Saturday, October 31, 2009

Trick or treat?

Orang melayu kat sini ramai dah yang jadi 'hantu'. Omputih nak jadi hantu, dia pun nak ikut sama jadi hantu. Haihhh!!!... di ajak pi jadi baik ala-ala malaikat taknak la pulak.

Hurm...macam-macam... Dunia...dunia..

Thursday, October 29, 2009

Happy birthday Aliyah


Projek petang tadi. Birthday cake untuk Aliyah (anak officemate). Kek kurang manis. Tak moist sangat.Tapi Aliyah sangat suka sebab ada POOH. Bawak kek ni dari rumah hinggalah ke Govanhill tu. Sampai jer kat rumah kawan tu huruf B dan jatuh.Kui Kui Kui, kek tak sama tinggi, ditambah goncangan bas sepanjang perjalanan. Nasib baik Auntie Mimi bawak spare white choc utk tulisan tu.

Wednesday, October 28, 2009

Arabic Class

Minggu lalu, saya semak tarikh voucher pembayaran elaun saya adalah pada hari ini (28hb). Namun, dua hari lalu duit sudah pun berada di dalam bank. Memang agak sengkek bulan ini memandangkan dah banyak 'perabih duit' dan 'berjoli sakan' semasa di Malaysia hari itu. Alhamdulillah, Allah macam memberi 'signal' kepada saya untuk meneruskan niat belajar Bahasa Arab di sini. Pada mulanya, rasa segan nak masuk kelas atas alasan duit memang takde nak bayar yuran. Sekarang, sudah tidak alasan lagi.

Hari pertama di kelas Arabic sangat memberangsangkan. Ustaz yang berasal dari Mesir itu memang bagus pengajarannya. Cara pengajaran yang berlainan menyebabkan diri rasa tidak terbeban nak hafal fee'l madhi, mudhari' dan sebagainya seperti di kelas arab zaman sekolah dulu. Murid-murid dalam kelas pun sangat aktif bertanya dan kelas rasa hidup dan tidak membosankan. Ustaz yang sentiasa tersenyum dan tak jemu-jemu menjawab pertanyaan walaupun bukan dalam sukatan pelajaran. Ana uhibbuka! ehehehhe...Mungkin apa yang patut dibuat sekarang ialah dengan menambah kosa kata arab dengan membaca buku-buku arabic (alahai, buku beli kat mesir dulu pun tak terbaca-baca..:) caiyok!!)

Owh, sibuk-sibuk buat benda lain, kena ingatkan diri ni. Datang sini buat Phd. Jadi, mari berusaha menghabiskan PhD on time.Gambatte!!

Nak kongsi artikel dalam Berita harian ni. Sila baca di sini.

p/s: Hari ni Russian Class. Yay!


Monday, October 26, 2009

Tentang hati II

Hari ini rasa dilimpahi dengan kasih sayang. Kasih sayang Allah dan kasih sayang adik-adik di sini. Hajat hendak berbuka puasa berdua jadi berjemaah beramai-ramai pula. Tak tahu la, bila jumpa mereka ni rasa lapang di dada. Rasa penuh dengan kemesraan dan kasih sayang. Mungkin, itulah rasanya bila ukhuwah dibina atas landasan yang satu, Fikrah yang sama.

Alhamdulillah, pengisian hari ini banyak reflect kepada diri sendiri. Diri yang memilih jalan mana hendak dituju. Kerana kedua-dua jalan itu dibuka. Jalan kejahatan ke atau jalan kebaikan.Keputusan hendak pilih jalan mana, hati yang tentukan. Tapi bila hati mati, nampak kah jalan yang hendak dituju.

Hari ni berkongsi dengan mereka tentang hati hasil pembacaan buku 'Purification of heart' terjemahan dan ulasan Ham*za Yusuf (my fav scholar) dberdasarkan puisi Imam Maulud mengenai penyakit hati dan penyuciannya.

Hati begitu sinonim dan signifikan pada kita. Buta hati, jatuh hati, mata hati, buah hati, patah hati, busuk hati...semuanya adalah hati. Di dalam quran menyebut, hari pembalasan digambarkan sebagai "pada hari ketika anak-anak dan harta tidak berguna, kecuali orang-orang yang menghadap Allah dengan hati yang bersih"(26:88,89). Hati yang bersih ini adalah hati yang suci daripada penyakit-penyakit hati.

Penyakit hati ini boleh dikategorikan kepada dua bentuk; iaitu shubuhat atau ragu-ragu. Sebagai contoh, jika seorang manusia itu takut Allah tak kurniakan mereka sesuatu, ini dikira sebagai penyakit hati kerana hati yang suci tidak akan timbul keraguan terhadap ketentuan Allah dan sentiasa redha dengan apa yang ditetapkan.Bentuk kedua pula adalah shahawat yang berkaitan keinginan yang melebihi keperluan semula jadi seorang manusia.

Dalam Islam, diajar cara-cara untuk mengatasi masalah hati ini seterusnya menyucikannya. Kenapa hati kita perlu suci? Semua ini supaya kita mencapai matlamat kita dijadikan, iaitu sebagai hamba dan khalifah dimuka bumi ini. Apabila hati bersih, kita akan lebih dekat pada Allah, akan lebih mengingatinya dan InsyaAllah hati akan menjadi tenang.

Hurmm...dah ngantuk,,esok sambung lagi...

p/s: housemate sampai esok...yay!

Sunday, October 25, 2009

cake


Is there any PhD in baking?
Coconut cake. So Yummy! pasti nak lagi...

Wednesday, October 21, 2009

Ya studienka!

Apa kah bezanya :

1)Ya studienka.
2)Ya, studeinka?
3)Ya! studienka

Ha...kalau tulis memang la boleh jawab. Yang pertama tu ayat penyata.Yang kedua ayat tanya dan yang ketiga tu ayat seru. Tapi kalau kita dengar jer, macam mana nak bezakan? Kalau Bahasa Inggeris:

1)I am student
2)Am I student?
3)I am student!

Boleh bezakan. Sebab itu lah cikgu Russia saya kata, orang Rusia ni kena bagi lebih ekspresi untuk menentukan ayat apakah yang hendak mereka katakan. Sebab itu gaya bahasa badan mereka pun berlebih-lebihan.Huhuhuhu..menarik, menarik...saya suka!

Okey, sekian kelas pendek bahasa rusia hari ini.

Spasiba!! (Thank you)

Paka! (ringkasan untuk goodbye)

Tuesday, October 20, 2009

Vulnerable

Hati ini tengah masuk bengkel dan diservice. Jadinya, sangat la vulnerable. Mudah sangat tersentuh. Lagi-lagi bila banyak benda tengah difikirkan di kepala. Benda kecil pun boleh jadi isu sangat sensitif.(Sorry to adik naqibah sebab termerajuk sebentar tadi. Dah lama i tak merajuk...huhuhu).

Tengah mencari-cari sesuatu. Ada ruang kosong dalam hati. Ada lubang. Bila masa berlubang pun tak sedar. Tau tau dah macam kena tembak. So, nak kena tampal. Tampal pakai plaster tak main laaaaa...


The only way to heal this wounded heart :

"In remembrance of God, do heart find calm"

p/s: Yay! esok Russian class...

Sunday, October 18, 2009

Tentang hati


Musim berganti, Luruh datang menguning. Berubahnya musim, seperti berubahnya hati. Kejap iman penuh di dada. Kejap malas datang bertapa. Kejap rajin menjengok rupa. Kejap sedih menghambur rasa. Silih berganti. Hati manusia yang tak pernah tetap. Iman manusia yang sentiasa bergolak. Akal manusia yang sentiasa tersilap.

Hati. Seketul daging. Yang mana bila daging itu elok, maka elokkah badan, bila buruk maka burukla keseluruhannya.

Aduhai hati, dosa membuat titik-titik hitam itu bertambah.Mengelapkan dan menyempitkan.

Aduhai hati, mana ubatnya buat tangis jadi ketawa, buat resah jadi pasrah, buat marah jadi sayang, buat dendam jadi maaf.

Hati. Fitrahnya hanya kebaikan. Fitrahnya hanya tunduk pada yang Esa. Fitrahnya hanya kecintaan kepada Pencipta.

Wahai pemilik hati...lepaskanlah kecintaan pada dunia.Sesungguhnya, ia tidak pernah menjanjikan apa-apa.

p/s: Gambar fresh baru amik petang tadi.Tapi cuaca tak begitu memberangsangkan. Banyak gambar tak cantik.Kena buat sesi fotography lain....

Thursday, October 15, 2009

Obsessi


Actually, I'm not obsess with the baking, but more on food photography.Macam mana nak buat gambar makanan nampak sangat sedap walau hakikatnya tidaklah sesedap mana. Hari ni, cuba buat 'cheesecake 10 minit campak-campak'. Hehehe, sekejap jer buat kek ni, bakar jer yang lama sikit. Dalam 25 minit. Nak tunggu sejuk, curah strawberry jelly lagi.

Nak resepi?Sama jer macam buat cheesecake yang lain. Yang ni saya bakar. Bukan yang keraskan dalam peti sejuk. Disebabkan guna resepi loyang yang lebih kecil, tapi loyang yang kat rumah lagi besar, kek ku nipis jer. Kurang la cheesy nye. Lepas ni haruslah beli loyang pembakar pelbagai saiz. Semangat tak?

Esok, kena la usung tupperware lagi untuk sedekahkan kek ni kepada mereka yang bernasib baik. Sapa nak sila angkat kaki... :P

Wednesday, October 14, 2009

Kelas Rusia

Burpp!!..alhamdulillah..kenyang. Thanx to Zaa for great dishes today. Kitorang makan Seabass en papillote with Beurne Blanc sauce and Chocolate Mousse. Jadi French hari ni tau. ;) Zaa masih lagi dibawah pengaruh movie Julie&Julia tu. Sementara dia tengah rajin ni, haruslah memuji-muji masakannya.( Tapi hari ni memang sedap ikan ko masak zaa!)

Hari ni jugak kelas pertama bahasa Rusia.Ramai jugak dalam kelas tu. Ikut yang berdaftar adalah dalam 15 orang. Cikgu kami pulak kelakar orangnya. Penuh ekspresi. Tapi memang orang Rusia begitu. Memang penuh ekpresi! (teringat conference haritu..huhuhuhu perangai diorang ni pelik-pelik)

Hari ni belajar alphabet.Tersembur-sembur air liur rasanya. Bunyi pelik-pelik. Tak sabar nak masuk kelas next week. Hilang rasa sedih dan bad mood.Owh, sekarang mood tak stabil. Macam-macam hal la. Tapi kita kena sabar. Biarlah orang buat buruk pada kita, jangan kita buat pada orang. Remember this, what goes around comes around...

Ni nasyid favourite. Selalu main kat radio which remind me kat Malaysia...



Ok tu jer...

Dasvidania! (meaning Good bye in English)

Tuesday, October 13, 2009

Di tangan Allah segalanya..

Sejak kembali ke Glasgow, mata akan minta bangun tak mahu tidur lagi bila menjelang pukul 4.30 pagi. Bila mata celik, rasa macam ada batu menghempap penuh bebanan. Terus kepala teringat macam-macam hal duniawi. Setiap pagi bangun dengan rasa tidak seronok kerana perlu ke office buat kerja.Bangun pagi dengan rasa tak seronok bila melihat telefon tiada message. Bangun pagi rasa tak seronok sebab sejuk mengigit tulang. Hanya satu sahaja ubat pada ketidakseronokan ini. Sabar, dan saya letakkn semua di tangan Allah.

"Kak mimi, dengan siapa patut kita kahwin. Orang yang sayangkan kita ke atau orang yang kita sayang?" soalan cepu emas yang saya terima dari seorang adik hujung minggu lalu.

Siapa yer? Saya beritahunya saya pun tiada jawapan yang tepat. Jika diikutkan, tentulah orang yang sayang pada kita. Tapi apapun saya katakan padanya, soal jodoh ini kita sendiri tak tahu. Jodoh ini rahsia tuhan. Semuanya di tangannya. Hari ini kita bercinta bagai nak rak dengan seseorang tapi mungkin kelak kita berkahwin dengan orang lain. Jadi, serahkanlah segala pada tuhan. Saya pesan lagi, berdoa lah agar kita diberikan jodoh yang baik. Itu sahaja yang mampu kita lakukan.

Kebetulan pada hari yang sama, syida dan suami mat salehnya datang ke rumah itu juga. Alhamdulillah, dapat juga bertemu bekas adik seusrah ni. Nampak kegembiraan di wajahnya. Kemesraan mereka berdua pun membuatkan hati sangat cemburu. Bertuah syida dapat pasangan yang betul-betul sayang pada dia dan bertuah suaminya kerana dapat syida yang penuh sabar membimbingnya ke Jalan Allah. Mendengar suaminya membaca Fatihah, dengan pelat2 omputihnya tu rasa sejuk di hati.Inilah kerja Allah, jodoh syida ditentukan dengan orang yang berlainan benua. Dia pun sendiri tak pernah terfikir akan berkahwin dengan orang bukan sebangsa.

Sebelum pulang, syida berpesan kepada kami semua;
"Kalau nak cari pasangan hidup, carilah yang memahami..." katanya sambil tersenyum.

InsyaAllah..

Bukankah Allah menjadikan pasangan kita yang dapat memberi ketenteraman hati dan ketenangan jiwa pada kita? kan? Oh, adik naqibah pun membincangkan soal yang sama.Boleh baca di sini.

Wallahualam...


Monday, October 12, 2009

kek lobak dan resepinya

Untuk memenuhi permintaan sahabat, ini resepi kek lobak yang dicilok dari buku resepi...

175 g gula merah yang halus (resepi : dark brown soft sugar)
2 biji telur
120ml sunflower oil (i guna vegetable oil )
200g wholemeal self-raising flour
1 1/2 soda bikarbonat
3 sudu mixed spice ( i guna ground cinnamon)
grated zest orange (kulit buah oren)
200 g grated carrot
175 g sultanas ( i guna mixed fruit sket tambah mixed nut (walnut,pecan dan apa2 jenis kacang)yang dicincang.

Untuk toping:

250g Quark ( atau soft cheese)
20 g caster sugar
2 sudu teh esen vanilla
sedikit ground cinnamon

Untuk syrup glaze:

perah jus dari setengah biji oren
1 sudu lemon juice
40 g gula merah

Notes: anda memerlukan loyang berukuran 25.5 x 15 cm and sedalam at least 2.5 cm untuk loyang empat segi.kalau loyang bulat tambah ukuran sebanyak 2.5 cm (28 cm diameter). Tapi semalam saya guna loyang bulat 25cm diameter dan masih cantik naik keknya..

Cara2:

1. Pukul telur, gula dan minyak bersama dalam mangkuk guna mixer untuk 2-3 minit.
2. ayak tepung, soda bikarbonat dan mixed spice( ground cinnamon) masuk dalam bowl tadi. Masukkan balik bran2 yang tertinggal dlm ayak tu dlm adunan yang dah ayak. (guna wholemeal kan..mesti ada bran tu)
3. Gaulkan then masukkan orange zest, lobak dan mixed fruit+mixed nuts.Gaul sampai rata dan sebati.
4. Tuang adunan dalam loyang pembakar dan bakar selama 35-40 minit. Masa pembakaran ini adalah berdasarkan oven.Kalau saya yang guna fan oven saya bakar dalam 30 minit sahaja.Suhu? 170 deg Celcius.
5. Masa tengah bakar kek, boleh la start buat topping. Campurkan bahan2 topping dan pukul sampai jadi ringan dan fluffy.Pastu cover dgn clingfilm , masukkan dalam peti sejuk danbiarkan sejuk 1-2 jam atau sampai diperlukan.
6. Untuk buat syrup glaze, kacaukan bersama bahan-bahannya dalam mangkuk. Bila kek dah masak, cucuk2 kek tu sket dgn lidi dan dgn segera siramkan syrup glaze tu kat kek.Biarkan kek sejuk dalam loyang dan pada masa sama syrup glaze akan menyerap dalam kek.Ni rupanya kek yang dah sejuk dan dah disiramkan syrup glaze


7. Bila kek dah betul2 sejuk boleh la letak topping.

Notes: kalau takmo guna softcheese boleh guna icing biasa tu. (pukul gula icing+butter)

Okesh! selamat mencuba. Sila la update(comment) kat sini sesapa dah cuba yer.

p/s: update gambar cake yang dibuat tadi...

Sunday, October 11, 2009

Kek Lobak

Percubaan pertama membuat kek lobak. Selama ni order jer dari akuatik sebab dia pakar kek lobak di Glasgow. Resepi diambil dari buku resepi yang dibeli di oxfar*m. Kisahnya, saya dan zaa telah terpengaruh dengan cerita Julie&Julia. Julie dalam cerita itu telah mencabar diri sendiri untuk memasak kesemua resepi dalam buku masakan Julia (tukang masak terkenal). Jadi, saya dan zaa telah pergi ke kedai buku secondhand untuk mencari buku masakan yang menarik dan kami pun nak konon-konon nak mencabar diri masak resepi-resepi dalam buku tu. Zaa malam tu terus buat resepi 'Sea bass and almond sauce' (sepatutnya trout tapi kami cam tak lalu jer nak makan ikan trout tu).Hasilnya memang sedap!

Saya beli buku 'Delia's How to cook'. Bagus betul buku tu. Cerita macam-macam, ada banyak tips. Kek lobak merupakan resepi pertama dari buku itu yang saya cuba. Hasilnya, alhamdulillah my first baby carrot cake menjadi! Jika selama ni, buat kek saya pakai campak-campak, kali ni saya ikut betul-betul sukatannya. Hatta loyang bakar kuih tu pun saya ukur. Saya tahan diri dari bukak oven sebelum 3/4 dari waktu masak (jangan gatai-gatai pi intai kuih dalam oven sebelum sampai waktunya).

Walla!!! Kek lobak yang moist dan sehat (guna wholemeal flour dan skimmed-milk soft cheese).


Kek ini adalah untuk santapan di rumah terbuka adik naqibah. Lupa nak ambil tgambar ekstur dalam kek tu. Lepas ni nak try buat kek kelapa parut fresh pulak. Hopefully "kedai runcit kel*ing" tu ada jual lagi kelapa yang belum belah. Wah! kalau masak tu bersemangat, cuba la buat phd sama semangat macam ni....aishh!


Thursday, October 08, 2009

Nikmat persahabatan

Kawan ketawa senang di cari, kawan menangis sukar di dapat. Duduk di perantauan, kawan merupakan insan yang penting dalam mengharungi kehidupan di sini. Jauh dari keluarga, kawan lah segalanya. Tempat kita ketawa, tempat mencurah masalah, shopping sama-sama, travel sama-sama. Kalau tak berkawan, jadi kera sumbang la namanya. Duduk la dalam bilik tu sorang-sorang. Mati keras pun orang tak tahu.HUhuhuhu...

Syukur kerana ada ramai kawan-kawan yang boleh mengadu sakit pening dan sebagainya. Hari ni, adik bekas seusrah (dah dapat naqibah baru) ajak makan-makan. Untung jugak bithday girl walaupun hari ni dah belated. Dapat merasa makan nasi tomato dan acara potong kek batik.Hihihi..

Lepas makan, apalagi...sesi berborak dengan sungguh rancak sampai tak ingat nak balik(takde sesi mengumpat tau!) hilang rasa penat di office bila jumpa kawan-kawan ni. Wah! tak dapat bayang kalau hidup sorang-sorang kat sini.

Sesungguhnya, rasa kasih sayang yang paling rendah ialah berlapang dada (bersikap terbuka) dan paling tinggi ialah mengutamakan orang lain. Manisnya nilai ukhuwah itu!

  © Blogger template 'Isolation' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP