Dengan Cinta, Kenal Pencipta

Setiap nafasmu,
Kau hembus atas ihsan cinta,
Setiap langkahmu,
Kau atur atas ihsan Pencipta
Telusuri segenap ruang
Penuh dengan cintaNya.

Jauh mana kau lari,
Hakikat, cinta itu sangat dekat denganmu,
Cinta itu duduk antara dirimu dan hatimu,
Hatta, segala gerakmu,
dilingkungi cinta itu.

Cinta itu bisa beri nikmat yang tak terhingga,
Bukan cinta biasa biasa,
Yang tak kau temui,
Jika hati itu,
Kau terus warna dengan noda yang gelap.

Jika kau sedar hadirNya,
Yang gelap itu pasti akan tersuluh,
Tersuluh dengan cahaya cinta.

Ia ada,
Cuma kau yang lupa.

Sama ada sedar atau tidak,
Kau ada di sini kerana Cinta!

p/s: Masih mencari-cari rentak untuk menulis . Suatu masa dulu (sekolah rendah) saya sudah ada buku sajak sendiri (sejak umur 10 tahun).Yang sentiasa ditulis malah dibacakan selalu di dalam kelas (syok sendiri dengan kawan-kawan.Paksa kawan dengar..eheheh)

Comments

Sunan_Jati said…
assalamualaikum...
slamat pagi dan slamat mlm...
hehhehe...
bgn bgn... dah pagi bukan malam...

:P kuatkan semangat
jgn kerja sampai penat
hehehe
errr.... mulakan harimu dgn bismillah...
ilahS said…
This comment has been removed by the author.
ilahS said…
hihihi.. lawak la mimi ni.. ada lagi dak koleksi sajak tu, nak pinjam, kot2 bleh baca masa bosan
Mimiamilia said…
ahaha.. ada kot kat rumah lama kalau lipas tak makan. Buku kecik kaler merah..
SoFie NuR said…
adeh..paksa kawan dgr...ni dah kes buli ni...hehehe...