Widad dan Mu'nisa. Dua nama yang bila saya mendengarnya akan memberi kegembiraan. Walaupun baru beberapa bulan bersama mereka, tapi tautan hati itu terasa sungguh kuat.Wajah ceria mereka, wajah bersemangat mereka memberi muhasabah pada diri sendiri. Mereka sungguh beruntung. Sedih pula mengenang zaman 'undergrad' saya. Banyak dibazirkan dengan perkara yang sia-sia. *sigh*
Hari ini saya berpeluang berborak dan bermesra dengan Huda, naqibah kepada Widad dan Mu'nisa yang bakal pulang ke Malaysia tak lama lagi.( Terasa kehilangans angat-sangat bila huda pulang nanti.) Huda memang tak segan silu bercerita betapa dia memang terpaksa tebal muka mendekati adik-adik ini. Hanya kerana satu niat. Untuk berkongsi kemanisan iman. Alhamdulillah, jika satu masa dulu, ada yang bermuka kelat ketika berada dalam usrah, hari ini masing-masing hadir ke usrah dengan penuh ceria dan bersemangat. Inilah kuasa kasih sayang atas nama Allah. Ini juga keajaiban yang berlaku bila pemahaman sudah jelas. Melebutkan yang keras, meluruskan yang bengkok. Semoga adik-adik ini akan tetap berada di jalan ini, InsyaAllah.
Melihat pula keadaan pada diri sendiri. Hidayah itu sudah lama datang di depan mata. Tapi saya pejamkan mata! Hampir 2 tahun adik naqibah tak putus asa menarik saya ke jalan ini. Bukan tidak mahu. Tapi ada sesuatu yang lain yang serik menarik saya untuk berada di jalan ini. Ada kelemahan yang sukar di atasi. Akhirnya, saya akur. Saya perlu mengatasi kelemahan ini. Alhamdulillah, adik naqibah mungkin boleh tersenyum sekarang. Usaha 2 tahunnya tidak akan saya sia-siakan.. :) Kepada adik naqibah, terima kasih kerana sabar menanti dan tak jemu-jemu berusaha untuk mentarbiyahkan diri ini. Sayang awak!
Semoga diri terus thabat...Semoga hati tidak dipalingkan lagi..
Comments
Sesungguhnya telah datang kepada kamu seorang Rasul dari golongan kamu sendiri (iaitu Nabi Muhammad s.a.w), yang menjadi sangat berat kepadanya sebarang kesusahan yang ditanggung oleh kamu, yang sangat tamak (inginkan) kebaikan bagi kamu, (dan) ia pula menumpahkan perasaan belas serta kasih sayangnya kepada orang-orang yang beriman.
at taubah 128
p/s : salam ziarah.blog yang bagus untuk dikongsi bersama.
kita pun kena sama-sama tamkkan kebaikkan untuk orang disekeliling kita..insyaAllah