Mungkin

Salam,

Alhamdulillah..sudah sampai di bumi Glasgow. Disambut dengan kesejukan dan litupan salji yang putih. Tahun lalu, aku berkata pada diriku "Tahun ini adalah musim sejuk yang terakhirku. Entah bila akan sampai lagi ke UK". Dan ditakdirkan Allah, tahun ini aku kembali ke sini melihat salji yang turun. Tapi mungkin kali ini sebenar-benarnya musim salji terakhirku.

Ketika melangkah keluar dari kapal terban,g hati sudah berdebar-debar. Aku sangat yakin yang aku akan menghadapi masalah untuk masuk ke UK. Peristiwa ditahan imigresen di lapangan terbang Heathrow semasa hendak pulang ke Malaysia dua bulan lalu atas sebab terlebih masa duduk di UK selama 6 hari, pasti mengundang masalah untuk aku kembali. Dalam hati, aku banyakkan berzikir dan berdoa. Semoga Allah lembutkan hati pegawai imigresen di kaunter.

Tiba giliran, aku diarah ke kaunter yang di duduki seorang pegawai wanita.

"Do you know what have you done before this?" dia bertanya
"Yes, I'm aware. I have overstayed for 6 days" aku membalas.
"If I were you, I will not come again to this country. You may deported to your home country."
"I have no choice. I will sit for my exam next week."
"Can you please wait there, I need to check your condition with UK borders"

Dan aku pun menunggu di situ sehingga semua penumpang habis melalui imigresen. Dalam hati terus berdoa meminta pertolongan Allah supaya aku dibenarkan masuk. Viva ini penting dalam hidupku.
Setelah hampir setengah jam duduk di tempat menunggu itu, aku dipanggil semula ke kaunter.

"You shouldn't do this stupid thing. We have a lot of facilities for you to extend your visa. "

Aku hanya mengangguk. Malas untuk memberi penjelasan kenapa aku boleh terlewat keluar dari UK. Sebanyak mana pun alasan yang diberikan, aku tetap telah melanggar peraturan. Peraturan manusia, maka ikut budi bicara manusia.

Pegawai itu terus membebel panjang dan kadang-kadang kata-katanya sangat melukakan. Aku tebalkan telinga. Yang penting adalah untuk masuk semula dan menduduki peperiksaan. Tak kesahlah apa pegawai itu hendak katakan.

"You will be facing the same thing, need to answer lots of question everytime you want to enter UK after this."

Itu kata-katanya yang terakhir. Dia akhirnya memberikan cop dan aku berjaya juga melepasi imigresen.

Terima Kasih Allah kerana memberi aku peluang.

Jadi, mungkin kali ini adalah kali terakhir aku datang ke UK. Konvo? mungkin tidak untuk keselamatan diri dan keluarga yang dibawa. Silap-silap, jika mahu masuk juga satu keluarga akan dihantar pulang. Tak mengapa, ada banyak lagi negara lain yang boleh aku pergi. Dan mungkin ini adalah yang terbaik Allah tentukan. Dalam hati, tidak ada rasa terkilan dan sedih.

Doakan vivaku minggu hadapan. Banyak ujian dan halangan untuk menghadapi viva ini. Semoga ujian-ujian ini mendekatkan diri lagi pada Allah. Siapa lagi tempat kita bergantung, jika bukan Allah. Teruskan berdoa...

Seorang hamba akan selalu dikabulkan doanya oleh Allah selagi dia tidak berdoa dengan sesuatu yang berdosa, memutuskan silaturahim dan tergesa-gesa. Orang yang tergesa-gesa ialah orang yang mengatakan : " Saya berdoa kepada Tuhan tetapi tidak dikabulkan. Kemudian dia mengeluh dan terus berhenti berdoa (H.R Muslim)


Comments

Cerita bonda said…
mie..takutnye aku kalau aku ada dlm hg nye situation..Allah tu maha berkuasa, senang jugaklah hang lepas ye..

take care. good luck for your viva. aku harap hg cepat balik. pasni nak keluar jalan, kita gi turkey ye.. hehehe
Nihlah Insyirah said…
Semoga berjaya Mimi, Ana turut merasakan debarnya. Semoga Allah sentiasa mempermudahkan urusan Mimi di sana.
Kay said…
Mimi... selamat berviva!
ilahS said…
mimi.. selamat berviva..