Usrah isi masa lapang

Tarbiyah ini benar-benar mengubah kita bukan?

Ini komen adik adik ku waktu usrah petang tadi. 

"Dulu Kak Mimi, kalau usrah jer mesti kena on time habis. Tak boleh usrah sampai lewat malam"

"Aah..lepas tu muka kak mimi....huhuhuhu....muka selalu macam tak puas hati. Muka ketat..."

Aku hanya tergelak. Apa yang mereka kata tidak satu pun salah. 

"Tapi sekarang dah lain. Lain sangat la..."

Tambah mereka lagi.

Aku bukan nak cakap sekarang diri ni baik ke apa. Cuma berkongsi pengalaman dan kemanisan tarbiyah yang berjaya mencairkan hati yang keras ini dahulu.Muka yang dulu ketat pun dah bertambah manis (huhuhuhu! itu kata adik2 ku yer...)

Sebahagian adik-adik ku yang ku bawa ini dahulu sebenarnya seangkatan denganku atau maknanya seusrah denganku. Waktu awal-awal dakwah di Glasgow dulu, hanya berapa kerat sahaja yang berada dalam usrah ini. Jadi, kami diletakkan dalam kumpulan usrah yang sama kerana hanya ada tenaga naqibah kami seorang sahaja yang menggerakkan dakwah di Glasgow.

Bila diingat-ingat semula, muka ku selalu ketat, selalu macam tak puas hati, kerana aku hanya menjadikan usrah itu aktiviti masa lapang, nak tambah sikit-sikit ilmu tapi takdelah sampai tahap nak pergi berdakwah. Jadi baik sendiri-sendiri pun ok la kan.Lagi satu, aku tak suka sangat kena tanya dalam usrah waktu tu. Tu yang muka jadi tambah ketat.

"Akak rasa awak dah lain laaa.Tak macam dulu. Dulu macam susah nak pergi usrah. Kalau ina(bukan nama sebenar) tak pergi, awak pun tak pergi. tapi sekarang tak lagi." Aku perasan perubahan pada seorang adik dlm usrahku kini.

"Aah..tu la kak mimi, sebab saya rasa dulu usrah ni hanya untuk isi masa lapang. Tapi sekarang saya dah sedar kenapa saya perlu pergi usrah" Jawab adik itu. Jawapannya sama bukan dengan diriku dahulu? usrah hanya untuk isi masa lapang. :)

Tujuan usrah tidaklah sesempit itu. Usrah ini untuk membina diri menjadi muslim sejati. Mengubah paradigma (cara fikir) kita terhadap kehidupan dunia yang menjadikan kita lebih matang dan realistik. Usrah ini bukan tempat menghentam parti politik sebagaimana orang sangkakan. Usrah ini untuk menanam aqidah yang sebenarnya pada setiap individu yang berada di dalamnya. Agar aqidah yang tertunjang kuat itu, dapat menumbuhkan pohon kehambaan pada Allah, dan menghasilkan buah akhlak yang manis untuk dirasai oleh semua.Usrah ini juga untuk menanamkan kefahaman kenapa kita berada di dunia ini. Mana mungkin pembinaan diri itu adalah satu aktiviti sampingan dalam hidup kan?

InsyaAllah nanti sambung lagi cerita-cerita best dalam usrah...

nak tidur, penat seharian beraktiviti. Pagi ke tengahari berjualan di program maulidur rasul. Petang berusrah hingga ke malam. Alhamdulillah jualan mendapat sambutan...

wsalam.

Comments