Wednesday, July 30, 2008

Israk dan Mikraj

Maha Suci (Allah), yang telah memperjalankan hambaNya (Muhammad) pada malam hari dari Masjidilharam ke Masjidil Aqsa yang kami berkati sekelilingnya, untuk memperlihatkan kepadanya tanda-tanda (kekuasaan dan kebesaran) Kami. Sesungguhnya Dia Maha Mendengar, Maha Melihat. ~ Al Isra', Ayat 1

Hari ini 27 Rejab, kita menyambut peristiwa teragung iaitu Israk dan Mikraj. Dari pembacaan saya terdapat perselisihan pendapat tentang tarikh sebenar perjalanan Rasulullah S.A.W dari Masjid al-Haram ke Masjid al-Aqsa dan mikraj Rasul hingga ke langit ketujuh ini. Apapun, bukan tarikh yang kita pentingkan disini, tapi pengajaran dari perjalanan itu sendiri.

Pengajaran terpenting dari peristiwa ini adalah pelaksanaan solat 5 waktu yang telah difardhukan. Allah pada mulanya memfardhukan solat sebanyak 50 waktu. Namun ketka Rasulullah dalam perjalanan pulang, Baginda bertemu Nabi Musa A.S yang menasihatkan Baginda supaya meminta Allah mengurangkan waktu solah kerana meragui kemampuan umat baginda untuk melaksanakannya. Baginda kembali turun naik bertemu Allah hinggalah solat dikurangkan kepada 5 waktu.

Namun dengan 5 waktu itu, masih ada yang tidak mampu menunaikan dengan sempurna. Kita harus bersyukur, kerana solat adalah salah satu cara kita berhubung dengan pencipta kita. Apabila seseorang itu menunaikan solat dengan penuh khusuk dan tawaduk, dia seolah-olah sedang berkata-kata dengan Allah. Sesungguhnya, Solat itu satu pemberian dari Allah agar kita selalu mengingati Nya dan selalu berhubung denganya.

Semoga kita dapat sama-sama memperbaiki diri dengan sentiasa mengingati Allah. Semoga rahmat Allah bersama-sama kita semua. InsyaAllah...

Tuesday, July 29, 2008

Tour Scotland - Day Four






Kali ni tempat utama yang hendak dilawati adalah John O Groat iaitu kawasan paling hujung untuk Tanah Britain.Dalam perjalanan singgah merata-rata. Sempat buat jalan-jalan cari Toilet (hampir kesemua tempat yang kami singgah jika ada toilet mesti kami pergi) dan picnic Fish and Chip sambil menikmati pemandangan yang indah di tepi laut.Juga singgah ke Dunnet Head iaitu kawasan paling utara untuk tanah Britain.

Sungguh indah bumi Scotland ni!

Monday, July 28, 2008

Tour Scotland - 3rd Day

Sambung balik cerita tour scotland. Hari ketiga kami bertolak dari Portnalong dan mengelilingi Isle of Skye dan destinasi berakhir di Inverness student hostel. Perjalanan agak menarik sebab jalan sangat-sangat kecil dan mencabar. Sentiasa berselisih dengan caravan-caravan yang kebanyakannya 'left hand drive' (mereka dari negara eropah yang lain dan bercuti di sini). Setiap kali berhenti di tempat berselisih yang disediakan masing-masing akan mengangkat tangan tanda terima kasih memberi laluan. Terasa sangat mesra la pulak.Seronok! Sampaikan bukan sahaja driver yang angkat tangan malah penumpang dibelakang pon nak angkat tangan.


Di sekitar Isle of skye ni kami mengalami masalah komunikasi dengan Miss Garmin (satelite navigator kami) Kadang-kadang di skrin Miss Garmin, kereta kami seolah2 berada di dalam laut.Huhuhu..jalan yang pusing hampir 180 darjah pun ada.Thrill gila!



Tempat-tempat yang dilawati: Dunrobin castle (kat luar jer) ,Museum Isle of Skye, Staffin dan Pekan Portree. Yang lain-lain tu singgah kejap-kejap tepi jalan untuk ambil gambar. Ada satu castle kami singgah di awal pagi.Sebenarnya awal lagi masa tu.Pukul 9 pon belum lagi.Tapi berhenti jugak nak cari toilet. Toilet ada dalam castle. Nasib baik penjaga pagar tu bagi masuk.Tapi dia kata pergi toilet jer.Jangan masuk castle.Huhuhu..tapi dapat jugak ambil gambar sket.

Ok, gambar2 semua ni tak edit. Tak sempat..


Thursday, July 24, 2008

Mari melukis

In the process...


To change my sister's look..and tadaaaa!!!


To my dear sisters..Nina and Kakcik,

I telah buat pembedahan plastik kat muka uols..Hasilnya, Nina..u look more tembam dan mata agak besar and Kakcik, ur juling air become more visible..ahahhaha.

Tangan I dah jadi kayu.It has been 8 years since the last time saya melukis potret. Hari ni tiba-tiba rasa nak asah balik bakat yang ada.Need to practice more especially tang nak lukis mata tu.Ni kalau Bro Butaseni tengok mesti kena kutuk habis.Takpun, dia bagi markah tak sampai 50%.Takperla..I budak baru belajar.Hehehe...

Wednesday, July 23, 2008

Tour Scotland - Day 2

Hari kedua bermula seawal 6 pagi rasanya (dah lupa). Kena turun katil senyap-senyap, jalan pun senyap-senyap sebab tak mau ganggu penghuni bilik yang lain. Memang tak selesa sungguh. Hari kedua kami ke Isle of Skye. Persinggahan pertama kami adalah Loch Ness dan Urquhat Castle.


Saya dan Cik Khairyn dah pernah sampai kat situ.Jadi, kami membuat keputusan untuk menunggu di luar sahaja. Bayaran masuk dalam 8 pound. Kebetulan ada event pada hari tu. Jadi, diorang kena keluar before pukul 12. Saya bukanlah manusia yang sabar menunggu. Adehh..lama gak kena tunggu. Nak masuk cam rugi jer 8 pound tu.

Kami singgah di Eilean Donal Castle. Kalau perasan, castle ni la yang dalam cerita Made of Honour tu.Memang cantik.Tapi tak masuk dalam.Save budget.Ala, castle ni dalam tu semua sama jer..

Persinggahan seterusnya Armadale Castle & Garden. Kawasan castle tu sangat besar. Siap ada farm lagi. Konon-konon nak jelajah habis semua la. So, kami pergi ikut track yang diberi dalam peta hinggalah kami sampai di kawasan Armadale farm. Jalan masuk ala-ala macam jungle tracking di Malaysia.Sampai di kawasan ladang ni,bila bukak pintu pagar jer..tu dia..sekawan lembu tengah dok makan-makan sambil jeling-jeling ke arah kami. Nak teruskan ke taknak.Saya dah patah balik. Takutla! nanti kena kejar lembu satu hal la pulak.Jadi kami semua patah balik.Just round-round garden yang ada kolam dan lepas tu keluar pergi melantak Ritz aiskrim.Sedap woo aiskrim tu. Lemak berkrim.


Seperti biasa, kami banyak berhenti tepi jalan ambil gambar. Sebenarnya gambar-gambar ni tak dapat memberi gambaran sebenar kecantikan pemandangan yang kami lihat. MasyaAllah..memang sangat cantik.

Kami bermalam dalam Bothie di Portnalong. Bothie tu macam apartment kecil tapi lengkap semua ada.SELESA!Saya rasa takde orang Malaysia pernah sampai sini kot. Memang tempat tu ulu banat gilerrr! Masa saya tempah hari tu tak terbayang yang jalan masuk ke kawasan Portnalong tu hanya muat-muat satu kereta. Dan portnalong ni dah kira hujung gila, satu kilometer dari kawasan penginapan dah jalan mati.Oh! banyak pulak gila nya..ehehe.Apapun, kalau saya nak rate tempat menginap sepanjang perjalanan kami ni, Portnalong is the best! Dah la murah (sorang 11 pound jer).
Ok, enjoy the pics!Seperti biasa..gambar-gambar menarik yang lain tak dapat diletak dalam blog ni sebab mengandungi 2 makhluk tuhan paling seksi.hehehe

Sunday, July 20, 2008

Tour Scotland - Day 1

Tajuk: Rombongan mengelilingi Scotland
Masa : 12 Hari
Ahli Rombongan:

1. Cik Mimi - Boss/Financial controller(kadang-kadang suka buat rampasan kuasa ngan photographer rasmi)
2. Cik Khairyn - Driver
3. Cik Akuatik - Pemandu pelancong..ehh..navigator (kadang2 jadi chief chef)
4. Cik Sanna - Ajk Makanan dan Photographer rasmi
5. Cik Nik Yus -Pembantu tetap ajk makanan dan kerja2 yang lain

Hari pertama tu, masing-masing bersemangat. Driver dah pesan malam sebelumnya, paling lewat pukul 6 kena bertolak. Malam tu masing-masing masuk tido awal kecuali saya. Kenapa? sebab baru terhegeh-hegeh nak siapkan report pada Supervisor. Bekalan untuk dia sepanjang ketiadaan saya untuk bercuti. Betulkan equation, buat kira-kira sikit, derivation sket, tup tup dah masuk subuh..dan dah pukul 5! Tak tido pun saya malam tu.

Sanna, ketua ajk makanan awal-awal bangun siapkan breakfast (dia sungguh berdedikasi!). Saya masih menyiapkan kerja-kerja terakhir sebelum report ditukar kepad pdf format dan hantar kepada supervisor melalui email.Akhirnya, beberapa minit sebelum pukul enam semua ahli rombongan yang berjumlah 5 orang itu telah siap sedia menuju ke kereta. Owh lupa nak cakap, pihak AVIS telah sukacitanya menaiktaraf kereta kami dari saiz B(e.g clio,ford fiesta) ke saiz E. Oleh itu kami dengan gumbiranya dapat naik kereta VW Golf yang best itu.Yay!

Oleh kerana kami menaiki kereta Golf yang best itu, kami takde masalah menaiki gunung ganang di Highland. Pemanduan sungguh lancar! Driver pun ENJOY!


Hari pertama kami singgah di Glencoe,Oban, Mallaig dan tidur di Fort William. Bila2 nampak tempat cantik, kami akan berhenti dengan sesuka hati mengambil gambar.(takderla sesuka hati..kena tunggu sign 'P' muncul baru leh berhenti.Yang tak best har pertama ni adalah tempat tidur kami di asrama backpackers tu. Bukan apa, toilet kena share dengan kaum adam. Jadinya lecehla nak mandi. Pastu, dorm pula kongsi dengan 3 lagi orang lain. So, takleh nak berbunyi sangat satgi org2 lain dalam bilik terjaga dari tido.(ahahha saya punya alarm bunyi mak aiiii kuat gilerrr.dah la lama sebab payah nak carik dalam beg..nasib aaaa).Nak masak pun tak selesa. Almaklumla..masakan malaysia ni kan harum semerbak baunya. Kami ni kena makan nasik. Takdenya nak makanpasta2 ni. So, siap bawak periuk nasik tu!Sib baik saya dah buat ayam kuzi siap2.so takyah la masak. Cuma, tak dapat breakfast sebab kami kena bertolak awal sedangkan dapur hanya bukak pukul 7.30. Masing-masing sarapan roti tuna semalam yang tak habis lagi. Sib baik tak basi.
Ok,ni ada gambar sket. Susah nak select gambar sebab ada la dua makhluk tuhan paling seksi ni takmo diglamourkan.huhuhu!


  © Blogger template 'Isolation' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP