Untuk kamu...


Untuk adik ku 'di sana', sebagai tambahan daripada kata-kataku semalam, mungkin doa ini boleh kau amalkan.
"Ya Allah ya Tuhanku, sesungguhnya aku memohon kepadaMu akan kecintaanMu dan kecintaan orang yg mencintaiMu dan kecintaan amalan yg membawaku sampai kpd kecintaanMu. Ya Allah ya Tuhanku, jadikanlah cinta kepadaMu sesuatu yg sangat aku cintai lebih daripada diriku, hartaku, keluargaku dan air yg dingin" [Sunan at-Tirmizi]
Selamat bermujahadah adikku! dan kau tidak berseorangan..kerana kau seperti cerminan diriku sendiri. Menasihati mu seolah-olahnya menasihati diriku sendiri. Menyelami masalah mu seolah-olah menyelami masalah ku sendiri. Matlamat kita serupa. Tidak mahu mencalari cinta kita pada Ilahi.  Tidak mahu curang padaNya. Dalam kelemahan yang ada dalam diri, kita cuba bangkit menangkis nafsu yang mula menunjuk belang, mahu naik takhta. Moga Allah pegang hati kita dan tidak membolak balikkannya. Moga kita terus tsabat...

Selamat mengejar cinta Ilahi..

Comments

Kay said…
Mimi... thanx for sharing!
MRCD said…
Mimiamilia, saya tambah sikit dengan petikan dari hadis nabi riwayat Bukhari & Muslim : “Tiga perkara yang barang siapa terdapat ketiga-tiga perkara itu padanya nescaya dia memperoleh kemanisan iman, iaitu Allah dan Rasul-Nya lebih dia cintai daripada selainnya (Allah dan Rasul), dan dia mencintai seseorang semata-mata kerana Allah, dan dia benci untuk kembali kepada kekufuran(maksiat) sebagaimana dia benci dilemparkan ke dalam api.”
Mimiamilia said…
en cd,
hadis ni untuk entri ni ke atau entri yang sebelum ni..macam sesuai untuk entri yg lepas jer

:)

Takper..apapun..hadis halawatul iman ni memang patut diamalkan.
MRCD said…
opss...hahaha...lain yang di baca lain yang di komen...nanti saya transferkan ke entry sebelumnya.
soliloquy said…
selalu dapat doa ni separuh je. :D
ini rupanya version lain dia.
ujian.
semakin kita menjauh, semakin kuat dia berlari mendekati.
Mimiamilia said…
org beriman akan sentiasa diuji.. untuk lihat siapakah lebih baik amalnya...kuat hati dan keykinan pd Allah..

iA