Kerana destinasiku....

Aku ingin ke Kuala Lumpur. Ku tunggu bas di perhentian itu. 15 minit kemudian, sebuah bas datang. Di hadapan bas tertera arah hendak di tuju. Ke Klang. Di dalam bas ku lihat penuh dengan manusia. Masih ada satu tempat kosong. Masing-masing menyanyi-nyayi kegembiraan. Masing-masing berseronok seolah-olah dunia ini mereka yang punya. Bas berhenti. Manusia di dalamnya memanggil-manggil aku untuk turut sama. Aku bukan mahu ke Klang. Aku mahu ke Kuala Lumpur. Walaupun manusia di dalamnya sangat menarik untuk aku turut sama, tapi bas ini tidak akan membawa diri aku ke Kuala Lumpur. Aku hanya membatukan diri. Membiarkan bas ke Klang itu berlalu pergi.

10 minit kemudian, datang lagi sebuah bas. Kali ini, bas yang sangat mewah. Seat sangat luas. Aircond yang nampak nyaman. Manusia di dalamnya pun duduk dengan sangat selesa. Kemewahan bas tersebut membuatkan aku sangat teruja. Tetapi bila ditanya, bas tersebut mahu ke Melaka. Tidak, bas ini tidak akan membawa ku ke Kuala Lumpur.Aku kembali berdiri di perhentian itu melihat bas mewah tersebut berlalu. Di mana bas ku?

Tidak berapa lama kemudian, sayup-sayup kulihat sebuah bas yang agak buruk sampai. Seat nampak keras. Tiada penghawa dingin. Sudah uzur benar bas ini. Ku tanya pemandu, ke destinasi manakah bas ini akan di tuju. Kuala Lumpur. Pemandu bas menjawab. Aku senyum. Inilah bas ku.Walau buruk dia akan membawa aku ke destinasiku.

Sahabat,
Begitu juga dengan jalan yang aku pilih ini. Kerana destinasiku adalah keredhaan dan syurga Allah, walau banyak ranjau, walau terpaksa ku tinggalkan kesenangan, terpaksa melupakan keseronokan aku akan tetap memilihnya.

Biar pun aku terlambat, tapi Allah masih izinkan aku untuk terus berusaha mencari redhaNya. Aku masih lagi diberi peluang menghirup udaraNya. Aku masih lagi cukup anggota dan deria untuk terus melangkah di bumi ini.

Maka, yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan ku, yang aku hendak dustakan?

Sesungguhnya, Tuhanku Maha Pengasih dan Maha Penyayang..

Comments

Kay said…
:)

semoga kita semua selamat sampai ke destinasi masing2! destinasi yg satu...
iu rf said…
insya Allah....!