Friday, August 28, 2009

Conference


Semalam maka berakhir la conference setelah empat hari menahan kantuk mendengar presentation.Hihihi!

Paper presentation untuk cik mimi adalah pada hari pertama selepas opening ceremony.Menjadi orang kedua present paper memang sangat la nervous sebab masa tu semua ada lagi. Alhamdulilah, sebab dah prepare, everything went well.Dapat soalan pun jawab jer.

Ramai yang datang tu orang -orang yang dah lama dalam dalam bidang ni.Semua majoriti taraf professor.Budak phd ada la dlm 5 orang daripada 60 lebih peserta.So kami yang phd student ni jadi sangat kerdil.duk senyap jerrr.Tanya soalan pun tidak.huhuhu



Hari kedua buat kat Notts uni kat semenyih.Okey gak kampus ni.Tapi panas nyer la. Ni gambar masa beratur nak naik basnak gi jalan-jalan ke KLCC


I pun jadi pelancong gak.Dalam banyak2 matsaleh ngan mamat dari china , jepun and korea terselit sorang minah melayu. Kami pergi ke skybridge klcc.First time la naik skybridge tu.

Apapun, memang dapat banyak ilmu dan experience baru.Saya pun glamer sebab masa kenalkan diri, saya perkenalkan as phd student for Prof Cart**el. Disebabkan supervisor saya semua orang kenal, so lepas jer presentation adala beberapa org menyapa bertanyakan supervisor saya.

Lepas ni boleh holiday dengan tenang!

Tuesday, August 25, 2009

Iftar 1 Ramadhan

Ini cerita basi.Cerita buka puasa di hari pertama Ramadhan. Berkumpul dengan pakcik makcik di kampung. Memang meriah!


Air kelapa fresh from tree..ehehhe.Kalau beli kat pasar Ramadhan sebungkus tu mau makan 3 ringgit.

Juadah berpuasa. Warna warni tapi simple jer.


Ada budak ngelat tak tolong kat dapur..(not me!) ehehehhe!!!

Thursday, August 20, 2009

Tiba di Malaysia

Salam,

Dikala entri ini ditulis, seisi rumah di Malaysiamasih enak dibuai mimpi. Mata saya sebenarnya masih dipanggil-panggil untuk tidur. Di Glasgow baru pukul 10 malam. Nak dekat dah waktu tidur. Tapi disebabkan dah tidur dari pukul 9 waktu malaysia tadi, bila terjaga pukul 4.30 pagi rasa susah nak tidur. Salah sendiri. Dalam kapal terbang leka tengok movie sampai lupa nak tidur. Tertidur [un dalam 2 jam daripada berbelas jam perjalanan tu.

Kronologi perjalanan hingga ke airport ada dalam blog housemate. Malas saya nak update balik kat sini.

Perjalanan dari Glasgow ke Dubai tak banyak menarik. Sebenarnya flight tak penuh pun.Seat sebelah saya pun kosong tak terisi.Selesa sket kalau nak buat 'acara kuak lentang' dalam flight. Sebelum naik ada jugak berangan minta-minta la ada mamat hensem dan peramah duduk kat seat sebelah.Hihihi..

Sampai di Dubai, seperti biasa shuttle bus akan ambil penumpang dari tempat kapal terbang di parking. Kali ni dibawa ke terminal baru. Masa jejak di terminal baru tu macam confuse-confuse sket (kali terakhir naik emirates ialah pada raya tahun lepas). Dah la kena naik turun escalator dan lif untuk ke gate penerbangan seterusnya. Tak terpikir pulak nak amik gambar terminal baru tu.

Penerbangan dari Dubai ke Kuala lumpur pun tak ramai. Seat sebelah saya kali ni kosong. Aktiviti me'movie'kan diri diteruskan. Touch down KLIA pada pukul 3 dan ketika itu kaklong dan kakcik dah tunggu di KLIA. Semasa menunggu bagasi yang lama gila nak keluar, saya disapa dengan seorang lelaki India. Dia ajak borak.Masa borak-borak tu boleh terpikir kepada Huda edin. Huda ni suka lelaki India.Dia kata lelaki india ni comel.Lelaki India yang berborak dengan saya pun dalam kategori yang sama.Hihihi.

Alhamdulillah beg yang penuh cokelat tu selamat juga sampai di Malaysia. Semasa menunggu kaklong di pintu ketibaan, saya sekali lagi disapa seseorang.

"Ha, sudah sampai juga kamu.Kamu ni neng ya?"

Eks?saya buat muka confuse bila mamat indon ni terus jer sesuka hati badak dia tegur saya.

"Eh, bukan." Saya balas.Dia terkejut, terus dia blah malu.

Ces! muka ku ini muka Indon yer? Bukan sekali orang pernah tegur ingatkan Indonesian..sudah banyak kali dong!!!

p/s: Selamat menyambut Ramadhan. Semoga bulan ini kita lebih dekat kepada Allah..InsyaAllah

Wednesday, August 19, 2009

Balik Kampung (edisi keberangkatan)

Bag: check!
Passport:check!
Ticket: check!
Mask: erk?should I bring from here?nahh...beli kat klia nanti la.
Laptop: ehehehhe..tak gi...sebab dok online nih!

To my friends in Glasgow, Selamat menyambut Ramadhan Al-Mubarak. Minta maaf jika ada salah silap.Semoga Ramadhan kali ini lebih bermanfaat dan lebih bermakna.

To friends in Malaysia, wait for me!! Nanti kita jumpa yerr... Can't wait!!!!

Doakan perjalanan 13 jam ini selamat.

Saturday, August 15, 2009

Balik kampung (edisi packing I)

Saya hampir habis shoping barang yang nak dibawa balik. Tinggal beberapa barang yang kena beli. Saya cuba la nak tengok boleh masuk tak barang-barang dalam beg.Hurmm...cokelat2 telah mengambil space yang banyak.Terpaksa bawa satu lagi beg khas untuk baju-baju. Kena bawa balik baju.Baju kat Malaysia macam takde jer.Nak balik sebulan lebih...



Ya..banyak kasut.Kasut Clark.Clark sale sampai 7o%. (iyas, kasut yang hujung warna cekelat tu).Kasut kaklong masih dalam perjalanan sampai ke rumah ni.


Bila dan susun-susun, muat la sumer.Boleh masuk lagi.Ada lagi barang pesanan nak beli ni...haiya!

Wednesday, August 12, 2009

Alhamdulillah

Alhamdulillah, murah rezeki. Hari ni adik naqibah belanja makan di Persian Restaurant. Belanja makan sempena gaji pertamanya (gaji tak dapat lagi tapi belanja in advance sebab saya nak balik Malaysia dah).

Kami makan Dolmeh (nasi /pulut yang digulung dgn daun anggur) Kashke Badenjam (Terung goreng dan walnut lenyek dgn bawang goreng dan rempah) dan roti Naan. Main course pula kami pilih Kebab Bakhtiari (kebab ayam dan kambing marinated with saffron dan dihidangkan dengan nasi dan salad yang lazat).


Gambar kat atas tu amik dari website.Yang kami makan...


Untuk minuman kami minum jus apple dan air teh di dalam teko khas..


Alhamdulillah...kenyang! Thanks Aisyah!

Malamnya (siang lagi, pukul 8.00 pm) kami ke masjid meraikan saudara baru yang melafazkan shahadahnya. Alhamdulillah, Allah telah memberi hidayah kepadanya. Berada di kalangan saudara baru ini kita dapat rasakan semangat mereka untuk belajar dan mendalami agama. Kita yang sememangnya lahir sebagai Islam kadang-kadang tak dapat merasai nikmat iman seperti yang mereka rasa. Kita selalu take for granted!

Sunday, August 09, 2009

Berbasikal





Ada orang kata baru 40 km..bukan jauh.Tapi bagi saya sangat jauh.Di kala menulis entri ini, kaki saya memang sakit tahap maksima, punggung pun sakit dek seat basikal yang keras tu.Perjalanan bermula dengan adegan sesat barat di dalam Glasgow gara-gara mencari Cik akuatik yang entah kat mana.Di tambah dengan basikal housemate yang asyik sakit.Apapun perjalanan yang sangat best! Gambar banyak di Facebook..malas nak tempek kat sini.

Saturday, August 08, 2009

Doa

Salam,

Alhamdulillah, usrah hari ini penuh dengan perkongsian yang bermakna. Paling terkesan di hati bila membincangkan hubungan antara pengucapan, permohonan dengan perbuatan yang dilakukan. Kita setiap hari bermohon kepada Allah, dikurniakan kesihatan yang baik. Tapi adakah kita menjalankan amanah Allah menjaga tubuh kita. Adakah kita menjaga makan minum kita. Bagaimana Allah mahu memberi kesihatan yang baik jika kita sendiri tak menjaganya? Bila makan mengikut nafsu, malas pergi exercise, makan benda yang terang-terang kita tahu tak bagus untuk kesihatan dan banyak lagi contoh-contoh kelalaian kita dalam menjaga nikmat Allah, tapi pada masa yang sama kita memohon agar nikmat itu Allah kekalkan kepada kita.

Kita meminta-minta tapi kita tak berbuat apa-apa?

Begitu juga jika kita mengharapkan keampunan Allah, adakah kita berusaha menjaga dan memperbaiki amalan kita?

Tepuk dada tanya iman.



Thursday, August 06, 2009

Nisfu Syaaban

Lembaran itu naik ke langit
membawa dosa-dosa lalu
diganti yang baru
penuh pengharapan
dosa-dosa lalu tidak berulang

Awal penulisan
dengan azam
amalan kali ini
ku harap yang putih
lebih dari yang hitam

mimiamilia,nisfu syaaban 1430H


Tuesday, August 04, 2009

Basikal


Yang pink saya punya.Yang biru housemate punya. Bila nak kayuh? Bila store kami dah dikosongkan so kami ada tempat letak basikal.buat masa sekarang satu basikal ada kat ruang tamu satu lagi dalam bilik.Simpan buat pekasam.

Jangan komen apa2 tentang kaler pink tu okay!

Orang berjaya

"Kau buat apa kat rumah? berangan la tu" Zaa pagi-pagi dah start membebel kat aku di telefon.
"Berangan apa nya?"
"Ala..status kat ym tu."

Aku malas nak menerangkan.Bukan berangan.Aku kemas rumah.Aku re arrange furniture supaya bilik ni luas sket.Ada tempat luas untuk solat jemaah.

Aku bukan berangan.Aku muhasabah diri. Cuba reflect balik apa yang berlaku pada diri.Aku pun tak faham kenapa ada orang pandang sinis bila kita cuba berubah.

Ketika akaun bank aku dibekukan, aku betul-betul rasa bahawa nikmat tu tuhan boleh tarik bila-bila masa. Itu baru duit, jika nikmat iman? nikmat pandangan, nikmat anggota tubuh badan? Semua tu boleh berlaku sekelip mata. Hanya dengan Kun fayakun!

Ketika Ustaz wan ingatkan tentang mati, aku tersentak dari lena. Hayat yang secara purata 60 tahun ni tidak terbanding dengan usia infiniti di akhirat.Tapi persedian untuk 60 tahun lebih banyak dengan untuk kehidupan yang selamanya di akhirat.Itu pun kalau hidup 60 tahun.Kalau esok mati?

Ketika diterang surah Al-Mu'minun ayat 1-11, aku rasa aku adalah loser. Orang berjaya, orang yang cerdik di muka bumi ini orang yang bersedia untuk penghidupan yang infiniti itu.Secara mudah, jika kita diberi 1 ringgit dengan rm10000000 mana kita pilih. Kita mesti pilih yang berjuta-juta kan?Tapi hakikatnya, sekarang ramai yang pilih seringgit itu. Termasuklah aku.

Orang yang berjaya orang yangkhusyuk solatnya.
Orang yang berjaya orang menjauhkan diri dari perkara lagha.
Orang yangberjaya orang menunaikan zakat.
Orang yang berjaya orang memelihara kehormatan diri
Orang yang berjaya orang memeilhara amanah dan janji...

Aku doa semua orang berusaha untuk menjadi orang yang berjaya..semoga aku pun jadi orang yang berjaya.


Monday, August 03, 2009

Bahagia

Bismillahi...

"Bahagia itu ketenangan yang dilemparkan Allah dalam hati kita. Bagaimana nak bahagia? Kebergantungan kepada Allah itu lah jawapannya"

Ustaz Wan dihadapan bersungguh-sungguh memberi penerangan. Aku bersungguh-sungguh melawan kantuk ku sambil cuba mencerna setiap butir bicara Ustaz Wan.

Kebahagiaan itu yang dicari selama ini.Kata Ustaz Wan, orang yang tak bahagia sentiasa marah-marah. Selalu stress. panas baran.Selalu merungut. Arghh! memang selama ni tergolong dalam golongan itu. Betapa lemah hati ini biarpun tahu segala yang berlaku ditentukan Allah. Tapi masih tidak boleh berlapang dada menerimanya.

"Orang yang bahagia akan redha dengan apa yang telah diaturkan Allah kepadanya " katanya lagi. Memang itulah yang sebaiknya. Redha dan sentiasa bersangka baik dengan Allah. Hanya Dia yang tahu apa yang terbaik untuk hambaNya. Tapi, jangan pula kerana kita redha dengan apa sahaja yang berlaku dan akan berlaku, hingga membuatkan kita tidak berusaha untuk mencapai sesuatu.Buatlah terbaik untuk diri sendiri, dan kemudian bertawakal lah kepada Allah.

Teringat 8 tahun dulu, bila mana ada konsep tawakal ini dipertikaikan bagaimana melaksanakannya. Kakak A kata, konsep tawakal aku salah.Aku kata padanya, kita kena usaha bersungguh-sungguh kemudian kita serahkan kepada Allah selepas itu. Dia kata, tawakal itu tidak kira kita dah usaha ke tidak, yang penting segalanya kita serahkan kepada Allah.

Bagi aku, ya betul apa yang kita peroleh itu sudah ditentukan.Tapi, Allah kata "Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum itu melainkan jika dia berusaha mengubahnya sendiri". Kita memang kena berusaha yang terbaik untuk diri. Di pengakhirannya hanya doa kepada Allah supaya memberikan terbaik untuk kita. Jika ditakdirkan kita tidak dapat dengan apa yang diusahakan, maka kita kenalah redha dan berlapang dada.Itulah tawakal namanya.Dengan itu, kita akan merasa kebahagiaan dan ketenteraman.

Aku mahu kebahagiaan.Aku mahu ketenteraman.Aku mahu redha Allah.Aku mahu syurga. Aku akan pilih jalan ini..

  © Blogger template 'Isolation' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP