You Are What You Eat

Sabtu lepas, saya sempat membeli sebuah buku di kedai buku terpakai semasa dalam perjalanan ke rumah kawan saya. Buku ni dah lama saya tahu kewujudannya, tapi niat untuk memilikinya takde lagi.Cuma, disebabkan harganya yang murah ditawarkan, buku itu jadi milik saya juga.
Saya ni bukan nye org yang terlalu menitikberatkan pasal kesihatan dalam pemakanan saya. Apa yang sedap itu yang masuk ke dalam mulut. Saya ni pon memang la suka benda-benda manis. Dipendekkan cerita, saya memang mengamalkan cara pemakanan yang tidak sehat. Alhamdulillah, buat masa ni belum lagi dapat penyakit yang berat. Mintak-mintak dijauhkan...Amin.

Bila saya baca buku tu, terasa macam ada sedikit kesedaran tentang pemakanan yang sehat ni. Lagipun, sejak akhir-akhr terasa banyak benda junk yang masuk dlm badan.Dah duduk kat sini, kadang-kadang terikut2 cara pemakanan diorang. Minum air gas, makan crisp (jajan), stok coklat kena ada, cookies lagi, kalau malas sumbat jer pizza dlm microwave. Kalau di hospital tempat kerja saya pon, mkn tengah hari mesti makaroni cheese n cream +baked bean+sayur yg dah hilang khasiat sebab direbus lama.Buah?ermm..mmg ada beli.Tapi, kadang-kadang 7 biji epal tu boleh tahan sebulan. malas nak makan.

Jadi, hari ni saya mulakan pemakanan sehat saya dengan menjalani 'detox day'. Kalau nak ikut betul2 buku tu memang la saya tak mampu nak buat.Apa yang saya buat, bangun pagi...minum air suam dgn squeeze of lemon. Air suam ni akan bersihkan mukus dari hari sebelumnya dalam bowels kita.Then an hour later, saya bersarapan dengan pisang dan epal. Taklupa jugak juice from superfood yang saya beli kat kedai semalam.

Dalam pukul 11, badan dah mula diserang rasa lapar. Saya minum camomile tea(ikut nasihat buku tu).Alhamdulillah,kurang la sket rasa lapar.Tapi kat hati tu, punya la menahan godaan nak makan benda lain. Isk..rasa nikmat giler kalau dapat coklat masa tu. Lunch dan dinner saya hari ni: Raw veggie...makan la carrot,tomato,timun, sayur2 herbs..buh dlm mangkuk..perah lemon..buh sket olive oil. Tadaaaa..

Ada sorang kawan saya dulu yang tak makan sayur2 ni kata..."Makan sayur ni macam kambing!" eheh! hari ni saya jadi 'kambing' jap. Sedap dan mengenyangkan tau.Tapi, kalau nak suruh tiap hari makan macam tu...erm.takperlah.Terima kasih jer.

Sehingga saat ini saya berjaya tidak menyentuh makanan selain buah dan sayur. Air pon bergelen dah minum. Pergi tandas berapa kali tu jgn cakap laa. Tapi saya tunaikan yg kecik jer...yang besar takder pulak. Oh, besok akan kembali ke sediakala.Tapi kali ni insyaAllah...pemakanan itu perlu dijaga sebab " You are what you eat!"

Ada beberapa tips yg sebenarnya selalu kita dengar tapi tak amalkan yang ada dlm buku ni selain minum segelas air suam waktu pagi bila bangkit tido:

1. Jangan minum masa tengah makan. Bila kita minum, enzim pecernaan kita akan terganggu dan menyebabkan proses pencernaan tidak dapat dilakukan dgn sempurna. Minum lebih kurang 30 minit sebelum atau selepas meal.

2.Kunyah perlahan-lahan. Digestion process start dari mulut, makanan yang dikunyah akan mudah dihadamkan dan nutrient boleh diserap dgn kadar maksimum.

3.Makanan tidak terlalu panas dan tidak terlalu sejuk. Suhu makanan effect spleen dan organ2 yang lain gak. Ice cold drinks melemahkan organs. Makanan panas akan merosakkan deria rasa.

4. Makan sekurang-kurangnya beberapa jam sebelum tido. Makanan tak boleh dihadamkan dgn effective kalau kita tido dgn keadaan perut penuh kekenyangan.

5. Tidur awal. Biasanya process detox dalam badan ni dijalankan dlm masa antara 11pm to 2 am. kalau tidur lewat kita akan ganggu process ni.

ermm.. ada banyak lagi tips.Kalau rajin bacalah buku tu.

p/s: Sebenarnya baik puasa.Bagi rehat sket pada organ2 penghadaman kita. Tapi, nak puasa dikala musim panas ni, sengal la sket. Sebab maghrib masuk dlm pkl 10. Subuh habis dlm pkl 4. Adei...

Comments

so'od said…
bagus jugak entri neh..
buat sy insaf kejap..
tp kejap jela..
heheh..
akirasuri said…
mi.
kenapa saya baca entri ni tak insap lagi ek :(
dok tengah mengunyah jajan ni.
huhuhu.
Unknown said…
waaa..semangatt!!bagus²..
chayok chayokk!!
Azhar Ahmad said…
Mimi, jujur saya cakap, semua ni ada dalam hadis Rasullullah, cuma kita (termasuk saya) tak amalkan. Cuba Mimi buka gerobok di blog saya. Cari karya Dari Emel, saya rasa dalam bulan ni juga, terperinci sekali setiap ajaran Junjungan Besar kita. Huummm... apapun, keteguhan hati tu penting...

p/s : Saya dah lama tak minum air bergas, hummmm sedap ke?
Mimiamilia said…
en so'od,
insafla...

akira,
ehehehe sebab belum erbuka hati nak insaf t.Takper..lama2 insaflah.esp..bila dah tua ni..rasa badan tak larat jer..

eheheh fara..

azhar,
Betul tu.saya pernah baca dlm blog awak.Sebab itu saya kata kita tahu tapi tak amalkan..yup, yg penting keteguhan hati.

p/s: nak tau try aa minum..eheheh
Ayaq said…
Good tips! And betul kata abang azhar, semua tuh adalah sunnah nabi. Hehehe.

Tapi kalo haku nak minum stgh jam lepas makan alamat aku tak minum terus...sebab lupa..wakakaka.
RATNA RAHIM said…
erkk..arini bekfes ngn jajan...supper ngn tembikai..bleyh tak? hehehe tapi bagus la tuh mimi..cik bawang penat gak amal2 makan salad ni dlu..cepat gak lapa...lame2 orait gak..skang ni je tak amal..tak tau lak naper hehehe