Friday, November 09, 2007

Melawan Syaitan

Alhamdulillah. Open house semalam berjalan lancar. Ramai yang datang.Di luar jangkaan! Tak sempat sampai ke malam makanan banyak dah habis. Ramai saudara mara yang datang. Kalau kawan sendiri tu boleh di kira dengan jari. Tak kesah pun. Mungkin masing-masing pun ada hal sendiri.Apapun terima kasih pada yang datang. Yang tak datang tu rugila tak dapat rasa masakan orang Jawa. Hehehe. Takper, datang masa kawin nanti (ahaha...jgn tanya bila!). Disebabkan sibuk melayan tetamu dan membantu di dapur, tak sempat nak amik gambar.Maklumlah, kakitangan dapur tak ramai.So takdelah yg sempat jadi cameraman.

Hari ni semua dah kembali bekerja. Duk la sengsorang kat rumah mengemaskan apa yang patut.Sambil-sambil tengok Astro Oasis, dapat sket belajar tentang melawan syaitan. Allah dah kata, syaitan ni musuh kita. Tapi ramai yang sibuk nak jadi bestfriend dengan syaitan ni. Ikut jer apa yang dia suruh. Sedangkan Allah dah berikan akal fikiran kepada kita untuk melawan syaitan.

Di sini saya kongsikan catatan saya untuk tips melawan syaitan yang disampaikan oleh Dr Fatma ezzahara :

1. Lazimkan membaca Isti'azah (A'uzubillahi minasy syaitaanir rajiim)
2. Sentiasa berzikir mengingati Allah.
3. Selalu baca 3 Qul(Surat An Nas, Al Falaq & Ikhlas) terutama di awal pagi dan di waktu hendak tidur. Jadikannya tabiat harian. InsyaAllah dilindungi allah dari syaitan.
4. Sentiasa membaca ayat kursi. InsyaAllah kita akan terjaga sepanjang hari dari tipu daya syaitan.
5. Baca surah Al Baqarah. Rumah yang dibacakan surah ini didalam nya insyaAllah syaitan pun takut nak masuk.
6. Baca La ilaha illallahu wahdahu la syarika lah...
7. Usahakan agar sentiasa berada dalam keadaan berwudhu'
8. Jaga pandangan mata. Kan dari pandangan mata akan jatuh ke hati. Kalau tengok benda tak elok..tak elok la hati tu.
9. Pilih sahabat yang baik. Biasanya kalau nak tengok seseorang tu, kita boleh tengok teman rapatnya siapa. Kalau kita ada rakan yang baik, InsyaAllah kebaikan itu juga akan sampai pada kita. Kita sebagai sahabat pun kenalah ajak kawan-kawan kita berbuat kebaikan.Itu baru nama sahabat sejati!
10.Jangan tinggalkan solat. Solat itu dapat mencegah dari kita melakukan kemungkaran
11. Sentiasa bertaubat. Manusia ini tidak lepas dari melakukan kesalahan. Sentiasalah memohon keampunan dari Allah.

Semoga apa yang dikongsi ini dapat dimanfaatkan bersama. Sama-sama kita melawan musuh ketat kita! Jangan jadi rakan syaitan!

Thursday, October 18, 2007

Hari terakhir di Mesir


Hari ni hari terakhir saya di Mesir. Sedihnya rasa hati nak tinggalkan bumi Mesir ni. Banyak pengalaman pahit manis sepanjang duduk di sini dalam masa yang singkat. 3 minggu memang tak cukup. Quran pun tak sempat amik sanad. Arabic pun dapat 2 level jer. Nampaknya kena datang semula ke sini :). InsyaAllah, berkat doa adik-adik dan ustazah kat sini, tahun depan ada rezeki datang lagi.

Lawatan ke beberapa tempat menarik bermula Isnin lalu. Saya melawat sepupu di Iskandariah (Alexandaria) selama dua hari. Sebelum tiba di sana, mind saya dah setkan bahawa Alex ni sebuah bandar yang bersih dan cantik sepertimana yang diberitahu oleh ahli bait. Setibanya di sana Alex tidaklah seperti yang saya gambarkan dalam fikiran. Ini gara-gara naik keretapi 'ayam' yang banyak sampah di dalamnya dan mahattah (stesen) tempat saya berhenti untuk ke rumah sepupu sangatlah banyak sampahnya. Saya terpaksa melalu sampah-sampah dengan bau yang busuk itu untuk keluar dari stesen. Ini belum dengan sesuka hati melintas landasan keretapi hatta keretapi ada di depan dalam jarak 5 meter.

Tak banyak tempat yang saya lawat di alex. Masa tak mengizinkan. Hanya sempat pergi ke perpustakaan mereka yang terkenal dan Montaza (gambar :sila tunggu!!!!) . Yang menariknya, ketika hendak pulang ke Cairo, saya dan sepupu menghadapi masalah dengan train yang kami hendak naik. Bermula dengan tiket yang dibeli agak pelik rupa bentuknya hinggalah kami erpaksa tunggu train dari pkl 5 hingga pukul 9.30 dan setelah tunggu berjam-jam, kami tak naik pun train.

Kisahnya begini, Tiket train kami minta sahabat belikan sewaktu kami sampai di stesen keretapi. Mungkin kami beli agak lewat, banyak tiket dah habis. Tapi, tukang beli tiket berjaya mendapat tiket keretapi laju walaupun rupa fizikal tiket agak berlainan. Menurut tukang beli tiket, tiket kami pukul 9.30 menaiki keretapi laju ( tak berhenti stesen lain).Waktu tiket itu dibeli adalah pukul 5 petang. Di sebabkan peraturan mereka di sini tak leh kuar malam tanpa mushrif, sepupu mencadangkan untuk kami tunggu sahaja di stesen. Saya memang tak kesah sebab saya ni jenis belasah jer keluar tak kira masa.Maka, kami pun duduk dan tunggu di stesen keretapi tu. Dalam pukul 8 lebih, ada seorang Ammu (pakcik) tukang jual magazine di sebelah tempat kami duduk tegur. Mugkin dah lama sangat kami duduk di situ tapi tak naik-naik train buat dia pelik. Dia tanya train kami pukul berapa. Kami tunjuk tiket. Ammu tu kata train kami dah lepas. Takkan ada keretapi laju dah lepas pkl 7.30 mlm. Erk! kami tetap menafikan dengan mengatakan ammu kaunter tiket bagitau train akan dtg pkl 9.30. Ammu tu tetap kata kami dah terlepas train. Dia kata kami salah tengok time. aduh! dia sempat suruh org lain tgk tiket train kami dansemua kata train kami dah terlepas.

Tak puas hati dengan orang2 disekeliling kami yang menyokong ammu, kami pergi ke kaunter informasi. Menurut ammu disitu,tiket kami betul pukul 9.30 malam tapi bukan keretapi laju. Tapi keretapi yg lambat sket sebab banyak berhenti2. La...kami dah start konpius. Kami tanya banyak kali sampai ammmu tu pening.huhuhu. Oklah, ammu tu sampai cakap lillahi, baru kami percaya dan kembali duduk menunggu keretapi di bangku menunggu.Ammu magazine tadi kata, nanti bila keretapi datang dia akan suruh kami naik. Dalam masa yang sama ammu tu telah menglamourkan kami dengan berceritakan hal kami yang tak paham bahasa arab sangat dan tatau tiket pukul berapa pada orang2 yang ada di sekitar kedainya. Bila orang pandang kami, kami hanya mampu senyum.Sampaikan ada seorang ammu lain dtg konon2nya dia tau cakap Inggeris. So dia pon cakapla yang keretapi kami dah terlepas in English yang sangat broken dan saya hampir tak paham. Pastu, dia kata dia akan suruh kami naik train bila train kami sampai. Dalam pukul 9.20 sebuah train ala-ala train ayam telah sampai. Ammu2 yg tau kisah kami cepat2 suruh kami naik train tu.

Isk! tiket kami bukan tikat keretapi ayam. (keretapi ayam tu keretapi murah yang orang akan berpusu-pusu naik dan sumbat dalam gerabak tu macam sardin. Dah la gelap takde lampu..)Kami ragu2 nak naik. Kami naik kejap lepas tu terus turun balik. Tak berani naik!takut dia berhenti tatau hala mana.Bila kami turun semula ammu2 kat situ sumer marah2 suruh naik balik. La.... kami yang degil ni terus lari gi tempat lain takmo naik train.Dan terlepas lah kami dengan semua train pada hari itu.

Alternatifnya, kami naik tremco (Van). Huhuhu! dalam tremco tu ada kami berdua jer perempuan. Gerun gak. Tapi takde pilihan dah. Nak taknak kena naik.Maka naiklah kami tremco tu ke kota kaherah. Tremco tu laju gila nak mampus (ehehehe extreme nyer bahasa..sorry)Dah la duduk belakang sekali. Rasa macam naik kuda pun ada gak. Melambung-lambung dibuatnya. Dalam masa 2 jam setengah (sama laju ngan keretapi laju) kami sampai di Cairo.Alhamdulillah, akhirnya sampai gak setelah membuatkan ramai orang risau!

Ok, nanti sambung lagi cerita hari terakhir di Cairo. saya nak pergi beli beg jap. Beli banyak barang sampai tak 'celuih' beg yang di bawa.Kena beli beg baru.

Saturday, October 13, 2007

Eid Mubarak

Salam Aidilfitri untuk semua. Kadatangan syawal tahun ini disambut dengan takbir di malam hari raya bersama ahli bait. Mungkin sudah biasa berjauhan dari keluarga, dan ini bukan syawal yang pertama tidak bersama mereka, hati ini tidak berasa begitu sayu jika dibandingkan tahun sebelumnya. Sesudah bertakbir, kami bergotong royong menyediakan juadah untuk esok hari. Juadah yang simple sahaja. Cuma ada nasi impit, kuah kacang, kuzi dan kek. Saya berjaga hingga pukul 2 pagi menyiapkan apa yang patut.

Solat Hari Raya di sini bermula sangat awal. Sudah beberapa tahun 'cuti' tak dapat tunaikan solat hari Raya. Tahun ini, Alhamdulillah diberi kesempatan untuk menunaikan solat Aidilfitri di masjid Iman bersebelahan Flat kami. Berbeza dari Malaysia, kaum wanita di sini suka buat kecoh kat masjid.(sangat sangat kecoh) .Sebelum mula solat, dewan solat tu riuh dengan kaum wanita mesir berbual-bual antara satu sama lain. Semasa imam memberi khutbah pun mereka masih bising-bising didalam masjid.

Selepas bersolat Aidilfitri, kami berhari raya di rumah ustazah tempat saya belajar. Orang mesir sempoi jer beraya. Pakaian hari Raya mereka adalah pakaian sukan. Hehehehe..bukan apa, time raya ni diorang selalu pergi ke hadiqah(taman) bersama keluarga instead of melawat sanak saudara dan sahabat handai.

Selepas puas makan kuih raya di rumah ustazah, kami bergerak menuju ke Malaysian Hall. Memang ramai orang kat situ. Nampak macam budak perempuan medic yang ramai. Maybe yang lain dah dtg awal2 pagi. Ada sate, mee dan kuih muih. Perut dah kenyang makan di rumah. Saya langsung tak sentuh makanan di Malaysian Hall tu. Just berborak-borak dengan adik-adik yang baru dikenali dan mengambil gambar.

Hari ini adalah hari yang memenatkan tapi sangat gembira dapat berhari raya dengan yang lain-lain di sini. Semoga kawan2 berhari raya dengan gembira.


Thursday, October 11, 2007

Ramadhan bakal pergi

Salam semua.

Ramadhan sudah di penghujung. Sedih di hati mengundang. Pengalaman Ramadhan tahun ini di bumi kinanah sangat berharga buat saya. Syukur pada tuhan kerana diperkenankan doa saya untuk berada di sini di bulan Ramadhan yang mulia ini.Biarpun saya boleh berada di Malaysia berpuasa dan berhari Raya bersama keluarga, tapi saya memilih untuk berada di sini.Pilihan itu saya rasakan sangat tepat. Biarpun terpaksa bersusah payah, berembun pagi, berjalan di bawah terik matahari, di sapa dingin malam untuk ke kelas, apa yang saya peroleh hari ini sangat berbaloi. Cuma agak terkilan tidak dapat duduk lama di sini.

Tinggal beberapa hari lagi Aidilfitri akan kita sambut. Entah berapa banyak kuih raya Mama buat tahun ni. Berapa helai pula baju raya tahun ni?. Apa tema tahun ni? Tahun-tahun sebelum ni biasanya kami akan ada warna tema. Saya tidak ada baju raya tahun ni.sob..sob..sob. At least tahun lepas mama dah bekalkan sepasang baju kurung raya. Erm, kejap lagi, mungkin saya akan ke bandar bersama Ahli bait melihat-lihat kalau ada baju yang sesuai untuk dibeli ;)

Kepada adik-adik dan anak-anak sedara serta sepupu sepapat yang disayangi, maaflah, tahun ni duit raya korang still berkurang sebab Cik Mimi tak balik lagi. InsyaAlah tahun depan boleh top up duit raya tu.hihihi.

Oh..rindunya nasi tomato, ayam masak merah, daging kerutut dan acar yang mama buat di pagi raya. Semalam saya masakkan Nasi tomato, Kuzi (yang telah di 'alter' dari rempah kurma), dan acar resepi mama untuk ahli bait di sini. Seronok tengok diorang makan lebih-lebih lagi acar resepi mama tu dapat pujian melambung tinggi. Memang sedap pun! Nak resepi? kalau nak bagitau jer.Satu lagi semalam jugak try buat makanan arab di sini. Namanyer a'maruddin (betul ke tak eja nih) yang di buat dari mish mish (apprikot) sedap giler!Nanti nak beli apprikot kering ni nanti bawak balik Malaysia.huhuhu...

Ok, i nak gi shopping dulu. Selamat Berhari Raya kepada semua. Harap di maafkan segala kesilapan. Berhati-hati memandu di jalan raya. Jangan jadikan diri anda sebahagian daripada statistik ops Sikap 13. Kalau makan sedap-sedap tu jangan lupa saya yang makan takde lah berapa sedap ni di perantauan. Doakan perjalanan saya pulang ke UK dan kembali ke Malaysia selamat.

Tuesday, October 09, 2007

Update - Mesir

Yay! sudah kembali bersiaran selepas terputus hubungan selama seminggu gara-gara ahli bait busy takleh bayar bil tepon.So tepon kena potong.Huhuhu! Pakai dial up jer kat sini.Itu pun dah kira bersyukur.

Kelas Quran dah habis semalam dengan rasminya. Berjaya habiskan 7 juz. Banyak lagi kesalahan kena betulkan. Tajwid pun banyak kena belajar semula. Dah lama sangat tinggalkan pelajaran tajwid tu. Masa sekolah dulu tanya jer hukum tajwid memang boleh menjawab dengan pantas..mad jaiz?mad tamkin?dan sebagainya. Sekarang banyak dah lupa. Kiranya kelas Quran ini dapat refreshkan balik apa yang telah dipelajari zaman dolu kala. Sepanjang kelas tu, ustazah sedaya upaya berkomunikasi dengan saya dalam dua bahasa : Arab dan Inggeris. Saya pun berusaha memahamkan apa yang ustazah cakap. Kalau tak paham jer, terus buat kerut muka.huhuhu...saya pun duk ajar ustazah cakap English. Ustazah kata cukup 2 bulan saya kat sini, dia pon terer cakap Inggeris. Yang sedihnya, setiap kali saya ajar perkataan Inggeris pada ustazah, dia mesti gelak. Lepas tu, dia mesti kata:"i will miss u Ya Nur"
huhuhu...sedih..sedih...

Ahli Bait dan ustazah kat sini telah memperkenalkan beberapa makanan Mesir. Saya ni paling suka yang manis-manis. Suka halwa, kunafa, juice aprikot (dipanggil mish mish) dan banyak lagi. Yum yum yum.sedap.Satu perkara yang saya suka kat sini, banyak khidmad penghantaran ke rumah (home delivery). Just call jer kedai pastu mesti dia akan hantar barang yg kita pesan. Nak beli ayam ke, ikan ke, sayur ke, barang dapur ke, makanan ke, even hari tu saya fotostat buku dia hantarkan pagi2 buta pukul 1. Khidmat penghantaran ni percuma pulak tu. Nak terima barang yang dihantar pun ada cara gak. Bila dia ketuk pintu, kita buka sket jer.Lepas tu just hulurkan tangan kat celah pintu tu untuk amik barang dan bagi duit. Senang! tak payah nak susah payah pakai tudung.huhuhuhu...

Oh, hari ni saya ada imtihan untuk Arabic. Ustazah kata saya ni terer sebab amik 2 level dalam masa yang singkat. Terer apanya...sket punya pulun ni hanya ahli bait jer yang tahu. Study mengalahkan budak2 medic kat rumah ni yang nak exam.Hhuhuhu.Ok, next week akan muncul gambar-gambar di Mesir, InsyaAllah...

p/s: Saya dengan rasminya telah mendapat keputusan penuh untuk MSc. Alhamdulillah, qualified for graduation. Tapi tak sempat gi konvo.Nak balik insyaAllah 3 Nov ni.

Sunday, September 30, 2007

Traffic in Egypt

Hari ni, masuk hari ke 6. Hari Ahad di sini bukan public holiday. Saya pun tak bercuti lagi sejak datang sini. Setiap hari sibuk dengan kelas. Walaupun penat tapi rasa berbaloi dan seronok. Semalam ada kelas Quran dari pukul 5 pagi hingga 7 pagi. Lepas tu terus sambung kelas Arabic hingga pukul 11 pagi. Huhuhu...6 jam straight non stop. Sampai flat kepenatan dibuatnya.Bila dan hujung2 jam kelas bahasa arab tu, jawab soalan ustazah pun tunggang langgang. Sampai ustazah pun kata.. "Ya Nur...you are so tired!" Yes i am. Really tired! (ustazah tau cakap english)

Selepas 4 hari sejak datang ke sini, akhirnya berpeluang keluar dari kawasan rumah yang saya tumpang (saya duduk di Nadi Sikah). 4 hari sebelum keluar tu, dunia saya hanya rumah yang ditumpang dan rumah ustazah. Hanya ulang alik tiap ke sana tiap hari. Duit pound saya pun tak tukar lagi. Jadi, hari jumaat lepas, Masyitah, adik kat rumah yang saya tumpang ni bawa saya pergi ke bandar. Sebelum tu singgah di A'syir untul ambil adik Masyitah yang nak beli barang di bandar. Untuk ke sana kami naik bas pendek. Ganas pakcik driver bawak bas2 kat sini. Yang best nya, masyitah ajar kalau nak pergi ke A'shir, boleh buat sign macam lambai2 tangan.Kalau nak pergi ke sabi' buat tanda V guna jari (sabi' tu tujuh) dan macam-macam sign lagi la. Erm..menarik..menarik.Bas diorang takde loceng.So, kalau nak turun kena bagitau driver.

Di A'syir, kami lalu satu kawasan lapang untuk pasar kereta. Namanya pasar kereta sebab kat situ orang memang jual kereta macam jual sayur jer. Mereka akan parking kereta kat pasar tu dan orang-orang yang nak beli boleh la tengok-tengok kereta. Masa kami lalu tu, memang banyak sangat kereta-kereta yang dijual. Dari seburuk-buruk kereta sampai la kereta yang hebat-hebat. Kat a'syir gak ada banyak orang jual buah-buahan. Masyitah kata ramai student Malaysia duduk area ni. Student Indonesia pon ramai.Memang masa dalam perjalanan ke rumah adik masyitah, terserempak dengan ramai student-student Malaysia.

Kami naik tremco ke bandar. Tremco tu adalah sejenis van yang dijadikan pengangkutan awam.Memang lawak la naik tremco ni. Dalam tremco tu akan ada seorang konduktor yang akan menjerit-jerit memanggil penumpang. Dia akan muatkan semaksimum yang mungkin penumpang dalam tu sampai dia sendiri kena berdiri kat pintu. Driver tremco ni pulak memang ganas la bawak van ni. Sket punya laju. Huhuhu...memang takkan dapat pengalaman menarik ni kat mana-mana.

Satu benda yang cukup menakutkan kat sini bagi saya adalah melintas jalan.huhuhuhu...driver kat sini dahsyat2..bawak keta takingat dunia. Keja duk bunyi hon 24 jam.Diorang ni kalau lampu keta tak hidup takper, jgn hon rosak jer. Diorang ni kalau nak gi ke kiri atau ke kanan ke pakai horn bukan pakai signal.Nampak orang tgh jalan kat depan bunyi hon lagi.Memang bising aa dengan bunyi hon jer.

Alamak! dah lambat gi kelas Arab. Nanti saya cerita lagi...

P/s: Selamat bertambah umur kepada Cik Ilah. Semoga dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki.Satgi i balik kita pi jejalan naa. Oh! i dah jumpa Bidayah tadi. :)

Thursday, September 27, 2007

Kelas Quran

Sudah masuk 3 hari saya di sini. Semuanya berjalan lancar.Subuh tadi saya telah menghabiskan kelas Quran yang ketiga.Alhamdulillah... ustazah puas hati dengan bacaan saya.Cuma kena betulkan sikit-sikit. Jadi, ustazah sarankan saya belajar qiraatul A'shr (Bacaan sepuluh).Rasa seronok sangat dengan peluang ni. Sebelum ni memang tatau qiraat tu pedia.

Sambil ustazh betulkan bacaan, sambil tu dia bagi tafsir ayat-ayat yng dibaca.MashaAllah..rasa Quran tu cantik sangat bahasanya bila ustazah terangkan.Di sebabkan saya tak pandai cakap Arab, ustazah pulak tak pandai cakap Inggeris, saya kena minta tolong adik2 junior kat sini jadi translator.Alhamdulillah ada yang sanggup menolong.Dapatlah saya faham apa yang ustzah cakap.

Hari ketiga di sini saya masih tak ke mana-mana.Jadual yang padat dan adik2 di rumah yang saya tumpang ni tengah exam.Takmo ganggu diorang study. Jadi, saya duk umah jer sambil ulangkaji bacaan yang ustazah dah ajar. Buat masa ni ada 2 huruf yang saya fail nak sebut. Huruf Dhad dan A'in. Asyik salah jer. Bila sebut nama sendiri memang lah fail. Nak sebut Nur I'lmi tu dengan sebutan yang betul, sampai sekarang takbetul-betul lagi. Sampai mula-mula dulu ustazah ingat nama saya Nur A'in sebab salah sebutan.Sekarang bila duk kat umah, sepanjang hari duk asyik belajar sebut huruf-huruf tu. Takperla bersusah payah sket.Ustazah pesan, dia kata..bila belajar quran ni, dapat pahala berganda. Pahala dari bacaan yang dibaca, dan bacaan atas susah payah kita belajar. Allah juga mudahkan jalan ke syurga dan Jibrail akan menebarkan sayap melindungi orang-orang yang belajar ni.MashaAllah... semoga Allah panjangkan umur ustazah supaya dia boleh terus mengajar.Amin..

Okla, nak tido.Petang ada kelas lagi, malam ni kelas arab pulak.

Tuesday, September 25, 2007

Sudah sampai

Alhamdulillah, akhirnya sampai juga saya di bumi Cairo. Penerbangan dari Glasgow pukul 2.00 tengah hari mengambil masa 1 jam 30 minit dan transit di airport Schiphol, Amsterdam untuk naik flight ke Cairo pukul 8 malam. Sebelum berlepas ke Amsterdam semalam sempat juga tolong-tolong housemate pindah rumah baru. Sorry housemate tak sempat nak tolong kemas dapur tu :)

Saya akan rindu rumah kami di Awangan, Charles Street tu. Lepas ni tak boleh la nak tengok Bandar Glasgow dari tingkat 17! Makin kurus la housemate sebab kena naik turun tangga di rumah baru nanti. Ehehe..

Flat Charles street dari gambaran pelukis (hihihi..tau buruk jgn komen apa2)

Kelas Quran akan mula malam ni. Untuk dua hari ni maybe belajar pukul 9 hingga 11 malam. Lepas tu mungkin class buat lepas Subuh. I'm looking forward to start this class! Doakan moga saya terus bersemangat.

Saturday, September 22, 2007

Cakap-cakap pasal agama

Hari ini rasa letih sangat bekerja. Mop-mop sikit, berehatnya banyak. Ketika menyiapkan hidangan teh untuk sesi pukul 2 (perlu hidang pada pukul 10 am dan 2 pm), ada sorang misi tegur beramah mesra.Bertanyakan nama dan asal. Bila sahaja menyerbut Malaysia dia senyum lebar.Nama misi tu Olga.

"I've been there..Kuala Lumpur" katanya.

Saya senyum dan menambah sudah pasti dia pernah ke Twin tower.Dia angguk. Kami terus berbual rancak daripada cerita tugas masing-masing, cerita saya yang belajar hingga ke topik agama. Menurutnya, dia suka buat kerja-kerja di gereja. Memberi kepuasan katanya.

Dia menguhulurkan gula-gula.

"No, thank you. I'm fasting" jawab saya ringkas.

Terus dia bertanya kenapa perlu puasa. Hati-hati saya menjawab puasa itu bukan setakat menahan lapar dan dahaga.Ia adalah salah satu cara penyucian jiwa. Mendidik nafsu diri, mendekatkan diri pada tuhan dan malah merasakan keperitan oarang lain yang dalam kelaparan.Saya juga menyatakan puasa ini baik untuk kesihatan dimana kita memberi cuti rehat kepada organ penghadaman. Puas hati dengan jawapan saya dia bertanyakan pula sama ada saya 'strong believer in my faith'. Saya senyum.

Dia bertanya lagi tentang perihal suami memukul isteri dalam Islam. Saya senyum.Terbayang di kepala saya Ustaz Fahri dalam novel Ayat-ayat Cinta menjawab soalan yang sama dari Alicia. saya meminjam jawapan Ustaz Fahri ini. Saya menjawab bahawa pertanyaan ini sering diutarakan atas gambaran yang salah ditunjukkan oleh sesetengah orang. Saya menjelaskan dalam Islam martabat seorang wanita itu diletakkan pada darjat yang tinggi. Saya terangkan jika isteri buat salah dan isteri tidak mahu dengar kata suami walaupun sudah dinasihatkan barulah boleh guna cara memukul.Tapi memukul ini bukanlah hingga menyakitkan dan bukan boleh dilakukan sewenang-wenangnya.

Dia tersenyum dengan jawapan saya.Entah faham entah tidak.Kini giliran saya pula bertanya.
Saya meminta dia menerangkan konsep tuhan yang dia tahu dalam Kristian.

Dia menerangkan Jesus ada tuhan ataupun anak tuhan.Jesus itu rasul, jesus itu seorang yang suci, Jesus itu tuhan dalam yang berada dalam bentuk manusia. Manusia mahu lihat tuhan, dan tuhan telah memperlihatkan dirinya dalam bentuk manusia.Katanya, Tuhan itu boleh berubah dalam pelbagai bentuk. Dia memilih untuk menjadi manusia supaya lebih dekat dengan manusia yang lain. Kelahiran Jesus adalah sesuatu yang ditunggu-tunggu oleh manusia yang menanggung dosa-dosa yang telah dilakukan oleh manusia sebelumnya sejak kejadian Adam dibuang dari Syurga. Apabila Jesus dilahirkan, dia telah memaafkan semua dosa-dosa yang manusia lakukan.

"How about the sins made by human after that?" Saya tanya.

Olga terangkan bukan setakat dosa manusia lalu malah dosa manusia yang akan datang telah dimaafkan. Kematian Jesus adalah sesuatu yang amat penting dalam agamanya. Darah Jesus yang mengalir katanya mampu menghapuskan dosa dosa seluruh umat manusia. Dia kata lagi, dengan dengan terampunnya dosa manusia seperti dilahirkan semula.

Dalam hati saya kata.. "Nonsense!" lebih lebih lagi bila dia mengatakan nabi nabi sebelum ini juga adalah tuhan dalam bentuk manusia. Walau dalam hati sangat ada perasaan membuak-buak untuk menyangkal pendapatnya, tapi zahirnya saya senyum sahaja sebagai tanda menghormatinya. Takut ilmu yang kurang dalam diri akan memberi lontaran kata yang tidak dapat difahami oleh Olga.

Sebenarnya banyak lagi perkara yang kami bincangkan. Banyak perkara yang saya bangkitkan.Banyak perkara yang dia ingin tahu mengenai Islam dan banyak jugak perkara dalam agama kristian yang diterangkan pada saya. Tapi, masa yang singkat tak membenarkan kami berbincang jauh.Saya perlu hidang teh.Shif saya hampir tamat.Dia pula perlu menjenguk pesakit yang berkali-kali menekan 'buzzer' memanggil misi.

Perbincangan dengan Olga itu terus bermain-main di kepala saya. Merasakan keberuntungan saya dilahirkan dalam agama ini.Keberuntungan saya atas cahaya Ilahi yang dilimpahkan pada diri. Dalam diam-diam, saya doakan Olga dapat hidayah. Kerja tuhan siapa yang tahu?

Thursday, August 23, 2007

Dengan Cinta, Kenal Pencipta

Setiap nafasmu,
Kau hembus atas ihsan cinta,
Setiap langkahmu,
Kau atur atas ihsan Pencipta
Telusuri segenap ruang
Penuh dengan cintaNya.

Jauh mana kau lari,
Hakikat, cinta itu sangat dekat denganmu,
Cinta itu duduk antara dirimu dan hatimu,
Hatta, segala gerakmu,
dilingkungi cinta itu.

Cinta itu bisa beri nikmat yang tak terhingga,
Bukan cinta biasa biasa,
Yang tak kau temui,
Jika hati itu,
Kau terus warna dengan noda yang gelap.

Jika kau sedar hadirNya,
Yang gelap itu pasti akan tersuluh,
Tersuluh dengan cahaya cinta.

Ia ada,
Cuma kau yang lupa.

Sama ada sedar atau tidak,
Kau ada di sini kerana Cinta!

p/s: Masih mencari-cari rentak untuk menulis . Suatu masa dulu (sekolah rendah) saya sudah ada buku sajak sendiri (sejak umur 10 tahun).Yang sentiasa ditulis malah dibacakan selalu di dalam kelas (syok sendiri dengan kawan-kawan.Paksa kawan dengar..eheheh)

Tuesday, August 21, 2007

Remembrance of Al Quds Day



Sekadar memperingati kesengsaraan dan perjuangan saudara kita di Palestin. Pada tarikh 21 Ogos 1969 Masjid Al Aqsa telah diceroboh dan dibakar oleh Zionist yang telah memusnahkan sebahagian masjid itu. Betapa kejamnya regim Zionist yang terus menindas dan memperlaku sewenangnya di bumi Palestine sehingga kini. Betapa tingginya semangat pejuang Palestine yang terus mempertahan bumi Islam itu. Terdetik di hati adakah mampu diri ini berbuat sesuatu menghalang kekejaman terhadap mereka?

Sesungguhnya, fizikal ini tidak mampu untuk turut sama turun padang berjuang mempertahankan kedaulatan Islam di sana. Hanya doa mampu dikirimi semoga kemenangan dan kedamaian milik mereka.Amin!

P/s : Kita harus bersyukur dengan keamanan yang kita kecapi di Malaysia.

Tuesday, August 14, 2007

Bermusafir

Saya hendak menjawab pertanyaan semua.Sebenarnya, saya akan bermusafir ke Mesir Ramadhan ini ,InsyaAllah. Lebih tepat lagi pada 24 September hinggalah 19 Oktober. Buat masa sekarang, segalanya berjalan seperti yang dirancang. Tiket sudah saya beli, cuti sudah saya ambil, izin dari ibu bapa pun sudah saya pohon. Tinggal urusan visa yang belum dibereskan. Saya tanya pada seorang kawan di Mesir, katanya tak perlu visa. Boleh buat bila sampai kat airport. Tapi, dua hari lepas saya terbaca di sebuah blog yang penulisnya menghadapi masalah untuk berlepas dari UK ke Egypt disebabkan tiada visa. Apapun, baik saya buat jer visa tu untuk elakkan dari berlaku sebarang masalah.

Tujuan utama ke sana bukanlah untuk melancong. Sekadar nak tambah ilmu yang banyak kurangnya pada saya ni. Nak memperbaiki bacaan Quran dan belajar semula Bahasa Arab.( pernah belajar kat sekolah dulu. Tu pun sket jer, kertas Bahasa Arab untuk PMR yang saya ambil waktu tingkatan 4 pn dapat gred D saja.) Masa untuk belajar memang sangat singkat. Saya ada 3 minggu sahaja.Tapi, saya ada plan untuk datang lagi. Kedatangan pertama ini mungkin akan disusuli dengan kedatangan seterusnya.InsyaAllah, kalau dizinkan tuhan. Belajar Bahasa Arab secara intensif bersama 'private ustazah' selama 3 minggu mungkin tak cukup bagi saya untuk bertutur dalam bahasa itu dengan baik. Doakanlah saya boleh datang lagi ke sana. Hajat di hati biar belajar sampai boleh membaca kitab-kitab yang ditulis oleh ulama-ulama. Hingga boleh faham Al Quran.

Ada orang tanya, kenapa tak belajar di Malaysia sahaja? Kan ada banyak pusat bahasa yang boleh saya pergi untuk belajar Bahasa Arab. Bagi saya, belajar di mana pun sama sahaja asalkan diri tu hendak belajar. Tapi kalau belajar di Mesir ia sebagai bonus untuk diri sendiri untuk menambah pengalaman belajar di negara orang. Negara orang takkan sama dengan negara sendiri. Pasti banyak pengalaman boleh saya dapat. Saya juga nak rasa bergaul dengan ustazah-ustazah kat sana. Mesti banyak ilmu boleh saya kutip. Doakanlah pemergian saya ke sana tidak sia-sia.

P/S : Teringat kata-kata kawan Libya saya. "If you really serious with Islam, you should learn Arabic!" Cabaran itu saya sahut, kerana saya memang serius dengan agama ini.

Tuesday, August 07, 2007

Selamat tinggal silamku



Pergi jauh dariku
Biarkanku
Jangan ganggu diriku
Hai Silamku
Berat sudah kutanggung beban ini
Kelak kanku ganti dengan senyuman
Walaupun pahitnya masih ku terasa

Mungkin kali ini
Kanku mampu mengharungi
Pimpin jiwaku ini
diri yang lemah Oh Kasihku
Selamat tinggal silamku
pergi jauh dariku


Lagu yang penuh makna pada diri ini. Saya suka! Lagu ini juga ditujukan untuk Fara. :)

InsyaAllah, pemergian saya ke sana akan menjadikan 'hijrah' ini lebih bermakna. Banyak dugaan nak pergi sana. Yang terbaru mungkin saya perlu 'ikat perut' atau 'tahan kaki' melangkah masuk ke kedai-kedai atau kena 'banyak berpuasa' gara-gara 'portion' yang disimpan untuk ke sana telah diambil sedikit untuk seseorang yang lebih memerlukannya di Malaysia. Ahahhaa..lebih-lebih pulak.Bukanla sampai tahap tak makan. Dengan kata lain kena sangat berjimat cermat la sekrang .Doakanlah segalanya dipermudah.

Oh! nak ke mana ek? Nanti saya cerita. Bila dah dua tiga hari sebelum berangkat nanti. Sekarang layan dulu lagu tu...

p/s: Tesis oh tesis! saya dapat data yang tidak memberangsangkan. Masa semakin hampir, banyak lagi tak siap! Just pray for miracle...

Wednesday, July 25, 2007

Kembali



Nasyid Raihan dulu-dulu.Sangat berbekas dihati. Kita manusia tak terlepas dari buat kesalahan. Bertaubat lah selagi ada peluang. Allah itu Maha Pengampun, Maha Pengasih,Maha Penyanyang. Didik lah hati sentiasa berdoa memohon keampunanNya. InsyaAllah...

Tuesday, July 24, 2007

Berhenti, toleh ke belakang...

Kadang-kadang kita terlalu sibuk. Sibuk dengan kerja, sibuk dengan exam, sibuk dengan itu ini. Sampai lupa untuk berhenti sekejap, dan toleh ke belakang melihat bekas-bekas yang ditinggalkan. Memang untuk terus maju kita harus terus pandang ke hadapan.Tapi bukankah yang belakang/yang lalu itu boleh kita jadikan pengajaran untuk terus maju ke hadapan? Atau dengan ayat lain yang paling tepat, kita perlu muhasabah diri.

Melihat graf iman di hati yang seperti sistem dinamik tidak linear, sentiasa naik dan turun tak pernah 'stable' di tambah dengan gangguan luar yang semakin hebat menyebabkan frekuensinya kadang-kadang semakin tinggi.Terlalu cepat naik dan terlalu cepat turun.Makin parah kalau tak naik-naik. Itu yang paling saya takut. Saya pernah alami zaman tu.Bagai tak nampak cahaya, gelap gelita. Tapi tuhan tu Maha penyayang. Dia beri ujian demi ujian agar kita terus berharap kepada Dia.Dekatkan diri padanya. Oleh itu, jangan kita mengeluh bila mana yang kita doa dan hajati tidak tercapai. Jangan mengeluh bila bencana tiba.Jangan kita tanya pada Allah kenapa orang kaya terus bertambah kaya walaupun dia terus lalai, kita yang selalu berdoa ini masih begini. Sesungguhnya, Allah mahu kita terus mendampinginya. Terus berdoa padaNya.Kerana Dia kasihkan kita.Mahu kita terus berharap padaNya.

Kalau dikenang hari-hari yang lalu, memang saya rasa mahu kembali dan betulkan apa salah, apa yang kurang. Tapi, itu tak mungkin berlaku. Biarlah yang lalu jadi pengajaran pada diri. Supaya saya tidak ulang lagi kesilapan-kesilapan itu.

p/s: Ingatan pada diri dan semua. Ingatan ini ikhlas dari hati.Bukan untuk tunjuk2 alim.Hari ini mungkin kita sehat, tapi esok?kita tak tahu,mungkin kita akan mati. Mengingati kematian itu membuatkan kita beringat sentiasa yang tidak ada yang kekal dibumi ini.Semua akan kembali kepadaNya. Cukupkah amalan kita?

Thursday, June 28, 2007

You Are What You Eat - 2

I'm writing here in English purposely for Mr Jay, who complained me that i was being unfair to him.(writing in language that he couldn't understand and taken away 'his' song in my playlist) Oh, a little bit about Mr Jay (as i promised him long long time ago to mention his name in this blog). His name is Johar. The brilliant 'old man' in my class. He is my Mr Profesor from Pakistan. Single and available..(ehehhee Jay, u asked me to do a 'promotion' on u.So, don't mad at me!).
Ok, enough on Mr Jay..

Ok guys, here are more interesting infos from the book that i mentioned yesterday. But, do not imagine too much while reading this...ehehhee.

We can look on our body sign to asses the state of our health. This is regarding on 'stools'.

1. Greasy stool that wont't flush
Floating stool that will not flush show a liver imbalance

2. Foul-Smelling Stools
The Foul smelling stools are sign of poor digestion and food stagnating in our large intestine. This mean you are toxic and your gut is overly acidic.You are sorely in need of digestive enzymes.

3. Skid Mark Stools
Your stool has too much mucus, so they slide and stick to the edge of the toilet. You are lacking good quality fibre in your diet and need to eat more foods high in food enzyme.The stickiness is a sign of dampness inside the body.

4.Pellets
If you are producing rabbit dropping (huhuhuh!) then your liver needs help as it is congested. Better do det0x!

5. Light coloured stools
If your stools are light beige in color or have a yellow appearance it's sign that you have difficulty digesting fatty foods.You are also most likely deficient in essential fatty acids, the good fat.

6.Food in your stools.
It is normal to find sweetcorn skin in your stools as the outer skin is fairly indigestible.However, if you find remnants of other foods, then it may mean your digestive system is weak.Also, you may not be chewing your food enough.

7.Worms in stools
Ahahhaa..this is horrible thought!If you have worm you will be low in nutrient (i think everybody knows about this ).You will most likely to have a very itchy bottom,especially at nite.Try not scratch as they can spread this way.

8.Loose and runny stool all the time (oh remind me on my fren that used to say "b*rak cam laser" ehheheh)
This is not the same as a single bout of diarrhoea cause by a bug.This is a situation whereby you are always have runny stools that are never formed.It's a sign that your spleen function is exhausted.

9.Thin,shreddy stools
Your colon is screaming out for help.Please clean me!

(resource : 'You are what you eat' by Dr Gillian McKeith)

P/s : Mr jay is not that 'old'. eheheh...
Mr Jay,do not forget to leave your comment. ;)

Wednesday, June 27, 2007

You Are What You Eat

Sabtu lepas, saya sempat membeli sebuah buku di kedai buku terpakai semasa dalam perjalanan ke rumah kawan saya. Buku ni dah lama saya tahu kewujudannya, tapi niat untuk memilikinya takde lagi.Cuma, disebabkan harganya yang murah ditawarkan, buku itu jadi milik saya juga.
Saya ni bukan nye org yang terlalu menitikberatkan pasal kesihatan dalam pemakanan saya. Apa yang sedap itu yang masuk ke dalam mulut. Saya ni pon memang la suka benda-benda manis. Dipendekkan cerita, saya memang mengamalkan cara pemakanan yang tidak sehat. Alhamdulillah, buat masa ni belum lagi dapat penyakit yang berat. Mintak-mintak dijauhkan...Amin.

Bila saya baca buku tu, terasa macam ada sedikit kesedaran tentang pemakanan yang sehat ni. Lagipun, sejak akhir-akhr terasa banyak benda junk yang masuk dlm badan.Dah duduk kat sini, kadang-kadang terikut2 cara pemakanan diorang. Minum air gas, makan crisp (jajan), stok coklat kena ada, cookies lagi, kalau malas sumbat jer pizza dlm microwave. Kalau di hospital tempat kerja saya pon, mkn tengah hari mesti makaroni cheese n cream +baked bean+sayur yg dah hilang khasiat sebab direbus lama.Buah?ermm..mmg ada beli.Tapi, kadang-kadang 7 biji epal tu boleh tahan sebulan. malas nak makan.

Jadi, hari ni saya mulakan pemakanan sehat saya dengan menjalani 'detox day'. Kalau nak ikut betul2 buku tu memang la saya tak mampu nak buat.Apa yang saya buat, bangun pagi...minum air suam dgn squeeze of lemon. Air suam ni akan bersihkan mukus dari hari sebelumnya dalam bowels kita.Then an hour later, saya bersarapan dengan pisang dan epal. Taklupa jugak juice from superfood yang saya beli kat kedai semalam.

Dalam pukul 11, badan dah mula diserang rasa lapar. Saya minum camomile tea(ikut nasihat buku tu).Alhamdulillah,kurang la sket rasa lapar.Tapi kat hati tu, punya la menahan godaan nak makan benda lain. Isk..rasa nikmat giler kalau dapat coklat masa tu. Lunch dan dinner saya hari ni: Raw veggie...makan la carrot,tomato,timun, sayur2 herbs..buh dlm mangkuk..perah lemon..buh sket olive oil. Tadaaaa..

Ada sorang kawan saya dulu yang tak makan sayur2 ni kata..."Makan sayur ni macam kambing!" eheh! hari ni saya jadi 'kambing' jap. Sedap dan mengenyangkan tau.Tapi, kalau nak suruh tiap hari makan macam tu...erm.takperlah.Terima kasih jer.

Sehingga saat ini saya berjaya tidak menyentuh makanan selain buah dan sayur. Air pon bergelen dah minum. Pergi tandas berapa kali tu jgn cakap laa. Tapi saya tunaikan yg kecik jer...yang besar takder pulak. Oh, besok akan kembali ke sediakala.Tapi kali ni insyaAllah...pemakanan itu perlu dijaga sebab " You are what you eat!"

Ada beberapa tips yg sebenarnya selalu kita dengar tapi tak amalkan yang ada dlm buku ni selain minum segelas air suam waktu pagi bila bangkit tido:

1. Jangan minum masa tengah makan. Bila kita minum, enzim pecernaan kita akan terganggu dan menyebabkan proses pencernaan tidak dapat dilakukan dgn sempurna. Minum lebih kurang 30 minit sebelum atau selepas meal.

2.Kunyah perlahan-lahan. Digestion process start dari mulut, makanan yang dikunyah akan mudah dihadamkan dan nutrient boleh diserap dgn kadar maksimum.

3.Makanan tidak terlalu panas dan tidak terlalu sejuk. Suhu makanan effect spleen dan organ2 yang lain gak. Ice cold drinks melemahkan organs. Makanan panas akan merosakkan deria rasa.

4. Makan sekurang-kurangnya beberapa jam sebelum tido. Makanan tak boleh dihadamkan dgn effective kalau kita tido dgn keadaan perut penuh kekenyangan.

5. Tidur awal. Biasanya process detox dalam badan ni dijalankan dlm masa antara 11pm to 2 am. kalau tidur lewat kita akan ganggu process ni.

ermm.. ada banyak lagi tips.Kalau rajin bacalah buku tu.

p/s: Sebenarnya baik puasa.Bagi rehat sket pada organ2 penghadaman kita. Tapi, nak puasa dikala musim panas ni, sengal la sket. Sebab maghrib masuk dlm pkl 10. Subuh habis dlm pkl 4. Adei...

Monday, June 18, 2007

Andalus III - Final

Matahari masih terik memancar2 di bumi Seville. Badan sudah terasa letih 3 hari berjalan. Kaki pon semakin bengkak.Tiada tanda untuk surut.Tapi, semangat masih berkobar-kobar untuk meneruskan pengembaraan di bumi Andalus ini. Pagi hari ke empat itu, masing2 bangun dgn rasa malas.Tidak cukup tidur!Hotel Lis II hanya sempat selama lebih kurang 6 jam sahaja kami bersamanya. Tak bebaloi pulak 25 euro yang dibayar.Tapi, nak wat camner...jika tak rehat malam tu, mesti masing tak mampu nak jalan lagi esoknya.

Pagi tu, kami mencari2 bas No 32 di Plaza Encarnacion untuk ke stesen keretapi. Tujuan utama adalah untuk simpan beg2 yang besar ini supaya mudah untuk kami jalan2 di bandar Seville ini.
Tak banyak tempat yang dapat kami lawat di sini. kami terpaksa mengejar masa untuk ke Cordova. Housemate sudah pesan, tempat wajib yg perlu dilawati ialah Plaza de Espana, tempat pengambaran Star Wars. Oh, saya tak pernah tgk movie star wars ni.Tak minat.So tak tau la scene mana yg di buat di sini.

Destinasi selepas Plaza espana adalah Alcazar dan Cathedral. Besar sungguh Cathedral tu.Tapi nak masukkena bayar.erm...tak perlu la kami masuk.Amik gambar di luar sahaja sudah mencukupi. Di Alcazar, bayaran untuk seorang dewasa adalah 7 euro.Malang betul saya, terlupa untuk bawa student card (kad matrik).Sebab student dapat FOC. isk isk isk..takde rezeki hari tu. Takperlah...Nasib baik binaan Alcazar di sini memang cantik.Berbaloi jugalah 7uero saya.

Cuaca panas buat kami haus dan lapar. kami mencari2 kedai halal kalau ada. Oh! sgtlah mustahil nak carik kat kawasan tu.Mc D pon kami tak jumpa. Akhirnya kami decide utk makan seafood paella.

Paella tu nasi..sebab dah beberapa hari tak makan nasi.So rasa sedap jer la nasi tu.Udang pon berapa ketul jer.. Takdela sedap sgt pon.saya masak lagi sedap.Ahhahahaha.Dalam x sedap2 tu pon habis gak 2 kuali kecil paella.

Perjalanan diteruskan ke Cordova menaiki train Andalucia Express selama lebih kurang 2 jam setengah. Sampai2 di Cordova, kami terpaksa bergegas ke The great mosque of Cordova(Mezquita) atau sekarang diorang panggil The cathedral Cordoba. Nasib kami baik, waktu melawat habis pukul 7 dan kami sampai lebih kurang pukul 6. Masih sempat lagi melihat masjid yang telah bertukar menjadi gereja ini. Asalnya, bangunan ini memang gereja pada zaman Visigoth.Namanya gereja San Vincente, gereja terbesar di Cordoba. Bila Islam datang ke sini pada tahun 785 M gereja dimusnahkan dan masjid dibina diatas tapak gereja ini.

Melangkah ke dalam mezquita ni, bagai terasa ada org sedang bersolat.Boleh terbayang saf org bersembahyang.Tiba-tiba sayu rasa hati bila lihat disekeliling penuh dengan patung2 gereja. Mihrab masjid ini masih terjaga.Berada di betul2 bertentangan dengan pintu utama masjid. Rasa hiba meruap2 terus air mata mengalir. Mengenangkan rumah Allah ini telah bertukar menjadi gereja. Ramai pak guard yang jaga sekitar mezquita ni. Takut2 kalau ada muslim yang solat dalamnya. Pernah juga dengar ada org yg cuba bersembahyang disini tetapi dimarahi oleh guard yang garang2 kat sini. Hati saya tak terasa untuk menunaikan solat di sini kerana ia bukan lagi rumah Allah. Dah menjadi sebuah gereja. Perasaan berada disini akan saya ingat sampai bila2.

Kami tak pergi ke mana2 selepas melawat Mezquita.Masing2 sudah letih.Kami berehat di stesen bas untuk ke Madrid menaiki bas pada pukul 1.30 pagi. Perjalanan ke Madrid memang tak dirasai.Kami tidur dgn lena di dalam bas.

Sampai di Madrid lebih kurang pukul 5.30 pagi. Menaiki Metro, kami ke Atocha street mencari2 hostel yang telah kami book. Aduh, sket nyer jauh...terpaksa mendaki pulak tu. (kami turun train jauh sket dr hostel tempat kami menginap). Bila sampai jer, ingat2 bolehla meluruskan kaki,tidur sejam dua...rupa2nya kami takleh masuk bilik before pkl 12 tghari.Aduh! Nasib baik makcik tukang jaga hostel tu bagi kami berehat2 di ruang tamunya dan meminjamkan kami bilik air untuk kami mandi. Kami mandi2 danbersiap2 untuk ke destinasi seterusnya..Toledo.

Menaiki bas dari stesen bas di madrid, perjalanan ke Toledo mengambil masa 1 jam 30 minit. Kota Toledo memang cantik.(eheehhe rasanya semua tempat yang kami pergi memang cantik)Tengokla gambar.Takde cerita yang menarik sangat di Toledo.sekadar mengagumi binaannya dan sekitar kota yang cantik. Selesai di toledo, misi seterusnya adalah mencari Plaza di Toros. Hajatnya, hendak amik gambar didalam kawasan bullfighting tu.Tapi, rezeki takder. Kami tak dibenarkan masuk.So, amik gambar dari luar sahajala..

Pulang dari bandar Toledo, Fara dan saya sudah berkira2 untuk melawat Estadio Santiago Berbabue( Stadium pasukan Real Madrid). Menurut buku yang saya bawa, stadium tutup pukul 6. Dan kami sampai di Madrid pukul 5.30. Oh! kami tak mungkin sempat untuk ke sana. Tapi, kami usaha gak sampai sebelum pukul 6. Ahahaha..akhirnya kami sampai dalam pukul 6.30. Terus ke kaunter tiket bertanyakan masih buka atau tidak. Nasib kami baik. kami adalah pengunjung terakhir hari itu.

Walaupun saya bukan peminat Real Madrid, tapi rasa seronok sangat sebab tengok Fara gembira dapat masuk stadium tu.Yang best nyer, disebabkan kami pengunjung terakhir, banyakla bodyguard2 duk ikut kami. Bukan apa, lepas jer kami melangkah satu kawasan, diorang terus tutup lampu, tutup pintu.So guard yg jaga kawasan yg ditutup itu akan mengiringi kami sehingga ke kawasan satu lagi...dan guard di tempat yg satu lagi akan menyertai guard2 yang dah sedia ada mengiringi kami.Macam celebriti pon ada gak.ehehhe. Oh lupa pulak.Kami memang celebriti sejak hari pertama menjejak kaki di Spain.

Balik dari Stadium, kami menaiki metro (underground)untuk pulang ke hostel. Ketika melangkah masuk ke dalam train, tiba2 ada seorang spanish guy ni meluru ke pintu tempat kami masuk dah cuba menendang seseorang.Oh! panik sebentar. Cepat2 masuk ke dalam train dan pintu ditutup.Lelaki tadi pandang keluar dan memberi bahasa isyarat marah pada seseorang. Kami masih terpinga2. Saya hanya memandang lelaki tadi bercerita sesuatu pada kawan2 sekelilingnya sambil menunjuk2 pada kami. Saya cuba memahami apa yang di cakap.Oh! rupanya org yang dia tendang tadi adalah pencuri yang cuba untuk menyeluk kedlam beg Fara. Oh! dia telah menyelamatkan fara. kami sangat2 bersyukur dia perasan perbuatan pencuri tu. kalau tak ada la yg hilang sesuatu. Syukurnya, Allah melindungi kami.

Kami dan 'hero' tadi turun di stesen yang sama. Dia sempat berpesan supaya kami sentiasa berhati2 dgn beg dan penyeluk saku di kota Madrid ni. Kami sangat berterima kasih pada dia. (dah la hensem...ahahhahaha)

Malam tu, kami terpaksa keluar mencari makan.Penat dan Lapar! Kami menaiki train untuk ke city centre. kami terjumpa sebuah kedai menjual fast food dan ada jual vegetarian pizza. Kami decide untuk makan disitu. Sedang kami makan, ada sorang mamat ni masuk restoren tu mengedar flyers..di tempat kami dia duk bagi flyers dan duk terang2 sesuatu mengenai flyers tu. Tiba-tiba, seorang pekerja restoren meluru keluar dari counter dan menjerit pada mamat. Dia terus lari blah dan....kami tgk beg yang Kak wan bawak dah ada ditengah2 restoren. Eh, bila masa lak beg tu berada kat situ. Pekerja restoren tu amik beg tu dan hulurkan ada kami.Oh! kami dirompak lagi! dan sekali lagi kami diselamatkan!Rupanya2 mamat yang bawak flyers tu bukan seorang.dia datang berdua.Tapi kami tak perasan. Dia dah mengalih perhatian kami sambil kawannya mencopek beg Kak Wan.Allah betul2 lindungi kami.Syukur sgt. Terus takde mood nak makan lepas tu.Terus balik ke hostel.

Pagi esoknya, Fara dah balik awal2.risau gak nak lepaskan dia gi sorang2 ke Airport bila teringatkan penyeluk2 saku yang handal di kota Madrid ni. alhamdulillah dia sampai dgn selamat di airport. Saya dan kak Wan akan pulang ke London dari Vollidolid airport.Tiket kami pukul 12 tghari. ketika di station bus untuk beli tiket ke Volllidolid, saya terkejut giler bila dia kata harga tiket dlm 15 euro.Oh! saya baca dlm 3 euro. bukankan perjalananannya tak jauh? Aduh! kami bertanya pada teksi pula, dan pakcik teksi tu kata kalau nak ke sana harga teksi dalam 200 euro. ha??? betul2 terkejut. Saya bukak semula buku.Oh! saya dah tersilap baca. Perjalanan ke Vollidolid mengambil masa 2 jam setengah bukan satu jam. Sah2 sah kami terlepas flight sebab jam pada waktu itu dah pukul 8.30. dari bandar Vollidolid pulak amik masa sejam ke airport.aduh..memang tak sempat. Burn la flight ticket tu!

Kami terpaksa pergi ke airport Madrid untuk carik tiket baru.Alhamdulillah, dapat jugak tiket untuk keesokan harinya.Melayang 96 euro untuk tiket baru.Pulang dari airport, kami diserang lagi dgn penyeluk saku. Kali ni, taktiknya...sorang halang dihadapan, buat2 salah masuk train, dan kawan dibelakang tukang bukak beg org yg terhalang. Kak wan kena lagi.Tapi, kami dah bersedia dr awal.Beg sandang tu hanya kami penuhkan dgn makanan.so, takde apa yag diorang boleh amik.Bila turun dari train...kami masih jadi favourite pick pocket ni.Kali ni sepasang couple. nampak baik jer...ok jer..Saya berjalan dihadapan.Kak wan dibelakang. Tiba2 kak wan dgr macam beg dia dibuka.Dia pusing, tgk2 ada perempuan sengih2 belakang dia dan perempuan tu terus blah tanpa sempat kak wan cakap apa2. Bila tgk beg,oh..dia dah bukak kesemua zip.Zip terakhir untuk compartment paling besar je gagal dibuka.Adoila...tak habis2.

Hari tu, kami pusing bandar Madrid. Tengah2 amik gambar tu, ada sorang mamat ni tiba2 nak amik gambar dgn kitorang. Ahahaha, kan dah cakap, kitorang ni celebriti. Sempatla kami melawat Plaza de toros yang paling besar dlm dunia. memang besar giler.Tapi rugi sebab tak dapat masuk.Hanya amik gambar dari luar je.Mlmnya kami naik bas ke Vollidolid.Walaupun penerbangan balik ke London adalah pukul 12 esok harinya, tapi kami tak mahu mengambil risiko terlepas flight lagi. Sampai di Vollidolid pukul 4 pagi.Terpaksa menunggu diluar station bus dgn kesejukan sebab setsen bas tu bukak pukul 6 pagi. Mengigil2 la kami menahan kesejukan selama 2 jam.Kak wan pulak tiba2 sakit perut yg amat.Kesian sgt kat dia.

Bila bukak saja stesen bas tu terus carik tempat untuk melandingkan diri.Tapi takleh tido.Kami naik bus pukul 8 ke airport. Sampai2 di airport kami bersarapan dan merehatkan diri menunggu kaunter check in dibuka. Dalam pkl 10 lebih. kaunter pon bukak.Kami beratur untuk check in. Bila hampir sahaja giliran kami, tiba2 ada seorang pegawai imigresen memanggil kami keluar dari barisan. Dia nak tgk pasport. kami bagi pasport kami. Lepas tu dia suruh tunggu 5 minit.Dia amblik pasport kami dan bawa ke mana pon kami tak tahu. Bukan 5 minit...lebih dari tu.Hampir satu jam..siap tanya pegawai Ryanair lagi untuk confirmkan identity kami. arghh! macam la kami nak tipu pasport tu. Dah la ada visa Uk dlmnya.Takkan la nak tipu. Dia mintak kami tunjuk id lain selainpasport. What the heck!!! we are not terrorrist.Nak kuar dari spain.Bukannya nak masuk.Dan yang malangnya, saya tak bawak apa2 selain pasport, duit dan atm card.Arghh!!! takut giler pon ada.takut tak semena2 kena tahan. Sib baik pegawai ryanair tu bijak sket dr pegawai imigresen yang kekwat tu. Dan nasibbaik saya membawa atm card bank of Scotland. Bila dia tgk cop pada visa saya...cop Glasgow. Dan pegawai ryanair tu cakap saya memang duk glasgow, Scotland. So, takde apa yang perlu diragui. Alhamdulillah, selepas itu segalanya berjalan lancar.Saya berjaya pulang ke London seterusnya ke Glasgow dengan selamat.

P/s: sorry kalau korang boring baca...ahahha tatau nak tulis camner.Semoga pengalaman yang ada ni boleh dijadikan panduan dan pengajaran.


Wednesday, June 13, 2007

Andalusia II

A'kum,


Seronoknya dapat balik rumah. Home sweet home. No better place than home! I miss my room..smell of Glasgow and i miss cuaca yg sejuk kat sini. Apapun, pengembaraan di bumi Andalus banyak berikan pengalaman pahit dan manis. Kalau nak cerita secara detail, memang la banyak...
Hari pertama di Granada kami dikejutkan dengan cuaca yang panas melampau.Panas dan kering. Takde angin pon. Bila panas2 ni,badan pon jadi lemah.Nak jalan banyak pon tak mampu.Kitorang kat Spain ni memangla jadi celebrity. Jadi tumpuan org ramai. Sumer tengok kitorang pelik jer. Ada sekali tu, bila turun bas, bertembung dgn seorang makcik ni. Dia tengok kitorang terus2 dia buat tanda cross. Isk isk isk..sabar jerla.


Esoknya, kami ke Malaga, tempat pertemuan dengan Fara. Sebelum Fara sampai, sempat juga jalan2 di sekitar Malaga. Kami pergi melawat Al Cazaba dan Castillo De Gibralfaro.Al Cazaba ni adalah palace-fotress untuk Muslim governor. Binaan dgn ukiran yang menarik, ada taman-taman. Gibralfaro pula berada di atas AlCazaba. So, kami terpaksa mendaki bukit yang tinggi.Huh! letih makcik.Boleh turun sekilo nih.Ehehe..penat2 pon terbalas jugak dgn pemandangan yang sangat cantik..MasyaAllah..Boleh nampak laut dan sekitar bandar Malaga.Memang cantik. Kami pulang semula ke Granada mlm tu bersama-sama cik Fara.

Hari ketiga di Granada, masing-masing bersemangat untuk melawat Al Hambra. Kami menaiki bas untuk ke Al hambra. Nak jalan..jauh sangat.Lagipon tak larat nak daki bukit. Bas adalah pilihan yang paling baik.Tak mahal sgt.Just 1 Euro jer. Di pitu masuk al Hambra kami kena beratur panjang. Nasib baik sempat masuk around pukul 9. Berkejar2 kami ke Palacio Nazaries sebab peruntukan masanya hanya dari pukul 9 ke 9.30. Palace tu memang cantik.(tgk gambar).

Al Hambra ni memang penuh dgn taman2. Memang semua taman2nya cantik.Tapi sayang...cuaca sangat panas menyebabkan kami keletihan dan tak mampu nak jalan ke semua tempat. Turun dari Al Hambra, masing2 kelaparan. Masa nak naik bas turun, kami nak beli 8 tiket (8 ke 5 tak ingat la) sekaligus sebab lebih murah.So nanti bolehlah kami guna untuk jalan2 sekitar Granada nanti. Tapi disebabkan ayam tak paham itik bercakap,hajat kami tak kesampaian.
Masa tengah beratur naik bas tu, tiba2 dengar satu suara melaung dari belakang.
"Tiga!"
Eh, saperlak yg tau ckp Melayu ni.Pandang belakang, ada sorang mamat mcm indian sket tersenyum. Di atas bas kami borak2 dgn dia. Rupanya dia pernah belajar di UIA dulu.So dia tau la cakap Melayu sepatah dua. Dia berasal dari South Africa, seorang lecturer. Datang ke Spain untuk membuat research on Islamic law. Tapi, oh...saya lupa nama dia. Nazri ke apa nama dia.Tak ingat la. Kak Wan ingat kot. Fara ingat tak? Tapi yang pasti mamat ni bawak kami makan di Indian restaurant. Kami tak berapa yakin dgn kehalalannya.Lagipun, pekerja yang amik order kami kata dia tak makan ayam di restaurant ni, Just makan seafood. So, masing2 amik seafood jer. Wah, kami makan mewah tengah hari tu.Hehehe...semua sekali adala nak dekat 60 euro.Ni jalan-jalan carik makan ker..apa nih.

Selepas makan,konon2nya nak jalan2. Tapi masing-masing penat. Mamat tadi ajak kami pergi masjid pukul 7 mlm. So, sebelum pukul 7 tu kami pusing2 tgk2 barang dan souvenir untuk dibawa pulang. Oh! lupa nak bagitau. Pada hari tu, diorang ada satu perayaan. Perayaan menyambut kemenangan Kristian terhadap org Muslim. Siap ada perarakan. Patutla kami dipandang pelik jer. Takut pon mmg ada..yerla, hanya kami yg bertudung semasa perayaan tu dijalankan.Karang, tetiba ada yg over extreme pergi buat something kat kitorang...takut jugak.
Alhamdulillah takde apa yang berlaku. Kedai2 pon banyak yang tutup.Yang bukak hanya kedai Muslim Morocon.
Takde benda sgt yang dibeli. Hanya sekadar membeli sesuatu yg dapat mengingatkan pada tempat ni. (apalagi kalau bukan poskad n magnet).Petang tu kami angkut beg dari hostel ke stesen bas untuk dapatkan tiket ke Seville. Hajatnya, kami nak naik bas pukul 3 pagi sebab boleh tido atas bas jer.Jimat sket. Tapi, masing2 dah keletihan yang amat dan memang memerlukan tempat tidur yang selesa untuk berehat. Jadi, terpaksalah survey2 tempat tinggal di Seville dgn pertolongan kawan2 fara di France. Alhamdulillah...dapat jugak hostel. Malam tu kami naik bas pukul 8.30..hajat untuk ke masjid di Granada terpaksa dibatalkan.

Sampai di Seville, dah lewat malam. Bas pon dah takde. Terpaksa tunggu Taxi. Lama gak tunggu. Masing-masing dah suspend takut takde teksi. Alhamdulillah, teksi dtg gak.Sampai jer kat hostel tu, kami check in dan cepat2 naik bilik untuk berehat. Bilik tu sebenarnya ada katil double bed jer. So terpaksa berhimpit2. Tapi, tiba2 pakcik yg jaga counter kat bawah tu ketuk pintu bilik.Dia mintak extra payment for extra person. Yerla, kami ada 3 org..tapi katil double bed. Apala...masa nak book sebelum tu kata ok jer. Nampak 3 org terus nak suruh bayar extra.Bukan sket lak tu.Kena bayar 32 euro. tapi, lepas negotiate..kami pindah bilik yg ada 3 katil single dgn bayaran 25 euro seorang.Okla tuh...walaupun ada nyamuk duk bising kat telinga masa tido, sekurang2 ada tempat untuk meluruskan kaki yg dah bengkak2 sebab banyak jalan. (kaki bengkak macam kaki orang mengandung..org kata apa?kaki gajah?)
Ok, next day nyer cerita dalam next entry...layan gambar dulu. Tak semua gambar ada dalam ni.Nak tengok semua..pegi fotopages


Friday, June 01, 2007

Andalusia I


Al Andalus,
Aku akan datang!


P/s: Sibuk menyiapkan jadual perjalanan dan mengutip maklumat yang boleh dijadikan rujukan. Akan terbang ke bumi Andalus Selasa minggu hadapan. Nak kirim apa-apa?

  © Blogger template 'Isolation' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP