Buruk sangka II

Sebelum menyambung penulisan mengenai buruk sangka yang dibolehkan, kita lihat dulu perihal buruk sangka kepada Allah.

Buruk sangka kepada Allah selalu timbul apabila kita ditimpa musibah atau ujian. Kita tidak dapat menerima hakikat bahawa manusia itu diciptakan untuk diuji dan menghambakan diri kepadaNya. Seseorang itu merasakan bahawa Allah tidak adil kepadanya. Malahan ada juga yang mempersoalkan mengapa kita diuji.Kenapa Allah jadikan syurga dan neraka.Kenapa tak dijadikan syurga sahaja? Kenapa nak dibalikkan hati kita dari terus berada di jalan Allah? Kenapa itu kenapa ini..

Buruk sangka ini terhadap Pencipta kita ini wujud disebabkan kelemahan iman dan kurangnya kefahaman terhadap Islam itu sendiri. Cuba lihat semula, ujian-ujian yang pernah kita lalui dahulu. Mungkin di kala ujian itu mendatang, kita tidak nampak signifikan mengapa ia berlaku. Lihat kita hari ini, dan cuba 'relate'kan dengan ujian yang kita lalui itu.

Saya nak bagi contoh terdekat, iaitu diri sendiri (supaya boleh muhasabah diri jugak :).Ada suatu masa saya merasakan agak tertekan melihat kawan-kawan disekeliling seorang demi seorang berkeluarga. Lebih menambah tekanan apabila hubungan saya dengan seseorang terputus di tengah jalan dengan kata lain tak jadi kawin! Bila kita duduk dan berfikir sejenak, sememangnya saya sebenarnya tidak ada kemampuan untuk menduga atau predict what will happen to me in the future. Buat masa sekarang apa yang saya nampak, Allah belum menemukan jodoh saya kerana saya masih tidak mampu lagi untuk menjadi isteri yang solehah. Masih terlalu banyak perlu dibaiki. Saya juga masih diperlukan oleh keluarga untuk membantu mereka. Tidak ada satu keburukan pun atas apa yang ditentukan Allah kepada saya! Allah bukan nak bagi saya lonely, Allah bukan saja-saja nak buat saya sedih! Allah, He knows everything!

Buruk sangka terhadap Allah sehingga kurang yakin kepada kekuasaanNya, kebesaranNya, kebijaksanaanNya hanya akan melemahkan iman kita. Bila hati mula menuduh Allah tidak adil, kita akan mula merasakan hidup kita ini sia-sia. Menyangka Allah hanya nak bagi yang buruk-buruk sahaja. Sudahnya, kita terus hanyut, tidak muhasabah diri dan tetap dengan keadaan kita.Tidak redha dan tiada ketenangan dalam hati dan alangkah ruginya!!! dan dalam sebuah hadith qudsi, Rasulullah SAW bersabda,
"Firman Allah Ta'ala: Aku menurut persangkaan hambaKu dan Aku bersamanya di mana saja ia sebut (ingat) akan daku." (Hadith riwayat Bukhari & Muslim)

Kan lebih baik bersangka baik. Atau dengan kata mudah 'Think positive!' Kita tak akan rugipun jika bersangka baik dengan Allah. Tidak rugi pun berfikiran positif terhadap apa yang Allah tentukan dan segala ujian yang didatangkan kepada kita. Kita patut semat kukuh dalam hati bahawa Allah hanya berkehendakkan yang baik-baik sahaja untuk hambaNya. Kita kena yakin bahawa hanya Allah sahaja yang Maha Mengetahui.
InsyaAllah, kita dapat menjalani hidup ini dengan tenang dan semoga kita semua dapat keredhaan Allah...

To end this session, ada lagu best..meh la dengar.



(akan bersambung lagi.....InsyaAllah)

Comments

iu rf said…
alhamdulillah.. time kasih atas peringatan ni.. tersedar kejap..:|.. rasa byknye wat slh selama ni..huhuhu
Anonymous said…
Memberi keinsafan yang mendalam, semoga Allah mengampunkan dosa-dosa saya dan kita semua....
Mimiamilia said…
iu,
Biasala, manusia tu tak terlepas dr kesilapan.yang penting sedar dan cuba untuk jadi lebih baik.

anonymous,
Insyaallah..doa bnyk2 dan selalu semoga diampunkan dosa kita.
Anonymous said…
Salam..mintak izin copy blh??utk peringatan diri sendiri..supaya blh bace selalu...
Mimiamilia said…
Boleh..:)
naimisa said…
berburuk sangka pada Allah bermakna seorang hamba sudah terkena tusukan senjata iblis.

@hamba yang sedang menekuni kuliah Maghrib (buku 40 Senjata Iblis), setiap Rabu malam Khamis.
Mimiamilia said…
:)
tuan hamba boleh la berkongsi ilmu yang dapat nanti