Monday, November 29, 2010

Musim Salju


Izfa: Korang tahu tak kenapa salji putih?

Adik2 Wihdah : Ermm..ermm... entahlah kenapa ye?

Izfa: Ha..Allah jadikan salji putih ni ada hikmahnya. Bila salji turun kita mesti rasa stress sket sebab sejuk, susah nak jalan la, langit pun mendung je.Hati kita mesti rasa runsing.Bayangkan kalau salji warna hitam?

Adik2 Wihdah: ooooo  betullah

Izfa: Bila salji putih hati senang jer... ^_^

P.s: Perbualan kekasih-kekasih hati di German... Korang sgt comel!  :). Glasgow sedang dilitupi salju yang putih.Sejuk!!!!! brrrrr...

snow lebat depan di awangan

Friday, November 26, 2010

Bilakah masanya?

Bismillah,

Alhamdulillah, baru selesai menghadiri majlis tahlil dan usrah. Sebenarnya, banyak yang hendak dikongsi seusai doa tahlil dibacakan.Tetapi, tekak ni menjadi halangan. Kurang sehat dua tiga hari ni. Musim salju sudah tiba, dijangkakan akan salji dua tiga hari lagi apabila angin dari Scandinavia bertiup (atau mungkin esok? terasa angin dingin menerobos masuk melalui celah2 tingkap sekarang..sejuk!)

Ketika duduk membaca surah yasin, tiba-tiba aku merasakan kematian itu sangat dekat dengan diri. Aku membayangkan jika yasin itu yang dibacakan pada dririku. Dan semalam, ingatan terhadap sempitnya kubur tiba-tiba menjelma sebelum mata terlelap di atas tilamku yang empuk itu. Sesungguhnya, Allah telah datangkan peringatan. Tak kira bagaimana caranya, tapi yang pasti tandanya, Allah sayang padaku!

Sesungguhnya ajal itu adalah rahsia Allah yang tidak mungkin kita ketahui bila. Cumanya, apa yang perlu kita lakukan adalah bersedia. Adakah kalian sudah bersedia? Atau masih enak dibuai dengan nikmat dunia?

"Belum sampaikah lagi masanya bagi orang-orang yang beriman, untuk khusyuk hati mereka mematuhi peringatan dan pengajaran Allah serta mematuhi kebenaran (Al-Quran) yang diturunkan (kepada mereka)? Dan janganlah pula mereka menjadi seperti orang-orang yang telah diberikan Kitab sebelum mereka, setelah orang-orang itu melalui masa yang lanjut maka hati mereka menjadi keras, dan banyak di antaranya orang-orang yang fasik - derhaka." (Al-Hadid : 16)
Sesungguhnya, Fudhail bin 'Iyad, telah berubah kehidupannya dari seorang yang sering terpesona dengan wanita kepada seorang ahli ibadah apabila terdengar ayat ini dibacakan. Menurut tafsir Qurtubi,  Fudhail bin 'Iyad ketika itu sedang memanjat tembok/pagar untuk mendatangi teman wanitanya.Sejurus terdengar ayat ini, terasa seperti menusuk ke dalam hatinya lantas terus melompat turun dan membatalkan niatnya. Seharian dia merenungi peringatan Allah. Jiwanya berbisik, " Bilakah engkau mahu insaf? dan bertaubatlah segera sebelum ajal menjemputmu!" 

Maka di sini, aku juga mahu bertanyakan kepada setiap jiwa yang membaca dan jiwaku sendiri. Bilakah masanya diri mahu insaf? khusyuk mengingati Allah dalam setiap amalan yang dilakukan? patuh kepada semua perintahnya? Apa yang kau dan aku tunggukan lagi? Fudhail bin 'Iyad telah bertaubat selepas itu dan menjadi ulama terkenal. Dan bila pula giliran kita untuk bertaubat dengan taubat sebenar-benarnya?

Jangan sampai nyawa dikerongkongan, baru taubat itu terbit dari hatimu. Ayuh, mari terus berubah ke arah yang lebih baik.
"Berlumba-lumbalah kamu (mengerjakan amal-amal yang baik) untuk mendapat keampunan dari Tuhan kamu, dan mendapat Syurga yang bidangnya seluas segala langit dan bumi, yang disediakan bagi orang-orang yang beriman kepada Allah dan Rasul-rasulNya; yang demikian ialah limpah kurnia Allah, diberikanNya kepada sesiapa yang dikehendakiNya; dan Allah sememangnya mempunyai limpah kurnia yang besar."(Al hadid : 21)
Kerana...
Rahmat Allah itu luas, KurniaNya itu besar. 
Maka segeralah kembali kepada Nya..

W'salam.


**Asbabul Nuzul untuk ayat ini :

Diriwayatkan dari Ibnu Abi Syaibah bahawa ayat ini turun berkenaan dengan para sahabat Rasulullah yang saling tertawa dan bersenda gurau. Dengan ayat ini Allah mengingatkan mereka.

Tuesday, November 23, 2010

Happy birthday Cik Nina!


To my dear sister,

Selamat Hari Jadi! Semoga Allah murahkan rezeki, semoga sisa umur ini diberkati Allah. Doakanlah adikmu ini habis PhD dengan jayanya.

Sunday, November 21, 2010

Dari Glasgow to Cardiff

Bismillah..

Astagfirulllah..astagfirullah.. astagfirullah...
Semoga Allah mengampunkan dosa-dosa kita.

Alhamdulillah, minggu ni bermusafiran lagi. Kali ini ke London seterusnya menuju ke Cardiff. Banyak episod menarik sepanjang perjalanan ini. Bermula dengan episod kejar mengejar dan dikecewakan di Glasgow airport. Kami tersekat di dalam jem mengakibatkan lambat untuk sampai di gate. Hanya sampai setelah beberapa minit gate di tutup. Buat muka kesian pun tak dibenarkan juga. Masing-masing semput berlari. Larian yang tidak berhasil! huhuhuhu...Takperlah, alhamdulillah tiket penerbangan seterusnya tidaklah semahal tiket kalau terlepas flight Ryanair. 

Hari ahad di london, banyak stesen tube ditutup kerana ada construction. Buat pertama kalinya berjalan dari Tower bridge sampai ke wesminster. Aiyoo...penat okayy. Tapi sebab malas nak berebut bas punya pasal di London tower sanggup menapak menyusuri river thames bersama-sama atun. Patutnya kami berkemas balik ke airport luton jam 6 petang. Tapi disebabkan salah budget time, ditambah dengan blur nak amik bas mana ke rumah sisters semula, alih-alih pukul 7 baru bertolak. Maka bermulalah episod kejar mengejar di london luton pula. Dalam hati dah terasa-rasa macam nak kena tinggal flight lagi (ye ye..i know...dah sinonim sangat tertinggal flight tu dengan cik mimi). Nak lari pun kaki dah sakit. so jalan jer la yang mampu manakala adik-adik yang lain berlari-lari ke pintu penerbangan. (gate tutup pukul 8.45 dan waktu tu baru sampai airport..huhuhu)

Alhamdulillah, Allah mudahkan kami walaupun ada seorang yang tersekat pada mulanya sebab boarding pass tak dapat di baca. Cuak sangat time tu.Takut seorang tertinggal (ahli rombongan ada 8 org).Alhamdulillah, akhirnya semua selamat sampai di Glasgow.....

ok..nanti update pengisian di Cardiff pulak. Rasa mcm dah lama tak tulis blog style mcm ni... :)

yg sakit kaki,
mimiamilia
@Awangan

Thursday, November 18, 2010

Amanah


"If you know where you came from, and you know your destination and where you want to end up, then isn't it obvious what your purpose in life should be?"

Kita dijadikan bukan sia-sia. Tapi kita yang sentiasa sia-siakan kehidupan kita. 
Kita dijadikan sebagai khalifah. Tapi kita selalu lari dari amanah.
Kita dijadikan untuk menyembahNya. Tapi kita leka mengejar dunia.

Adakah hidup mati kita untuk Allah?

Kawan,

Dunia di tangan kita, bukan di hati.
Dunia jambatan kita, bukan destinasi.
Dunia untuk bekalan kita, bukan tempat menetap yg pasti.

Jika benar kau mahu syurga,
Mana 'amalan ahli syurga' mu?

Jika benar kau takutkan neraka
Kenapa masih leka diulit dosa?

Jika hari ini hari terakhirmu
mampukah kau jamin tempatmu di 'sana'?

Jika bukan hari ini,
Bila lagi?
Bila lagi mahu kau kejar cinta Ilahi?

mimiamilia, @JW153 Glasgow Uni

Monday, November 15, 2010

Karakter dan reputasi

Bismillah,

Alhamdulillah, minggu baru penuh barakah. Di mulakan dengan hari Arafah, sebaik-baik hari. Hari  yang mana berduyun-duyun manusia berkumpul di bumi arafah (InsyaAllah suatu hari nanti aku juga kan berada di sana), yang tidak berada di sana, bersama-sama mengejar ganjaran pahala dengan berpuasa
Daripada Abi Qatadah r.a. Rasulullah s.a.w. ditanya tentang puasa sunat pada Hari Arafah, baginda menjawab maksudnya: "menghapuskan dosa tahun yang lepas dan tahun yang akan datang." Riwayat Muslim.
Alhamdulillah, minggu baru dimulakan dengan lonjakan iman. Momentum yang terhasil daripada duduk-duduk beriman sejenak selama 2 hari di Nottingham. Banyak mutiara yang dikutip. Walaupun badan lesu kepenatan bermusafir, semangat terus di bakar bila bersama sisters yang lain. Memandang wajah mereka sahaja, bisa meningkatkan iman apalagi bila hati disentuh dengan percakapan dan perlakuan. SubhanaAllah, itu adalah nikmat ukhuwah atas aqidah yang yang sama.

Ada sesuatu yang benar-benar menyentuh hati. Peringatan dari seorang murabbi. Yang kita di atas jalan dakwah dan tarbiyah ini bukanlah membina satu reputasi, tetapi membina karakter diri. Kita bukan baik hanya di dalam usrah, bukan berketrampilan hanya di hadapan masyarakat, bukan petah berbicara berdalilkan ayat-ayat Allah hanya ketika membawa usrah, bukan hanya membaca quran ketika berdaurah, bukan berqiyamulail hanya apabila teman sefikrah ada bersama. Bukan, kita bukan mahu dipandang tinggi dan mahu reputasi kita tetap terjaga di mata manusia.

Tapi kita, yang bila mana tasbih kafarah di dalam usrah dibacakan, kita mahu bila pulang ke rumah kita mempunyai watak yang sama seperti kita dihadapan anak-anak usrah kita. Bukan bila pulang, kita kembali menjadi diri sendiri yang suka membuang masa, yang sebenarnya malas mengurus diri, rumah bersepah-sepah, makan tidak terjaga, facebook sepanjang hari, belajar entah ke mana, gelak sebatu pun boleh dengar, turut sama bergosip, layan movie terbaru, lupa mathurat, lupa tadabbur quran. Bukan..kita sepatutnya bukan itu. 

Tarbiyah yang kita lalui ini, sepatutnya membina karakter diri kita. Karakter yang walau di mana kita berada, itulah kita. Yang memang sering bertadabbur, menjaga tutur kata, sentiasa berusaha meningkatkan diri, yang jika bersendirian masih ingat Allah sentiasa ada memerhati, yang hidup tersusun, yang akhlak adalah akhlak yang tip top dan banyak lagi.

Kita bukan mahu dikagumi dengan hebatnya hafalan quran, hebatnya berbicara, hebatnya menuturkan hadis, hebatnya mengarang kata-kata di dalam blog, mahupun labuhnya tudung kita. Tanggalkan keinginan pada menjaga reputasi itu. Kerana itu bukan kita...

Kerana, jalan ini kita pilih dengan ikhlas. 
dan ada apa dengan pandangan manusia? 
Pandangan Allah itulah yang kita mahukan...

Salam hari arafah,
dari insan yang banyak kena improve diri.. (doakan!)

Tuesday, November 09, 2010

Refresh

Bismillah,

Kadang-kadang kata-kata yang ditulis mudah untuk disalah faham. Kerana pembaca akan faham mengikut apa yang difahaminya. Terasa sangat berdosa bila semalam smsku disalah faham.Aduh! sudah...jadi ajaran sesat pulak. Terpaksa la bersemuka untuk menjelaskan sejelas-jelasnya. Mungkin khilaf diri, menyusun kata yang tidak sesuai untuk penerima. Atau mungkin banyak sangat dah titik hitam dalam hati.Astagfirullah...

Aku dapat merasakan iman itu jatuh dua tiga hari ini dan perkara-perkara lama yang ditinggalkan seakan-akan memanggil-manggil untuk aku lakukan. Sungguh! itu tarikan syaitan. Yang menunggu-nunggu masa untuk serang hati kita bila mana hati ini kosong dan iman sedang jatuh. Rajin sungguh syaitan! boleh dapat anugerah pekerja terbaik setiap hari. Tapi tergamakkah diri nak biar syaitan amik trophy tu? Semoga Allah ampunkan dosa-dosa yang kau dan aku lakukan.Semoga Allah membimbing dan membantu kita untuk berjihad menentang syaitan dan nafsu.

Ketika futurnya iman, Allah memberi aku jalan untuk meningkatkan semula. Alhamdulillah, perjumpaan dengan vice president MAB (Muslim Association of Britain) Scotland malam tadi memberi siraman air yang segar pada hati yang kering ini. Itulah usrah ku malam tadi. Pertemuan selama 2 jam di rumah Brother A.N bersama isterinya dan juga usrah mate ku. Banyak yang dikongsikan bersama. Dari kisah Palestin sehinggalah ke resepi makanan tradisi dr egypt yang dihidangkan kepada kami yang diberi nama al fath (dia kata maksudnya campur2-nasi campur ayam+roti+salad).

Ada banyak cerita yang benar2 terjadi yang diceritakan kepada kami. Aku tertarik dengan sebuah cerita ini :

Ada seorang brother dari Libya yang study di UK, sering mengundang rakannya Thomas untuk sama-sama makan malam. Hampir setiap minggu brother tu ajak thomas datang. Suatu hari Thomas perasan yang brother ni tak potong rambut dan rambutnya dah sangat panjang. Dia pun tanya kenapa kau tak potong rambut tu? Tapi, brother Libya dengan tegasnya berkata, jangan tanya lagi mengenai rambut ni. Suatu hari nanti aku akan beritahu kau juga.Selepas peristiwa tu, brother tu tetap ajak thomas untuk dinner sama-sama setiap minggu.

Apabila tempoh pengajian tamat, Brother tu pun nak balik semula ke Libya. Di airport, thomas tanya kepadanya. Kenapa kau tak potong rambut kau? Kali ni kau kena beritahu aku. Brother tu jawab, 6 bulan yang lalu, biasiswaku dipotong. Jawabnya ringkas.

Thomas terasa sangat terkesan. Brother tu sanggup jer jemput dia untuk dinner dan tak pernah miss sedangkan duit yang dibuat untuk prepare makanan tu boleh disimpan untuk dia potong rambut. Thomas terasa sangat keikhlasan dan kebaikan brother tersebut. setelah brother tersebut pulang ke libya, beberapa tahun selepas itu, Thomas memeluk Islam.

Best kan? Kita tak kan pernah tahu ayat mana atau perlakuan kita yang mana yang telah menyentuh hati orang lain sehingga Allah dorongkan kepada jalan hidayah.

"Demi Allah, sungguh Allah memberi hidayah kepada seorang laki-laki melalui tanganmu adalah lebih baik bagimu daripada unta merah.” (HR Bukhari dan Muslim)
ataupun dalam hadis lain mengatakan lebih baik dari dunia dan seisinya.(Unta merah tu umpama kereta yang paling bagus dan power di zaman ini)

Itulah sepatutnya ada dalam diri seorang Muslim. Percakapan, perlakuan , pemikiran dan semua nya jika benar-benar seperti yang Allah telah tetapkan, akan cantik tersusun segalanya sehingga hati mudah pun disentuh.

Bila dinilai balik diri ini, banyak sangat kena dibaiki.Semoga Allah mudahkan, semoga Allah berikan hidayahnya pada diri ini. Dua tiga hari ni rasa banyak buat dosa la pulak..Astagfirullah..astagfirullah...

kalaunak dgr kisah lain boleh baca kat sini.

p/s: jom tingkatkan amalan di 10 hari pertama zulhijjah ini :)

Monday, November 08, 2010

R.I.N.DU



Sunday, November 07, 2010

my other Sarah

Excited!!!!

sorry nak kongsi perasaan kat dalam ni. Sebab my bestest friend,best friend forever, Puan siti norsarah will be here at UK.

Alhamdulillah. Thank you Allah. You give me another sarah...

p/s: excited pun rasa cam nak nangis...

Friday, November 05, 2010

to My Sara


"Kak Mimi, bangun, jom solat Subuh"

Itulah 'alarmku' sepanjang sebulan yang lalu. Aku pasti merinduinya.

Manusia datang dan pergi. Dan yang datang itu kadang-kadang akan meninggalkan bekas di dalam hati. Adikku yang seorang ini paling banyak meninggalkan bekasnya. Melihat perubahan dirinya, memberikan kekuatan pada diri sendiri untuk berubah. 

Masih teringat-ingat di awal berusrah bersamanya. Muka blur dan matanya yang redup itu selalu membuatkan kami tersalah sangka bahawa dia mengantuk dalam usrah. Hakikat, dia sedang sedaya upaya mencerna apa yang kami bincangkan. Dia lebih banyak berdiam dan berfikir. Alhamdulillah, Allah melorongkannya ke jalan hidayah. SubahanaAllah wal hamdulillah!

Dia bukan sekadar mendapat iajzah farmasinya, malah ijazah dalam membina dirinya untuk lebih dekat dengan Allah. Sesuatu yang aku rasakan miracle yang hanya Allah sahaja yang tahu bagaimana cantiknya susunan perjalanan hidupnya hingga membawanya ke hari ini.

Sara,

Terima kasih di atas segalanya. Banyak yang aku pelajari dari dirimu. Semoga terus tsabat di jalan ini. Dugaan di luar sana sangat menggerunkan. Kau peganglah tali Allah ini kuat-kuat, kemas-kemas. Ingat bahawa Allah ada sentiasa bersamamu. Jika kau bersedih, mungkin aku tak dapat meminjamkan bahuku, tapi Allah sentiasa mendengar keluhanmu. InsyaAllah ini bukanlah perpisahan selamanya. Aku doakan kau akan kembali bersama kami di sini. InsyaAllah...

p/s: sara, akak rasa 'kelambatan' awak telah membuatkan awak lebih faham... so itu bukan kekurangan tapi kelebihan. Always look at the positive side. Husnuzon dengan Allah... miss u!

  © Blogger template 'Isolation' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP