Di mana kita?

Alhamdulillah, masih dikurniakan nikmat Islam dan Iman oleh Allah. Masih terus berusaha mencapai jiwa 'mutmainnah' walaupun masih lagi di tahap jiwa yang lawwammah dan kadang-kadang nafsu 'alamarah bi su' sekali sekali cuba mengintai-intai masuk. Mujahadah! Mujahadah melawan nafsu itu adalah jihad yang sebenar!

Hari ini aku dan Widad Munisah yang tinggal berempat dan juga Arinah bersama-sama berusrah di bawah pokok ketika matahari di glasgow memancar terik. Hari ini panas!

"Saya nampak kamu semua buka Al quran dari bilik saya. Jadi saya turun dan  lihat...ada Muslim rupanya."

Seorang mamat Oman sesat tiba-tiba datang kepada kami. Itu adalah gangguan kedua! Yang pertama gangguan dari sahabat anak usrah ku yang datang berborak dan tak boleh pulak nak dihentikan percakapannya.

"Di negara saya, susah nak tengok wanita membaca Quran dan berkumpul seperti ini. Yang saya selalu lihat mereka di pusat membeli belah sahaja"

Katanya, yang mungkin 'kagum' dengan kami (ayat perasan jer). 

"Negara saya negara Islam, tapi Islam tak begitu dipraktikkan" Dia menambah. Seterusnya, kami terus berbual-bual denganya pelbagai perkara termasuklah mengenai sunni dan syiah.

Itulah hakikatnya. Bukan hanya Oman, malah negara-negara Islam yang lain. Islam hanya tinggal nama. Golongan Muda yang menjadi harapan negara juga banyak yang hanyut. Rancangan 'mereka' berjaya! Islam sukar ditumpaskan jika diperangi dengan senjata. Semangat jihad Islam tinggi! Tapi seranglah pemikiran mereka. Mereka akan lemah...tunduk..dengan dunia. Itu yang berlaku kini.Ghazwul Fikr!




Jiwa Islam sudah bercampur dengan jahiliyah. Tugas kita banyak. Tugas kita mengembalikan jiwa Islam dikalangan Muslim itu sendiri. Supaya kita kuat. Supaya cita-cita kita tertegaknya Islam di bumi ini tercapai.Setiap kita bertanggungjawab meneruskan risalah Rasulullah. Teruskanlah menyeru manusia kepada kebaikan.Teruskan mencegah kemungkaran.Teruskan membaiki diri dan menyeru manusia lain...

InsyaAllah...

p/s: Setiap hari kita kumpul dosa kecil, tengok tv...tengok aurat yg tak sepatutnya kita tengok. Bercakap mengenai orang lain dan banyak lagi dosa yang kita tak sedar kita lakukan. Yang kecil-kecil itu la yang bakal menggunung tanpa sedar. Astagfirullah!


Comments