Update - Mesir

Yay! sudah kembali bersiaran selepas terputus hubungan selama seminggu gara-gara ahli bait busy takleh bayar bil tepon.So tepon kena potong.Huhuhu! Pakai dial up jer kat sini.Itu pun dah kira bersyukur.

Kelas Quran dah habis semalam dengan rasminya. Berjaya habiskan 7 juz. Banyak lagi kesalahan kena betulkan. Tajwid pun banyak kena belajar semula. Dah lama sangat tinggalkan pelajaran tajwid tu. Masa sekolah dulu tanya jer hukum tajwid memang boleh menjawab dengan pantas..mad jaiz?mad tamkin?dan sebagainya. Sekarang banyak dah lupa. Kiranya kelas Quran ini dapat refreshkan balik apa yang telah dipelajari zaman dolu kala. Sepanjang kelas tu, ustazah sedaya upaya berkomunikasi dengan saya dalam dua bahasa : Arab dan Inggeris. Saya pun berusaha memahamkan apa yang ustazah cakap. Kalau tak paham jer, terus buat kerut muka.huhuhu...saya pun duk ajar ustazah cakap English. Ustazah kata cukup 2 bulan saya kat sini, dia pon terer cakap Inggeris. Yang sedihnya, setiap kali saya ajar perkataan Inggeris pada ustazah, dia mesti gelak. Lepas tu, dia mesti kata:"i will miss u Ya Nur"
huhuhu...sedih..sedih...

Ahli Bait dan ustazah kat sini telah memperkenalkan beberapa makanan Mesir. Saya ni paling suka yang manis-manis. Suka halwa, kunafa, juice aprikot (dipanggil mish mish) dan banyak lagi. Yum yum yum.sedap.Satu perkara yang saya suka kat sini, banyak khidmad penghantaran ke rumah (home delivery). Just call jer kedai pastu mesti dia akan hantar barang yg kita pesan. Nak beli ayam ke, ikan ke, sayur ke, barang dapur ke, makanan ke, even hari tu saya fotostat buku dia hantarkan pagi2 buta pukul 1. Khidmat penghantaran ni percuma pulak tu. Nak terima barang yang dihantar pun ada cara gak. Bila dia ketuk pintu, kita buka sket jer.Lepas tu just hulurkan tangan kat celah pintu tu untuk amik barang dan bagi duit. Senang! tak payah nak susah payah pakai tudung.huhuhuhu...

Oh, hari ni saya ada imtihan untuk Arabic. Ustazah kata saya ni terer sebab amik 2 level dalam masa yang singkat. Terer apanya...sket punya pulun ni hanya ahli bait jer yang tahu. Study mengalahkan budak2 medic kat rumah ni yang nak exam.Hhuhuhu.Ok, next week akan muncul gambar-gambar di Mesir, InsyaAllah...

p/s: Saya dengan rasminya telah mendapat keputusan penuh untuk MSc. Alhamdulillah, qualified for graduation. Tapi tak sempat gi konvo.Nak balik insyaAllah 3 Nov ni.

Comments

Azhar Ahmad said…
Hummm moga kamu berjaya... Eh raya ni kamu ke mana yerrr?
Anonymous said…
salam kak mimi! jumpa gak blog kak mimi ni..hehhe...

selamat berhari raya di bumi anbiya'! Jelesnya!!! nak gi sana juga!..huhuhuuh
soliloquy said…
waaa!!k.mimi
bravo 'alaik!!
hehhehee
sori la..akak duk umah je ke mgu ni?
Mimiamilia said…
azhar,
raya kat mesir thn ni.

hihihi aisyah..ni mesti dr blog sue ni :)

saffa..
jom gi husin!
azya said…
kak mimi...ani pun dah tak ingat dah hukum2 mad tu..yg ingat pun basic2 mcm idgham,izhar and iqlab je.
btw..congratulation on ur graduation.convonyer bila?
Unknown said…
congrats kak mimi!!nnt akak dh takde kat sini sure saya buhsann..huhuhu..
cpat² dtg kembali..
selamat beraya di bumi mesir..
maaf zahir batin :)
Mimiamilia said…
Ani,
Convo 28 Nov.Tak sempat laa.akak dah balik malaysia time tu..huhuh

Fara,
next week balik dah..adala 2 minggu untuk awak bermesra2 dgn akak sebelum balik malaysia...huhuhu
de_kerinchi said…
Selamat hari raya maaf zahir batin