Viva

Alhamdulillah, tarikh viva sudah diberikan. 15 Dec 2011. Kebetulan, jatuh pada tarikh lahir bonda tercinta. Hati dah mula berdebar. Kena mula buka buku, dah puas bercuti selama sebulan. Tiba-tiba, bila fikir pasal viva, rasa nak nangis pun ada. Inilah penentu setelah 4 tahun berhempas pulas. Suka duka buat PhD ni hanya orang yang mengalaminya yang tahu. Setiap pelajar PhD punya masalah yang berbeza. Semoga Allah mudahkan perjalanan viva ini.

Selama 3 minggu ni taman ilmu dan budi ini, pelbagai perkara yang dipelajari. Kesimpulannya, bukan mudah menjadi seorang pendidik disamping aktif sebagai 'reseacher'. Dalam kepala, ada banyak perkara yang dirancang. Dari tajuk kajian sehinggalah penulisan buku. Itu belum dicampur dengan plan dakwah dan tarbiyah. Insyaallah perlu jadi superwoman supaya diri ini dapat dimanfaatkan utk orang lain. Apakah erti kehidupan sekiranya kita langsung tidak bermanfaat pada orang lain?

Alhamdulillah, hari ini insyaallah akan mengendali satu usrah setelah berbulan-bulan tidak berusrah. Pagi tadi, seorang rakan melontarkan pandangan terhadap org2 usrah ni. Katanya, orang usrah ni kadang-kadang pandai bercakap sahaja. Tapi bila kena batang hidung sendiri, apa yang dicakap sendiri pun tak buat. Bagi diri ini, orang usrah ke, orang tak usrah ke, kita semua manusia biasa. Memang pasti akan buat kesalahan. Cumanya, bila kes org usrah, ia nampak lebih menonjol. Sedangkan mereka yang tidak ikut usrah pun kadang-kadang memberi nasihat pada org lain tapi diri sendiri melakukan perkara yang dinasihatkan. Jadi, tidak kira siapa diri kita, berpeganglah pada ayat 2-3 surah As saff :

Wahai orang-orang beriman! Mengapa kamu mengatakan sesuatu yang tidak kamu kerjakan? Amat besar kebenciannya di sisi Allah jika kamu mengatakan apa-apa yang tidak kamu kerjakan.

Ayat ini peringatan untuk diri sendiri juga. Semoga apa yang lahir dari bibir, selari dengan perbuatan kita. Doakan untuk ujian viva saya!

Comments

Kay said…
salam Mimi...

moga selamat semuanya..
areT said…
insyaAllah, ktie mendoakan kejayaan mimi
Ejalz said…
insyaAllah mimi... you will make it...
ilahS said…
InsyaAllah akan ok... PhD yg amik masa , keringat & air mata selama 4 tahun ni pasti membuahkan hasil yg sangat LUMAYAN dan menggembirakan...
sweet tooth said…
Good luck dear! Insya Allah berjaya....
Irfa said…
ASSALAMUALAIKUM MIMI..
saya datang jejak kasih.
bukak blog lama..saya perasan awak adalah org pertama komen blog saya.
sekarang baru jumpa balik :-)
mungkin awak dah lupa kot