Perubahan

Benarlah, cinta Allah itu mengatasi segalanya. Begitu terasa perubahan dalam diri. Kali ini begitu ketara! Hingga sendiri pun tidak terjangka daripada mana kekuatan ini diperoleh. Mungkin berkat doa ibu yang selalu mendoakan anaknya yang jauh ini. Atau doa adik naqibahku yang tak jemu-jemu memikat hati supaya tertaut dengan jalan ini. Tapi yang pasti, Allah sememangnya sentiasa menjaga ku.

Setiap kali aku tergelincir, pasti Dia menyedarkanku. Setiap kali ku alpa, ada Dia sebagai pengingatku. Dia ada di mana-mana. Dia sentiasa bersama ku.Patutkah aku jika aku tidak bersyukur?

Hari ini aku masih dikurniakan nikmat iman. Masih dapat mengecapi kemanisan iman. Kau tahu bagaimana manisnya iman itu? Iman itu terasa manisnya bila kau mencintai Allah dan Rasul lebih dari segalanya. Begitulah yang aku rasa sekarang. Aku rasa bahagia. Sangat bahagia. Sungguh! Aku tak bohong. Aku tidak lagi dibelengu cinta manusia. Cinta manusia yang tidak pernah menjanjikan apa-apa. Bila cintaku pada Allah diletak di tangga pertama, segala urusan semuanya adalah keranaNya. Hanya mengharap redhaNya. Kerana aku tahu, syurga yang aku ingin-inginkan itu bukanlah khayalan.Ia adalah nyata! Jadi, untuk apa lagi aku kejar cinta manusia itu?

Manisnya iman itu aku rasa hingga aku benci untuk kembali kepada maksiat yang telah aku lakukan. Sesungguhnya aku tak mahu lagi jatuh di lubang yang sama! Lubang penuh maksiat! Lubang penuh kejahilan! Lubang penuh khayalan! Aku tahu, neraka itu juga pasti! Mana aku sanggup duduk di dalamnya.Ya Allah, ampunkan dosaku!

Dan mereka disekeliling ku, ku ikhlaskan hati ku ini untuk mencintai kamu kerana Allah. Aku mahu kamu juga merasai apa yang ku rasa. Aku juga mahu kamu merasai manis iman ini....

Sabda Rasulullah SAW.: "Tiga perkara yang barangsiapa terdapat (ketiga-tiga perkara itu) padanya nescaya dia memperolehi kemanisan iman (iaitu) Allah dan Rasul-Nya adalah lebih dia cintai daripada selainnya (Allah dan Rasul), dan dia mencintai seseorang semata-mata kerana Allah, dan dia benci untuk kembali kepada kekufuran (maksiat) sebagaimana dia benci dilemparkan ke dalam api".

(Hadis Sahih Riwayat Bukhari dan Muslim dan lain-lain)

Dalam kemanisan ini, aku rasa tenang di dalamnya...

Ya muqallibal qulub, tsabbit qolbi 'ala dinika Ya Allah.. Amin!

Comments

arsaili said…
salam....semoga hari esok lebih baik dari hari ini dan hari ini lebih baik dari semalam....
ummi adibah said…
*senyum*

kak, terima kasih.
ku ikhlaskan hatiku untuk mencintai kamu kerna ALLAH juga..
Anonymous said…
Keldai yang bodoh jatuh dalam lubang hanya sekali, inikan kita manusia....
Bercinta hingga ke syurga kerana DIA lah segala-galanya...