Cuaca sangat sejuk! melahirkan kemalasan dan kemahuan yang tinggi untuk terus berada di bawah selimut. Bangun pagi itu satu cabaran yang tinggi! Tidur itu nikmat!isk!
Baru pulang daripada menghantar Rina ke Airport. Adik dari Galway,Ireland yang sanggup bersusah payah datang ke Glasgow semata-mata memenuhi permintaan kami untuk memberi pengisian mengenai Andalus. walaupun ada exam pada hari sebelumnya. Cuti Xmas ni adik-adik Glasgow akan pergi jalan-jalan ke Andalus. Kami tak mahu mereka pergi dengan tangan kosong. Harus dibawa bersama semangat juang Tariq bin Ziyad supaya mereka akan lebih terasa dekat dihati akan kegemilangan Islam di zaman Umaiyah itu. Tidak mahu mereka pergi hanya suka-suka, maka kami bekalkan kisah Andalus yang akhirnya jatuh kepada mereka yang tak sepatutnya.
I'm thinking of my jalan-jalan too..Sepanjang buat Phd ni tak jalan-jalan luar UK pun. hurm...So Insyaallah my next destination will be Turkey.Hurmm lama lagi pun nak perginya.Bulan 5 kot. Apapun, ke mana pun kita pergi we should remember this verse from Ar Rum;
"Katakanlah: Mengembaralah kamu di muka bumi kemudian lihatlah bagaimana kesudahan orang-orang yang telah lalu (yang telah dibinasakan); kebanyakan mereka adalah orang-orang yang mempersekutukan (Allah) " (30:42)
Sesapa nak pergi jalan-jalan tu, semoga selamat perjalanan korang..InsyaAllah! :)
Comments
Oit oit yang balik mesia tu bukan cuti2 overseas ka? :D I love reading about Andalus. Jom pi lagi nak? huhuhuhu
sejarah andalus sangat kompleks sebenarnya, tapi pucuk pangkalnya masing2 tidak mahu bersatu.
Naiknya Andalus by Umayyad pun sebab depa dijatuhkan oleh Abbasid. Jatuhnya Karnattah (Granada) pun sebab anak, bapak dan pakcik dok berperang. Mak pulak jadi batu api huhuhu.. Tapi nasib Karnattah sudah dihitung 200 tahun sebelumnya, bila Qurtuba jatuh ke tangan Castillian, dan sultan Karnattah (i forgot his name) buat perjanjian dengan Raja Castille tolong conquer Qurtuba untuk selamatkan Karnattah.
Jom!