Berhenti, toleh ke belakang...

Kadang-kadang kita terlalu sibuk. Sibuk dengan kerja, sibuk dengan exam, sibuk dengan itu ini. Sampai lupa untuk berhenti sekejap, dan toleh ke belakang melihat bekas-bekas yang ditinggalkan. Memang untuk terus maju kita harus terus pandang ke hadapan.Tapi bukankah yang belakang/yang lalu itu boleh kita jadikan pengajaran untuk terus maju ke hadapan? Atau dengan ayat lain yang paling tepat, kita perlu muhasabah diri.

Melihat graf iman di hati yang seperti sistem dinamik tidak linear, sentiasa naik dan turun tak pernah 'stable' di tambah dengan gangguan luar yang semakin hebat menyebabkan frekuensinya kadang-kadang semakin tinggi.Terlalu cepat naik dan terlalu cepat turun.Makin parah kalau tak naik-naik. Itu yang paling saya takut. Saya pernah alami zaman tu.Bagai tak nampak cahaya, gelap gelita. Tapi tuhan tu Maha penyayang. Dia beri ujian demi ujian agar kita terus berharap kepada Dia.Dekatkan diri padanya. Oleh itu, jangan kita mengeluh bila mana yang kita doa dan hajati tidak tercapai. Jangan mengeluh bila bencana tiba.Jangan kita tanya pada Allah kenapa orang kaya terus bertambah kaya walaupun dia terus lalai, kita yang selalu berdoa ini masih begini. Sesungguhnya, Allah mahu kita terus mendampinginya. Terus berdoa padaNya.Kerana Dia kasihkan kita.Mahu kita terus berharap padaNya.

Kalau dikenang hari-hari yang lalu, memang saya rasa mahu kembali dan betulkan apa salah, apa yang kurang. Tapi, itu tak mungkin berlaku. Biarlah yang lalu jadi pengajaran pada diri. Supaya saya tidak ulang lagi kesilapan-kesilapan itu.

p/s: Ingatan pada diri dan semua. Ingatan ini ikhlas dari hati.Bukan untuk tunjuk2 alim.Hari ini mungkin kita sehat, tapi esok?kita tak tahu,mungkin kita akan mati. Mengingati kematian itu membuatkan kita beringat sentiasa yang tidak ada yang kekal dibumi ini.Semua akan kembali kepadaNya. Cukupkah amalan kita?

Comments

akirasuri said…
maceh mi.
untuk entri ni :)
Sunan_Jati said…
tima ceh...

hehhehehe...
sebelummati kalu bleh kena akwin...
jom arr kawin

:P
Anonymous said…
Jalan terus kehadapan
Jangan pandang belakang
Yang lalu biarkan berlalu
Masa depan pasti mendatang
Persipakan diri untuk menghadapinya
Kerana onak lebih mencabar dari yang lalu
Ikhlaskan diri untuk terus melangkah
Melangkah dan terus melangkah
mengorak kehidupan yang diimpikan
Jangan sesekali putus asa
Teruskanlah langkah itu
Kerana pasti
Disuatu hari nanti
Kita tidak akan melangkah lagi
Hanya Dia yang pasti.
Mimiamilia said…
cik ati,
sesama..
untuk manfaat sumer ;)

sunan,
erk..ko kawin dulu la

anon,
pandang belakang sekali sekala juga perlu.kan memandu juga perlu padang belakang?utk berjaga2 dan ingatan yg dihadapan.
ya ya bila dah terbuka hati tu teruskan,tp janganlah pandang benda0benda yang tak betul tu di belakang lagi,hehe
ilahS said…
mimi.. are you completely changed? any specific reasons? or it just happen?
Mimiamilia said…
What do u mean by completely change? erm..no specific reason.I just want to change to be better. ;)