Talhah meluncur laju. Saya dan adik naqibah juga rancak berbincang memanfaatkan 3 jam perjalanan kami ke Aberdeen.
Hidayah Allah itu umpama hujan yang turun di bumi. Mereka yang mahukannya perlu menadah air hujan itu. Kita perlu usaha mendapatkan hidayah. Kita yang telah tersedar ini pula perlu membantu mereka agar dapat sama mengecapi nikmat iman itu.
Ingat, pengakhiran kita nanti, kita mahu kembali kepadaNya. Benarkah solat kita selama ini? Dapatkan solat kita membuat kita benar-benar mengenali pencipta kita? Cukupkah amal kita? Adakah amal kita dapat mengembalikan kita kepada Allah? Jangan amalan kita tu kita buat kerana rutin. Bacaan quran kita tu kerana kita hanya mahu membaca, tapi tidak langsung terkesan dihati dan dilahirkan melalui perbuatan. Islam bukan sekadar bertudung.Islam bukan sekadar nikah kahwin.Islam bukan skadar puasa di bulan ramadhan. Islam itu menyeluruh!
p/s: lain kali sambung lagi..
" Mereka kata, kita ni hanya nak bersama-sama dengan orang tertentu saja. Buat apa-apa pun dengan kita-kita je"
Saya meluahkan apa yang terbuku di hati. Kami yang bergerak atas dasar cintakan Islam dan mengajak orang untuk berbuat baik ini dikatakan tidak bercampur dengan orang lain. Malahan, kami dikatakan meninggalkan orang yang bukan berada di'circle' kami.
Kami bukan pemberi hidayah! Kami memang sebolehnya mahu menembusi semua hati yang berada disekeliling kami, menarik mereka kepada Allah yang satu. Di waktu yang sama kami juga mengharapkan mereka ini ada usaha untuk pergi ke jalan Allah itu. Kami akan buat setakat yang kami mampu.Tapi. mereka juga perlu berusaha mencari jalan untuk lebih mendekati Allah. Tidak perlu menunggu manusia lain mengetuk pintu hati jika kesedaran itu sudah timbul sendiri. Banyak kemudahan yang ada di dunia sekrang. Banyak laman web yang boleh dilawati yang mengajak manusia itu membuat kebaikan. Mungkin kita boleh menghubungi orang-orang ini untuk membantu kita. Hendak seribu daya!
"Kita tak boleh nak tinggalkan mereka yang hendakkan agama ini. Kadang-kadang mereka tu nak, tapi tak tahu nak buat apa. Di situ la tanggungjawab kita."
Adik seusrah saya pula melontarkan kata hatinya ketika di dalam usrah kami. Benar kata dia. Inilah usaha kami. Mendekati mereka yang mampu kami dekati. Kami tak minta apa-apa. Kami minta mereka kembali kepada Maha Pencipta sahaja. Kami bukan mahu nama. Kami bukan buat kerja ini untuk kepentingan sendiri. Bukan untuk kuatkan organisasi yang kami duduki. Bukan mahu menarik orang supaya boleh membentuk satu kumpulan manusia yang boleh menjatuhkan kerajaan hari ini. Bukan itu!!!

Comments