tanah itu,
kering,
tidak disirami hujan
pokok layu..
hampir mati.

Tanah itu,
ditumbuhi lalang,
menyesakkan pandangan,
mencuri makanan
kasihan,
pokok yang layu 

Tanah itu perlu baja,
Tanah itu perlu air,
Tanah itu perlu dirumput,

Tanah itu, hati ini.

Free Palestine!


Semua sudah maklum akan berita serangan tentera Zionis ke atas kapal Mavi Marmara yang mengorbankan 20 orang dan ramai lagi yang cedera. Ramai sudah melihat mahupun membaca kenyataan yang dikeluarkan oleh Israel yang membela tindakan yang mereka lakukan atas alasan komando mereka dipukul malah diserang menggunakan pisau oleh para aktivis yang berada di atas kapal. 

Ramai yang memang sedia maklum yang Israel ni Raja propaganda! Mereka boleh buat apa sahaja kenyataan untuk memutarbelitkan keadaan. Masakan para aktivis ni nak menyerang komando-komando Israel yang dilengkapi senjata canggih. Kalau melihat video footage pun tak nampak mereka diserang kecualilah video yang di keluarkan oleh Israel untuk menyokong alasan mereka.

Walau apapun alasan yang Israel utarakan, mereka tetap bersalah kerana menyerang di perairan anatarabangsa. Seawal pukul 6 pagi aku bangun dan terus disajikan berita-berita yang tidak menggembirakan ini di internet. Mengikut live update ni Press TV, mendengar pandangan dari pelbagai pihak. Pukul 5 petang pula ada satu demonstrasi membantah seranagn Israel ini di Glasgow. Buat pertama kalinya aku menyertai demonstrasi ini. 

Bukan seperti di Malaysia, demonstrasi di sini lebih aman dan pihak polis hanya mengawal dari jauh tanpa sibuk-sibuk menyuraikan orang ramai yang ada. Asalkan jangan bergaduh, jangan ganggu lalulintas, cakaplah nak cakap apa. Hampir separuh dari George Square itu dipenuhi manusia melaungkan Free Palestine! Ceramah-ceramah (ke ucapan?) pendek yang diberikan oleh wakil-wakil yang terdiri daripada pertubuhan bukan kerajaan dan malahan ahli parlimen scotland sendiri. Semuanya mendesak keadilan untuk warga Palestine dan Israel patut di heret kemuka pengadilan atas tindakan yang dilakukan. Disamping itu ada yang mengesyorkan untuk terus memboikot barangan Israel dan mendesak kerajaan supaya melakukan sesuatu yang berupa  'tindakan' dan bukan sekadar cakap2  sahaja. Demontrasi ini akan diteruskan  pada hari Sabtu yang merupakan demonstrasi peringkat nasional. Tapi rasanya tak dapat la nak join sebab dah ada program lain..

Akhir kalam, kita kena refleks balik apa yang berlaku ini ke atas diri kita. Apakah yang kita boleh lakukan? Huu..Terasa sangat helpless. Apa yang mampu adalah berdoa. Selain itu, kita kena sedar bahawa kuasa Israel ini sangat bermaharajalela kerana lemahnya orang Islam itu sendiri. Bak kata housemate, Israel sangat progresif dari semua sudut (kewangan,politik dll). Orang Islam juga patut lebih progresif. Patut dapat menyayingi Israel dalam apa jua bidang. Kita tak patut terleka dan berasa terlalu selesa.

  © Blogger template 'Isolation' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP