Sunday, September 30, 2007

Traffic in Egypt

Hari ni, masuk hari ke 6. Hari Ahad di sini bukan public holiday. Saya pun tak bercuti lagi sejak datang sini. Setiap hari sibuk dengan kelas. Walaupun penat tapi rasa berbaloi dan seronok. Semalam ada kelas Quran dari pukul 5 pagi hingga 7 pagi. Lepas tu terus sambung kelas Arabic hingga pukul 11 pagi. Huhuhu...6 jam straight non stop. Sampai flat kepenatan dibuatnya.Bila dan hujung2 jam kelas bahasa arab tu, jawab soalan ustazah pun tunggang langgang. Sampai ustazah pun kata.. "Ya Nur...you are so tired!" Yes i am. Really tired! (ustazah tau cakap english)

Selepas 4 hari sejak datang ke sini, akhirnya berpeluang keluar dari kawasan rumah yang saya tumpang (saya duduk di Nadi Sikah). 4 hari sebelum keluar tu, dunia saya hanya rumah yang ditumpang dan rumah ustazah. Hanya ulang alik tiap ke sana tiap hari. Duit pound saya pun tak tukar lagi. Jadi, hari jumaat lepas, Masyitah, adik kat rumah yang saya tumpang ni bawa saya pergi ke bandar. Sebelum tu singgah di A'syir untul ambil adik Masyitah yang nak beli barang di bandar. Untuk ke sana kami naik bas pendek. Ganas pakcik driver bawak bas2 kat sini. Yang best nya, masyitah ajar kalau nak pergi ke A'shir, boleh buat sign macam lambai2 tangan.Kalau nak pergi ke sabi' buat tanda V guna jari (sabi' tu tujuh) dan macam-macam sign lagi la. Erm..menarik..menarik.Bas diorang takde loceng.So, kalau nak turun kena bagitau driver.

Di A'syir, kami lalu satu kawasan lapang untuk pasar kereta. Namanya pasar kereta sebab kat situ orang memang jual kereta macam jual sayur jer. Mereka akan parking kereta kat pasar tu dan orang-orang yang nak beli boleh la tengok-tengok kereta. Masa kami lalu tu, memang banyak sangat kereta-kereta yang dijual. Dari seburuk-buruk kereta sampai la kereta yang hebat-hebat. Kat a'syir gak ada banyak orang jual buah-buahan. Masyitah kata ramai student Malaysia duduk area ni. Student Indonesia pon ramai.Memang masa dalam perjalanan ke rumah adik masyitah, terserempak dengan ramai student-student Malaysia.

Kami naik tremco ke bandar. Tremco tu adalah sejenis van yang dijadikan pengangkutan awam.Memang lawak la naik tremco ni. Dalam tremco tu akan ada seorang konduktor yang akan menjerit-jerit memanggil penumpang. Dia akan muatkan semaksimum yang mungkin penumpang dalam tu sampai dia sendiri kena berdiri kat pintu. Driver tremco ni pulak memang ganas la bawak van ni. Sket punya laju. Huhuhu...memang takkan dapat pengalaman menarik ni kat mana-mana.

Satu benda yang cukup menakutkan kat sini bagi saya adalah melintas jalan.huhuhuhu...driver kat sini dahsyat2..bawak keta takingat dunia. Keja duk bunyi hon 24 jam.Diorang ni kalau lampu keta tak hidup takper, jgn hon rosak jer. Diorang ni kalau nak gi ke kiri atau ke kanan ke pakai horn bukan pakai signal.Nampak orang tgh jalan kat depan bunyi hon lagi.Memang bising aa dengan bunyi hon jer.

Alamak! dah lambat gi kelas Arab. Nanti saya cerita lagi...

P/s: Selamat bertambah umur kepada Cik Ilah. Semoga dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki.Satgi i balik kita pi jejalan naa. Oh! i dah jumpa Bidayah tadi. :)

Thursday, September 27, 2007

Kelas Quran

Sudah masuk 3 hari saya di sini. Semuanya berjalan lancar.Subuh tadi saya telah menghabiskan kelas Quran yang ketiga.Alhamdulillah... ustazah puas hati dengan bacaan saya.Cuma kena betulkan sikit-sikit. Jadi, ustazah sarankan saya belajar qiraatul A'shr (Bacaan sepuluh).Rasa seronok sangat dengan peluang ni. Sebelum ni memang tatau qiraat tu pedia.

Sambil ustazh betulkan bacaan, sambil tu dia bagi tafsir ayat-ayat yng dibaca.MashaAllah..rasa Quran tu cantik sangat bahasanya bila ustazah terangkan.Di sebabkan saya tak pandai cakap Arab, ustazah pulak tak pandai cakap Inggeris, saya kena minta tolong adik2 junior kat sini jadi translator.Alhamdulillah ada yang sanggup menolong.Dapatlah saya faham apa yang ustzah cakap.

Hari ketiga di sini saya masih tak ke mana-mana.Jadual yang padat dan adik2 di rumah yang saya tumpang ni tengah exam.Takmo ganggu diorang study. Jadi, saya duk umah jer sambil ulangkaji bacaan yang ustazah dah ajar. Buat masa ni ada 2 huruf yang saya fail nak sebut. Huruf Dhad dan A'in. Asyik salah jer. Bila sebut nama sendiri memang lah fail. Nak sebut Nur I'lmi tu dengan sebutan yang betul, sampai sekarang takbetul-betul lagi. Sampai mula-mula dulu ustazah ingat nama saya Nur A'in sebab salah sebutan.Sekarang bila duk kat umah, sepanjang hari duk asyik belajar sebut huruf-huruf tu. Takperla bersusah payah sket.Ustazah pesan, dia kata..bila belajar quran ni, dapat pahala berganda. Pahala dari bacaan yang dibaca, dan bacaan atas susah payah kita belajar. Allah juga mudahkan jalan ke syurga dan Jibrail akan menebarkan sayap melindungi orang-orang yang belajar ni.MashaAllah... semoga Allah panjangkan umur ustazah supaya dia boleh terus mengajar.Amin..

Okla, nak tido.Petang ada kelas lagi, malam ni kelas arab pulak.

Tuesday, September 25, 2007

Sudah sampai

Alhamdulillah, akhirnya sampai juga saya di bumi Cairo. Penerbangan dari Glasgow pukul 2.00 tengah hari mengambil masa 1 jam 30 minit dan transit di airport Schiphol, Amsterdam untuk naik flight ke Cairo pukul 8 malam. Sebelum berlepas ke Amsterdam semalam sempat juga tolong-tolong housemate pindah rumah baru. Sorry housemate tak sempat nak tolong kemas dapur tu :)

Saya akan rindu rumah kami di Awangan, Charles Street tu. Lepas ni tak boleh la nak tengok Bandar Glasgow dari tingkat 17! Makin kurus la housemate sebab kena naik turun tangga di rumah baru nanti. Ehehe..

Flat Charles street dari gambaran pelukis (hihihi..tau buruk jgn komen apa2)

Kelas Quran akan mula malam ni. Untuk dua hari ni maybe belajar pukul 9 hingga 11 malam. Lepas tu mungkin class buat lepas Subuh. I'm looking forward to start this class! Doakan moga saya terus bersemangat.

Saturday, September 22, 2007

Cakap-cakap pasal agama

Hari ini rasa letih sangat bekerja. Mop-mop sikit, berehatnya banyak. Ketika menyiapkan hidangan teh untuk sesi pukul 2 (perlu hidang pada pukul 10 am dan 2 pm), ada sorang misi tegur beramah mesra.Bertanyakan nama dan asal. Bila sahaja menyerbut Malaysia dia senyum lebar.Nama misi tu Olga.

"I've been there..Kuala Lumpur" katanya.

Saya senyum dan menambah sudah pasti dia pernah ke Twin tower.Dia angguk. Kami terus berbual rancak daripada cerita tugas masing-masing, cerita saya yang belajar hingga ke topik agama. Menurutnya, dia suka buat kerja-kerja di gereja. Memberi kepuasan katanya.

Dia menguhulurkan gula-gula.

"No, thank you. I'm fasting" jawab saya ringkas.

Terus dia bertanya kenapa perlu puasa. Hati-hati saya menjawab puasa itu bukan setakat menahan lapar dan dahaga.Ia adalah salah satu cara penyucian jiwa. Mendidik nafsu diri, mendekatkan diri pada tuhan dan malah merasakan keperitan oarang lain yang dalam kelaparan.Saya juga menyatakan puasa ini baik untuk kesihatan dimana kita memberi cuti rehat kepada organ penghadaman. Puas hati dengan jawapan saya dia bertanyakan pula sama ada saya 'strong believer in my faith'. Saya senyum.

Dia bertanya lagi tentang perihal suami memukul isteri dalam Islam. Saya senyum.Terbayang di kepala saya Ustaz Fahri dalam novel Ayat-ayat Cinta menjawab soalan yang sama dari Alicia. saya meminjam jawapan Ustaz Fahri ini. Saya menjawab bahawa pertanyaan ini sering diutarakan atas gambaran yang salah ditunjukkan oleh sesetengah orang. Saya menjelaskan dalam Islam martabat seorang wanita itu diletakkan pada darjat yang tinggi. Saya terangkan jika isteri buat salah dan isteri tidak mahu dengar kata suami walaupun sudah dinasihatkan barulah boleh guna cara memukul.Tapi memukul ini bukanlah hingga menyakitkan dan bukan boleh dilakukan sewenang-wenangnya.

Dia tersenyum dengan jawapan saya.Entah faham entah tidak.Kini giliran saya pula bertanya.
Saya meminta dia menerangkan konsep tuhan yang dia tahu dalam Kristian.

Dia menerangkan Jesus ada tuhan ataupun anak tuhan.Jesus itu rasul, jesus itu seorang yang suci, Jesus itu tuhan dalam yang berada dalam bentuk manusia. Manusia mahu lihat tuhan, dan tuhan telah memperlihatkan dirinya dalam bentuk manusia.Katanya, Tuhan itu boleh berubah dalam pelbagai bentuk. Dia memilih untuk menjadi manusia supaya lebih dekat dengan manusia yang lain. Kelahiran Jesus adalah sesuatu yang ditunggu-tunggu oleh manusia yang menanggung dosa-dosa yang telah dilakukan oleh manusia sebelumnya sejak kejadian Adam dibuang dari Syurga. Apabila Jesus dilahirkan, dia telah memaafkan semua dosa-dosa yang manusia lakukan.

"How about the sins made by human after that?" Saya tanya.

Olga terangkan bukan setakat dosa manusia lalu malah dosa manusia yang akan datang telah dimaafkan. Kematian Jesus adalah sesuatu yang amat penting dalam agamanya. Darah Jesus yang mengalir katanya mampu menghapuskan dosa dosa seluruh umat manusia. Dia kata lagi, dengan dengan terampunnya dosa manusia seperti dilahirkan semula.

Dalam hati saya kata.. "Nonsense!" lebih lebih lagi bila dia mengatakan nabi nabi sebelum ini juga adalah tuhan dalam bentuk manusia. Walau dalam hati sangat ada perasaan membuak-buak untuk menyangkal pendapatnya, tapi zahirnya saya senyum sahaja sebagai tanda menghormatinya. Takut ilmu yang kurang dalam diri akan memberi lontaran kata yang tidak dapat difahami oleh Olga.

Sebenarnya banyak lagi perkara yang kami bincangkan. Banyak perkara yang saya bangkitkan.Banyak perkara yang dia ingin tahu mengenai Islam dan banyak jugak perkara dalam agama kristian yang diterangkan pada saya. Tapi, masa yang singkat tak membenarkan kami berbincang jauh.Saya perlu hidang teh.Shif saya hampir tamat.Dia pula perlu menjenguk pesakit yang berkali-kali menekan 'buzzer' memanggil misi.

Perbincangan dengan Olga itu terus bermain-main di kepala saya. Merasakan keberuntungan saya dilahirkan dalam agama ini.Keberuntungan saya atas cahaya Ilahi yang dilimpahkan pada diri. Dalam diam-diam, saya doakan Olga dapat hidayah. Kerja tuhan siapa yang tahu?

  © Blogger template 'Isolation' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP